Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya
dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk
menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali
kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.
Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.
Tunku
menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat
dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke
puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja
Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan.
Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang
mengalamai konfrontasi dengan Indonesia.
Jika
Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan
Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan
menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan
merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk
melaksanakan projek berkenaan.
Pada
pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta
saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat
mengkajinya.Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.
Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad.
Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan
Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar
masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.
STATUS PEGANGAN BEBAS
Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.
Datuk
Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya
bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama
99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang
untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan
kepadanya masalah saya.
Di
pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan
pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar
untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan
prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan
Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan
kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..
Saya
menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk
pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya
membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang
akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya
jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di
Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang
menghadapi Laut Cina Selatan.
Selangor,
sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur.
Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian
negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan
pelancong
Datuk
Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk
memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.
Mac
31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari
yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands
Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).
Pada
hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira
yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan
usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan,
dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri
pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat
pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan
menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.
Sementara
itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah
mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya
lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji
perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari
mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa
taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.
Saya
bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam
perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal
di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau
menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti
maksud beliau. Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana
kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang
sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen
kasino.
Pada
April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan
permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui
seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet
berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa
untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan
permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya
diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting
Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di
negara ini.
Sebaik
saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan
menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya
saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat
kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho menyatakan
kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino
dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia
terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.
Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.
Diterjemahkan dari petikan buku My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong
No comments:
Post a Comment