Wednesday, May 25, 2011

Himpunan raksasa warga Felda di Pahang



TEMERLOH, 25 Mei: PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat akan menganjurkan Himpunan Raksasa Warga Felda di sekitar Jengka dan Kerdau pada 27 dan 28 Mei ini.
Menurut pengarah program, Roslan Zainal, antara lain matlamat perhimpunan ialah untuk menghimpun warga peneroka bagi mendedahkan hak-hak yang layak dituntut, menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda.
Katanya, empat program telah disusun dalam himpunan selama dua hari itu bermula dengan ceramah umum pada 27 Mei melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Anak Mazlan Aliman, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan bekas calon Tenang, Normala Sudirman.
“Ceramah tersebut akan bermula dengan majlis pelancaran agihan borang Felda Plantations jam 8.30 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.
“Pada 28 Mei, jam 2.30 petang, satu forum dan dialog isu-isu peneroka Felda dan janji Pakatan Rakyat akan diadakan di Jengka 16. Ahli panelnya terdiri daripada Mazlan Aliman, Harris Abdullah, Fadzli Ramly dan Yohanis Ahmad,” ujarnya.
Roslan berkata, pada waktu yang sama generasi muda diadakan prgram Santai bersama Bob Lokman dan minum petang bersama Mohamad Sabu di Jengka 19.
“Sebelah malamnya pula sekali lagi diadakan ceramah umum melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Siti Aishah Sheikh Ismail, juga di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau.
"Pada malam tersebut Anwar dijangka akan melancarkan montaj Universiti Felda, iaitu yang akan dibina oleh Pakatan Rakyat jika memenangi pilihan raya nanti,” katanya.
Mengenai logik himpunan besar peneroka itu diadakan di Pahang, Roslan berkata, negeri ini memiliki tanah rancangan paling luas iaitu hampir 40% kawasan Felda seluruh negara.
Tambahnya, tanah rancangan Felda pertama terletak di Pahang iaitu Lurah Bilut. -Hrkh

MACAM TU SEKALI UST. ASRI BAGI KIASAN KAT UMNO TAK FAHAM LAGI



"Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'Anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi Muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.' Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui."

-Ustaz Muhd Asri Zainul Abidin, Bekas Mufti Perlis..

Yang dok ada... (ni Tok Senapi kata).. bila masuk UMNO jadi macam ni:





Pemuda PAS tolak cadangan demo di stadium

Cadangan kerajaan agar demonstrasi tanpa permit diadakan di stadium tertutup dengan alasan menjamin keselamatan awam tidak dapat diterima.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassanKetua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab bagi pihak berkuasa menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," katanya kepada Harakahdaily.

Nasrudin mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Hishammudin bahawa kementeriannya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke jemaah menteri bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu daripada mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.
Kerajaan jangan ganggu

bersih rally 271207 03Ketua Pemuda PAS itu yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air dengan alasan bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ia aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

bersih rally 271207 04Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.
Ganas dibalas ganas

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.
bersih rally 271207 01"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Mengenai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai dan akan membantu menggerakkan rakyat untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

bersih rally 271207 06"Kalau PAS kata akan turunkan 100,000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh. -M'kini

BONGKAR: Keterlanjuran Pegawai SPRM Cungkil Keraguan Dalam Kes Kematian Sarbani


Kematian Ahmad Sarbani: "Keterlanjuran" pegawai penyiasat cungkil keraguan

"Keterlanjuran" seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencungkil keraguan balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, yang pada asalnya telah "redha" dengan kematian suaminya. Maziah Manap, terkejut dengan kenyataan "Bukan saya...Orang saya" dari bibir seorang pegawai penyiasat SPRM bernama Ghani, dalam satu perjumpaan pada 28 April 2011.

Maziah Manap membuat repot polis pada 2 Mei 2011 di Balai Polis Kelana Jaya, mengesyaki bahawa Ghani telah "terlepas cakap", semasa perjumpaan di pejabat Kastam dengan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian suaminya. Maziah berharap agar polis akan menyiasat maklumat tersebut.

Dalam perjumpaan pada 28 April, Maziah telah meluahkan perasaannya kepada pegawai penyiasat, termasuk Ghani. Di akhir luahannya, Maziah menyatakan bahawa dirinya redha dengan kematian suaminya, seterusnya bertanya soalan, "Apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?"

Apa yang mengejutkan Maziah adalah "jawapan yang perlahan daripada Ghani, yang menyatakan "BUKAN SAYA... ORANG SAYA". Maziah menyusul dengan pertanyaan "ORANG?", namun Ghani terus mendiamkan diri dan Jariyana bt Yusof terus mengajak Ghani keluar kerana ada operasi.

Demikianlah repot polis yang dibuat oleh Maziah pada 2 Mei 2011, didedahkan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang dalam satu ceramah di Tualang Seka pada malam 20 Mei 2011.



Serah dokumen peribadi

Menurut repot polis tersebut, sepasukan anggota SPRM telah datang ke pejabat Maziah Manap di Shah Alam pada 27 April 2011. Bagaimanapun, Maziah tidak berada di pejabat ketika itu, dan anggota keselamatan syarikat itu diberitahu bahawa tujuan lawatan SPRM adalah untuk menyerah dokumen peribadi Allahyarham Ahmad Sarbani kepadanya.

Temujanji diaturkan pada 28 April, setelah Maziah menghubungi Tuan Hj Sarip, Penolong Kanan Pegawai Kastam di bahagian pengurusan. Pada 10.30 pagi 28 April, Maziah bersama dua orang anaknya Sabtiyah dan Syahirah sampai di pejabat Kastam Subang Jln LTS ASS Subang. 11 dokumen diserahkan oleh Jariyana bt Yusof dari SPRM, sambil disaksikan oleh Sarip, dan pegawai penyiasat kes suaminya, Ghani. Maziah pula ditemani dua orang anaknya dalam bilik di mana dokumen diserahkan.

Kejadian "terlepas cakap" berlaku selepas penyerahan dokumen, menurut repot polis. Malah, seorang lelaki Melayu yang memperkenalkan diri sebagai "Ghani dari SPRM" menelefon anak Maziah pada 29 April, untuk meminta nombor telefon Maziah.

Kejadian ini telah mencungkil keraguan Maziah Manap tentang punca kematian suaminya, Ahmad Sarbani. Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani, 56, dijumpai mati di gelanggang badminton selepas jatuh daripada tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011.

Sarbani antara 62 pegawai kastam yang ditahan dalam "Operasi 3b" yang dijalankan SPRM pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain. Kematian Ahmad Sarbani adalah kes kematian kedua dalam tahanan SPRM, selepas kes Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009. 73 pertubuhan sivil mendesak agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian ini.

Bagaimanapun, pada 21 April, Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian Ahmad Sarbani adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Zuklifli Abdullah menambah, laporan kematian mengejut (Sudden Death Report) Ahmad Sarbani akan dihantar kepada Peguam Negara dalam masa satu minggu. Dengan kata lain, laporan tersebut telah dihantar sebelum Maziah membuat laporan polis pada 2 Mei 2011.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Ghazali Ramli, iaitu peguam Maziah Manap berkata polis pernah menghubungi Maziah untuk mengambil keterangan. Namun demikian, sebagaimana yang diketahuinya, polis tidak berbuat demikian setakat ini.

"Laporan media seolah-olah suami saya kaki rasuah"

MerdekaReview juga menghubungi Maziah Manap, dan beliau meluahkan perasaannya bahawa laporan media arus perdana tidak adil untuk dirinya. Misalnya, media melaporkan bahawa dirinya memiliki empat buah kereta, tanpa menyatakan apa jenis kereta itu. "Saya pandu (kereta) kancil salah ke?" tanya Maziah Manap, yang bekerja sebagai seorang supervisor.

Jelas, Maziah kelihatan agak berhati-hati dengan media, sepanjang temuramah dijalankan. Beliau akan merenung sebelum berkata sesuatu kepada wartawan.

"Reaksi masyarakat terbahagi kepada dua, yang kenal I,percaya I, sebab mereka tahu cara hidup saya. Yang tak kenal I, kutuk I. Laporan media itu seolah-olah suami saya kaki rasuah. Saya pasti suami saya tidak makan rasuah dan tidak membunuh diri," kata Maziah Manap.

Pada 12 April, peguam Maziah Manap, Ghazali Ramli mengisytiharkan harta Ahmad Sarbani secara terperinci, iaitu tiga buah kereta (Kancil, Honda CRV second hand, Proton Persona); sebuah motorsikal Modenas Kriss; satu unit apartment di Klang bernilai RM65,872; satu unit apartment di Puncak Alam bernilai RM68,988; satu unit rumah semi-D di Saujana Impian, Sungai Buluh bernilai RM230,000 (dibeli dengan pinjaman kerajaan dan wang simpanan KWSP isterinya), dan simpanan Amanah Saham Bumiputera yang bernilai RM35,000. -MerdekaReview

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Ambil tindakan ke atas penyiasat SPRM

SURAT FMT


Suaram menggesa pihak polis mengambil tindakan dan penyiasatan segera dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernama Ghani yang berbunyi “Bukan saya…Orang saya” dalam satu perjumpaan dengan keluarga allayarham Ahmad Sarbani pada April 28,2011 lalu.

Maziah Manap, isteri Allayarham Ahmad Sarbani telah melakukan perjumpaan dengan pegawai penyiasat SPRM, Ghani pada April 18, 2011 di Pejabat Kastam Subang Jaya sewaktu dalam proses menyerahkan 11 dokumen peribadi Allayarham kepada SPRM.

Dimaklumkan bahawa pegawai tersebut telah terlepas cakap tentang penglibatan orang lain dari kalangan SPRM (orang saya) dalam kes melibatkan kematian Allayarham Ahmad Sarbani.

Hal ini menimbulkan keraguan mengenai punca sebenar kematian Ahmad Sarbani di Bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada April 6, 2011, lalu. Sebagai sebuah badan hak asasi manusia, Suaram memandang serius terhadap kes kematian tersebut yang berlaku di bangunan pihak SPRM. Sehubungan itu, kami juga ingin menekankan di sini tentang perkembangan siasatan kes tersebut?


Pihak polis telah bertindak tegas dalam siasatan kes video seks membabitkan pemimpin politik dan kes kematian Sosilawati. Justeru, kami juga menuntut pihak polis untuk bertindak tegas dan menyiasat kes kematian Allayarham Ahmad Sarbani. Ini penting bagi keluarga Allayarham yang sehinga hari ini mencari-cari punca sebanar kematian Allayarham dan keadilan untuk keluarga.

Polis perlu mengembalikan reputasi dan kredibilitinya memandangkan 59 kes aduan awam terhadap penyalahgunaan kuasa oleh SPRM belum diselesaikan sehingga kini.

Kami menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan siasatan kes kematian Allayarham Ahmad Sarbani dan separuh daripada jumlah ahli suruhanjaya perlu dipilih oleh masyarakat sivil. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) perlu disegerakan untuk menghentikan segala kes penyalahgunaan kuasa dalam anggota polis dan juga badan-badan penguatkuasa. -Yap Heng Lung

Penulis adalah penyelaras Suaram

UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar



SHAH ALAM : Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menganggap temuramah salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Syazryl Eskay Abdullah sebagai 'kuda tunggangan' UMNO BN yang digunakan bagi tujuan memfitnah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Johari, temuramah ekslusif Eskay yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sebagai tidak benar dan bercanggahan dengan fakta.

Johari turut menegaskan PKR akan mendedahkan kepincangan Eskay tidak lama lagi.
"Kena tanya orang Kedah siapa dia Eskay yang kami kenal. Kami tahu habuan yang dia dapat mungkin dari bekas Perdana Menteri, Mahathir. Kami juga tahu cara dia berniaga, yang akan didedah dalam sedikit masa lagi. Bagi saya UMNO BN gunakan Eskay sebagai kuda tunggangan mereka," katanya.

Eskay sebelum ini ditemani bekas Menteri Besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim, mengangkat sumpah 'laknat' di Masjid Amru Al-As pada 29 April lalu kononnya beliau dan Anwar terlibat dalam skandal seks seperti mana yang didedahkan mereka 21 Mac lalu.

Walaubagaimanapun, Rahim dan Shuib tidak membuat sumpah laknat.
Utusan hari ini, muka surat 12, menyiarkan temuramah ekslusif mereka dengan Eskay yang digambarkan sebagai seorang yang mesra dan berakhlak mulia malah digambarkan sebagai hero.

Menurut temuramah tersebut, Eskay yang menjadi Konsul Kehormat Diraja Thailand dikatakan terlibat dan bertanggungjawab dalam memeterai Peta Keamanan (Peace Road Map) melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahiden Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN).

Namun Johari yang juga bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Pusat menegaskan, apa yang terpapar diruangan Rencana itu tidak benar sama sekali.

"Dalam hal-hal keselamatan seperti ini, kita tak gunakan konsul, Konsul general kehormat dan konsul general berbeza. (Eskay) konsul Langkawi sahaja, bukan Malaysia. Fungsi Konsul General Kehormat adalah berkaitan pelancongan, kebudayaan dan sewaktu dengan itu.

"Ini bukan peranan Konsul General Terhormat. Ini peranan yang dimainkan Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan lain-lain. Saya yakin mereka yang terlibat turun akan berdiam diri kerana perkara ini 'Top Secret' (Rahsia Sulit) Kerajaan," tambah Johari.

Menurut Johari fungsi Eskay hanyalah seperti 'Pengurus Acara' atau Pemandu Pelancong semata.

"Saya yakin, kalau ada Menteri-menteri atau VIP ingin ke Thailand Datuk Eskay boleh jadi 'tour guide' tapi terlibat dalam hal seperti ini...seperti saya kata, saya bekas Pegawai Tinggi kerajaan," kata Johari lagi.

Justeru, Johari mencabar Eskay yang menyatakan Anwar ke Thailand dengannya secara berseorangan menjelaskan dengan terperinci tarikh kedatangan Anwar ke Thailand jika benar semua tuduhan sebelum ini.

"Saya nak cabar Eskay, beritahu bila tarikh Anwar ke Thailand. Sebab dia kata Anwar pergi sendirian. Sedangkan saya tahu tujuan Anwar ke Thailand dan dengan siapa dia pergi dan apa yang dia bincangkan. Dia tak akan pergi sorang," kata Johari.

MCA Perlu DiDisplinkan ?

Oleh Ruhanie Ahmad
Realiti politik nasional Malaysia kontemporari mendapati MCA adalah antara komponen BN yang sedang terperangkap dengan krisis keyakinan yang serius. Sokongan pengundi Cina kepada parti ini dalam PRU12 adalah buktinya yang paling nyata.

Anehnya, sejak PRU12 pada 2008 hingga ke hari ini, MCA seolah-olah gagal mengatasi kemelut ini menerusi mekanisme dalaman yang berkesan.

Sebaliknya, MCA kelihatan seolah-olah cuba menggilap semula imejnya yang malap menerusi tindakan serta kenyataan yang boleh meretakkan kejituan BN seluruhnya.

Lebih spesifik lagi, sejak era pasca-PRU12, MCA nampaknya terus bertindak menerusi kenyataan yang sentiasa kontra kepada permuafakatan BN dan melukakan hati majoriti orang Melayu.

Terbaru sekali adalah kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek selaku Presiden MCA dan Datuk Dr. Wee Ka Siong selaku orang kuat parti yang kini menjadi Timbalan Menteri Pendidikan.

Dakwaan terbuka kedua-dua pemimpin MCA ini kononnya Kerajaan BN menyalahgunakan kuasanya dalam pengagihan biasiswa JPA adalah tidak produktif kepada permuafakatan BN, terutama sekali dalam suasana menjelang PRU13.

Tindakan kedua-dua individu ini adalah tidak beretika. Ianya menimbulkan pertanyaan berikut: apakah niat sebenar tindakan seperti ini, dan mengapakah MCA memilih tindakan sedemikian rupa?

Lantaran itu, kepimpinan tertinggi BN perlu bertindak tegas kepada kedua-dua individu ini. MCA perlu diingatkan bahawa tindakan seperti ini adalah kaunter-produktif kepada BN.

Lantas, MCA wajar didisiplinkan dengan serta merta. MCA juga wajar diberikan kata-dua yang tegas supaya seluruh kenyataan dan tindakannya yang menjejaskan permuafakatan BN diberhentikan dengan segera buat selama-lamanya.

Gagal Capai Keputusan, Kabinet Bimbang PRU Menjelang Julai ini.....


SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan kabinet menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan kajian semula tarif elektrik dilihat berkait rapat dengan masa depan UMNO BN pada pilihan raya umum ke- 13 akan datang.

Mesyuarat kabinet yang menjadi tumpuan pelbagai pihak hari ini tidak mencapai apa- apa keputusan yang menguatkan lagi spekulasi bahawa kerajaan pemerintah pimpinan Najib Razak bimbang popularitinya merudum dan ditolak rakyat pada saat- saat akhir.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kabinet juga makin tertekan apabila tindakan mengurangkan subsidi membangkitkan kemarahan rakyat marhaen.

"Jadi oleh kerana keputusan Najib ini dibantah apabila datang PRU, sudah tentu barisan kepimpinan Najib akan ditumbangkan dan sebab itulah dia membuat perkiraan semula," katanya.

Dr Dzulkefly berkata Najib tersilap langkah apabila memotong subsidi yang selama ini membantu meringankan beban rakyat walhal beliau jelas dengan fenomena kenaikan harga barangan asas yang tidak seiring dengan kenaikan gaji golongan bawahan ini.

"Antara cabaran besar dalam PRU-13 adalah kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang terus meningkat, sementara pendapatan golongan berpendapatan rendah tidak ada pun kenaikkan," katanya.

Baru- baru ini, kerajaan pemerintah bertindak memotong subsidi gula kepada rakyat hanya untuk menjimatkan sejumlah RM116.6 juta.

Tindakan itu dikecam pelbagai pihak termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisyam Shaharin. Beliau berkata, kerajaan tidak perlu memotong subsidi gula untuk membolehkan kerajaan berjimat- cermat. Tetapi, kerajaan harus berhemah dalam menangani ketirisan pengurusan ekonomi negara antaranya projek mega yang tidak memberi keuntungan jangka masa panjang kepada negara. 

Antaranya, projek Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ), projek Menara Warisan Merdeka, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), projek Empangan Bakun dan sebagainya.

Tidak reda isu pemotongan subsidi gula, rakyat sekali lagi 'disergah' Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Ismail Sabri bahawa rakyat harus bersedia untuk kenaikan harga bahan bakar RON95.

Mengulas isu itu, Dr Dzulkefly yang dihubungi TV Selangor berkata, alasan kerajaan pemerintah bahawa kenaikan itu perlu berikutan kenaikan harga bahan bakar itu dipasaran global tidak masuk akal.

Ini kerana, Malaysia, meskipun bukan negara pengeluar utama atau tercorot, tetap memiliki sumber minyak tersendiri dan tidak perlu terlalu mengikut rentak pasaran dunia.

Beliau turut membidas kenyataan Najib yang menyamakan pemberian subsidi seperti memberi 'candu' kepada rakyat.

Najib berkata demikian ketika berucap di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu dan berjanji akan mengurangkan 'candu' itu secara berperingkat. 

"Jangan tuduh rakyat ini ketagihan candu subsidi sebab apa? kalau tahu benda tu haram kenapa mulakan dulu? Maknanya bukan haram bukan ketagihan tapi satu dasar polisi sebuah kerajaan yang kena buat keputusan," ujarnya.

Beliau menambah, jika kerajaan pemerintah tetap enggan memberikan subsidi kepada rakyat, perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, elektrik, air sepatutnya berada ditahap yang cemerlang dan mesra kepada rakyat.

Kerugian RM19 bilion: Lim Guan Eng tuduh BN membohong dan mengarut

DAP melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang diberikan kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB setiap tahun adalah bukan dalam bentuk subsidi.  Peter Chin berkata RM19 bilion kerugian dari Petronas untuk penjualan gas pada harga RM10.70 setiap juta unit Termal British (MMBtu) iaitu satu perempat dari harga pasaran RM40 per MMBtu.  Penafian BN bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas disebabkan penjualan gas di bawah harga pasaran kepada IPP dan TNB yang bukan dalam bentuk subsidi merupakan pembohongan yang dilakukan oleh BN.


Perkara ini sama dengan kenyataan BN bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisen untuk mengatur pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.  Perkara ini sangat mengarut kepada Perimaker untuk diberikan kontrak dalam menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi selama enam tahun walaupun tidak mempunyai rekod atau pengalaman dalam menguruskan urusan kapal selam.
Sekiranya kerugian RM19 bilion setiap tahun oleh Petronas diberikan kepada IPP dan TNB itu adalah bukan dalam bentuk subsidi jadi apa istilah yang betul untuk gambaran kerugian ini?  Kuasa yang dijana oleh IPP memenuhi 60% daripada keperluan elektrik Negara manakala TNB memenuhi 40%.  Ini menunjukkan bahawa IPP memperolehi lebih banyak manfaat dari RM19 bilion itu.

Jikalau Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.  Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin (gambar kanan) dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi?
Ini adalah ketidakadilan yang lampau apabila hanya meningkatkan harga yang dibayar oleh rakyat Malaysia biasa tetapi tidak meningkatkan harga yang dibayar oleh syarikat kaya.  Pemberian RM19 bilion setahun membolehkan IPP memperolehi keuntungan berbilion-billion ringgit.  Dari memastikan ketidakadilan dengan memastikan harga yang meningkat adalah kepada syarikat besar dan bukan kepada rakyat Malaysia biasa, BN telah mencabar kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk membiayai subsidi kepada rakyat Malaysia biasa.
Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun PR pasti dapat melakukannya sekiranya PR mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.  Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan PR ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini.  Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbelanja berjuta-juta dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, RM20 juta untuk pemberian RM100 untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM12 juta untuk bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil.  Semua ini tidak diberikan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB.  Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.  Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

Parlimen : 10 soalan cepumas MP Kuala Selangor untuk kerajaan Najib-BN jawab


(i) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dengan penggunaan istilah subsidi sebagai ‘candu-opium’ yang rakyat telah ‘ketagihan’ kerana berlawanan kebolehgunaannya ketika perlu dalam intervensi Polisi Fiskal –cukai dan subsidi, sesebuah kerajaan sebagai langkah pengimbangan atau ‘stabilising measures’ bagi menentukan pendapatan dan perbelanjaan dalam belanjawan negara.

(ii) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan, sementara langkah meningkatkan simpanan SRR (Statutory Reserve Requirements) adalah menasabah dilakukan, Kuala Selangor memohon penjelasan mengapa BNM turut meningkatkan OPR dengan 0.25 percentage point ke 3% yang pasti akan meningkatkan BLR dan kos pinjaman serta berpotensi menjejaskan proses pemulihan (recovery) ekonomi negara.

(iii) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Menteri Kewangan apakah punca inflasi yang melonjakkan CPI (food and non-alcoholic beverages) kepada 4.7% pada bulan April lalu di sebab oleh faktor ‘demand pull’ atau ‘cost-push’ dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani beban yang ditanggung oleh rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

(iv) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri (Menteri Kewangan) menjelaskan rasional kerajaan mengizinkan ‘internationalisation of ringgit’ atau mengizinkan ringgit digunakan dalam transaksi perdagangan‘offshore’ dan apa langkah-langkah konkrit kerajaan bagi mengelakkan kesan buruk risikonya atau ‘downsides risk’nya dengan izin.

(v) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menjelaskan tentang dakwaan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi bahawa ETP dan EPP hanyalah projek-projek besar-mega, yang antara lainya, tidak menangani masalah struktural ekonomi negara sekaligus tidak mampu mengeluarkan Negara dari perangkap ‘pendapatan sederhana’ dan menjana ekonomi berpendapatan tinggi dan pendapatan per kapita seperti yang disasar dalam Model Ekonomi Baru (NEM).

(vi) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menerangkan mengapa Malaysia jatuh 6 tangga dalam kajian ‘Dayasaing-Competitiveness’ yang dibuat oleh ‘The Institute of Management Development (IMD) World Competitive Rankings meskipun lebih baik dalam kajian yang dibuat oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC).

(vii) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) meminta Perdana Menteri menjelaskan dakwaan kajian “The 2010 Prices and Wages report by Swiss bank UBS AG” yang menunjukkan bahawa warga Kuala Lumpur hanya mempunyai 33.8% dari kuasa membeli (purchasing power) berbanding warga New York, 42% kuasa membeli warga London, 33.7% warga Sydney dan 31.6% warga Zurich sekaligus melenyakan persepsi bahawa kos dan saraan kehidupan di negara ini adalah murah.

(viii) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Perdana Menteri, dengan tidak menggunakan peruntukan ISA dan Akta Hasutan, apakah langkah-langkah yang telah difikirkan kerajaan bagi menangani kegiatan jahat yang sengaja mengapi-api pertentangan kaum dan agama di negara ini, khususnya yang dilakukan Perkasa dan Utusan Malaysia.

(ix) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menerangkan kedudukan projek Langat 2 yang bakal menelan belanja RM8.65 bilion bagi menampung kekurangan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putajaya yang dikatakan akan menghadapi margin simpanan yang kritikal pada tahun 2014.

(x) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon Perdana Menteri menerangkan kedudukan terkini projek Empangan Bakun khasnya jumlah tenaga yang benar-benar mampu dijana setelah RM12.5 bilion di laburkan, isu keselamatan (safety) empangan itu sendiri, pembeli tenaga dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah dirumuskan oleh kerajaan bagi mengatasinya.


Dipetik daripada blog Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)

Sunday, May 22, 2011

GAMBAR : Suasana pilu menyelubungi pengebumian mangsa tanah runtuh

MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.

Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditImbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.

Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sallahuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.

Ketika saya bersama bekas Ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamd juga bersama isteri dan seorang kawan, sekitar jam 12:40 tengah hari, lima jenazah diletakkan berbaris dalam masjid menghadap ke arah mimbar masjid. Ketika itu hanya dua lagi jenazah belum sampai dan dalam perjalanan ke masjid.

Orang ramai yang sudah memenuhi untuk menyembahyangkan jenazah yang akan disempurnakan selepas Zohor. Ia juga dipenuhi dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah Al-Tawqa yang sidap berpakian jubah putih.

Menjelang 15 minit masuk waktu solat, dua lagi jenazah tiba. Kesemua jenazah yang sudah siap dikapan dibuka untuk tatapan buat kali terakhir sanak keluarga, ibubapa dan waris-warIs. Ketika kain kafan ini dibuka suasana sedih tidak dapat ditahan, menyapu setiap wajah yang berada dalam masjid.

Bagaimana pun keadaan duka ini masih dapat dapat dikawal. Orang ramai hanya muram durja dan menyembunyikan rasa sedih masing-masing. Ada juga yang tidak dapat menahan kedukaan menangis dan mendiamkan diri jauh ke belakang, tersendu dan tidak terkata apa.

Melihat satu demi satu anggota keluarga terdekat mencium dan menatap wajah mayat untuk terakhir anak kesayangan mereka, saat inilah air mata yang sudah bersekah di birai tidak dapat ditahan lagi. Jauh dilubuk hati perisitiwa trajis itu dikembalikan ke dalam diri. Tidak terbayang pula kalau ujian sama dianugerahkan Tuhan kepada kita.

Sebelum masuk Zohor Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali memberi taklimat dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga yang anak mereka maut dalam kejadian itu. Jelas beliau, kerajaan sangat berduka cita dan sedih atas apa yang berlaku. Beliau juga mengumumkan esok Sultan Selangor akan berangkat turun ke tempat kejadian dan akan berjumpa dengan para waris yang terkorban untuk menghulurkan derma dan bantuan. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga akan berbuat demikian.

Selepas usai solat Zohor jenazah disembahyang oleh ribuan orang. Keadaan sungguh menyayat hati apabila seorang guru dan juga pelajar tua di madrasah berkenaan tampil memberi ucapan terima kasih dan memohon maaf kepada semua orang atas apa yang berlaku. Saat paling menyayukan apabila guru itu meminta maaf atas apa-apa dosa yang dilakukan oleh pelajarnya yang disifatkan sebagai anak cucunya sendiri.

"Saya bagi pihak anak-anak memohon maaf, atas apa-apa dosa yang mereka lakukan," katanya sedih. Sebak melanda dadanya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan percakapan dan hampir-hampir terjatuh. Apandi dan beberapa orang yang berada berhampiran dengannya memapah dan cuba menenangkan perasaannya.

Kesayuan semakin mengetik rasa saat satu demi satu jenzah diangkat ke kereta jenazah yang sudah berbaris menanti untuk membawa jenazah ke kubur. Orang ramai termasuk juga rakan-rakan mangsa berebut-rebut untuk memberi penghormatan terakhir. Orang ramai juga bersambutan mengusung jenazah hingga masuk ke dalam van jenazah.

Di luar masjid orang ramai memerhati dengan penuh kesedihan dan kesayuan melihat pergerakan kereta jenazah bagaikana satu konvoi besar. Saaat kereta jenezah melepasi pagar masjid saya lihat hampir semua kaum wanita menyapu-nyapu air mata masing-masing.

Tujuh jenazah itu ialah; Mohd Azhari, Wan Mohd Hazim, Wan Mustakim, Mohd Zahid, Imam Farhad, Zahir Mukmim dan Mohd Hazim. Kepada keluarga masing-masing diucapkan takziah semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah.



Ketujuh jenazah disembahyang serentak.


Apandi sedang menenangkan murid tua madrasah Al Taqwa yang juga bertindak sebagai pengawal. Sebahagian orang ramai dan rakan-rakan mangsa hadir untuk memberi penghormatan terakhir.


Jenazah pertama dibawa turun dari masjid untuk dibawa ke kubur.

Jenazah kedua dibawa turun dari masjid.


Jenazah ketiga yang dibawa turun dari masjid.


Ketujuh-tujuh buah van jenazah siap untuk bergerak ke kubur.

ihsan daripada MSO

Gambar pemimpin PAS berharga RM 17 000

http://2.bp.blogspot.com/_Cakhb3O-Zf0/SwV84Ogm2tI/AAAAAAAABUA/9AJbdv9p-FQ/s1600/tok-guru-potrait.jpg
SHAH ALAM - Sekeping bingkai gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencatat kutipan tertinggi apabila dibida RM17,000 pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Pas di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam semalam.

Muka depan Majalah Fikrah itu memaparkan gambar Nik Aziz dengan tajuk; Terajui Perubahan Capai Keberkatan yang dicetak pada 2008, dibida seorang ahli perniagaan, Mohd Shukri Omar yang diwakili anaknya, Ahmad Azmi.

Bingkai terbabit adalah antara empat bingkai gambar yang memaparkan wajah kepimpinan tertinggi Pas termasuk Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor dilelong dengan jumlah semua kutipan RM27,200.

Selain itu, beberapa individu turut menghulurkan sumbangan berbentuk wang, cek dan aku janji bagi mengumpul dana untuk persiapan PRU13.

Jumlah sumbangan tertinggi diterima RM50,000 yang disumbangkan individu yang menggelar dirinya hamba Allah.

Hadir di majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut menyampaikan bingkai gambar kepada pembida.

Hadir sama kepimpinan Pakatan Rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak

Turut hadir, Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden; Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.SH

Mereka Mati Syahid - Mufti Selangor


Anak yatim maut tertimbus syahid

SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.

“Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya,” katanya.

Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.

Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.

Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.

“Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni,” katanya. -SH


Tanah Runtuh: Tujuh Jenazah Kanak-Kanak Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahat


KAJANG: Suasana sayu menyelubungi sekitar Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah Batu 14 bagi menunaikan solat jenazah sebelum dikebumikan selepas Zohor.

Kesemua tujuh jenazah kanak-kanak mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu14, Hulu Langat, akan dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan orang Islamdekat sini.

Terdahulu lima mayat kanak-kanak iaitu Mohd Azret Azahari, 8; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Imal Fahad, 9; Mohd Mustakim Mamat, 12 dan Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11 sampai di masjid sekitar pukul 10.45 pagi.

Sementara dua lagi mayat terakhir iaitu Dzahir Haziq, 11 dan Mohd Hazim Sapri, 10 selamat sampai di masjid pada pukul 11.05 pagi.

Pembantu rumah anak-anak yatim berkenaan, Yazid Ishak ketika ditemui berkata baki sembilan lagi mayat yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh telah dituntut oleh waris masing-masing untuk diurus dan dikebumikan.

"Di sini kita akan solat dan kebumikan tujuh jenazah secara bersama...jenazah-jenazah lain sudahpun dituntut waris mereka," katanya.

Hingga berita ini ditulis, waris tujuh mangsa berkenaan diberi pelung terakhir untuk melihat jenazah sebelum ditutup untuk disolat dan dikebumikan.

Kira-kira 500 orang awam termasuk waris mangsa berada di sekitar kawasan masjid. -mstar

Senarai lengkap mangsa tragedi tanah runtuh


KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. - BERNAMA

Inilah 'Tiga Badut' warnai politik Kita


Gelaran Badut (Clown) yang diberikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali sebagai alasan kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas; mungkin menjadi kata kunci kepada ‘Sultan Sulu’ Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad untuk melepaskan diri daripada hukuman di bawah Seksyen 130C, Kanun Keseksaan.

Walaupun Ibrahim Ali telah menimbulkan pelbagai rungutan dan kebimbangan sehingga hampir mencetuskan huru hara ekoran kenyataannya yg berhubung dengan ‘Perang Salib’ di beberapa blog dan akhbar, namun Nazri berpendapat Dasar Langit Terbuka yang diamalkan Malaysia memberi kebebasan bersuara, sejajar dengan Dasar 10 Perkara Bill of Guarantees (BoGs) yang tidak akan menapis internet.

Keputusan Nazri ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada Polis DiRaja Malaysia dan rakyat Sabah yang menanti penuh debar kes pertabalan ‘Sultan Sulu’; apatah lagi jika Nazri berpendapat bahawa Datu Akjan yang mengangkat sumpah sebagai ‘Sultan Sulu’ ke 33 di kediaman rasminya satu ketika beliau masih berstatus warganegara Malaysia, adalah setaraf dengan Ibrahim Ali iaitu ‘Badut Sarkas’.

Berdasarkan kes pada Ibrahim Ali yang dianggap sebagai sensitif dan berbahaya, lakonan ‘Badut Akjan’ ini sukar untuk diterjemahkan sebagai satu kesalahan jenayah kerana hanya dilaporkan melalui media elektronik dan media cetak kerana tidak mempunyai bukti yang melampaui keraguan munasabah; jauh daripada unsur ‘Mens rea’ dan ‘actus reus’ yang menjadi asas kepada undang-undang jenayah.

Majlis Angkat Sumpah Sultan Sulu yang kemudiannya diklasifikasikan sebagai Majlis Kesyukuran oleh Perdana Menteri Kerajaan Sulu Dalam Buangan, Datu Albi Ahmad Julkernain, semacam tidak lebih daripada ‘suatu jenaka’ yang syok sendiri kerana sebelum ini seorang warga Malaysia, Datuk Abdul Razak turut mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu dan membakar bendera Sabah bersama pengikutnya.

Sabahkini tidak dapat mengulas lanjut kerana kes ini masih lagi dalam siasatan polis dan dalam peringkat awal kerana Akjan akan dihadapkan ke mahkamah, sama ada untuk pendakwaan atau untuk menyambung perintah tahanan reman yang akan tamat pada 23 Mei.

Namun demi kepentingan rakyat Sabah yang bimbangkan pembentukan kerajaan buangan ‘Kesultanan Sulu’ ini menjadi kenyataan, maka Sabahkini.net mengalu-alukan pandangan daripada rakyat Sabah berhubung isu Sultan dan rakyat Sulu di Sabah yang disifatkan pemimpin politik Sabah sebagai ‘Ibu Kepada Segala Masalah’ dan ‘Bapa Kepada Segala Jenayah’.

Dalam pada itu, ramai kesal dengan sikap double standard Nazri dan turut menggelarkan Nazri sebagai salah seorang ‘Badut Sarkas’ yang mewarnai politik Malaysia selama ini; kerana mereka berjaya menarik perhatian dunia dengan mencetuskan isu sensasi dalam lawak ‘Clown’. Oleh: MUTALIB M.D

Saturday, May 21, 2011

Wow !! Gelombang Hijau umNO pasti kecut - ( Fhoto Menarik )

Gambar sekitar Himpunan 10 ribu pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu. adakah mereka di taja untuk datang atau mereka di paksa datang untuk majlis ini?

Kalau perhimpunan seperti ini di buat oleh Gelombang Merah pasti di serikan dan di sogok dengan artis baru meriah dan dapat menarik minat orang datang , tetapi kita saksikan sendiri perhimpunan gelombang hijau yang penuh dgn keberkatan insyaallah dengan ikhlas berbongdong bondong rakyat datang untuk berjemaah dan mendengar amanat dari MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz.

Takbir ...

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/250651_10150189302027592_358919387591_7508526_3060085_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/226809_10150189305057592_358919387591_7508541_2177458_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/230988_10150189338467592_358919387591_7508915_6606800_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/250248_10150189338527592_358919387591_7508916_875122_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/231185_10150189338662592_358919387591_7508918_7536616_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/249771_10150189338722592_358919387591_7508919_7076467_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/230428_10150189338792592_358919387591_7508921_2487467_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/230267_10150189338912592_358919387591_7508922_305028_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/227593_10150189299812592_358919387591_7508511_7816092_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/230617_10150189299902592_358919387591_7508512_1990302_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/248191_10150189301132592_358919387591_7508517_6979444_n.jpg

"Dentuman Kuat, Tanah Kejar Saya" - Warden Rumah Anak Yatim


Kajang: "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. -BH



Seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa:Polis

KAJANG: Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi. -BH

Tanah Runtuh : Semoga Allah Menyelamatkan mereka

20 Anak Yatim Dikhuatiri Tertimbus Tanah Runtuh Di Hulu Langat
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat Sabtu.


Setakat pukul 5.30 petang, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Bernama difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu.
-- BERNAMA

Friday, May 20, 2011

Imej Video Diperbesarkan -UMNO Production Kecundang Teruk!!

IMEJ DIPERBESARKAN....kalau ada yg expert tolong surf web lucah www.rawtube.com...video asal ada dlm sini dengar2nya...tp APCO dah sekat takut ada hacker yg otai blh menyelusup masuk ambik video asal dr thailand....

"Penyebaran bahagian kedua klip video lucah di internet hari ini adalah kegagalan teruk UMNO Production dengan 3Temberang selaku pengarahnya.

Kita lihat dengan lebih jelas imej yang telah diperbesarkan. Apa yang akan dijawab oleh pengarah 3Temberang terhadap bosnya UMNO Production selaku penerbit video tersebut.


 Boleh minta dengan Anwar formula melebatkan rambut dalam sehari!!!!!