Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang, berkata kenyataan sedemikian hanya menyebabkan Najib terus dilabel sebagai pemimpin jahil demokrasi semata-mata mahu mempertahankan kuasanya.
“Ini adalah tindakan Najib yang jahil dengan demokrasi, beliau tidak faham apa itu demokrasi.
“Dalam sesebuah negara yang mengamal demokrasi, sama sekali tidak boleh membelakangkan hak asasi manusia,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Dalam temu bual dengan CNN hari ini, Najib memberitahu polis menggunakan tindakan yang agak ‘ringan’ dalam usaha menyuraikan Himpunan Bersih.
“Tidak cukupkah video dan gambar menunjukkan polis menampar, menendang, memukul peserta Bersih?
“Kalau Najib anggap perbuatan polis sebagai ‘tindakan ringan’, saya tidak tahu apa tindakan keras. Agaknya, tindakan keras Najib ialah kerah polis guna machine guns.
Sebelum ini, Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan tindakan polis bahawa tiada kekerasan yang diambil terhadap peserta perhimpunan.
Najib juga ketika ditemu bual New York Times, mempertahankan polis dengan berkata mereka menggunakan tekanan minimun dan langsung tidak ada hubungan fizikal dengan peserta Bersih.
No comments:
Post a Comment