Friday, November 26, 2010

JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN


Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.


Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.

Sebarluaskan banner di bawah:

Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"

Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga


19 Zulhijjah 1431H
Oleh : Nazri Abdullah

KOTA BHARU, 26 Nov: Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang, dalam masa sama kesempatan itu diguna menyebar risalah Islam.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Cheng Ho, yang diberi tugas oleh Maharaja China, juga telah berjaya membuktikan bahawa Islam bukan sahaja milik Melayu, tapi semua bangsa di dunia.

"Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam, melangkah kehadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini.

"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di sini semalam.

Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa.

Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan.

"Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai.

"Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai,” katanya berpantun disambut tepukan hadirin.

Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya.

"Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga.

"Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi.

Harakahdaily/-

MB kesal tiada liputan Ekspo Cheng Ho


19 Zulhijjah 1431H
Oleh : Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 26 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.

Menurutnya, tindakan berkenaan tidak menggambarkan sikap ‘journalist’ walaupun program berkenaan cukup baik dan pertama kali ianya diadakan di negara ini, apa lagi di peringkat negeri.

“Namun kerana ianya dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja.

“Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ianya tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan.

“Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ianya memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan,” ujarnya lagi.

Tuan Guru berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam.

Tambahnya, dengan kemudahaan internet juga masyarakat seluruh dunia dapat menyaksikan program ini melalui facebook, laman-laman web dan portal untuk mendapatkan ganjaran jelas berhubung dengannya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau mengingatkan generasi muda hari ini mengambil semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh Laksamana Cheng Ho.

Harakahdaily/-

Islam bukan milik Melayu semata-mata


19 Zulhijjah 1431H
Oleh : Nik Abdul Aziz Nik Mat

Teks ucapan Majlis Penutup Kelantan International Business Forum

Firman Allah yang bermaksud: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).

(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).(Surah Al-Hasyar: 7)

Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah keizinanNya, kita dapat berkumpul di dalam forum yang diadakan sempena dengan expo cheng ho ini. Tahniah saya rakamkan kepada Jawatankuasa Penganjur Kelantan International Business Forum dan Ekspo Cheng Ho kerana telah berjaya menganjurkan program bertaraf antarabangsa seperti ini.

Saya difahamkan bahawa program yang julung kali diadakan di Kelantan telah mendapat sambutan yang amat membanggakan terutama Ucaptama oleh Setiausaha Agong Asean, Tuan Yang Terutama Dr Surin Pitsuwan.

Kelantan International Business Forum yang diadakan sempena Ekpo Cheng Ho: Pesta Perdagangan Kelantan – China memfokuskan kepada usaha bersama untuk mengukuhkan jalinan dan rangkaian perniagaan serta inisiatif kerjasama di kalangan usahawan, ahli-ahli perniagaan dan pelbagai pihak di rantau Asia terutama negara-negara Asean.

Fokus utama seminar ini ialah bagi membincangkan peluang-peluang perniagaan yang boleh diterokai bersama di antara ahli-ahli perniagaan, pihak swasta dan pihak kerajaan antara negara-negara Asean dan China termasuk Kelantan.

Kehadiran sistem ekonomi Islam telah memberikan harapan baru bagi umat Islam di dalam usaha untuk membebaskan diri dari cengkaman ekonomi yang berasakan riba. Dengan terasasnya sistem perbankan Islam yang pertama di Malaysia pada tahun 1983, umat Islam di Malaysia boleh menarik nafas lega kerana telah mempunyai alternatif kepada sistem ekonomi mirip kapitalisme yang telah lama berakar di negara kita ini.

Di Kelantan, kita telah menyahut usaha yang positif ini dengan mengarahkan semua simpanan wang kerajaan dipindahkan ke dalam perbankan Islam.

Sekalipun tindakan ini pada mulanya mendapat respon negatif dari banyak pihak, namun alhamdulillah, wang kerajaan dapat diselamatkan daripada terlibat dengan sistem berasakan riba yang boleh menjauhkan keberkatan dan mengundang kemurkaan daripada Allah SWT.Islam pada hakikatnya merupakan agama yang syumul.

Undang-undang yang didraf oleh Allah SWT bukan hanya setakat berkuatkuasa di dalam masjid dan madrasah semata-mata namun ia dituntut untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan.

Inilah pelan yang telah dibuat oleh Allah SWT ketika menciptakan manusia. Jika manusia sendiri sekiranya ingin membina rumah atau bangunan, terlebih dahulu akan membina pelannya, maka langsung tidak munasabah jika dikatakan bahawa penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi ini tiada pelannya. Pelan untuk manusia itulah yang dinamakan Islam.

Menerima Islam bererti menerima pelan yang ditentukan oleh Allah SWT, menolak Islam bererti menolak pelan Allah dan inilah yang dinamakan sebagai syirik.

Islam sangat berbeza dengan kapitalis. Semangat kapitalis ialaah menambahkan kekayaan kepada golongan yang sudah kaya dan meletakkan jurang yang besar di antara golongan kaya dan miskin.

Islam pula melarang harta berlegar di kalangan orang-orang yang kaya semata-mata sebagaimana ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi. Justeru, Islam telah meletakkan garis panduannya yang tersendiri di dalam berekonomi.

Ini kerana Islam bukanlah agama yang datang untuk meletakkan manusia dalam dunia kerahiban sehingga melupakan agenda ekonomi. Islam sama sekali tidak boleh menerima apa yang dituntut oleh golongan sekular supaya meletakkan agama berasingan daripada sistem kehidupan.

Allah SWT sendiri telah menceritakan sikap orang-orang Quraisy sebelum kedatangan Islam yang suka berniaga dan amalan ini tidak pernah dilarang oleh Islam.

Yang bermaksud: Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam),

Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Surah Quraisy: 1-4)

Ini menunjukkan amalan perniagaan yang merupakan nadi kepada ekonomi tidak pernah dilarang oleh Islam, cuma diperintahkan agar jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan.

Hubungan di antara manusia dengan Allah SWT tidak boleh putus hanya kerana kesibukannya di dalam mencari kekuatan ekonomi.

Inilah yang ditegaskan pula oleh Allah SWT di dalam ayat yang lain yang bermaksud: Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Surah an-Nur: 37)

Jika ditinjau di dalam sejarah, perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda telah meletakkan asas Ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan. Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli sahaja di pasaran yang mudah.

Mulai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba, sistem harga, monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya.

Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam muamalat mengikut mazhab masing-masing.Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taymiyah (1262-1328 Masehi) dan Ibn Khaldun (1332-1406 Masehi). Ibn Taimiyah yang berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi.

Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam kitabnya yang terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai, buruh, sistem harga, hukum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan negara, dll.

Beliau yang berasal dari Hadramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dengan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun.

Hari ini masyarakat umat Islam muka membuka mata semula terhadap kepentingan membuat pilihan yang baik untuk kepentingan ukhrawi mereka. Dari sudut ekonomi, masyarakat mula tidak asing dengan istilah-istilah di dalam fiqh mualamat seperti mudharabah, wadiah, musyarakah, murabahah dan ijarah. Perkembangan positif ini perlu dikekalkan momentumnya agar akhirnya nanti Islam diterima secara keseluruhannya tanpa syak wasangka.

Saya optimis, akan sampai satu masa di mana sistem ekonomi Islam diterima sebagai sistem ekonomi global yang akan menolak sepenuhnya sistem ekonomi riba yang jelas sekali tidak adil dan menindas. Kata para hukama’ :

Di dalam usaha untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenar inilah, maka Kelantan menganjurkan expo Cheng Ho yang julung-julung kali diadakan di rantau ini. Cheng Ho selaku seorang muslim telah diberikan kepercyaan oleh maharaja cina untuk melakukan misi perdagangan ke seluruh dunia termasuklah ke Tanah Melayu sekitar 500 tahun yang lampau memberikan satu gambaran bahawa Islam bukanlah milik Melayu semata-mata tetapi milik semua bangsa.

Justeru, kerajaan Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam melangkah ke depan melangkaui sempadan bangsa yang disemarakkan oleh golongan-golongan tertentu dengan mengadakan expo seperti ini. Alhamdulillah, di tengah-tengah seruan perkauman yang menebal di samping ditiup oleh semangat politik bangsa yang melampau,

kita bangkit menerobos sempadan dengan meletakkan Islam sebagai dasar di dalam berpolitik dan bernegara. Harapan saya agar rakyat dapat membuka mata di dalam menilai kepimpinan yang mahu dipilih agar jangan lagi menjadikan agenda bangsa sebagai keutamaan kerana ia hanya akan menyemerakkan api permusuhan yang tidak berkesudahan.

Kalau memilih tempat mandi,

Pertama teluk kedua pantai,

Kalau memilih pemimpin negeri,

Pertama elok kedua pandai.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak urusetia di atas penganjuran forum seumpama ini. Terima kasih kerana sudi hadir ke Kelantan pada kali ini. Semoga kunjungan tuan-tuan ini bukanlah kali yang terakhir, Insya-allah. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Harakahdaily/-

Bekas Sultan gagal cabar pemasyhuran anak baginda


19 Zulhijjah 1431H

Mahkamah Persekutuan - mahkamah paling tinggi di negara ini - hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh bekas sultan Kelantan untuk mencabar kuasa Pemangku Raja yang mengambil-alih takhta negeri.

Keputusan dibuat oleh hakim mahkamah persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel berkenaan.

Katanya, Sultan Ismail Petra tiada hak di sisi undang-undang untuk merujuk isu-isu perlembagaan ke mahkamah tersebut kerana baginda bukan lagi Sultan Kelantan sehingga pulih daripada ketidakupayaan.

Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September lalu di sebalik dakwaan ada cubaan oleh ‘konspirator’ untuk menggulingkan ayahanda baginda daripada takhta.

Oleh kerana Sultan Ismail Petra sedang gering, Pemangku Raja Kelantan menggunakan perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan diri baginda menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Baginda kemudian berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Kemelut istana Kelantan bermula apabila Sultan Ismail Petra diserang angin ahmar pada 14 Mei tahun lalu.

Perkembangan itu menyaksikan Tengku Muhammad Faris - anak sulung baginda daripda tiga putera - dilantik sebagai pemangku sultan.

Malaysiakini/-

Kepimpinan Najib, Anwar penentu siapa milik Putrajaya

Oleh Shazwan Mustafa Kamal



KUALA LUMPUR, 26 Nov — Keyakinan pada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat akan menjadi faktor utama bagi pengundi yang belum membuat keputusan dan mereka yang akan buat julung kali keluar mengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya tergempar akan diadakan seawal Mac depan, kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan PR masih belum mampu menawarkan sebab-sebab terperinci dan meyakinkan bagi rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kemenangan penentu.


Sementara PR dikritik berhadapan dengan masalah dalaman selain sudah kehilangan momentum pilihan raya 2008, BN juga masih berhadapan dengan kesukaran untuk mengetepikan persepsi lama rasuah manakala rakyat jelata pula skeptikal dengan pelan pembaharuan dibawa BN di bawah kepimpinan Najib.

Pun begitu, penganalisis dan pemimpin politik masih yakin bahawa meskipun sukar untuk mengukur keseluruhan keberkesanan kedua-dua BN dan PR, akhirnya yang akan menjadi penentu ialah siapa terbaik dalam menerajui perikatan masing-masing — sama ada Najib atau Anwar.

PR dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. BN sepatutnya mengadakan konvensyen Ahad ini, tetapi ditangguhkan sehingga 5 Disember ekoran kematian bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu.

“Faktor-faktor sosiologi adalah penting. Pengundi akan mengundi perikatan yang boleh menawarkan mereka aspek bentuk jaminan keselamatan dan juga satu masa depan yang baik.

“Mereka akan memilih, memilih sesuatu yang konkrit, sesuatu yang benar dan tidak (mahu) meletakkan nasib pada aspek yang kabur atau tidak jelas.

Pentadbiran Najib digambarkan sebagai lambat menjalankan dasar dengan efektif. “Mereka akan memilih seorang pemimpin perikatan yang memperlihatkan prestasi, bukan seorang yang sentiasa defensif,” kata penganalisis politik dari UKM, Profesor Shamsul Adabi Mamat kepada The Malaysian Insider.

Shamsul juga mendakwa, faktor utama yang akan menentukan sokongan pengundi ialah bagaimana kedua-dua perikatan akan menjana kesetiaan pengundi.

“Kesetiaan ditentukan oleh agenda pembaharuan perikatan dan juga pelan pembangunan jangka panjang.

“Saya merasakan Barisan Nasional ke depan dalam soal ini sebagaimana ia memperlihatkan kemajuan yang signifikan dalam perhimpunan agung Umno yang baru, dan juga pengenalan keanggotaan langsung BN,” katanya.

Menurut beliau, perkembangan-perkembangan itu akan memperkukuhkan kesetiaan kebanyakan ahli parti komponen terhadap BN, sekali gus menjadikan perikatan itu lebih stabil berbanding PR.

“Meskipun ada masalah sebelum ini, Umno kini kelihatan lebih berfokus untuk bergerak ke depan... kemenangan di Galas adalah kerana kekuatan Umno.

“Pengundi bijak, celik di mana mereka boleh melihat merentasi cakap-cakap dan gimik politik. Pemilihan langsung PKR menunjukkan mereka tidak kuat seperti yang mereka fikirkan.

“Dan, kepimpinan Anwar berhadapan persoalan yang serius, melihat kepada kewujudan terlalu banyak kritikan terhadap cara beliau mengendalikan kepincangan dalam pemilihan PKR,” kata pensyarah universiti ini.

Pengendali kajian pandangan umum Ibrahim Suffian percaya bahawa pengundi-pengundi sekarang lebih “mengharapkan” dan mendesak serta tidak boleh dimanipulasikan dengan mudah berbanding pilihan raya-pilihan raya lalu.

“Pengundi-pengundi mempunyai akses yang besar kepada maklumat,” kata beliau.

“Kita sedang menuju pilihan raya di mana pengundi belum yakin sepenuhnya dengan PR, tetapi pada satu sebelah yang lain, mereka jug berpandangan bahawa kerajaan masih perlahan dalam melaksanakan pelan-pelan pembaharuan,” katanya lagi.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata, walaupun BN merasakan pihaknya sudah mewujudkan persekitaran “kelihatan baik”, perikatan itu perlu bertanya sejauh mana tindakan-tindakan yang telah diambil setakat ini benar-benar memanfaatkan rakyat biasa.

Pun begitu kata beliau, PR kelihatan gagal untuk menggunakan kesempatan walaupun kerajaan pusat BN kelihatan “perlahan” dalam melaksanakan pembaharuan-pembaharuan ini.

“Pada masa yang sama, pengundi menuntut kerajaan alternatif yang kuat daripada pembangkang,” kata Ibrahim lagi.

Sehubungan itu Ibrahim juga berkata, sementara kebanyakan janji BN kelihatan berlandaskan pada polisi-polisi lama yang sedia ada, pengundi-pengundi sedar bahawa ia juga masih boleh menyelesaikan isu-isu lama berkaitan dengan rasuah dan kos hidup yang tinggi.

Ahli Parlimen Umno dari Pulai Datuk Mohamed Nur Jazlan juga mengakui bahawa akhirnya pengundi akan memilih pemimpin yang mereka percaya.

“Pada masa sekarang, kajian-kajian menunjukkan keyakinan terhadap Najib masih tinggi,” kata beliau sambil menambah, PR pula tiada tahap kepercayaan kepimpinan yang sama khususnya ke atas Anwar.

“Serangan ke atas BN sepanjang masa adalah mengenai rasuah, dan kelewatan (pelaksanaan) dasar dengan efektif.

“Dalam satu situasi di mana kita melihat pada kekuatan dan kelemahan (sesebuah) perikatan, kita mesti lihat pada aspek kepimpinan untuk membuat keputusan terbaik.

“Persekitaran kelam-kabut dalam PKR adalah petunjuk kepimpinan Anwar. Beliau masih belum mampu menerajui perikatannya dan mereka masih berpecah sedangkan Najib dengan segera membetulkan perpecahan yang ada dalam BN,” kata Nur Jazlan .

Anwar dikritik atas cara beliau menangani kepincangan PKR.Bagaimanapun menurut ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, kritikan yang semakin meningkat terhadap PR tidak adil.

Ahli Parlimen Kuala Selangor ini mempertahankan bahawa negeri-negeri pimpinan PR masih memperlihatkan prestasi yang baik sejak Mac 2008.

Beliau merujuk kepada kejayaan dasar ekonomi kerajaan negeri Pulau Pinang dan usaha-usaha PR untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih dan efektif, perakuan yang digariskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

“Dalam mempertahankan kami, dalam tempoh dua tahun sahaja, kami telah menunjukkan bahawa kami boleh menguruskan dan mengendalikan negeri-negeri yang kami memerintah.

“Meskipun saya mengakui bahawa masalah-masalah dalam PKR bukan sesuatu yang boleh membantu (kami), tetapi menilai Pakatan hanya kerana ini, adalah sesuatu yang tidak adil,” kata beliau lagi.

“Meskipun Najib janjikan ETP dan MBE, ia kekal janji semata-mata. Ia belum lagi diterjemahkan dalam bentuk perubahan efektif.

“Kami telah mentadbir negeri-negeri kami dengan baik, ia boleh dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara,” kata wakil rakyat PAS ini.

Dzulkefly juga mempertahankan Anwar dengan berkata, pemimpin berusia 63 tahun ini tidak diberikan peluang untuk membuktikan bahawa beliau sebenarnya mempunyai potensi sebagai pemimpin alternatif kepada kepimpinan Najib.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat yang kedua.

Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk SK Devamany mengakui bahawa rekod prestasi BN tidak begitu menggembirakan sebelum ini, tetapi kepimpinan Najib sejak April 2009 akan diterjemahkan dalam perubahan sebenar bagi negara.

“Sudah tentu, sementara kita mengalami kemajuan, kami faham dan menerima bahawa kami juga membawa legasi rasuah.

“Tetapi saya melihat bahawa di bawah kepimpinan perdana menteri (Najib), kami mengutamakan masa depan dan cuba membetulkan kesilapan-kesilapan masa lalu,” kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.


The Malaysian Insider

Perbicaraan Liwat II DSAI sekarang tidak adil - Majlis Peguam


Majlis Peguam berpendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan adil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus menafikan beliau akses terhadap dokumen-dokumen relevan bagi membela diri.

Presidennya, Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah itu sebagai regresif dan tidak memberikan hak perbicaraan yang adil kepada tertuduh.

"Mereka (Mahkamah) telah 'melemahkan' prinsip penting ini (untuk memastikan perbicaraan adil)," kata beliau merujuk kepada seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah yang merangkumi hak untuk mendapatkan dokumen dan maklumat dalam perbicaraan.

Mahkamah sebelum ini menghalang pasukan pembelaan Anwar daripada meneliti tiga nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan awal terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga tidak dibenar mendapat kenyataan Mphd Saiful kepada polis dan bahan bukti lain.

Semalam pula, mahkamah hanya membenarkan Anwar mendapatkan laporan proforma yang disediakan oleh pakar patologi HKL, Dr Siew Shueue Feng.

Laporan proforma ialah borang atau senarai yang disediakan oleh doktor sebelum melakukan pemeriksaan terhadap seseorang pesakit.

Ragunath berkata juga menerangkan seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah bertujuan mengimbangkan hak pendakwaraya dan peguambela demi menentukan keadilan perbicaraan.

"Kami percaya seksyen 51 A ini dibuat bagi permantapkan prinsip pengawalan terbitan dokuman dan kerajaan menzahirkan niat mereka untuk menambah ketelusan dan keadilan dalam sistem pengadilan jenayah negara ini," katanya.

Antara dokumen lain yang juga dihalang akses kepada Anwar adalah laporan ahli kimia, nota-nota perubatan, rakaman CCTV, sampel DNA, kenyataan saksi dan senarai saksi.

Menurut Ragunath, amat penting bagi pasukan pendakwaan membentangkan semua maklumat kepada mahkamah agar hakim boleh membuat keputusan yang adil dan tidak berat sebelah.

"Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di mahkamah," katanya.

Ragunath berkata keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem perundangan negara ini.

"Majlis Peguam mendesak mahkamah melaksanakan seksyen ini... bagi mengekalkan hak seseorang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman," katanya lagi - mkini

Isu MAHA: Lagi blogger UmNO belasah UmNO/Agensi Kerajaan


TIBA-TIBA MARDITECH dipersoalkan peranannya. Agensi di bawah Mardi ini yang septautnya bertrnggungjawab sepenuhnya untuk mengetuai badan kajian agensi itu tiba-tiba bertukar arah menjadi penganjur kepada program MAHA yang diadakan setiap tahun dan tahun ini berlangsung di Serdang,Selangor. MAHA dikatakan menelan kos penganjuran hingga RM 20 juta pada setiap kali pengajurannya.

MARDITECH hilang punca dan lari daripada tanggungjawab asal penubuhannya yang sepatutnya memfokus kepada penyelidikan pertanian dan perternakan di mana hasil kajian tersebut akan diimplementasi oleh MARDI dan juga FAMA namun hari ini badan itu menjadi promoter atau tauke funfair.Kerja-kerja yang Marditech lakukan ini tersasar jauh daripada fungsi penubuhan asalnya.

Mengapa Marditech jadi begini?Apakah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani tidak mampu menganjurkan sendiri ataupun melantik mana-mana syraikat lain yang berpengalaman serta mempunyai kepakaran supaya peranan agensi ini tidak diperlekehkan dan Marditech kekal dalam struktur asas penubuhannya yang tidak mencampur aduk perniagaan dan kaji selidik.

Berapa banyak pula untung yang dikaut oleh Marditech dan siapakah yang mencatur untung rugi dalam kos pengiklanan yang melibatkan berbagai-bagai seperti pamplet,banner,flyers dan iklan-iklan lain yang berkaitan.Tangan siapa yang menggerakan Mareditech ini hingga Kementerian sanggup memperkecilkan peranan serta menyeleweng daripada asas penubuhannya?

Apakah penubuhan Marditech ini juga merupakan satu lagi silap mata Kementerian Pertanian Dan Indsutri Asas Tani kerana agensi ini juga dilantik seorang Ketua Pemuda Bahagian yang dikatakan cukup rapat serta dilihat seperti anak emas kepada Menteri terbabit sebagai Ahli Lembaga Pengarah.Apa peranan Ketua Pemuda ini sedangkan beliau langsung tidak mempunyai kepakaran seperti yang dimahukan untuk menganggotai agensi tersebut?

Ketua Pemuda Bahagian ini pula langsung tidak ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang pengkajian pertanian dan perternakan.Bagaimana kumpulan yang dilihat mempunyai kepakaran boleh menerima masuk beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah ataupun beliau hanya berselindung sebagai Lembaga Pengarah tetapi melaksankan kerja-kerja Pengerusi seperti Nalakaruppan walaupun hanya seorang Pengurus Besar tetapi beliaulah yang membuat keputusan segalanya.

Lebih malang lagi, sekiranya campurtangan politik untuk menghalalkan segala tindakan sumbang dalam agensi berkenaan ianya secara tidak langsung mencerminkan wujud penyalahgunaan matlamat dan tujuian Marditech ditubuhkan.

Agensi ini semakin jelas dan boleh dilhat telah dijadikan alat oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dan menjadikan MAHA sebagai satu lagi tempat mengumpul wang untuk kepentingan peribadi walaupun kikta tidak menafikan MAHA ini banyak memberikan peluang kepada usahawan-usahawan untuk mengembangkan hasil pertanian mereka.

Namun yang kita persoalkan adalah kewajaran MardiTech mengambil peluang menguruskan penganjurannya kerana kita sudah melihat ada ciri-ciri penyelewengan apatah lagi isteri Ketua Pemuda Bahagian yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah MardiTech ini mempunyai syarikat pengiklanan dan percetakan yang beroperasi di Bandar Baru Selayang.Apakah tidak wujud kepentingan peribadi dalam soal ini?Adakah ketua Pemuda Bahagian itu tidakj menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi pengurusan MardiTech supaya segala promosi dilaksanakan oleh syarikat milik isterinya itu?

Menurut sumber, MardiTech menguruskan segala bentuk promosi termasuklah khemah-khemah gergasi yang dikatakan menelan kos beratus ribu ringgit dan segala keputusan penganjuran ini terletak sepenuhnya di tangan MardiTech itu sendiri dan kita berkeyakinan beliau menggunakan hubungan intimnya dengan Menteri terbabit untuk menguasai agensi tersebut dan menjadikan kedudukannya lebih berkuasa daripada Pengerusi MardiTech itu sendiri.Bohonglah dan satu penipuan besar dilakukan andainya kalau Menteri tidak tahu ini semua!

Pengurusan MARDI sendiri jangan sampai dilihat turut bersekongkol melaksanakan agenda jahat dan berkepentingan daripada orang-orang tertentu yang sedang galak mempergunakankan MardiTech ini dan mereka harus bangun nertindak untuk menyelamatkan agensi itu daripada jadi kuda tunggangan pemimpin yang buta tentang fungsi penubuhannya.

Dalam perkembangan lain, gelagat dan karenah Ketua Pemuda Bahagian ini semakin hangat diperkatakan.Malah sudah ada pihak yang menggambarkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang begitu berkepentingan dan amat rakus menggunakan kuasa,ruang dan peluang yang diberikan bagi mengkayakan diri sendiri serta kroni.Pun ada yang begitu sinis mempersoalkan kewajaran hubungan beliau yang terlalu intim dengan Menteri seolah-olah segala tindakannya dihalalkan oleh Menteri terbabit dan Menteri langsung tidak berani bertindak di atas salah laku dan penyelewengan yang beliau lakukan.

Noh Omar juga sebagai Menteri dilihat mengundang nasib malang apabila beliau dikelilingi oleh keparat-keparat politik yang rakus dan tamak kuasa mempergunmakan kedudukan beliau dan ada yang menyimpulkan sekiranya terjadai apa-apa di atas kedudukan Noh sebagai Menteri, keparat-keparat politik inilah orang yang pertama akan meninggalkan Noh sendirian merenung nasib malangnya.

Sejarah Tan Sri Rozali Ismail seharusnya Noh mengambil iktibar apabila budak kesayangannya itu sanggup meninggalkan Rozali yang pernah menyuapnya RM10,000 sebulan dan sejarah yang sedang berlaku dalam diri Ahmad Bhari juga patut dijadikan teladan apabila Ketua Pemuda ini langsung tidak menghormatinya walaupun bekas Ketua Bahagian Selayang itu adalah orang yang memperkenalkanya kepada Noh Omar.Ketua Pemuda UMNO ini akan menggunakan apa sahaja cara asalkan matlamatnya tercapai walaupun terpaksa menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan jawatan dan kuasa.

Jelas selain keparat politik,ini juga wajah-wajah dedalu politik yuang menumpang ranting tetapi meninggalkan ranting itu setalah merlihat cabang lain yang cukup kukuh dan mampu memenuhkan tembolok kerakusan politik,harta dan kuasa.

Dalam soal isu baja sebagai contoh, Ketua Pemuda UMNO ini menafikan beliau terlibat menyusun semua syarikat tetapi dalam masa yang sama, beliau sendiri yang membayar bon jaminan tiga syarikat ke atas projek itu walaupun jelas ianya sudah melanggar peraturan ataupun syarat-syarat Kementerian.Nampak sangat Kementerian tunduk kepada desakan walaupun jelas syarikat-syarikat tersebut tidak memeunhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian.

Ketua Pemuda ini juga sedang ditunjuk untuk mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan kita melihat Pergerakan Pemuda Selangor akan mengundang petaka yang maha besar dalam pergerakan mereka sekiranya Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Badan Perhubungan UMNO Selangor bersetuju dengan perlantikan tersebut. Sudahlah negeri dijajah PKR, dilantik pula Ketua Pemuda bahagian yang tidak ada jati diri dah sahsiah perjuangan UMNO dalam dirinya.

UMNO yang sedang bergelut dalam proses menggembalikan Selangor ke tangan Barisan Nasional seharusnya mempunyai pemimpin yang sanggup berjuang tanpa mengira ganjaran dan kita percaya untuk mendapatkan sokongan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor, sebagai orang muda, akan ada yang gelap mata apabila ditawarkan ganjaran untuk menyatakan sokongan terhadap perlantikan itu.


Kalau Menteri sendiri boleh tutup mata dengan segala karenahnya apa sangatlah dengan kekuatan jati diri yang ada dalam diri Pemuda yang semakin terumbang ambing ketika ini.Dan Pemuda UMNO Selangor tidak memerlukan ahli perniagaan yang banyak duit tetapi mereka memerlukan pemimpin yang sanggup berjuang untuk parti mereka dan bukan kerana kepentingan peribadi.Pemuda UMNO Selangor harus memiliki seorang pemimpin yang sanggup berjuang untuk menjuarai isu demi kepentingan parti dan rakyat negeri itu. Jadi kalau UMNO Selangor berpendirian, jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri itu perlu seorang pemimpin yg berwang bertimbun, tenderkan sahaja - Sanggah Tok Janggut

Jambatan Bengkok :Najib atau Mahathir Yang Bohong ??


Ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Johor Sultan Ibrahim pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52, Isnin lepas supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor diteruskan. Najib berkata bahawa kerajaan perlu membuat kajian mengenainya kerana terdapat banyak implikasi daripada segi perundangan, kos dan juga halangan daripada kerajaan pusat dan kerajaan Singapura.

Itu menurut Najib, tetapi menurut Mahathir pula tiada masaalah yang dihadapi samada dari segi perundangan ataupun halangan dari kerajaan Singapura malahan tiada tentangan dari Negara jiran itu.. katanya "Saya dulu terlibat secara langsung dengan perancangan jambatan-jambatan ini, semasa saya kaji cadangan ini, saya telah kaji segala peruntukan undang-undang terutamanya yang melibatkan Singapura.


"Saya telah cuba meminta Singapura bersetuju supaya kita bangunkan jambatan ini bersama tetapi setelah dua tahun berlalu tiada respon menunjukkan mereka tak berminat.

Najib kata perlu dibuat kajian daripada segi perundangan, kos dan juga halangan daripada kerajaan pusat dan kerajaan Singapura... Mahathir kata dulu kajian telah dilakukan..

Jadi siapa berbohong ni? Najib atau Mahathir? adakah segala kajian yang telah dilakukan oleh Mahathir dulu sudah tidak relevan lagi kini? Atau mungkin juga Mahathir berbohong dengan mengatakan kajian telah dilakukan..

Atau mungkin juga jika diteruskan kini komisyen tiada buat Kroni Najib??.. ya lah.. semasa mula bina kroni Mahathir sapu.. bila dihentikanpun Pak Lah bayar kat kroni Mahathir juga.. jadi jika diteruskan pula.. kroni Najib dapat apa?

Berita berkaitan

Dr M: Rakyat sokong BN jika 'jambatan bengkok' dibina
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebab mengapa projek pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura tidak boleh diteruskan.

Beliau berkata ini kerana semasa perancangan dan perundingan dengan kerajaan Singapura, projek itu tidak menghadapi masalah perundangan dan tentangan dari negara jiran itu.

"Saya dulu terlibat secara langsung dengan perancangan jambatan-jambatan ini, semasa saya kaji cadangan ini, saya telah kaji segala peruntukan undang-undang terutamanya yang melibatkan Singapura.

"Saya telah cuba meminta Singapura bersetuju supaya kita bangunkan jambatan ini bersama tetapi setelah dua tahun berlalu tiada respon menunjukkan mereka tak berminat.

"Dengan itu saya rancang sama-sama dengan arkitek-arkitek tertentu untuk mengadakan jambatan ini di sebelah Malaysia sahaja tak melibatkan Singapura dan mereka tidak bantah.

"Kita sebenarnya dah luluskan projek ini dalam Kabinet dan kerja-kerja telah dibuat bersama-sama kontrak CIQ," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM7,000 oleh Pertubuhan Belia Islam Kepong (PBIK) untuk tabung kutipan Gaza di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Johor Sultan Ibrahim pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52, Isnin lepas supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor diteruskan.

Baginda bertitah pembinaan jambatan berkenaan bukan sahaja memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura malah menjadi kemudahan untuk rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengulas bahawa kerajaan perlu membuat kajian mengenainya kerana terdapat banyak implikasi daripada segi perundangan, kos dan juga halangan daripada kerajaan pusat dan kerajaan Singapura.

Dr Mahathir berkata Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor terdahulu, sendiri sanggup memberikan kawasan tanahnya secara percuma supaya jambatan ini yang lebih popular sebagai jambatan bengkok dapat dimajukan.

"Ini bermakna Almarhum Sultan memang sokong penuh pembinaan jambatan yang dikatakan bengkok ini, tidak ada bantahan dari mana-mana pihak.

"Saya ada jumpa dengan Sultan Johor yang sekarang ini (Sultan Ibrahim) dan baginda menyatakan bahawa baginda memang nak betul supaya jambatan ini diteruskan dan baginda akan menulis kepada kerajaan untuk buat cadangan bagaimana nak buat jambatan ini jika kerajaan pusat tidak ada duit," katanya.

Bekas perdana menteri itu yakin sekiranya jambatan itu dibangunkan, ia akan mengembalikan sokongan rakyat Johor kepada Barisan Nasional (BN).

"Saya percaya satu daripada sebab kita tak dapat kemenangan cemerlang di Johor, buat pertama kali kita kalah enam kerusi kerana rakyat Johor amat marah apabila dituduh mereka yang tidak mahu jambatan itu.

"Mereka tidak pernah ditanya sama ada hendak jambatan atau tidak, rakyat Johor marah dan sokongan mereka terhadap BN pada 2008 merosot, ada kawasan undi merosot dan ada yang kalah terus," katanya.

Mengulas mengenai pemberian sumbangan hari ini, Dr Mahathir yang juga penaung Perdana Global Peace Organisation (PGPO) mengucapkan terima kasih kepada PIBK kerana turut prihatin untuk membantu usaha-usaha menyelamatkan rakyat Palestin di Gaza.

"Saya ucap tahniah kepada pertubuhan kerana usaha yang dibuat dengan sendirinya dan saya harap sikap seperti ini perlu dicontohi oleh belia-belia lain supaya dapat menunjukkan betapa kita kisah akan kedudukan keselamatan dan orang Islam yang ditindas dan dibunuh," katanya.


Bernama

Jelutong Expressway ditukar ke nama Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu


26 Nov — Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini memutuskan untuk menamakan Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang sebagai Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu bagi mengenang sumbangan bekas ketua menteri itu yang meninggal dunia kelmarin.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan pagi ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

“Mesyuarat Exco pagi ini telah membuat satu keputusan untuk menghormati mendiang Tun Dr Lim Chong Eu, bekas ketua menteri Pulau Pinang dengan menamakan semula Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang kepada Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Ini kenyataan medianya..

PENAMAAN SEMULA JALAN PESISIRAN PANTAI TIMUR PULAU PINANG (JELUTONG EXPRESSWAY & JALAN BAYAN LEPAS) KEPADA LEBUHRAYA TUN DR. LIM CHONG EU (TUN DR. LIM CHONG EU EXPRESSWAY)

Mesyuarat EXCO pada pagi ini telah membuat satu keputusan untuk menghormati mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Kedua dengan menamakan semula Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang (Jelutong Expressway & Jalan Bayan Lepas) kepada Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu.

Penamaan Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang (Jelutong Expressway & Jalan Bayan Lepas) merangkumi keseluruhan jalan dari Gat Jalan Prangin sehingga Persimpangan Jalan Batu Maung/ Jalan Permatang Damar Laut. Ini melibatkan 4 seksyen yang terdiri daripada Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan iaitu:-

a.Lebuhraya Pantai Jelutong dari Gat Jalan Prangin ke Jalan Tengku Kudin (4.14 km);

b.Sebahagian jalan yang masih belum dinamakan lagi iaitu di bawah tanggungjawab Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu dari Persimpangan Bertingkat Jambatan Pulau Pinang ke Jalan Tengku Kudin (2.53 km);

c.Lebuhraya Sungai Nibong di antara Persimpangan Bertingkat Jambatan Pulau Pinang ke Jalan Tun Dr. Awang (3.19 km); dan

d.Lebuhraya Bayan Lepas di antara Jalan Tun Dr. Awang dan Persimpangan Jalan Batu Maung/ Jalan Permatang Damar Laut (7.98 km).

Panjang keseluruhan Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang (Jelutong Expressway & Jalan Bayan Lepas) dari Persimpangan Gat Jalan Prangin/Lebuhraya Pantai Jelutong/Pengkalan Weld ke Persimpangan Lebuhraya Bayan Lepas/Jalan Batu Maung/Jalan Permatang Damar Laut adalah sepanjang 17.84 km.

Terdapat 3 persimpangan bertingkat, satu jambatan dan satu jejantas sepanjang lebuhraya ini. Lebuhraya ini bertujuan menghubungkan Jambatan Pulau Pinang ke Bandar George Town dan Bandar Bayan Lepas.

Penamaan semula lebuhraya ini bertujuan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan ke atas sumbangan dan jasa bakti yang tidak ternilai mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu kepada pembangunan Negeri Pulau Pinang khasnya dan Negara Malaysia amnya.

Sebelum ini Kerajaan Negeri telahpun memaklumkan akan hasrat untuk menamakan semula lebuhraya tersebut kepada keluarga mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.

Mesyuarat EXCO pada pagi ini telah dipendekkan bagi membolehkan ahli-ahli EXCO menghadiri upacara istiadat pengkebumian dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.

YAB Ketua Menteri juga telah membatalkan semua program awam dan politik beliau sebagai tanda berkabung ke atas pemergian mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.

KENYATAAN AKHBAR OLEH YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG DI GEORGE TOWN PADA 26 NOVEMBER 2010

Ingatan Buat Muhyidin: BELIA BUKANNYA KAYU!!


PAS mengingatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, belia tahu menilai yang mana intan dan kaca.

“Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita.

“Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas seruan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen semalam supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya.

Menurutnya, seruan Muhyiddin itu sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran.

“Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapuk Umno sahaja,” ujarnya.

Beliau menambah, sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisme perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini.

Katanya, mereka sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi ketrampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini.

“Macam mana Tan Sri Muhyiddin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik,” katanya lagi.


Harakahdaily

Kalau Khairy jatuhkan Pak Lah, tunggulah Rosmah "jahanamkan" Najib!


Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Usia Parlimen yang bermula selepas pilihan raya umum, Mac 2008, belum pun genap tiga tahun, atau lebih tepat 36 bulan. Tempoh Parlimen yang baru bermula daripada tarikh sidang pertama dijalankan, iaitu pada penghujung April 2008.

Ini bermakna kita ada lima bulan lagi sebelum genap tiga tahun usia Parlimen. Selalunya pilihan raya diadakan, paling awal pun, hanya selepas tempoh 36 bulan itu. Sewaktu Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menerajui kerajaan, Parlimen dibubarkan apabila mandat kerajaan hampir berakhir. Bagaimanapun, selepas Dr Mahathir mengambil alih pemerintahan, tempoh Parlimen hanya sekitar empat tahun sahaja.

Berdepan suasana politik yang begitu gawat dalam era reformasi, selepas memecat dan mengaibkan Anwar Ibrahim pada September 1998, Mahathir menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen ketika usia kerajaan hanya tiga tahun lima bulan.

Penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi dilihat tidak begitu terdesak untuk mengadakan pilihan raya awal selepas menang besar pada 2004, apatah lagi kedudukan ekonomi negara tidak memihak kepadanya, manakala isu kenaikan harga minyak menjadi bualan ramai dan menimbulkan keresahan umum, namun beliau terpaksa memilih Mac 2008,antaranya, bagi menghalang Anwar bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 itu.

Meskipun Abdullah terpaksa berundur lebih awal sebagai perdana menteri dan presiden Umno, ekoran prestasi buruk BN dalam pilihan raya berkenaan, beliau tetap diingati sebagai negawaran yang bersedia memberikan tempoh berkempen yang lebih lama, iaitu 13 hari. Minggu pertama kempen dilihat begitu suram tetapi kembali panas dan mendebarkan beberapa hari sebelum pengundian.

Dalam beberapa pilihan raya umum sebelum itu, tempohnya tidak pernah melebihi sepuluh hari, malah ada yang sesingkat lapan hari, sekadar mencukupi tempoh minimum tujuh hari.

Selain mencatatkan tempoh berkempen paling pendek, Dr Mahathir juga pernah mengadakan pilihan raya umum semasa musim haji!

Kita mengharapkan tempoh kempen nanti boleh dilanjutkan sehingga 21 hari, seperti permintaan Bersih.

(Sebagai pengamal media dan "membesar" bersama Harakah, saya sentiasa mengenang satu lagi "sumbangan" Abdullah, iaitu mengembalikan penerbitan Harakah kepada dua kali seminggu, berbanding Dr Mahathir yang mencantas lidah rasmi PAS itu kepada kekerapan hanya dua kali sebulan, selepas dikejutkan dengan keputusan pilihan raya umum,November 1999).

Tarikh pilihan raya sentiasa menjadi senjata buat pemerintah mengaut keuntungan politik semaksimum mungkin. Memang keputusan muktamad berada di tangan Agong, namun jarang kehendak Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tidak dilayan.

Bagaimanapun pilihan raya umum ke-12 mengajar kita bahawa mood pengundi kini sukar diramal, tidak sepertimana sebelum ini yang agak mudah ditelah atau dibaca.Kebijaksanaan rakyat menggunakan hak memilih kerajaan baru melalui peti undi agak luar biasa. Agensi perisik profesional, apatah lagi peramal amatur, pun boleh dikelirukan.

Najib memang ada kelebihan sebagai perdana menteri baru, mungkin mengulangi faktor sama yang ada pada Abdullah pada pilihan raya 2004.

Begitu pun, suasana enam tahun lalu sudah jauh berbeza dengan apa yang dihadapi Najib sekarang. Imej Abdullah begitu menyerlah ketika itu. Tempoh lima bulan selepas menggantikan Mahathir dihiasidengan pelbagai slogan muluk dan tindakan kosmetik yang mengkagumkan!

Sewaktu mengetuai kempen BN dalam pilihan raya umum ke-11, Abdullah belum terpalit dengan dakwaan amalan kronisme dan pilih kasih, sehingga timbul istilah "4K" dan penguasaan "Tingkat 4" ke atasnya. Mahathir juga mungkin tidak terfikir untuk melancarkan serangan terbuka terhadap Abdullah.

Nama Khairy Jamaluddin, Kalimullah Hassan atau Patrick Lim (lebih dikenali sebagai Patrick Badawi) belum cukup popular untuk menghakis sokongan pengundi kepada BN.

Apakah imej Najib kini sebaik Abdullah di awal pemerintahannya dahulu? Bagi saya, tidak. Laluan Najib tetap sukar. Selama 20 bulan menjadi PM, beliau sudah terpalit dengan pelbagai cerita negatif. Usah melihat siri pilihan raya kecil di Galas dan Hulu Selangor sahaja. Imbangi juga dengan kegagalan BN mempertahankan kerusi di Kuala Terengganu dan Sibu.

Menarik sekali ingatan Dr Koh Tsu Koon kepada pemimpin BN terhadap kemenangan berganda baru-baru ini: "Seperti kata pepatah, kehadiran dua ekor burung pipit bukan bererti musim bunga sudah tiba. Ini kerana mungkin haiwan terbabit berada di situ disebabkan terselamat daripada cuaca dingin musim sejuk yang masih lagi belum berakhir."

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu mungkin tidak begitu menarik imiginasi pengundi lagi, tetapi bagaimana dengan kes rasuah berkaitan pembelian senjata, misalnya? Lebih jauh daripada itu, amalan politik Umno-BN yang bersebati dengan korupsi tetap terasa hanyir.

Beberapa pendekatan barunya seperti konsep 1-Malaysia mungkin bertujuan menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu, namun sikap perkauman Umno juga semakin terserlah.

Tidak kurang juga yang mengkritik slogan baru Najib yang dilihat belum sempat difahami dengan baik oleh rakyat. Kontrak kerajaan masih diagihkan secara rundingan terus kepada elit penguasa dan suku-sakat mereka, walaupun dilaungkan ia dibuat secara tender terbuka.

Paling menonjol, isu yang mengheret Abdullah kecundang lebih awal, iaitu faktor "penasihatnya" yang tamak dan sombong turut melumurkan kesan negatif buat wajah Najib.

Bedanya, tiada "Khairy atau Kalimullah" yang menonjol dalam pemerintahan Najib tetapi rakyat muak dengan karenah dan "kelaku" isterinya, Rosmah Mansor. Ketamakan "Wanita Pertama" itu lebih menjolok mata dan menjengkelkan.

Najib mengakui selepas melakukan transformasi ekonomi dan sistem dalam kerajaan, tumpuannya menjurus kepada penambaikan politik. Siri jelajahnya ke seluruh negara sebagai Presiden Umno akan bermula. Ada pihak menjangkakan tumpuan diberikan kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, terutama Kedah dan Selangor. Mungkin Kelantan dan Pulau Pinang agak sukar direbut dalam pilihan raya akan datang.

Apabila isu banjir terburuk di Kedah dipolitikkan sebegitu rupa, sehingga menimbulkan kemarahan Menteri Besarnya, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang selama ini jarang menuturkan sesuatu yang menyakitkan pemimpin kerajaan Pusat, maka ia mendedahkan tembelang Umno yang begitu gelojoh mencari jalan pintas walaupun dengan taktik kotor. Begitu juga dengan serangan bertubi-tubi di Selangor.

Elok juga diuar-uarkan kemungkinan pilihan raya lebih awal. Pakatan Rakyat harus meneliti persiapan dan ketahanan diri. Usah pandang mudah isu-isu dalaman yang dipamerkan media.

Rakyat kini mahu memilih kerajaan yang lebih kredibil, bukan lagi menyokong pembangkang yang kuat. Jangan biarkan "jentera BN" memesongkan persepsi mereka.

Apa pun harus diingat, laluan Pakatan ke Putrajaya masih berliku sekiranya tiada lonjakan sokongan pengundi baru ataupun masyarakat Melayu desa terhadapnya.

Saya tidak begitu bimbang pengundi Cina beralih angin mengulangi teori pendulum, namun "simpanan tetap" BN di Sabah dan Sarawak belum ada tanda-tanda akan terusik. Lebih merisaukan adalah dengan kecenderungan masyarakat India ...

Namun segalanya masih boleh diubah dan dipengaruhi, kan?

Thursday, November 25, 2010

Utusan Malaysia dah nak lingkup!


KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.
Utusan berkata, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.
Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan berkenaan untuk baki tempoh 2010, katanya. ~ Mstar
TANDA TANDA PILIHANRAYA AKAN SAMPAI


nota:
tanda tanda awal ialah
orang india kurang mati
dalam tahanan
tanda kedua orang india
tak selalu kena belangkong kah kah kah



TERKINI FB ZUNAR:
Orang ramai di sekitar KLCC gempar apabila sekumpulan 20 orang polis berkelakuan aneh dan mencurigakan pagi tadi. Mereka tidak menangkap, melerai, menyembur gas atau memukul ahli2 Hindraf yang mengadakan perhimpunan di menara berkembar itu!

APCO MULA MERANCANG ALIRAN BERITA



YANG TERTUDUH



nota:
lihat gambar....ini belum didapati salah tapi
muka sudah ditayang untuk umum

berbeza dengan gambar azilah dan sirol
sampai sekarang tak ada dilihat
walhal telah didapti bersalah

nak faham - sila baca dibawah kah lah kah

LAGI 13 INDIVIDU DI TAHAN –melayau

Seramai 13 lagi individu dari tiga negeri ditahan hari ini kerana didakwa terbabit dalam penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan.

Selain tangkapan baru itu, sebanyak 21 premis industri di seluruh negara yang membeli diesel bersubsidi turut disiasat.

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Mohd. Jamidan Abdullah, lapan individu daripada jumlah tangkapan baru itu ditahan di Sarawak, Perak (tiga) dan Pahang (dua), turut melibatkan pengusaha jeti, pemilik bot, tangki minyak haram, depot dan persatuan nelayan kawasan (PNK).

Semalam, seramai 19 individu ditahan di seluruh negara kerana didakwa terbabit dalam penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan dalam operasi besar-besaran yang dijalankan di seluruh negara, sejak Jun lalu.

Dalam kira-kira 20 serbuan yang dijalankan bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu, sebanyak 414,000 liter diesel bersubsidi berjaya disita.

Pada 17 November lalu, Utusan Malaysia membongkar masalah penyelewengan diesel bersubsidi sehingga menyebabkan kerajaan hilang jutaan ringgit pada setiap bulan akibat ketirisan.

Kegiatan menyeleweng sebahagian diesel bersubsidi digambarkan berada pada tahap serius apabila dikatakan lebih 1 bilion liter diesel berkenaan disalurkan kepada persatuan nelayan.

kah kah kah... PELIK... JERONG MEREMBAT BERJUAT JUTA... TAK ADA KENA TANGKAP...kah kah kah..

kah kah kah... YANG KENA NELAYAN KITA... kah kah kah..

sila baca dibawah kenapa macam ini :

MARI MEMAHAMI MAKNA BERITA

tidak lama lagi kita akn terus membaca banyak lagi
berita berita tangkapan oleh sprm – banyak lagi ikan bilis
dan ikan karin akan ditangkap oleh sprm. dlam masa yang
sama banyak lagi berita tentang pentabiran kerajaan pakatan
akan keluar – semua ini adalah perancangan zionis APCO –
yang yang dikatakan dalam ilmu hubungan awam sebagai
-feel good news - berita berita sedap ini adalah untuk
menyediakan ruang kepada pilihanraya yang akan diadakan
tidak lama lagi.

selain dari tangkapan jerung ini – cuba ingatkan berita tentang LRT
berita LRT ini direka seolah olah landasan lrt
ini telah siap bulan lepas – sebenarnya TAK ADA SATU HABUK
ini juga adalah untuk menimbulkan – rasa seronok pembaca –

kemudian akan keluar berita – banjir – kelaparan – jenayah – pembunuhan
di afrika, di latin amerika dan di eropah – ini bertujuan untuk memperlihatkan
bahawa malaysia selamat kalau kita mengundi gerombolan – berita jumpa bayi tepi
longkang – bayi kena tembak, kanak kanak kena tembak polis, mati dalam
penjara – semua nya akan hilang – ini feel bad news – mesti dijauhkan kerana
rakyat akan menghumbankan gerombolan keran mereka bertanggung jawab
membawa masaalah ini.

berita berita sedap didendar ini akan berterusan. kita akan jumpa banyak lagi
berita jenis ini. semuanya di rancang dan di reka.

berita-berita ini akan keluar sebagai tanda pilihanraya akan dekat:
- ada pengumuman gaji naik – hanya pengumuman – naik belum tentu lagi
- gaji yb juga akan naik
- gaji polis/askar akan naik

tanda tanda agak dekat:
- berita satu dua pimpian pkr lari parti
- berita kacau dlam pkr
- berita lim guan eng anti islam
- berita nik aziz anti islam

tanda- tanda piliharaya akan sampai
- kes anwar selesai
- anwar didapati bersalah
- anwar masuk penjara

nak sedap kan lagi hati rakyat:
- khir toyo akan di bawa ke mahkamah
- lee liong sik akan jadi muka depan kes rasuah
- ghani patail akan bersara
- mic/ppp/hindraf akan heboh nak buat penyatuan
- bekas mufti perlis dan 40 penyamun akan selalu jadi berita

lagi nak dengar berita sedap:
- peneroka felda dapat geran
- gambar peneroka dapat geran
- gambar mat mongol dengan orang felda
- mawi menapi jadi ahli pas

lagi bertambah dekat:
- bik mama mula mula pakai tudung
- mat mongol mula pakai songkok
- mat mongol banyak bercakap arab
- mat mongol mula jadi imam
- mat mongol mula bercakap hal dosa dan pahala

betul betul pilihanraya nak sampai
- bik mama pergi umrah
- gambar bik mama di kaabah
- gambar bik mama depan batu hitam
- gambar bik mama cium batu hitam

kalau gambar ini dah keluar – dua minggu kemudian parlimen akan dibubarkan kah kah kah kah
DAPATKAN SEKARANG MEDIA KEADILAN !


nota:
cari MEDIA KEADILAN
baru masuk ke pasaran
kalau tak dapat pukul talipon:

03-22-72-40-45

tanya mana boleh beli
kalau tak ada duit - curi kah kah kah

STRATEGI BN UNTK MENANG PRU 13

...dan yang terbaru mula gunapakai di Sarawak

khabarnya dah diluluskan oleh kak ROS...
 Cuma nak lihat apa reaksi Wan Ahmad pencacai umno dalam SPR ni kerana dulu di PRK Galas katanya pakai t-shirt ada logo 1 malaysia boleh. Besar mana pun tak kira . Dah terbau hancing kerana dia akan kencing rakyat malaysia lagi.

Utusan Rugi Apabila Pembaca Bosan Corak Pemberitaan

SHAH ALAM 25 NOV : Kerugian yang dicatatkan akhbar Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, berpunca daripada pembaca yang tidak lagi menggemari corak laporan akhbar itu kata tokoh wartawan veteran, Said Zahari.

Melihatkan kepada perkembangan dan trend pembaca hari ini, Said berkata, sebenarnya pembaca mulai bosan dengan corak pemberitaan terkongkong yang diamalkan oleh Utusan.

Utusan katanya harus kembali sebagai sebuah medium yang bebas dalam melaporkan jika mahu memulihkan kembali jumlah edarannya.

"Utusan Melayu sebelum ini melakukannya dengan baik tetapi sampai apabila ia dikuasai oleh parti politik(Umno) dan pemberitaannya dan juga dasar-dasarnya, ia menjadi sempitlah. Sebab surat khabar ini untuk seluruh rakyat," katanya.  

Tambah Said lagi, walaupun Utusan tidak mengisytiharkan mereka adalah lidah rasmi Umno dan kerajaan, namun rakyat katanya bijak 'membaca' berdasarkan laporan akhbar itu.

Lalu masyarakat menzahirkan rasa tidak senang mereka melalui memboikot atau tidak membeli akhbar berkenaan dan fakta itu dikuatkan lagi dengan kerugian lebih RM10 juta yang dialami oleh Utusan kata Said. 

"Saya fikir ini bukan soal muak tetapi soal apa yang dipaparkan oleh Utusan Melayu ini terlalu tersekat, ataupun banyak laporan-laporan dari parti pembangkang dan umum yang tidak tersiar dalam surat khabar itu kerana mungkin penguasa akhbar itu tidak suka selain daripada partinya sendiri," ujar beliau. 

Said menambah, untuk menjadi sebuah media yang digemari dan dapat menarik ramai pembaca, ia bukan lagi seperti zamannya dahulu, apabila Utusan yang pada asalnya dikeluarkan dalam edisi Jawi, menukarnya kepada rumi untuk menarik pembaca pelbagai kaum, namun dasar dan corak pemberitaan itu perlulah lebih diutamakan.

"Tetapi itu sahaja tidak cukup untuk orang ramai membaca surat khabar itu.Ertinya surat khabar itu harus memainkan peranan yang bebas daripada penguasaan parti politik atau kerajaan," katanya lagi.  

Bercakap kepada Tv Selangor, Said yang juga bekas pengarang akhbar tersebut suatu ketika dahulu berkata, kurangnya minat pembaca membeli akhbar Utusan mengakibatkan para pengiklan sekaligus berpindah kepada media-media lain yang lebih mendapat perhatian pembaca di negara ini.

"Kalau soal iklan, iklan ini berkaitan dengan perniagaan. Pengiklan-pengiklan ini akan mengiklankan produk mereka di dalam surat khabar buku atau apa pun yang banyak pembacanya kerana ia ditujukan kepada pembaca. 

"Orang-orang tidak akan mengiklankan produk-produk mereka sekiranya surat khabar itu pembacanya makin menurun," kata Said Zahari ketika diminta mengulas penurun edaran Utusan Melayu yang mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.    

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, akhbar itu mengalami kerugian akibat kurang mendapat sambutan dari pengiklan-pengiklan selain mendapat saingan sengit dari saluran media lain.

Pendapatan akhbar itu dikatakan merosot akibat pengiklanan daripada RM253.847 sebelumnya kepada RM244.564 juta.

Manakala untuk suku ketiga berakhir 30 Sept, 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas lapor Bernama.

Ekspo Cheng Ho rapatkan Muslim sedunia


KOTA BHARU, 25 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur Ekspo Cheng Ho 2010, telah berjaya menyatukan dua bangsa muslim dari dunia berbeza, iaitu Malaysia, China, serta beberapa buah negara lain.

Katanya, kejayaan itu juga telah berjaya memecahkan fahaman golongan tertentu selama ini yang berpandangan negatif terhadap bangsa terbabit, khususnya dari benua lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat pameran ekspo serta mengikuti persembahan istimewa dari Khairat Aziz, Adili dan persembahan kebudayaan dari Khazastan termasuk Shao Lin.

Menurutnya,   program yang bermula 21 November lepas di Kota Bharu telah berjaya merapatkan hubungan bangsa China muslim dan Melayu muslim khususnya, kerana Islam adalah agama suci sedunia.

“Saya sentiasa terfikir bagaimana cara untuk menyatukan semua bangsa di dunia ini khususnya sesame Islam biarpun dari negara serta benua yang lain agar ianya dapat berkenalan di antara satu sama lain,”ujarnya.
(Gambar: Antara persembahan yang dibuat oleh Muslim dari China di Kota Bharu)
Menurutnya lagi, lebih 50 tahun kerajaan secular negara ini telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membangunkan negara, bagaimanapun rasa curiga di antara satu sama lain masih wujud.

“Kita hanya diperangkap oleh orang Eropah yang tidak mahu melihat Islam bersatu, terutama yang Yahudi agar manusia di dunia ini hanya memandang mereka dan bukannya Islam.

“Konsep hiburan juga telah disalah ertikan sehingga mereka memahami berhibur mesti ada perempuan, namun kita telah ketengahkan sesuatu yang lebih baik,”ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan Kelantan telah mengenengahkan hiburan tanpa menggunakan perempuan, sebaliknya hanya kecerdeikan dan kepakaran manusia bagi menggambarkan masyarakat berkenaan yang hebat.

Pada masa yang sama beliau mengakui begitu terhibur dengan persembahan berkenaan begitu mengagumkan.

“Seronok sungguh saya, terhibur inilah antara hiburan yang tidak bercanggah dengan Islam apa lagi tidak membabitkan golongan wanita,”ujarnya gembira.

Wednesday, November 24, 2010

PRU13: Persempadanan semula kawasan pemilih

by Jayanath Appudurai   

Selepas mesyuarat agung Umno bulan lepas dan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, tumpuan awam beralih pula kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Bilakah PRU13 akan diadakan?

Namun seperkara yang kurang dapat perhatian umum ialah persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya. Sekiranya persempadanan semula siap dilakarkan sebelum PRU13 -- yang wajib diadakan sebelum September 2013 -- maka implikasinya terhadap arah aliran politik negara adalah ketara.
Di bawah Perkara 113(2), Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab bagi menjalankan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mengikut perundangan, persempadanan hanya boleh dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum itu.
Persempadanan semula juga perlu disiapkan dalam tempoh masa dua tahun. Ia terakhir sekali dibuat pada Mei 2003. Maka urusan persempadanan ini bakal dilaksanakan tahun depan 2011.

Prinsip undi sama nilai

Dalam sistem demokrasi berasaskan perwakilan, semua warga, tanpa mengira di mana dalam negara mereka bermastautin, adalah berhak untuk diwakili oleh seorang Wakil Rakyat dalam dewan perundangan secara samarata. Maka, setiap warga yang layak mengundi mempunyai satu undi dan undi itu adalah sama nilai dengan undi warga lain.

Urusan persempadanan semula adalah penting supaya prinsip persamarataan dilaksanakan secara saksama. Sejajar dengan prinsip ini, bilangan pemilih di setiap bahagian pilihan raya hendaklah lebih kurang sama. Dengan itu, nilai asas sistem demokrasi yang mendukung prinsip "satu warga, satu undi" boleh dihayati.

Sebagai contoh, di United Kingdom terdapat 650 bahagian yang hampir semuanya mengandungi jumlah pemilih dari 50,000 ke 79,000 orang.
Persempadanan dari masa kesemasa adalah juga penting dilaksanakan supaya boleh mengambilkira serta setimpal dengan kadar pertumbuhan penduduk dalam bahagian-bahagian pilihan raya tersebut.
Dalam sistem negara kita, pihak SPR dalam menjalankan persempadanan semula harus mematuhi prinsip- prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.1

Satu prinsip utama ialah: "Bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya."
Prinsip mengagihkan wajaran kepada kawasan luar bandar telah dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 di mana variasi saiz (jumlah pemilih) di antara mana-mana dua kawasan haruslah tidak melebihi 15 peratus. Sejak 1952, persempadanan semula telah dilakukan sebanyak lapan kali dan banyak rungutan ditimbulkan bahawa prinsip ini tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pihak SPR. Harus diperhatikan bahawa wajaran 15 peratus yang dipersetujui tersebut tidak digunakan selepas beberapa pindaan kepada Perlembagaan sejak tahun 1973.

Kini pihak SPR menggunakan asas penentuan pemilih bagi satu-satu bahagian pilihan raya seperti jadual berikut:2 Kategori bahagian berdasarkan kajian tempatan oleh pihak SPR akan menentukan keluasan kawasan serta jumlah pemilih dalam sesuatu bahagian.

Kriteria bagi persempadanan bahagian pilihanraya
  Kriteria
Kategori Bahagian Luas Kawasan Jumlah pemilih bahagian Pilihanraya Parlimen Jumlah pemilih bahagian Pilihanraya Negeri
Bandar 8-49 KMP 60,000 ke atas 25,000 ke atas
Separuh bandar 50-250 KMP 30,000-59,000 15,000-24,000
Luar bandar dan pendalaman > 250 KMP 30,000 ke bawah 15,000 ke bawah
*Kecuali bagi W.P, Putrajaya dan W.P Labuan

Persempadanan semula tahun 2003

Dalam urusan persempadanan semula 2003, sebanyak 222 bahagian Parlimen diwujudkan, termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan yang tidak mengikut kriteria yang ditetapkan atas sebab-sebab tertentu. Walhal demikian, nyata dalam urusan tersebut pihak SPR tidak juga menggunakan kriteria yang disebutkan dengan sepenuhnya atau secara seragam bagi menetapkan persempadanan bahagian-bahagian lain.
Bahagian Parlimen terkecil dari segi jumlah pemilih, yakni 15,717 orang adalah di Sarawak, iaitu P222 Lawas. Manakala bahagian terbesar ialah P109 Kapar (112,224 orang) di Selangor. Secara kasar, ini bermakna nilai satu undi di Lawas adalah bersamaan dengan tujuh undi di Kapar.
Perbandingan kawasan yang terkecil dan terbesar di Semananjung adalah seperti di jadual berikut:

Bahagian Parlimen Kategori Bahagian Jumlah Pemilih Variasi (%)
P55. Leggong Luar Bandar 22,999 -------
P109. Kapar Bandar 112,224 388

Variasi antara Lenggong dan Kapar adalah 388 peratus, jauh daripada syor 15 peratus yang dipersetujui pada tahun 1957. Kajian terperinci akan menunjukkan bahawa terdapat variasi jumlah pemilih antara banyak lagi bahagian-bahagian yang tidak mematuhi prinsip persamarataan dari segi 'satu warga, satu undi'. Mungkin pihak SPR dapat mempertahankan variasi yang tidak munasabah berasaskan prinsip: "Perhatian harus juga diberi kepada kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi pendaftaran dan semasa mengundi;3

Akan tetapi apa yang mengelirukan adalah tafsiran dan aplikasi kriteria bagi mengkategorikan bahagian bahagian pilihan raya, khususnya bagi kawasan di luar bandar.

Perbandingan bahagian yang nyata harus dikategorikan sebagai kawasan luar bandar menunjukkan perbezaan ketara seperti dipaparkan dalam jadual berikut:
Bahagian Parlimen
Kategori Bahagian
 Jumlah Pemilih
P.55. Leggong  Luar Bandar 22,999
P.16. Baling Bandar 80,878
P.25 Bachok Bandar 63,736
P.67 Kuala Kangsar  Luar Bandar 28,224


Soalnya kenapakah kriteria "Bandar 60,000 ke atas" digunakan untuk Baling di Kedah dan Bachok di Kelantan, walhal dari kajian tempatan jelas bahawa kedua-dua kawasan tersebut adalah berada di 'luar bandar'?
Apabila Baling dan Bachok dibandingkan dengan Kuala Kangsar yang hanya mempunyai jumlah pengundi 28,224, maka akan timbul keraguan mengenai kesahihan proses persempadanan yang dijalankan oleh SPR. Adakah Kuala Kangsar kawasan lebih berumpama 'desa dan pedalaman' berbanding dengan Baling dan Bachok?
Selain daripada itu, urusan persempadanan 2003 juga tidak mengambil kira kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negeri. Sebagai contoh, Johor dengan jumlah penduduk 2.74 juta penduduk dan kadar pertumbuhan 2.6 peratus dalam tempoh masa 1991-2000 diberikan enam kerusi tambahan berbanding dengan Selangor yang mendapat lima kerusi tambahan walaupun mempunyai 4.19 juta penduduk dan mencapai kadar pertumbuhan 6.1 peratus dalam tempoh waktu yang sama.

Rungutan bahawa urusan persempadanan berat sebelah kepada parti memerintah nampaknya memang berasas.

Tatacara persempadanan

Bagi memahami punca masalah ketidakseimbangan antara bahagian, kita perlu meneliti prosedur yang digunapakai oleh SPR dalam urusan persempadanan, seperti berikut:4

1. Arahan oleh ibu pejabat SPR kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri mengumpul maklumat-maklumat seperti bilangan pemilih di bahagian-bahagian, kemudahan-kemudahan baru yang ada seperti bangunan dan sekolah-sekolah dan kemudahan perhubungan dan pengangkutan;
2. Laporan kajian semula persempadanan dengan syor awal dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri;
3. Pada masa yang sama, suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai;
4. SPR mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran dari mana-mana kerajaan negari, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih;
5. Sebaik sahaja selesai siastan sebarang perubahan persempadanan harus dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan; dan
6. Cadangan persempadanan akhir dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

Jelas bahawa autonomi SPR dalam urusan ini tersekat apabila cadangan persempadanan harus terlebih dahulu dikemukakan kepada Perdana Menteri sebanyak dua kali. Beliau mempunyai kuasa dan peluang untuk membuat pindaan kepada cadangan SPR sebelum inaya dibentangkan di Parlimen.
Sesiapapun yang menjadi Perdana Menteri dari gabungan BN ataupun PR, bolehkah kita mengharap bahawa penyandang jawatan akan bertindak secara 'non-partisan', dan tidak akan mengambil peluang untuk memperkasakan kedudukan partinya?
Walaupun rakyat diberi peluang untuk buat cadangan, masalah ketara ialah untuk mengumpul 100 orang pemilih yang berminat dan mempunyai masa untuk buat sedemikian [merujuk kepada perkara (4) di atas]. Kita harus mengakui bahawa tahap pemahaman dan komitmen rakyat jelata kepada proses demokrasi dalam negara kita adalah rendah.
Maka kita dapat lihat bagaimana urusan persempadanan pada hakikatnya dikuasai hampir sepenuh-penuhnya oleh pihak SPR dan kerajaan yang memerintah.
Kesimpulan
Kelemahan dalam urusan persempadanan semula suduh wujud sekian lama dan akan berterusan. Ia hanya akan dapat diatasi sekiranya pindaan dibuat kepada perundangan, sistem dan prosedur sedia ada supaya SPR benar-benar bebas dan berautonomi.

Sebagai langkah permulaan, tatacara mengemukakan cadangan awal dan laporan akhir persempadanan kepada Perdana Menteri perlu dimansuhkan. Cadangan persempadanan boleh saja dibentangkan terus untuk pertimbangan dan kelulusan Parlimen.
Supaya benar-benar menganuti prinsip 'satu warga, satu undi', sistem pilihan raya perlu dirubah. Rombakan ini hanya akan direalisasikan sekiranya rakyat sendiri menunaikan tanggungjawab dan menuntut perubahan yang dihasratkan.
***************

1.Prinsip ini diterangkan dalam laman web SPR di bawah tajuk ‘persempadanan’ – http://www.spr.gov.my/
2. Ibid
3. Ibid
4. Perlembagaan Persekutuan, Jadual Ketiga Belas, Bahagian II, “Tatacara Bagi Menyempadankan Bahagian- Bahagian Pilihan Raya.”