Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh : Semoga Allah Menyelamatkan mereka

20 Anak Yatim Dikhuatiri Tertimbus Tanah Runtuh Di Hulu Langat
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat Sabtu.


Setakat pukul 5.30 petang, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Bernama difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu.
-- BERNAMA

No comments: