Saturday, May 23, 2009

YB Manik Urai meninggal dunia

Jam 6 pagisaya dapat sms dari Mohd Haizan...sahabat dari Manek Urai, Kuala Krai bahawa ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob (PAS) meninggal dunia pukul 5 pagi tadi.

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar) telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari sahabat yang saya telah terima.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Wil antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....

Pilihan Raya 2008 N41 MANEK URAI
Jumlah Pengundi: 12,292
Peratusan Kaum: M:99.25% C:0.44% I:0.26% L:0.02%
1. Ismail Yaacob (Pas) (5,746)
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) (4,394)
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
Penyandang: Mohamed Zulkifli Omar (BN)
(Majoriti: 53 undi)


No comments: