Di bawah ini gambar yang sempat dirakamkan di dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dianjurkan pada 9 Julai 2011 yang lalu. Adakah mereka bodoh hingga sanggup basah kuyup bersama peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang lain.
Media arus perdana kawalan gerombolan songkok tinggi bersungguh-sungguh mencari jalan untuk memburukkan imej BERSIH 2.0. Mereka berusaha menggambarkan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah perhimpunan ganas, komunis, murtad, kristian, lawan agung dan sebagainya.
Gambar ini menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia tidak gentar dengan ugutan demi menyemarakkan demokrasi di tanah air tercinta.Kerajaan zalim boleh mengikat, menangkap, memukul dan memenjarakan rakyat, namun mereka tidak akan sekali-kali pernah untuk menakluk hati dan minda rakyat yang cintakan kebebasan, cintakan keadilan dan cintakan demokrasi yang bebas dan adil.
No comments:
Post a Comment