Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO Baru yang diadakan di
PWTC tidak lama dulu dan berterusan hingga ke hari ini, Ahli perniagaan
Deepak Jaikishan telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan
Rosmah Mansor.
Pendedahan tersebut sememangnya mencalarkan dan
memburukkan lagi imej Rosmah ( kecuali dimata Pencacai UMNO) yang selama
ini terkenal dengan sikap borosnya..
Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej
Najib tercalar kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk
isterinya yang kedua itu..
Biarpun pendedahan berterusan selama berminggu-minggu telah dibuat oleh
Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataanpun keluar dari mulut
Najib bagi membela isterinya itu sendiri.
Kecuali pencacai UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan dirinya sendiri bagi mempertahankan Rosmah ( baca di
SINI ) tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain untuk mempertahankan Rosmah dan Najib..
Zahid Hamidi yang semasa Perhimpunan Agung UMNO Baru telah berjanji
untuk menjawab dakwaan Deepak juga sanggup menjadikan dirinya munafik
dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah
dijanjikannya di (
SINI )
Kenapa dan mengapa agaknya?
Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah
dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej
Najib?
Jika benar kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak
sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada
Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?
Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu mengapa Deepak masih
bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah
menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas
berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..
Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari
Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci
mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..
Mungkinkah gambar dan laporan di bawah ini menyerlahkan siapa sebenarnya di belakang Deepak..
14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan
Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien,
Kuala Lumpur.
The Star melaporkan seramai 230 tetamu telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.
Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan
megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch
Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..
Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri
Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Perka Kasur Datuk
Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.
Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media ialah
diantara 230 orang tetamu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah Deepak
Jaikishan..
Korang nampak tak siapa di belakang Deepak Jaikishan sekarang?? Kalau Anwar Ibrahim dah lama mamat ni masuk dalam...
By the way.. buat yang kata Rafizi dah kantoi bila Deepak nafikan
dokumen yang Rafizi dah dedahkan tu.. cuba baca betul-betul dalam
kenyataan media Rafizi itu di (
SINI ) atau di (
SINI )..
Ada atau tidak Rafizi sebutkan dari mana beliau perolehi dokumen yang didedahkannya itu?
Rafizi menyatakan..
"Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa
dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan
hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan
Datin Seri Rosmah Mansor."
Dia tak nyatakan langsung dari mana dia dapat dokumen itu... siapa yang kantoi??