Wednesday, October 3, 2012

Mahkamah Persekutuan Lulus Rayuan Royalti Kelantan

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa menyampaikan ucapan sejurus keputusan Rayuan Mahkamah Persekutuan diketahui
PUTRAJAYA, 3 Oktober - Mahkamah Persekutuan hari ini membenar kerajaan negeri Kelantan mengemukan rayuan terhadap tiga rayuan yang ditolak Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Tiga tuntutan rayuan yang diluluskan Mahkamah Persekutuan hari ini adalah membenarkan rayuan menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah dan rayuan pembatalan saman Petronas terhadap kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.

Satu lagi rayuan yang diluluskan Mahkamah  Persekutuan ialah memohon mendapatkan dokumen penyelesaian kes luar mahkamah antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu.

Kira-kira 250 orang penyokong dari badan bukan kerajaan Royalti telah berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya seawal 8 pagi tadi untuk menyaksikan sendiri keputusan yang akan permohonan rayuan tersebut.

Penyokong badan bukan kerajaan 'Royalti' mendengar ucapan 
pemimpin mereka
Keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi tadi.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan beberapa orang lagi pemimpin Pas Kelantan.

Dalam ucapan ringkas selepas keputusan diumumkan, Datuk Husam Musa telah menyatakan hasrat untuk membatalkan perjanjian tahun 1975 antara Petronas dan kerajaan negeri jika tuntutan royalti ini tidak memihak kepada mereka.

Dalam perkembangan yang sama, peserta konvoi mega Royalti dijangka akan menyerahkan referendum mengandungi 150,000 tandatangan rakyat Kelantan kepada Perdana Menteri di Pejabat Pentadbiran Perdana Menteri jam 2 petang ini.-KalamPena/PjO


No comments: