FUNGSI SEBUAH KERAJAAN
- Banyak KAMUS BAHASA mentakrifkan SEBUAH NEGARA sebagai "yang di duduki oleh sebilangan Besar orang-Orang dari pelbagai Bangsa, Keturunan, Budaya, Sejarah, Agama di dalam Wilayah atau Kawasan yang Bersempadan atau Had yang di tetapkan, lalu membentuk sebuah Masyarakat di Bawah SATU KERAJAAN"
- Dan perhubungan di antara Rakyat, Wilayah dengan Sebuah Kerajaan ini akan MENENTUKAN Kesihatan Moral, Politik dan Ekonomi Sebuah Negara.
- Dimana Kekayaan Sebuah Negara adalah lahir daripada usaha Orang Ramai daripada Wilayah mereka.
- Dan Jumlah Kekayaan yang di hasilkan itu pula berbeza di antara sebuah Wilayah dengan Wilayah yang lain yang mengikut Potensi Kecerdasan, Kemahiran dan Kekuatan sesebuah Wilayah menurut Kemampuan dan Sumber yang Wilayah mereka miliki.
- Perkara di atas akan menentukan Kekayaan sesebuah Wilayah atau Negeri di dalam sesebuah Negara
APAKAH FUNGSI SEBUAH KERAJAAN
- Untuk MELINDUNGI Kawasan, Wilayah dan Negeri Kebangsaan.
KEDUA:
- Untuk MEMELIHARA HAK & KEAMANAN di dalam Sempadan Kawasan, Wilayah dan Negeri
KETIGA:
- Untuk MEMASTIKAN HAK Setiap Unit Keluarga mempunyai RUANG untuk membina RUMAH dan dapat HIDUP SELESA di dalam Kawasan, Wilayah dan Negeri dalam Sebuah Negara.
- Sesebuah Negara itu akan mudah DI JAJAH oleh Kuasa-Kuasa luar dengan Mudah dan segala HAK & KEBEBASAN akan TERGADAI
- Atau Pemerintah yang menjadi Kerajaan itu pula yang menjadi PENJAJAH terhadap Kaum, Bangsa dan Rakyat mereka sendiri.
- Dan itu bermakna SETIAP HAK, KEKAYAAN & KEBEBASAN setiap RAKYAT dengan sendiri nya TERHAPUS di bawah Kuasa-Kuasa Luar yang Menjajah atau kepada Kerajaan mereka sendiri.
PERANAN SEBENAR SEBUAH KERAJAAN
- Bahawa Sebuah Kerajaan adalah KURNIA daripada Allah swt untuk MANFAAT MANUSIA dan Allah swt memberikan Tanggung Jawap kepada kaum PEMIMPIN terhadap Tindakan-Tindakan mereka dalam Perhubungan dengan Rakyat, dan di Pertanggung jawapkan kedua-duanya dalam Membuat dan Melakar Undang-Undang dan Pentadbiran Negara mereka, untuk kebaikan dan keselamatan Masyarakat dan Negara
- Bahawa Sebuah Kerajaan tidak boleh wujud dalam keadaan Aman Damai KECUALI Undang-Undang itu di Rangka dan di Adakan serta Tidak di Langgar agar Selamat untuk setiap Individu supaya Wujud Kebebasan Hati dan Fikiran, Hak Bersuara dan Hak Mengawal Harta serta Hak untuk Perlindungan dalam Kehidupan.
- Bahawa semua PEMIMPIN adalah TERIKAT di Sisi Undang-Undang untuk mengekalkan dan mendukung Kerajaan masing-masing di mana mereka tinggal, yang di lindungi dalam HAK-HAK mereka yang wujud dan tidak terpisah oleh Undang-Undang Kerajaan.
- Dan HASUTAN dan PENINDASAN itu adalah tidak seharus nya Wujud terhadap tiap-tiap Warganegara yang di lindungi
- Pemimpin Kerajaan yang melanggar ETIKA PEMERINTAHAN untuk MENTADBIR-URUS Sesebuah Negara adalah WAJIB DI HUKUM dengan HUKUMAN yang SETIMPAL menurut PERUNDANGAN Negara dan Antarabangsa.
- Dimana setiap RAKYAT adalah BERHAK untuk MENENTUKAN SIAPA KERAJAAN yang mereka INGINKAN melalui PROSES-PROSES PEMILIHAN PEMIMPIN melalui PILIHAN RAYA yang BERSIH, TELUS dan ADIL.
PERKARA TERPENTING MENGENAI HAK RAKYAT
- SETIAP HAK yang di MILIKI oleh SETIAP RAKYAT adalah BUKAN suatu Kurnia atau Pemberian daripada Seorang Pemimpin kepada Setiap Rakyat atau dari Sebuah Kerajaan kepada Setiap Rakyat
- TETAPI HAK seorang RAKYAT merupakan HAK ASASI sebagai SEORANG MANUSIA yang DI KURNIAKAN oleh Allah swt kepada SETIAP MANUSIA untuk HIDUP AMAN DAMAI di atas MUKA BUMI ini.
- Sesebuah Kerajaan yang MENAFIKAN HAK RAKYAT demi KEPENTINGAN PEMIMPIN adalah Sebuah Kerajaan yang MENENTANG KEWUJUDAN TUHAN di mana SETIAP AGAMA di dalam Dunia ini MENGAKUI TUHAN ITU WUJUD walaupun berlainan KEFAHAMAN dan ALIRAN KEAGAMAAN.
SUMBER KUASA PEMIMPIN DAN KERAJAAN
- Adalah HAK yang di berikan oleh SETIAP RAKYAT kepada Para Pemimpin untuk BEKERJA sebagai PENGAMANAH untuk TUGAS & TANGGUNG JAWAP Mentadbir dan Mengurus HAL EHWAL KENEGARAAN bagi Pihak Rakyat.
- Kerana sebab tersebut SETIAP PEMIMPIN di dalam KERAJAAN harus BEKERJA di atas DASAR tersebut dan DASAR ini telah DI PERKUKUHKAN melalui Proses ANGKAT SUMPAH sebagai PENJAWAT AWAM yang Tertinggi di dalam KERAJAAN di hadapan KETUA NEGARA yang pula di jawat oleh YANG DI PERTUAN AGONG yang mewakili MAJLIS RAJA-RAJA.
- Dan Setiap PEMIMPIN yang menerajui sesebuah KEMENTERIAN di dalam KERAJAAN harus pula BERTANGGUNG JAWAP terhadap KERJA-KERJA yang telah DI KHUSUSKAN di dalam Setiap Kementerian dan di MATLAMATKAN untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara.
- Dimana SETIAP KUASA yang di KURNIAKAN kepada setiap PEMIMPIN adalah Wujud HAD-HAD sebagai PEMIMPIN YANG DI AMANAHKAN OLEH RAKYAT.
KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
- Menurut PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA, Kerajaan Persekutuan atau juga di kenali sebagai Kerajaan Pusat ini HARUS BERFUNGSI & BERPERANAN untuk menyambung segala Tugas & Tanggung Jawap ke Peringkat Seluruh Negara daripada Kerajaan-Kerajaan Negeri yang TIDAK BERHAK untuk Mencampuri Hal Ehwal Negeri-Negeri yang lain didalam PERIKATAN MALAYSIA.
- Dimana Kerajaan Pusat di beri Tugas &Tanggung Jawap untuk mengembangkan USAHA ke peringkat Antarabangsa di dalam HAL-HAL EKONOMI & POLITIK untuk Negara secara KHUSUS untuk KEBAIKAN kepada RAKYAT di dalam Negara.
- Dan KERAJAAN NEGERI-NEGERI pula Di Pertanggung Jawapkan untuk MENANGANI HAL EHWAL RAKYAT TEMPATAN secara KHUSUS agar TADBIR-URUS di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri tidak BERCAMPUR-ADUK atau BERTINDAN.
- Semua AGIHAN TUGAS & TANGGUNG JAWAP ini amat jelas dan telah di perjelaskan di dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUNAN MALAYSIA.
APA YANG BERLAKU SEKARANG IALAH
CONTOH 1 : PERLEMBAGAAN NEGARA
- Satu Demi Satu PERLEMBAGAAN yang TERMAKTUB di dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN NEGARA MALAYSIA telah Di UBAH-SUAI, DI LANGGAR dan DI ABAIKAN oleh Pihak Kerajaan yang Memerintah
- Dimana Satu Demi Satu HAK-HAK RAKYAT dari Segi HAK EKONOMI dan HAK POLITIK telah mula DI HAKIS.
- Termasuk HAK yang DI WUJUDKAN untuk RAJA-RAJA NEGERI di dalam Persekutuan Malaysia juga telah DI UBAH SUAI untuk MEMUDAHKAN Kerajaan yang Berkuasa untuk Memerintah TANPA CAMPUR-TANGAN RAJA-RAJA yang memiliki HAK terhadap Negeri-Negeri yang mereka Warisi.
- Ini dapat di lihat apabila RAJA-RAJA boleh di Tuduh Di Mahkamah Khas jika melakukan sebarang tindakkan yang Melanggar Undang-Undang Negara walaupun Yang Di Pertuan Agong.
- TETAPI Rakyat tidak boleh "Membawa' Pemimpin-Pemimpin dari Kerajaan yang Memerintah ke Muka Pengadilan kerana "Di Beri Kekebalan" oleh Pihak Kerajaan, terutama yang telah mendapat GELARAN "TUN". Dimana Gelaran "TUN" ini adalah HAK KURNIA RAJA-RAJA kepada Rakyat yang memberikan Perkhidmatan Cemerlang kepada Negara.
- Dengan Gelaran "TUN" mereka "Kebal" dari sebarang Pertuduhan ke Mahkamah tetapi yang Pemberi Kurnia Darjah TUN pula boleh di hadapkan ke Mahkamah KHAS. Di sini wujud KEPINCANGAN di dalam PELAKARAN Undang-Undang Negara.
- Dan akhir nya Pemimpin dan Kerajaan yang KORUP tidak dapat DI HUKUM & DI ADILI di Mahkamah
CONTOH 2 : KEBEBASAN MEDIA
- KEBEBASAN MEDIA CETAK (Akhbar) dan MEDIA TELEVISION di dalam Negara Malaysia adalah DI KAWAL RAPI oleh Pihak Kerajaan yang Memerintah
- Dan Pihak kerajaan memiliki HAK MUTLAK untuk menyiarkan APA JUGA BERITA kepada Rakyat melalui MEDIA YANG DI KAWAL KETAT di dalam MEDIA ARUS PERDANA.
- Ini telah mewujudkan KETIDAK-SEIMBANGAN mengenai BERITA yang di sampaikan kepada Rakyat dan boleh di klasifikasikan sebagai BERAT SEBELAH yang hanya MEMIHAK kepada Kerajaan yang Memerintah sahaja.
- Dalam keadaan sekarang Rakyat AMAT SUKAR untuk mendapat BERITA-BERITA YANG SAHIH, TEPAT dan BERKECUALI di dalam MEDIA ARUS PERDANA di mana MEDIA UTAMA telah memainkan PERANAN untuk menjalankan PROPAGANDA bagi Kerajaan yang Memerintah sahaja.
- Dan Pihak-Pihak bukan Pemerintah atau dari Parti-Parti PEMBANGKANG terpaksa menggunakan MEDIA ALTERNATIF untuk berhubung dan berkomunikasi dengan Rakyat Umum.
- Disini INTERGRITI KEBEBASAN KEWARTAWANAN telah di cemari dan di ingkari oleh Pengamal-Pengamal Media yang terpaksa PRO kepada Kerajaan yang memerintah dan mana-mana Wartawan yang "INGKAR" akan di pecat dari Jawatan masing-masing.
CONTOH 3 : TARAF BERKECUALI JABATAN POLIS
- TARAF BERKECUALI Jabatan dan Pihak POLIS juga telah TERCEMAR dan di ingkari kerana pada zaman ini Jabatan Polis di lihat lebih Condong untuk mempertahankan dan menutup sebarang Kesalahan dan Salah-Laku Pihak Kerajaan.
- Dan tidak lagi dapat BERTINDAK TEGAS dan ADIL di dalam MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG NEGARA.
- Juga TIDAK lagi berfungsi sebagai PENASIHAT kepada KERAJAAN di dalam HAL-HAL Keselamatan & Kesejahteraan Rakyat melalui PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG tetapi sebalik nya menerima NASIHAT dari Pemimpin-Pemimpin Kerajaan untuk TUGASAN yang BERCANGGAH dengan ETIKA KEPOLISAN.
- Dimana KETUA POLIS NEGARA pada Zaman ini di lihat Tidak lagi Berperanan BEKERJA untuk RAKYAT UMUM dan sering di lihat TUNDUK kepada PEMERINTAH dan menentang RAKYAT.
- Kerana sebab-sebab tersebut Jabatan Polis di Negara Malaysia telah LUPUS KEWIBAWAAN mereka sebagai POLIS YANG ADIL
- KES TERBARU ialah CARA pihak Polis menangani PERHIMPUNAN BERSIH 2.O yang di lihat sebagai MENURUT PERINTAH KERAJAAN SECARA MEMBUTA TULI.
- Jika ingin di gariskan segala KEPINCANGAN yang berlaku di dalam kerajaan yang memerintah sekarang TERLALU BANYAK dan sebahagian besar rakyat yang Cerdik mengetahui dan memahami segala permasaalahan yang berlaku tetapi ramai yang mengambil jalan mudah dengan lebih suka berdiri di tengah garisan jalan
CONTOH 4 : HAL EKONOMI NEGARA
- HAL-HAL EKONOMI yang melibatkan SEMUA KEMENTERIAN di dalam KERAJAAN yang seharus nya BEKERJA untuk MEMBANTU RAKYAT secara Keseluruhan juga di lihat GAGAL berfungsi melalui ACUAN KEHENDAK NEGARA
- Tetapi mereka BEKERJA menurut KEHENDAK di dalam ACUAN PARTI YANG MEMERINTAH
- Dan GEJALA seperti ini telah MENGORBANKAN HARTA RAKYAT & NEGARA secara beransur-ansur dan KEBENARAN ISU ini dapat di lihat melalui ANALISA yang di lakukan oleh PEMANDU yang bertungkus lumus untuk MEMPERBETULKAN Kesihatan Ekonomi Negara melalui Program Transformasi Ekonomi - ETP
- Jika Ekonomi Negara Malaysia "TIDAK TENAT", Jabatan PEMANDU tidak perlu di wujudkan dengan Perbelanjaan Tambahan untuk menggerakkan nya selain dari Fungsi Kementerian Kewangan yang sepatut nya bertanggung jawap penuh di dalam HAL ini.
No comments:
Post a Comment