Friday, September 2, 2011

Umno palsukan sejarah demi propaganda politik


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempersoal usaha sistematik kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) selama berdekad-dekad bagi ‘memalsukan’ sejarah dengan menukarnya sebagai propaganda mereka.
“Kami mengkritik usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk ‘memalsukan’ sejarah Malaysia  agar hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka diiktiraf manakala sumbangan dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan lain dipadam.
“Apa sudah jadi kepada tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?” kata satu kenyataan media bersama Sekretariat Pakatan iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Liew Chin Tong, hari ini.
Pakatan Rakyat juga mempersoal jasa pejuang seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang menerajui aktivisme politik Melayu kelihatan ‘hambar’ dalam sejarah.

“Kita juga ada Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (Putera) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA),” kata kenyataan itu yang mendapati, ia tidak ditonjolkan.
Mengikut kenyataan itu, Pakatan Rakyat membidas tindakan Umno yang seolah-olah menonjolkan perjuangan kemerdekaan usaha Perikatan semata-mata dengan menulis sejarah versi Umno.
“Jika kita baca sejarah Dr Burhanuddin, Boestamam dan Pak Sako, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan ketakutan institusi dan penindasan tetapi mereka ditangkap kerajaan Perikatan (nama lama BN) setelah difitnah antara lain, menjadi tali barut komunis.
“Buku sejarah bukan sahaja kehilangan satu, dua bab tetapi satu sejarah dipadamkan daripada rekod rasmi negara,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Umno mempunyai kepentingan politik untuk mengekalkan versi  mereka untuk dijadikan asas bagi menutup tipu helah mereka yang menindas pihak lawan.

Isu Bukit Kepong: Saya sedia bincang dengan sesiapa, kata Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 2 Sept ─ Mohamad Sabu menyifatkan isu komunis sengaja ditimbulkan bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan pengurusan pilihan raya dan kenaikan harga barangan keperluan sekarang.
Timbalan Presiden PAS ini berkata, beliau (gambar) juga sedia berbincang dengan sesiapa sahaja mengenai sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan bagi membolehkan generasi muda mendapat maklumat lebih tepat.
Dipetik Harakahdaily, tegas beliau, isu tersebut sengaja ditimbulkan akhbar milik Umno bagi menutup kelemahan pemerintah.

“Pemimpin Umno dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mulai diketahui rakyat khususnya generasi muda.
“Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori pemimpin Umno sahaja,” katanya pada sidang media di Kota Baru hari ini.
Baru-baru ini Utusan Malaysia mendakwa Mohamad menganggap Mat Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun Mohamad berkata, Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan seperti pernah disiarkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.
Menurut beliau, laporan disiarkan Utusan Malaysia berkaitan ucapannya di Pulau Pinang jelas cuba mengelirukan fakta sebenar.
“Ini kerana semua orang sudah tahu ketika zaman penjajah, sesiapa sahaja yang menentang British akan dianggap sebagai pengkhianat.
“Sama seperti Tok Janggut yang bangkit melawan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan dianggap sebagai penderhaka, sedangkan mereka pejuang sebenar menuntut kemerdekaan,” ujarnya.
Ditanya pemberita apakah beliau juga menganggap Rashid Maidin juga sebagai pejuang apabila masih menentang kerajaan selepas kemerdekaan dicapai, katanya, cara itu tidak betul.
“Saya tidak setuju selepas negara mencapai kemerdekaan masih ada yang melawan kerajaan seperti melawan British,” tambahnya.
Kata beliau, peristiwa Bukit Kepong ada anggota polis yang terkorban merupakan satu fakta sejarah terhadap apa yang berlaku.
Begitu juga katanya dalam peristiwa Memali ada empat anggota polis yang terkorban.
“Cuma dalam setiap peristiwa yang berlaku hanya pemimpin Umno yang selamat. Begitu juga dalam kes Memali pihak yang mengarahkan serbuan iaitu pemimpin Umno masih lagi selamat,” katanya.
Mohamad juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebagai mendewakan fahaman komunis sebagai amat keterlaluan dan menjijikkan.
Kata beliau segala tomohan tersebut tidak lebih bagi memburukkan beliau dan PAS.
“Tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN sedang berada di kandang orang salah menurut pandangan rakyat,” ujarnya.
Beliau menjelaskan juga perayaan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara sekarang tidak lebih sebagai merayakan pemimpin negara dan bukannya tokoh pejuang kemerdekaan sebenar.
Katanya, apabila ada fakta menyebut penglibatan tokoh lain ketika menuntut kemerdekaan negara, pemimpin Umno mulai menjadi gelabah.
“Maka tidak hairanlah semangat menyambut kemerdekaan sudah mulai luntur di Malaysia sekarang. Kita boleh lihat sendiri berapa buah kenderaan atau rumah yang sanggup memasang Jalur Gemilang.
“Berlainan dengan apa yang berlaku di Indonesia semangat rakyat begitu tinggi ketika perayaan ulang tahun kemerdekaan mereka,” katanya.

Mat Sabu: Saya bukan penyokong komunis

NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menganggap serangan bertali arus media arus perdana terhadap dirinya bermula 27 Ogos lalu sebagai amat keterlaluan dan menjijikkkan.

Katanya, segala tohmahan bahawa beliau adalah penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis sebenarnya bertujuan memburukkan dirinya dan PAS.

“Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik Umno untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihan raya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.


“Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah,” katanya dalam satu kenyatan media.

Mohamad menjadi sasaran serangan media arus perdana apabila Utusan Malaysia pada halaman utamanya, 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamAkhbar milik Umno itu juga mendakwa timbalan presiden PAS itu berkata Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah wira dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Rentetan laporan itu, media-media milik Umno dan BN terus membidas Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta mahu beliau didakwa mengikut Akta Hasutan.
Tokoh idola

Tidak terkecuali mengutuknya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

NONEDalam kenyataan medianya, hari ini, Mohamad menghuraikan alasan mengapa label penyokong komunis yang dilemparkan terhadapnya dianggap keterlaluan. Golongan komunis dikatakan tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

“Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan Islam.

“Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama,” katanya.

Menurut Mohamad, beliau memang ada menyebut nama beberapa tokoh, termasuk yang berhaluan kiri seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain lagi.

amin iskandar article 291008 sukarnoNamun, katanya, nama pemimpin berkenaan dirujuk sebagai sebagai contoh perbandingan sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka. Tetapi sebaliknya, beliau dituduh mendewakan fahaman komunis.

Hakikatnya, kata Mohamad, pemimpin Umno hari ini gusar dan panik apabila rakyat jelata khususnya generasi muda mulai menyedari bahawa sejarah perjuangan kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh Umno sahaja.

Anwar, selangkah lebih hampir sebagai Perdana Menteri

Anwar, selangkah lebih hampir sebagai Perdana Menteri Terdapat kecenderungan untuk perkara-perkara kontroversi di negara ini. Setiap perkara kecil akan di perbesar-besarkan. Setiap kenyataan,setiap kesilapan dalam mengeluarkan kata-kata, akan digunakan terhadap seseorang, terutama jika individu tersebut dari pihak pembangkang. Mana –mana isu yang dipaparkan oleh media utama atau MSM, maka semua akan mencetuskan haru –biru dan memperkatakan tentang isu tersebut.
Terbaru, ucapan pemimpim PAS, Mat Sabu di Pulau Pinang telah mencetuskan kacau bilau dalam neagra. Sekurang-kurangnya 49 lapuran polis dibuat dan pemimpin-pemimpin BN bersatu menghentam ucapan tersebut. Pihak polis mahu menyoal siasat beliau Timbapan PM Muhyiddin Yassin menggesa beliau supaya bertaubat dan berhenti dari bercakap bohong. Walau bagaimana pun kecohnya ‘drama’ tersebut, berikan masa 1 bulan lagi, tiada siapa yang akan ingat apa yang kononnya telah dikatakan oleh Mat Sabu dalam ucapannya.

Hal yang sama berlaku terhadap isu ‘Allah’, isu kitab Injil Bahasa Melayu dan Perdana Menteri Kristian. Semuanya amat kecoh di awalnya tetapi kemudian berlalu dalam diam.
Usaha menjatuhkan Anwar
Penglibatan pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim dalam klip video seks adalah lebih menarik. Video Datuk T tersebut lebih menggemparkan dari gabungan semua isu-isu lain. Ketiga-tiga dalam trio tersebut telah di dakwa,walaupun hukuman nya sekadar hukuman ringan.
Bagaimanapun, sehingga hari ini, kerajaan masih mencuba mengatakan yang Anwar bersalah, walaupun di mata masyarakat, ianya ialah sebuah usaha yang gagal untuk menjatuhkan pemimpin pembangkanag tersebut.hampir tiada siapa lagi yang menyebut isu tersebut, kecuali mereka yang menggeleng kepala dan mengutuk budaya korup UMNo yang dituduh mereka-reka video tersebut.
Faktor mengejutkan ialah pendedahan dari beks duta AS ke Malaysia John Malott mmenguatkan lagi kesangsian yang ada di kalangan masyarakat Malaysia.
Malott memaklumkan terdapat satu pakatan politik untuk menghapuskan Anwar, dan bagaimana orang kanan Perdana Menteri Najib Razak,Razak baginda telah memberitahu kepada seorang pegawai senior di kedutaan,:keputusa telah dibuat,mereka akan nuke Anwar sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi di arena politik”.
Seorang pegawai cawangan khas memberitahu pegawai atasan kedutaan bahawa kami akan terus menerus mendakwa Anwar supaya beliau dipenjarakan untuk 100 tahun lagi.
Masih jauh dihadapan pencabarnya
Sehingga hari ini Anwar masih teguh berdiri.
Beliau mungkin diancam dengan lebih teruk dan dikaitkan dengan dakwaan meliwat pusingan kedua oleh kerajaan Najib yang mungkin menghalang beliau dari kembali ke arena politik . jangan silap, Anwar, 64 tahun lebih hebat, manakala musuhnya yang berusia 58 tahun ,Najib Razak, semakin merudum. Pendapat umum terbaru mengejutkan ramai bila mana dilapurkan populariti Najib telah menurun sebanyak 6% kepada 59% dalam masa 3 bulan sahaja.
Permainan ini dipanggil kelayakan, permainan roller coaster jatuh bangun dimana hanya yang kuat akan berjaya. Ianya sesuatu yang perlu dipelajari oleh UMNO dan ahli politik baru.tiada pelajaran yang lebih baik dari saga 1998 dan 2008 Anwar lawan Najib lawan Mahathir.
Kelayakan sejati akan mengatasi kontroversi,samada yang benar atau yang di ada-adakan. Dan tidak ada public relation semahal mana yang dapat membetulkan kelayakan yang silap atau palsu, akibat dari hipokrasi dan ketidakjujuran.
Walaupun berada di kedudukan yang lebih baik dan kuasa yang dimiliki dengan jawatannya, Najib gagal dan hampir disingkir dari kepimpinan UMNO oleh teman2 seperjuangan nya termasuk Muhyddin.kenapa?Kerana Najib gagal memnuhi tugasnya dan lebih buruk lagi, berkali kali beliau gagal memenuhi janjinya keapda rakyat, dari Model ekonomi baru keapda kes kematian Teoh beng Hock dan yang terbaru, rally Bersih 2.0.
Anwar pula, walaupun berbagai rebut melanda akibat kes liwat II dan clip video Datuk T, masih berdiri
utuh dengan polisinya. Beliau telah menunjukkan kewibawaannya, keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi. Bukan sesuatu yang pelik baginya walaupun beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara akibat dakwaan meliwat, Anwar dilihat sebagai semakin hampir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13.
Bakal PM, satu kemungkinan
Tidak disangkal lagi bahawa popularity Anwar semakin bertambah kukuh, bukan hanya di mata masyarakat di Barat, malah juga di Timur. Anwar dikaitan dengan kebangkitan rakyat Arab di musim luruh terhadap rejim zalim seperti yang terbaru, kejatuhan Gaddafi di Libya, Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia, yang di samakan dengan pimpinan UMNO-BN.
Ini adalah satu sebab lagi mengapa Najib dan UMNO amat takut kepada karisma Anwar dan mereka sedar walaupun ada krmungkinan berlaku perubahan jumlah pengundi sekiranya Anwar dipenjarakan, mereka masih merasakan perlunya untuk menghunban Anwar ke penjara . pernah menjadi hero orang melayu satu ketika dulu, bukan perkara sukar untuk Anwar untuk mendapatkan semual sokongan orang Melayu dan mereka melihat beliau sebagai pemimpin, walaupun berbagai serangan yang dibuat oleh MSM.
Kesilapan dalam menghukumnya untuk kes liwat II akan melengkapkan pusingan kejatuhan Anwar dari pucuk pimpinan atasan. Hukuman penjara akan membuatkan beliau dilihat sebagai hero yang lebih hebat kepada rakyat dan akan melonjakkan populariti nya yang amat ditakuti UMNO, terutama nya musuh utamanya Mahathir Mohamad dan pesaing terdekat untuk jawatan PM, Muhyddin Yassin.
Phobia Anwar dalam UMNO
Dalam pada itu, di dalam UMNO sendiri, Anwar phobia semakin bertambah teruk. Yang terlibat semakin panic, dan tidak sabar untuk menghapuskan nya.kehadiran nya terus mengganggu tidur lena mereka yang berkenaan.
Ini juga adalah salah satu sebab kenapa Anwar perlu member lebih perhatian kepada soalan keselamatan. Apabila kekalah bdalam PRU 13 semakin jelas dan tidak dapat di elakkan, senjaat UMNO pasti akan menjadikan Anwar sasarannya. Beliau dan ahli kelaurga nya juga telah menjadi sasaran ugutan bunuh. Terbaru, yang berlaku pada 9 Julai, dimana Anwar yang kelihatan terkejut, di jadikan sasaran oleh pegawai polis yang menembak gas pemedih mata ketika ralli Bersih.
Kemuncak Anwar phobia ialah pada pilihanraya kecil Permatang pauh 2008, dimaan Anwar menang walaupun kerajaan telah mengurangkan harga minyak, memerintahkan serbuan anti rasuh terhadap kerajaan Pakatan perak, dan kemunculan tuduhan liwat II.
Dari seorang professor pelawat, Anwar bergerak menjadi pemimpin pembangkang sepenuh masa.Dan ini menjadikan beliau musuh utama no 1. Bila beliau merancang ambil alih kuasa kerajaan persekutuan dengan ‘defection’ (berpaling tadah) pada 16 sept gagal, UMNO berpeluang untuk menghentam beliau dengan lebih hebat.
Keadaan terdesak dan langkah berjaga-jaga
Pada ketika ini, Najib yang terdesak mencuba segala jalan dan cara untuk menhalang.Tapi seharusnya pertahanan yang utama ialah terhadap kawan-kawan nya dalam UMNO daripada terhadap Anwar.
Bagaimanapun, Najib sedar jika Berjaya menghapuskan pengaruh Anwar, najib mungkin dapat meraih sokongan dalam UMNO dan mengalahkan timbalannya Muhyddin pada saat-saat akhir.
Mungkin sebab itulah, najib memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Hari raya 1Malaysia. Tiada kes klasik Anwar phobia yang lebih hebat dari ini,walaupun menteri penerangan Rais yatim berkata tiada motif disebaliknya.
Bagi Anwar, beliau perlu meningkatkan keselamatan beliau dan juga ahli keluarga. Keadaan terdesak sudah semakin hampir di Malaysia
- Malaysia Chronicle

Monday, August 8, 2011

Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz : Pilih Masjid, Tinggalkan Gereja

Ketika menghadiri forum perdana di Hotel De Palma Ampang, penulis tertarik untuk mengetahui kisah lanjut tentang seorang ahli panel yang merupakan bekas paderi Kristian di Sabah.

Alhamdulillah, penulis dapat merungkai perjalanan yang ditempuhi oleh beliau sehingga hatinya kini berpihak kepada Islam. Bagaimana dulu beliau yang pernah memurtadkan 200 orang Islam kini berjaya mengislamkan hampir 2000 orang dari pelbagai kaum.

Ustaz Mohd Farhan bin Abdullah Al-Hafiz dahulunya dibesarkan di dalam suasana agama Kristian dan bersekolah Kristian selama lapan tahun. Beliau juga dilatih menjadi Mubaligh Kristian dan mendapat didikan awal dari ayahnya sendiri yang merupakan Ketua Gereja dari Gerakan Penginjilan Sidang Injil Borneo. Semasa menganut agama Kristian, beliau seorang yang sangat taat kepada agama warisan itu dan merupakan pengikut yang fanatik.

Ketika itu, beliau juga mengkaji perbandingan antara Kitab Injil dan Al-Quran. Beliau banyak menelaah tulisan-tulisan Al-Marhum Syeikh Ahmad Deedat yang merupakan pendakwah terhebat di dunia dan pernah berdebat dengan para paderi dari pelbagai tempat di pelosok dunia. Akhirnya dengan kuasa Allah yang tiada tolok bandingnya, mata hati beliau telah terbuka untuk melihat keindahan dan kebenaran agama Islam.

Konsep 'Triniti' Cabar Keyakinan

Menurut pendakwah bebas ini atau nama Kristiannya Pastor Yohanes, terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan beliau hilang keyakinan terhadap agama Kristian. Paling utama ialah mengenai konsep 'triniti'. Dalam konsep yang dipegang oleh orang Kristian ini, mereka mempercayai bahawa Tuhan itu adalah Allah. Namun, Tuhan itu adalah gabungan daripada tiga iaitu bapa, anak dan roh kudus. Mereka juga yakin Nabi Isa yang digelar Jesus sebagai Tuhan mereka kerana baginda ialah anak Tuhan.

Bagaimapun, ketika mengkaji al-Quran selama enam tahun, Ustaz Farhan bertemu firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud, "Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (al-Maidah: 17)

Kebesaran kalam Allah itu akhirnya telah membuka pintu hati Ustaz Farhan untuk memeluk agama Islam. Justeru, pada tanggal 26 Februari 1990, beliau telah melafazkan dua kalimah syahadah dan rasmilah menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Bagaimanapun, ternyata bukan mudah pengislaman beliau diterima oleh keluarga. Beliau telah dihalau dari rumah dan dibuang oleh keluarga.

Cabaran Setelah Bergelar Muslim

Namun, sebelum beliau melangkah kaki meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang, beliau sempat memeluk ibu bapa dan adik-beradiknya sambil berkata, "Ayah, ibu, maafkan saya. Sungguhpun ayah ibu halau dan benci dengan saya, serta tidak mengakui saya sebagai anak, tetapi saya tidak jadikan Islam yang saya pilih sebagai pemisah hubungan antara seorang anak dengan ibu bapanya". Selepas itu, beliau sentiasa berdoa di dalam solat hajat supaya dibukakan pintu hati keluarganya memeluk agama suci ini.

Menjadi seorang Muallaf tidak membataskan dirinya untuk berusaha mendalami Islam dan mengkhatam al-Quran. Pengajian beliau bermula di Pusat Latihan Dakwah Keningau, PERKIM Petaling Jaya dan pelbagai institusi pengajian Islam. Beliau juga telah berjaya mengkhatam al-Quran pada penghujung tahun 1998.

Benarlah Allah pasti membantu hamba-Nya yang bersabar dan redha dengan ujian-Nya. Akhirnya ayah dan ibu serta adik-beradiknya memeluk Islam. Malah, setahun selepas itu, 30 keluarga terdekat juga telah berjaya diislamkan oleh beliau. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bergiat aktif dalam memberi ceramah dan forum kepada para pelajar Malaysia tentang kepentingan dan kewajipan berdakwah setelah kembali ke Malaysia.

Perjuangan Dakwah

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau mula berjuang demi agama yang tercinta. Beliau memberi ceramah berkenaan "Murtad dan Kenapa Saya Memeluk Islam" ke seluruh negara. Disamping itu, beliau turut mengadakan kuliah-kuliah bulanan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ada kalanya beliau dijemput memberi ceramah di Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Usaha dakwah seorang pejuang yang cekal ini diperhebat lagi dengan tertubuhnya dua pusat tahfiz iaitu Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith (ATAQWA) dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari (PPTQB). Dua pertubuhan ini adalah kerjasama bersama rakan-rakan seperjuangan beliau di Mesir. Beliau juga mengasaskan "Program Dakwah Bergerak" bagi misi dakwah Islamiyah di Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai persoalan mengapa masih ada orang bukan Islam yang tidak tertarik dengan Islam sedangkan Islam itu terang-terangan sebuah agama yang indah dan lengkap untuk dijadikan panduan kehidupan, Ustaz Farhan berkata, "Halangan utama yang membuatkan orang bukan Islam tidak tertarik dengan Islam apabila orang Islam sendiri tidak menunjukkan imej dan contoh teladan yang baik. Ramai umat Islam yang tidak beramal dengan ajaran Islam dan terlibat dengan gejala sosial dan maksiat kerana jahil dalam ilmu agama."

Justeru, jelas beliau lagi, umat Islam haruslah segera kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Ia dapat dilakukan dengan cara beramal dengan Islam, menghayati ajaran yang terkandung di dalam al-Quran dan menyebarkannya. Kewajipan berdakwah pula adalah perlu bagi melahirkan ummah yang bersatu dan berpegang teguh pada tali Allah SWT. Maka, pihak kerajaan dan rakyat perlu berganding bahu memainkan peranan masing-masing mengembalikan jati diri, sahsiah, akhlak dan imej umat Islam sejati.

Betapa besarnya perjuangan yang beliau lakukan demi menegakkan syariat Allah di muka bumi. Kita sebagai seorang Muslim yang memang Islam sejak dilahirkan lagi seharusnya mempunyai semangat jihad dan cintakan agama yang lebih tinggi! di akhir kata, beliau menyeru agar seluruh umat Islam sama-sama menjaga nikmat iman dan Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat agar tidak terkeluar dari Islam baik dari sudut perbuatan, ucapan dan tingkah laku. -iluvislam


Bapa cincang lumat sejadah

TAMAN CENDANA – Usaha Pusat Aduan Rakyat (PAR) mengundang khusus seorang penceramah yang dahulunya merupakan mubaligh Kristian bertujuan berkongsi pengalaman dengan saudara baru.

Timbalan Penyelia PAR Permas, Kelana Bakri berkata, kebolehan Muhammad Farhan Abdullah Al-Hafiz, 43, menghafaz 30 juzuk Al-Quran selama dua tahun lapan bulan sangat dikagumi.

Menurutnya, anak kepada ketua paderi dari Kota Belud, Sabah itu akhirnya mendapat hidayah daripada Allah SWT selepas berhujah dan berdebat dengan ulama ke-10 dari Semenanjung.

“Kecintaannya kepada Islam begitu mendalam walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga sehingga pernah terjadi peristiwa bapanya mencincang lumat sejadah dan membalingnya ke muka selepas melihat Muhammad Farhan solat.

“Muhammad Farhan pernah ditembak bapanya, tetapi tersasar dan sempat ditepis ibunya kerana terlalu marah dengan tindakannya ingin keluar daripada rumah,” katanya ketika merasmikan bilik serba guna, di sini.

Kelana berkata, bagaimanapun selepas tujuh tahun Muhammad Farhan merantau ke Mesir, beliau berjaya mengislamkan ahli keluarganya.

Menurutnya, pengalaman berharga itu ingin dikongsi khusus kepada saudara baru supaya tidak berhenti mencari ilmu dalam mengenal Islam.

“Kita mahu bilik serba guna yang dibina khas dapat menjadi pusat pengajian fardu ain dan al-Quran kepada saudara baru dan penduduk setempat.

“Bilik serba guna ini juga akan dibuka untuk pusat tuisyen kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kadar bayaran serendah RM5,” katanya. -SH

Orang atasan MCA sedia ketepikan Najib untuk Muhyiddin?

Orang atasan MCA sedia ketepikan Najib untuk Muhyiddin?Seseorang daripada parti MCA mengatakan bahawa terdapat masalah dalam pakatan Barisan Nasional kerana para peneraju parti tersebut sedang mengatur strategi mereka agar selari dengan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Perkara ini jelas berlaku terutamanya dalam parti MCA kerana menjangka Muyhiddin akan menerajui BN kelak.
“Pembelian insurans politik ini penting disebabkan penularan skandal dan kesilapan pentadbiran Najib Tun Razak dalam menangani isu-isu yang wujud sekarang” kata orang MCA itu.
“Tak perasankah kamu sekarang Timbalan Presiden Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda Wee Ka Siong sentiasa dilihat berada di sisi Muhyiddin sekerap yang boleh?”
“Kedua-dua mereka mempunyai agenda tersendiri tetapi keutamaan sekarang adalah untuk menyingkirkan Najib.”

“Bagi Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA pula, hubungan beliau dengan Muhyiddin sememangnya kukuh kerana beliau sendiri mempunyai kerjaya politik di Johor.
Bukan itu sahaja, Chua juga mempunyai hubungan erat dengan Hishammuddin Hussein, seorang Naib Presiden UMNO yang juga berasal dari Johor.
Banyak spekulasi telah dibuat dan diterbitkan dalam blog-blog yang mengaitkan Chua dengan Hishammuddin dengan orang atasan Ecovest. Ecovest merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepetingan yang besar di Johor terutamnya dalam Iskandar kata orang MCA itu lagi.
Menurut beliau juga, perkembangan politik ini dan usaha untuk dilihat sebagai orang baik di mata Muhyiddin menunjukkan bahawa mereka bertiga sedang bersiap sedia untuk menyingkirkan Najib dan menyatakan sokongan terhadap kebangkitan Timbalan Presiden itu.
-Lee Kee

Biometrik: SPR boleh manipulasi data JPN

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpeluang memanipulasi data pekerja asing berdaftar yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan memasukkan nama mereka ke dalam senarai pengundi.
Dengan cap jari disimpan dalam data sistem biometrik, seseorang berstatus penduduk tetap (PR) boleh menjadi warganegara dan pengundi berdaftar dengan hanya ketikan di papan kekunci komputer, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat.
“Ia sangat mudah dibuat kerana kedua badan tersebut (SPR dan JPN) berangkaian. Ada kemungkinan JPN akan meluluskan sementara kerakyatan Malaysia pemegang kad MyPR.

“SPR boleh memanipulasi status tersebut dan memasukkan senarai nama itu ke dalam daftar pengundi. Kemudian nama dalam senarai dikembalikan kepada status asal, iaitu sebagai pemastautin tetap (PR) selepas ‘tugas’ mereka selesai.
“Ini kemungkinan yang boleh terjadi. Tak mustahil,” kata Suhaizan.
Beliau mengulas laporan media bahawa 250,000 pembantu rumah warga asing akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka. Bilangan pekerja asing secara sah di negara ini ialah sekitar 1.9 juta orang.
Program itu khusus untuk pembantu rumah kerana tidak termasuk dalam kumpulan pekerja industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.
Ia adalah sebahagian dari program 6P anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.
Sejak dilaksanakan 13 Julai lepas,  390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan telah mendaftar di bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, manakala pendaftaran pekerja asing tidak sah pula bermula 1 Ogos ini.
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kira-kira 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata kecurigaan itu berasas sejak SPR mula mencadangkan sistem biometerik kononnya untuk mengelakkan undi berulang.
“Bahkan, Datuk Wan Ahmad (Timbalan Pengerusi SPR) sendiri mengakui dalam debat dengan Bersih (Datuk S Ambiga) tempoh hari bahawa sistem biometrik ini ‘memudahkan’.
“Tak perlu bawa kad pengenalan pun boleh mengundi. Hanya cop jari di mesin pengimbas dan ada data, maka boleh mengundi. Ini tak betul,” katanya.
Beliau menambah, bentuk muka bumi Malaysia tak sekata dengan banyak kawasan tidak mempunyai akses internet, bahkan ketiadaan bekalan elektrik.
“Sistem biometrik memerlukan kaedah ‘real time’ (masa selari). Jika seseorang telah mengundi di Sabah, maka namanya mesti ditandakan sebagai ‘telah mengundi’ di dalam sistem. Apa bukti sistem ini teruji dan dipercayai?, soal Suhaizan.
Justeru beliau menegaskan penggunaan ‘dakwat kekal’ sebagai kaedah sebenar mengelak pengundian berulang
“Cakap-cakap soal sistem biometrik ini hanya percubaan alihkan isu sebenar,” katanya.

Jangan sampai rakyat hilang keyakinan pada institusi zakat

KUALA LUMPUR: Pengurusan wang zakat perlu direformasikan bagi mengelakkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEAIDLAN (Bippa), Ahmad Kassim.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoalkan ke mana mengalirnya wang zakat di negara ini.
“Zakat perlulah disalurkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan. Ini tidak, kadang-kadang orang yang tak sepatutnya terima duit ini.
“Jangankan sampai satu peringkat, rakyat hilang keyakinan dengan sistem zakat sehingga sanggup turun untuk menyampaikan wang mereka ke tangan orang miskin sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Kassim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, wang zakat melibatkan jumlah yang besar sepatutnya dipantau dan disalurkan dengan betul.
“Wang zakat perlulah digunakan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan pembahagiannya perlu dibuat dengan kebijaksanaan,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Menyokong kenyataan tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Pentadbiran wang zakat tidak diagihkan dengan telus dan bijak terutama di peringkat Kerajaan Persekutuan.
“Wang zakat yang sepatutnya menolong untuk menyelesaikan masalah kemiskinan melarat tidak diendahkan kerana hanya tertumpu pada musim perayaan saja,” katanya.
Menurutnya, pentadbiran  wang zakat di peringkat Kerajaan Persekutuan terbukti tidak telus apabila wang zakat sendiri pernah digunakan untuk membiayai kos guaman pegawai kerajaan.
Pengurusan dan pengagihan wang zakat sebelum ini sering dipersoalkan banyak pihak.
Pada Jun lalu, KEADILAN tampil mendedahkan  penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.
Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.
Manakala penghujung April lalu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar mendakwa penyelewengan wang zakat di Melaka berpunca akibat  kaedah pengurusan hartanah yang lemah.

Sunday, August 7, 2011

Najib, Rosmah tiada alasan tidak hadir ke mahkamah


Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi menjawab pertanyaan media selepas kes Fitnah II ditangguh 15 Ogos ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor tidak boleh lari lagi daripada hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam kes Fitnah II apabila mereka diperintahkan berbuat demikian hari ini.
Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mahkamah ditangguhkan sebentar tadi.

“Kami mengalu-alukan keputusan ini. Kami sememangnya menantikan peluang untuk menemuramah saksi termasuklah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Rosmah.
Saya tak nampak sebarang sebab mereka perlu menangguhkan lagi kes ini atau mencari alasan untuk tidak hadir,” kata Anwar.
Pasukan peguam Anwar setakat ini hanya berjaya menemubual lima daripada 25 saksi yang ditawarkan pendakwa raya.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini membenarkan permohonan peguam Anwar untuk memanggil 20 lagi baki saksi ke mahkamah.
Najib dan Rosmah tersenarai di antara 20 saksi tersebut.

Bercakap lanjut, Anwar berkata kehadiran Najib dan Rosmah ke mahkamah adalah sebahagaian daripada tugas mereka kerana mereka sememangnya terlibat dalam kes Fitnah II sejak dari awal lagi.
“Mereka perlu anggap ini sebagai sebahagian daripada tugas mereka.
“Mereka terlibat sejak dari awal lagi seperti yang kita nyatakan dan mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan kita,” kata Anwar.
Najib dilaporkan menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum beliau mendakwa kononnya kejadian liwat berlaku.
Dalam kenyataannya kepada media sebelum ini, Najib mendakwa kononnya beliau menemui Saiful untuk membincangkan soal biasiswa. Anehnya, Saiful sendiri adalah pelajar pusat pengajian tinggi yang gagal menamatkan pengajian kerana prestasi akademik yang teruk.
Peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata keputusan hakim hari ini menyebabkan saksi-saksi yang tetap enggan ke mahkamah berhadapan tindakan undang-undang jika masih berdegil.
“Mereka tak boleh cakap mereka tak mahu bercakap. Mereka (saksi) perlu hadir kerana ia perintah mahkamah.
“Mereka terikat dengan undang-undang untuk hadir. Jika tidak, kita akan rujuk mereka kepada hakim,” kata Sankara.
Selepas Hakim Zabidin menyampaikan keputusannya tadi, Timbalan Pendakwa Raya memohon perbicaraan ditangguhkan kepada 15 Ogos depan.
Ia dibuat Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dengan persetujuan peguam bela atas alasan Pendakwa Raya memerlukan satu minggu untuk pengurusan mengaturkan temuramah dengan saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.
Ini kerana, dua daripada saksi-saksi yang diminta, iaitu pembantu rumah kepada pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Abdul Hamid kini dilaporkan berada di Indonesia.

Daftar pemilih: PM akan putuskan sidang tergempar Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi — akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap pada sidang media selepas menerima surat rasmi daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diketuai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Nazri berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri petang ini di Putrajaya.

“Saya telah dihubungi Yang Berhormat Salahuddin Ayub tentang perkara ini dan saya difahamkan satu memorandum mahu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan saya bersetuju untuk menerima bagi pihak Perdana Menteri.
“Petang ini, saya akan hadir di satu majlis berbuka puasa bersama perdana menteri, insya-Allah saya akan sampaikan memorandum ini kepada perdana menteri petang ini,” katanya.
Ditanya sama ada sidang tergempar Parlimen perlu diadakan bagi membahaskan perkara itu, Nazri (gambar), Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, ia akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Najib.
“Apa pun saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri dahulu dan setelah berbincang dengan Perdana Menteri, baru kita akan berikan respons.
“Saya tidak boleh mendahului Perdana Menteri dalam hal ini,” katanya.
Beliau juga tidak memberikan sebarang jawapan mengenai desakan Pakatan Rakyat agar sidang tergempar Parlimen itu diadakan dalam tempoh tujuh hari, sebaliknya Nazri berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu.
Semalam Salahuddin berkata, Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen.
Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Turut hadir dalam majlis penyerahan hari ini ialah seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff.
Nazri juga menambah bukan menjadi satu halangan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen semasa bulan Ramadan kerana perkara itu pernah berlaku sebelum ini.
“Kita pernah adakan sidang Parlimen pada bulan Ramadan, kalau tidak silap awal tahun 2000 kemudian dicadangkan supaya bersidang selepas bulan Ramadan.
“Kalau dibuat pada bulan Ramadan tiada masalah, sebab bulan puasa bukan halangan untuk kita,” katanya.
Terlebih dahulu, Salahuddin dalam sidang media berkata pihaknya serius untuk menyelesaikan perkara itu yang disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara.
“Kami mahu sidang tergempar Parlimen diadakan dalam tempoh tujuh hari, kita tidak boleh tunggu untuk sidang seterusnya pada Oktober.
“Kami ada bukti bahawa perkara ini berlaku dan kami mahu perdana menteri bertanggungjawab dan komited untuk membersihkan daftar pemilih,” katanya.
Sementara itu, Mahfuz menambah, pemberian status kewarganegaraan kepada pemastautin tetap dalam tempoh yang singkat akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja dan Perlembagaan Persekutuan.
“Ia juga melibatkan hal keselamatan negara, bagaimana warga asing boleh diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh yang singkat? Bukan boleh beri kepada semua orang, mereka tidak membantu memajukan negara.
“Ia akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja... mereka juga tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.

SATU INDIVIDU 2 KAD PENGENALAN = 2 KALI UNDI

SATU INDIVIDU 2 KAD PENGENALAN

No Mykad: 611110-01-5143
Nama: Sulong bin Jalil
Status: Kad telah diambil


No Mykad: 611110-01-5371
Nama: Sulong bin Jalil
Status: Kad telah diambil


Maklumat individu diatas dalam Semakan Daftar pemilih adalah seperti dibawah.


Mustahil Sulong bin Jalil yang nombor MyKad nya ialah 611110-01-5143 dan Sulong bin Jalil yang nombor MyKad nya ialah 611110-01-5371 ialah 2 individu yang berlainan sebab daripada hasil carian dan rekod Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, ke 2-2 individu tersebut pernah memegang Kad Pengenalan lama yang bernombor 6290844.

BULAN OGOS : KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN KITA

Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.


Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). 



Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy. Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.


Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir. PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya


1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.


2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.


4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.


5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.








7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan
penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.


8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA. Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.

 Wasiat Pejuang 


Artikel Berkaitan :  

1. Mitos Merdeka Part 1 
2. Mitos Merdeka Part 2 
3. 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka 
4. Apa beza sosialis dan komunis? UMNO-BN "Paranoid"... 

5. Terang Bulan dan Penipuan Umno

Saturday, August 6, 2011

Isu JAIS – Satu Pandangan Bersangka Baik

 Oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam, diharapkan cerita di bawah dapat sedikit sebanyak membantu memberikan pandangan ‘sangka baik’ kepada pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.

Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini.

Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren.

Semasa air buah dihidangkan, taukeh yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf “G”.

Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.

“Bos, Air ini halal, tapi gelasnya …. Akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai,” kata saya.

Terdapat 2 pengajaran di sebalik peristiwa ini,

Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk – apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu.

Dan taukeh pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak.

Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu.

Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut?

Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih.

Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut,  lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren.

Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah

Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.

Isu serbuan JAIS menjadi satu polemik besar sehingga beberapa pihak melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan tersebut kerana dua perkara di atas.

Di pihak JAIS, sebagai sebuah badan pengawal agama perlu juga bertindak mengikut lunas paraturan dan prosedur yang ada.

Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campurtangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan.

Dalam kes tersebut, jika pihak JAIS telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima JAIS tidak dapat dipastikan.

Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak.

Segalanya mesti dilakukan dengan penuh ketelusan – laporan siapa, dibuat siapa dan atas alasan/bukti apa dakwaan itu perlu disiasat.

Lantaran itu, setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima – jangan terlalu mudah mempercayai fitnah akibat sangka buruk orang lain tanpa sebarang siasatan.

Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang eleman buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan JAIS sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam.

Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah secara tidak sengaja menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis makan malam dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas.

Diharapkan JAIS dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan JAIS sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Mohon maaflah sekiranya tersilap.

Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Isu Ku Li-Anwar: Dalam hidup saya tak pernah rahsia, - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan idea melantiknya sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nik Aziz berkata, sejarah membuktikan beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidupan sehariannya.
Malah tegas beliau, jika benar pertemuan itu diadakan, tiada sebab ia perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
“Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.
Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahukan Nik Aziz membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut.
Selasa lalu, dalam laman Facebook rasminya, Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau terlibat dalam pertemuan rahsia dengan Tengku Razaleigh sebagai satu “lawak jenaka.”
Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan PAS, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan oleh individu yang membuat tuduhan tersebut.
“Apa yang jelas ini perkara mengarut, saya nasihat mereka yang sebarkan berita ini, jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar,” katanya.
Menyentuh mengenai kesihatannya, Nik Aziz mengakui faktor usia kadangkala menyebabkan beliau beberapa kali menerima rawatan hospital, namun ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan parti.
“Saya umur sudah (sekitar) 80, kalau sakit pun munasabahlah, (tetapi) kalau sakit menyebabkan kerja terganggu minta maaf, (sekarang) alhamdulillah, berselera makan, tetapi apabila malam berjaga lebih, timbul letih sikit,” katanya.

Thursday, August 4, 2011

Najib, Rosmah elak jadi saksi: Peguam sedia tindakan susulan

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Anwar sudah bersedia dengan langkah seterusnya jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor  enggan memberi keterangan di mahkamah walaupun disapina Isnin depan.
Demikian dinyatakan peguan Anwar, Ram Karpal Singh, sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily.com petang tadi.
“Kami sudah ada beberapa langkah yang akan diambil jika Najib dan Rosmah tidak mahu ke mahkamah walau pun diberikan notis sapina oleh mahkamah (Isnin nanti).
“Langkah itu akan dibincangkan dengan pasukan peguambela.
“Buat masa ini saya tidak dapat kongsikan apakah langkah tersebut kerana segalanya tertakluk kepada keputusan hakim Isnin nanti,” kata Ram Karpal.
Najib dan Rosmah kini berdepan tindakan sapina kerana enggan hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam kes Fitnah II. Mereka termasuk dalam senarai 15 saksi yang mahu ditemubual oleh pasukan peguambela Anwar apabila perbicaraan memasuki peringkat pembelaan Isnin nanti.

Najib dan Rosmah sebelum ini dilaporkan menemui pengadu dalam kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis mendakwa beliau kononnya diliwat Anwar dibuat.
Tindakan Najib dan Rosmah yang enggan ke mahkamah untuk memberi keterangan juga dilihat hampir sama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang turut enggan ke mahkamah memberi keterangan walau pun bertindak sebagai dalang utama kes Fitnah 1998 dahulu.

Isu PR: Di Sabah sudah berlaku sejak 20 tahun- Dr Chong

SABAH: Isu membabitkan status pemastautin tetap yang berada dalam senarai pemilih tambahan  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mengulangi semula projek IC yang dikesan di Sabah sejak 20 tahun lalu.
Perkara itu dinyatakan Aktivis Hak Asasi dan Masyarakat, Dr Chong Eng Leong yang telah menyelidiki mengenai isu projek IC di Sabah sejak lebih sedekad lalu.
Ketika dihubungi Keadilandaily, Dr Chong berkata beliau tidak merasa pelik dengan penipuan yang dilakukan bagi mengekalkan Kerajaan Umno-BN, dengan  melaksanakan projek IC.
“Saya tidak terkejut jika perkara yang sama di Sabah akan berlaku di Semenanjung. Di Sabah sudah berlaku 20 tahun lagi kerana mereka (UMNO-BN) mahu kekal berkuasa,”
“Jadi sudah jelas mereka (UMNO-BN) yang takut akan kehilangan kuasa akan mengulangi perkara yang sama,” katanya yang juga bekas calon PBS dan pernah memfailkan petisyen pada Pilihan Raya Umum 1999 di Likas akibat penipuan undi.
Dr Chong sebelum ini antara individu yang membongkar Projek IC di Sabah- dikenali sebagai projek M- atau merujuk kepada projek Mahathir- dalam bukunya berjudul Lest we forget.

Projek IC di Sabah itu merupakan projek rahsia membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.
Menurut kajian Dr Chong, sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin telah mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah bertujuan untuk memenangkan Umno-BN dalam pilihan raya.
Beliau juga membongkar bahawa projek IC itu bagi tujuan membawa masuk pendatang tanpa izin ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990 an.
Projek IC itu turut mengheret beberapa pegawai kerajaan, termasuk bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim di bawah ISA kerana peranannya dalam projek berkenaan.
Dalam sebuah buku ditulis Mutalib MD, Hassnar mendedahkan pertemuan dijalankan di Kuala Lumpur membabitkan bekas Menteri Dalam Negeri, (Allahyarham) Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji dan Pengarah JPN Sabah waktu itu, Sani Adnan.
Kelmarin, negara dikejutkan dengan isu seorang individu pemegang status PR bernama Mismah kerana didaftar dalam senarai pemilih tambahan SPR.
Bagaimanapun, statusnya sebagai PR yang memegang My Kad PR berwarna merah dalam laman web JPN ditukar kira-kira empat jam selepas ia didedahkan laman portal Malaysiakini.
Susulan itu, Pakatan Rakyat mendakwa lebih 1,500 penduduk PR dikesan mendaftar dalam senarai pemilih tambahan dalam laman web SPR di seluruh negara dan menggesa kerajaan mengadakan satu sidang khas parlimen tergempar bagi membincangkan isu berkenaan kerana ia berkaitan dengan aspek keselamatan dan kedaulatan negara.

Nasib Baik BERSIH Wujud, Jika Tidak JPN Atau SPR TERLENA TERUS

azlanOleh WFAUZDIN NS

MAKA, berkatalah JPN bahawa insan yang bernama Mismah (Mismah binti ? ) sebenarnya telah diluluskan menjadi warganegara ini mulai Januai 2011 lagi. Ertinya, sehingga awal bulan Ogos, tiada kemaskini oleh JPN sehinggalah terbongkar kisah Mismah yang berstatus PR tetapi boleh mengundi.

Malaysiakini melaporkan sebelum ini, " Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238).



Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.


Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru" (Malaysiakini).

Lulus bulan Januari, tetapi baru sehari dua ini dikemaskinikan? Betapa cekapnya JPN bekerja untuk satu isu ini. Bagaimana boleh berbulan-bulan tidak mampu secekap ini?

Pelik bin ajaibnya, walaupun JPN belum kemaskinikan status Mismah, namun `kecekapan' SPR mengatasi JPN apabila nama Mismah tersenarai di dalam daftar Pengundi di dalam website SPR. Timbul persoalan, dari mana rujukan atau panduan SPR boleh membenarkan Mismah boleh mengundi sedangkan nama beliau ketika itu masih berstatus PR? Mengapa SPR tergesa-gesa memasukkan namanya? Bukankah SPR sering menyebut bahawa apa yang dipamirkan di dalam senarai pengundi berdaftar di dalam laman webnya adalah berpandukan daripada JPN?

Maka, Pengerusi SPR pun menjawab bagi pihak JPN bahawa `kecuaian atau kesilapan' teknikal berlaku di dalam sistem JPN. Ini bermaksud, tidak mustahil banyak lagi boleh berlaku `kesilapan teknikal' di dalam JPN dan tidak mustahil boleh berlaku di dalam SPR juga sehingga tarikh PRU diumumkan nanti.

Agak-agaknya apa pula jawapan JPN atau SPR terhadap kisah di sini (klik). Terdapat 9 orang yang sempat disemak di kawasan Parlimen Pekan (kawasan Najib) yang No Kad Pengenalannya tiada dijumpai di dalam semakan di Website JPN (ertinya orang itu tidak wujud), tetapi wujud No Kad Pengenalan dan namanya di dalam Website SPR? Bertanya lagi kita, di mana SPR dapat orang-orang ini? SPR merujuk daripada siapa? Bukankah SPR sering menyebut, sekiranya ada yang telah meninggal dunia yang JPN sendiri telah sahkan, SPR akan membersihkan nama orang itu. Sekarang, apa status sebenar 9 orang tersebut? Jika sudah meninggal dunia dan memang telah dibuang dari JPN, mengapa masih wujud di dalam SPR?

Itu pun jika benar memang meninggal dunia. Dalam kes di atas, ternyata `hubungan' JPN dan SPR tidak rapat atau `tidak sepakat'. Di kawasan Parlimen Pekan, difahamkan bukan 9 orang itu sahaja bahkan lebih dari itu dan kami akan buktikan selepas ini. Apakah alasan terbaru JPN dan SPR selepas ini nanti? Adakah masih dengan alasan `kecuaian dan kesilapan teknikal'? Jika satu atau dua kes yang tersilap, boleh juga diterima akal tetapi jika sudah berpuluh malahan beratus kes kita rasa seperti ada `something wrong".

Melihat kepada beberapa situasi yang melanda JPN dan SPR sekarang, rasanya tidak layak Pengarah atau Pengerusi mereka mendapat markah tinggi malahan boleh dianggap `gagal' di dalam KPI mereka. Nasib baik BERSIH wujud, jika tidak sampai kiamat mungkin JPN atau SPR masih tidor.

UMNO@BN benar-benar sudah gila 'demi kuasa'

Oleh: Tok Non

PAS Selangor telah mengesan (setakat ini) lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi, dan ini, menurut parti itu, mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.

UMNO BN amat terdesak untuk mempertahankan kuasa. Agaknya kalau ada warga asing tak kira orang yahudi ke, komunis ke yang minta nak jadi warganegara kat Malaysia senang jaa..


buat pengakuan bersumpah atau nak bagi kuat lagi buat sumpah laknat dengan bersaksikan Saiful Bukhari atau Datuk Eskai bahawa depa akan undi BN dalam PRU nanti, maka kad pengenalan warga Malaysia boleh dapat secara xpress dan boleh daftar mengundi dengan SPR.

UMNO BN benar-benar sudah hilang kewarasan, sanggup gadaikan kedaulatan negara hanya untuk mengekalkan kuasa di Pusat. Tapi mereka tak bertanya, apa ertinya menang di Pusat jika negara hilang kedaulatan?

Sebelum ini mereka cuma ambil Yahudi sebagai penasihat sepenuh masa yang dibayar upah dari duit rakyat sebanyak RM77 juta tapi kini tindakan mereka lebih melampau.. membawa masuk orang asing menjadi rakyat negara ini! Negara-negara lain di dunia ini sangat berhati-hati untuk mengambil orang asing jadi warganegara. Jika ambil pun, mereka tumpukankepada yang ada kepakaran dalam bidang tertentu misalnya angkasawan, saintis, ahli sukan, pakar ekonomi dll. Tapi Malaysia ambil orang asing jadi warganegara hanya kerana 'mereka janji nak undi BN', ini kerja gila!!!