Monday, January 14, 2013

Patutlah Najib tak berani jawab tuduhan Deepak tu.. tengoklah siapa di belakang Deepak ni...



Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO Baru yang diadakan di PWTC tidak lama dulu dan berterusan hingga ke hari ini, Ahli perniagaan Deepak Jaikishan telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Rosmah Mansor.

Pendedahan tersebut sememangnya  mencalarkan dan memburukkan lagi imej Rosmah ( kecuali dimata Pencacai UMNO) yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya..

Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib tercalar kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu..

Biarpun pendedahan berterusan selama berminggu-minggu telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataanpun keluar dari mulut Najib bagi membela isterinya itu sendiri.

Kecuali pencacai UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan dirinya sendiri bagi mempertahankan Rosmah ( baca di SINI ) tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain untuk mempertahankan Rosmah dan Najib..

Zahid Hamidi yang semasa Perhimpunan Agung UMNO Baru telah berjanji untuk menjawab dakwaan Deepak juga sanggup menjadikan dirinya munafik dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah dijanjikannya di ( SINI )

Kenapa dan mengapa agaknya?

Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej Najib?

Jika benar kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?

Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu mengapa Deepak masih bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..

Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..

Mungkinkah gambar dan laporan di bawah ini menyerlahkan siapa sebenarnya di belakang Deepak..


14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

The Star melaporkan seramai 230 tetamu telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.


Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..


Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Perka Kasur Datuk Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.

Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media ialah diantara 230 orang tetamu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah  Deepak Jaikishan..


Korang nampak tak siapa di belakang Deepak Jaikishan sekarang?? Kalau Anwar Ibrahim dah lama mamat ni masuk dalam...

By the way.. buat yang kata Rafizi dah kantoi bila Deepak nafikan dokumen yang Rafizi dah dedahkan tu.. cuba baca betul-betul dalam kenyataan media Rafizi itu di ( SINI ) atau di ( SINI )..

Ada atau tidak Rafizi sebutkan dari mana beliau perolehi dokumen yang didedahkannya itu?

Rafizi menyatakan.."Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor."

Dia tak nyatakan langsung dari mana dia dapat dokumen itu... siapa yang kantoi??

No comments: