Friday, July 15, 2011

Makcik Anne we salute you!



Antara yang mendapat perhatian dalam perhimpunan Bersih 2.0. Gambar aksi sahajanya Kide cukup suka. Dia cekal.




Bekas pesara guru.


Sebelum serangan polis dan FRU


Selepas serangan polis & FRU


Tapi dia lebih hebat daripada Ibrahim Ali dengan keris telanjang .

Pasca Bersih : CABARAN PENTADBIRAN NAJIB RAZAK SELEPAS PERHIMPUNAN BERSIH 2.O


TEKANAN ISU BERSIH 2.O
Gambar Hiasan
  • Selepas berlangsung nya PERHIMPUNAN BERSIH 2.O, Pentadbiran Najib Razak menerima TEKANAN ANTARABANGSA mengenai CARA Pentadbiran beliau BERTINDAK untuk menghalang ORANG RAMAI dari BERHIMPUN.
  • Dimana banyak Pihak di Peringkat Antarabangsa MENGUTUK & MENGECAM Tindakkan-Tindakkan Polis di dalam menangani Orang Ramai yang Tidak Tergolong sebagai "violence demonstrator" (perusuh ganas) tetapi di tangani oleh Pihak Polis sebagai Perusuh yang berpandukan Emergency Ordinance (EC) yang di keluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya Pihak Polis dapat menggunakan SOP Police (standard of practice) didalam menghadapi Perusuh.
  • Dimana PERHIMPUNAN BERSIH 2.O "Di Desak" untuk melakukan "Tindak Balas" melalui "Provokasi Polis" terhadap Perjalanan Perhimpunan BERSIH 2.O yang di rancang secara AMAN.
  • Dan telah mengakibatkan Ramai orang Awam CEDERA ringan dan serius dengan satu kematian peserta Orang Awam. Ini sudah "Cukup" untuk menunjukkan "Provokasi" Pihak Polis terhadap Orang Awam.
  • Pihak Polis pula "SELESA & SELAMAT" dengan Perlindungan SOP yang mereka gunakan dan di lihat "Tidak Boleh Di Persalahkan" dari Sudut Perundangan Negara. 
  • Oleh yang demikian, semua TEKANAN kini di tumpukan kepada PERDANA MENTERI yang secara MORAL NYA bertanggung jawap untuk mengeluarkan ARAHAN untuk MEMBENTERAS PERHIMPUNAN BERSIH 2.O. 
  • Dan TIDAK ADA ALASAN bagi seorang CEO NEGARA untuk mengatakan "I know nothing or responsible about it"
TEKANAN ANTARABANGSA
QE Sengaja berbaju KUNING
  • Kuasa-Kuasa Asing dari Luar Negara seperti Kerajaan United Kingdom dan Amerika Syarikat telah menunjukkan REAKSI mereka dengan Mengecam & Mengutuk tindakkan Kerajaan Malaysia yang menggunakan Kekerasan di dalam HAK BERSUARA RAKYAT.
  • Dimana Lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke UK telah di sambut dengan "Diplomatic Protest" terhadap Kerajaan di bawah Pentadbiran Najib Razak dengan tidak menyambut Ketua Negara Malaysia dengan "Red Carpet" seperti kelaziman dan ramai Pegawai Kerajaan Britain termasuk Queen Elizabeth menggunakan Tema KUNING sebagai LAMBANG kepada "Diplomatic Protest" mereka.
  • Diplomatic Protest adalah Langkah Pertama atau Awal didalam SIRI BANTAHAN yang di guna-pakai oleh Kerajaan-Kerajaan Dunia terhadap Rakan kepada Negara mereka sebagai PERTANDA yang untuk DI FAHAMI.
  • Ini belum TEKANAN yang di berikan oleh Amnesty International terhadap HAK ASASI KEMANUSIAAN yang telah TERCEMAR di Negara Malaysia
  • Juga TEKANAN dari laporan-laporan Ekonomi dan Politik di peringkat Antarabangsa dari pelbagai Pengaruh Media yang tidak menguntungkan Malaysia dari Perspektif Ekonomi.
  • Harus di ingat bahawa Pakar-Pakar Politik & Ekonomi Dunia Tidak Akan menerima "Bulat-Bulat" apa yang di jelaskan Oleh Ketua-Ketua Kerajaan mengenai ISU & PERGOLAKAN POLITIK dalam negara mereka kerana mereka memiliki PERISIK-PERISIK untuk MEMANTAU KEADAAN YANG SEBENAR.
TEKANAN DALAM NEGARA
  • Dimana Penyebaran Video-Video "Kekerasan & Salah Laku Polis" tersebar secara MELUAS di dalam Blog-Blog dan YouTube yang DI NAFIKAN oleh Pihak Polis dan Kerajaan sebagai "Berita Yang Tidak Benar"
  • Dimana PENAFIAN dari Pihak Kerajaan ini di lihat oleh Rakyat sebagai KEDEGILAN Pihak Kerajaan yang memerintah untuk MENGAKUI KENYATAAN & KEJADIAN YANG SEBENAR.
  • Semakin Pihak kerajaan MENAFIKAN kejadian-kejadian yang di laporkan maka semakin hebat TENTANGAN daripada Rakyat Umum.
  • Ini akan terus menerus MENJATUHKAN Imej Kerajaan dari PARTI yang Memerintah dan akan memberikan KESAN BURUK terhadap Populariti Kerajaan menjelang PILIHAN RAYA Ke-13
PERSOALAN BESAR PENTADBIRAN NAJIB RAZAK

PERTAMA:
  • Dapat Kah Pentadbiran Najib Razak untuk MEYAKINKAN DUNIA bahawa Kerajaan Malaysia telah melakukan Tindakkan yang BETUL di dalam menangani ISU BERSIH 2.O?
  • Dan dapat MEYAKINKAN PARA PELABUR untuk datang MELABUR di Malaysia dengan Menepis apa juga Tuduhan yang telah di lemparkan kepada Kerajaan?
KEDUA
  • Dapat kah Kerajaan Mengembalikan KEYAKINAN RAKYAT terhadap Kerajaan menjelang Pilihan Raya Ke-13?
  • Dan Berjaya kah Kerajaan UMNO/BN mendapat UNDI Majoriti 2/3 di PARLIMEN selepas Pilihan Raya tersebut?
  • Atau dapat Kah Najib Razak mempertahankan Jawatan nya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional di dalam Perhimpunan UMNO yang bakal di adakan?
KETIGA
  • Dapat kah Kerajaan UMNO/BN mengekalkan KUASA sebagai Kerajaan yang Memerintah Malaysia?
  • Jika UMNO/BN GAGAL MEMERINTAH SEMULA, Adakah beliau Bersedia untuk di Pertanggung jawapkan di atas Kekalahan tersebut?
  • Dan Mampu kah atau berkesempatan kah Najib Razak untuk membangunkan UMNO/BN selepas kekalahan di Pilihan Raya?
  • Atau Najib Razak akan terus bersara dari Arena Politik dengan membawa SEJARAH PALING HITAM di dalam Kesejarahan UMNO/BN?
INILAH PELAJARAN & IKTIBAR YANG HARUS DI KAJI SELIDIK DAN DI AMBIL PERHATIAN YANG SERIUS OLEH PENTADBIRAN NAJIB RAZAK

POLITIK & EKONOMI MALAYSIA: APA SEPATUT NYA PERANAN KERAJAAN

ADAKAH KERAJAAN SEKARANG BERFUNGSI DI LANDASAN YANG BETUL
FUNGSI SEBUAH KERAJAAN

  • Banyak KAMUS BAHASA mentakrifkan SEBUAH NEGARA sebagai "yang di duduki oleh sebilangan Besar orang-Orang dari pelbagai Bangsa, Keturunan, Budaya, Sejarah, Agama di dalam Wilayah atau Kawasan yang Bersempadan atau Had yang di tetapkan, lalu membentuk sebuah Masyarakat di Bawah SATU KERAJAAN"
  • Dan perhubungan di antara Rakyat, Wilayah dengan Sebuah Kerajaan ini akan MENENTUKAN Kesihatan Moral, Politik dan Ekonomi Sebuah Negara.
  • Dimana Kekayaan Sebuah Negara adalah lahir daripada usaha Orang Ramai daripada Wilayah mereka.
  • Dan Jumlah Kekayaan yang di hasilkan itu pula berbeza di antara sebuah Wilayah dengan Wilayah yang lain yang mengikut Potensi Kecerdasan, Kemahiran dan Kekuatan sesebuah Wilayah menurut Kemampuan dan Sumber yang Wilayah mereka miliki.
  • Perkara di atas akan menentukan Kekayaan sesebuah Wilayah atau Negeri di dalam sesebuah Negara
APAKAH FUNGSI SEBUAH KERAJAAN
PERTAMA: 
  • Untuk MELINDUNGI Kawasan, Wilayah dan Negeri Kebangsaan.
KEDUA:
  • Untuk MEMELIHARA HAK & KEAMANAN di dalam Sempadan Kawasan, Wilayah dan Negeri
KETIGA:
  • Untuk MEMASTIKAN HAK Setiap Unit Keluarga mempunyai RUANG untuk membina RUMAH dan dapat HIDUP SELESA di dalam Kawasan, Wilayah dan Negeri dalam Sebuah Negara.
JIKA 3 PERKARA TERSEBUT GAGAL DI LAKSANAKAN
  • Sesebuah Negara itu akan mudah DI JAJAH oleh Kuasa-Kuasa luar dengan Mudah dan segala HAK & KEBEBASAN akan TERGADAI
  • Atau Pemerintah yang menjadi Kerajaan itu pula yang menjadi PENJAJAH terhadap Kaum, Bangsa dan Rakyat mereka sendiri.
  • Dan itu bermakna SETIAP HAK, KEKAYAAN & KEBEBASAN setiap RAKYAT dengan sendiri nya TERHAPUS di bawah Kuasa-Kuasa Luar yang Menjajah atau kepada Kerajaan mereka sendiri.


PERANAN SEBENAR SEBUAH KERAJAAN
  1. Bahawa Sebuah Kerajaan adalah KURNIA daripada Allah swt  untuk MANFAAT MANUSIA dan Allah swt memberikan Tanggung Jawap kepada kaum PEMIMPIN terhadap Tindakan-Tindakan mereka dalam Perhubungan dengan Rakyat, dan di Pertanggung jawapkan kedua-duanya dalam Membuat dan Melakar Undang-Undang dan Pentadbiran Negara mereka, untuk kebaikan dan keselamatan Masyarakat dan Negara
  2. Bahawa Sebuah Kerajaan tidak boleh wujud dalam keadaan Aman Damai KECUALI Undang-Undang itu di Rangka dan di Adakan serta Tidak di Langgar agar Selamat untuk setiap Individu supaya Wujud Kebebasan Hati dan Fikiran, Hak Bersuara dan Hak Mengawal Harta serta Hak untuk Perlindungan dalam Kehidupan.
  3. Bahawa semua PEMIMPIN adalah TERIKAT di Sisi Undang-Undang untuk mengekalkan dan mendukung Kerajaan masing-masing di mana mereka tinggal, yang di lindungi dalam HAK-HAK mereka yang wujud dan tidak terpisah oleh Undang-Undang Kerajaan.
  4. Dan HASUTAN dan PENINDASAN itu adalah tidak seharus nya Wujud terhadap tiap-tiap Warganegara yang di lindungi
  5. Pemimpin Kerajaan yang melanggar ETIKA PEMERINTAHAN untuk MENTADBIR-URUS Sesebuah Negara adalah WAJIB DI HUKUM dengan HUKUMAN yang SETIMPAL menurut PERUNDANGAN Negara dan Antarabangsa.
  6. Dimana setiap RAKYAT adalah BERHAK untuk MENENTUKAN SIAPA KERAJAAN yang mereka INGINKAN melalui PROSES-PROSES PEMILIHAN PEMIMPIN melalui PILIHAN RAYA yang BERSIH, TELUS dan ADIL.
PERKARA TERPENTING MENGENAI HAK RAKYAT
  • SETIAP HAK yang di MILIKI oleh SETIAP RAKYAT adalah BUKAN suatu Kurnia atau Pemberian daripada Seorang Pemimpin kepada Setiap Rakyat atau dari Sebuah Kerajaan kepada Setiap Rakyat
  • TETAPI HAK seorang RAKYAT merupakan HAK ASASI sebagai SEORANG MANUSIA yang DI KURNIAKAN oleh Allah swt kepada SETIAP MANUSIA untuk HIDUP AMAN DAMAI di atas MUKA BUMI ini.
  • Sesebuah Kerajaan yang MENAFIKAN HAK RAKYAT demi KEPENTINGAN PEMIMPIN adalah Sebuah Kerajaan yang MENENTANG KEWUJUDAN TUHAN di mana SETIAP AGAMA di dalam Dunia ini MENGAKUI TUHAN ITU WUJUD walaupun berlainan KEFAHAMAN dan ALIRAN KEAGAMAAN.
SUMBER KUASA PEMIMPIN DAN KERAJAAN
  • Adalah HAK yang di berikan oleh SETIAP RAKYAT kepada Para Pemimpin untuk BEKERJA sebagai PENGAMANAH untuk TUGAS & TANGGUNG JAWAP Mentadbir dan Mengurus HAL EHWAL KENEGARAAN bagi Pihak Rakyat.
  • Kerana sebab tersebut SETIAP PEMIMPIN di dalam KERAJAAN harus BEKERJA di atas DASAR tersebut dan DASAR ini telah DI PERKUKUHKAN melalui Proses ANGKAT SUMPAH sebagai PENJAWAT AWAM yang Tertinggi di dalam KERAJAAN di hadapan KETUA NEGARA yang pula di jawat oleh YANG DI PERTUAN AGONG yang mewakili MAJLIS RAJA-RAJA.
  • Dan Setiap PEMIMPIN yang menerajui sesebuah KEMENTERIAN di dalam KERAJAAN harus pula BERTANGGUNG JAWAP terhadap KERJA-KERJA yang telah DI KHUSUSKAN di dalam Setiap Kementerian dan di MATLAMATKAN untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara.
  • Dimana SETIAP KUASA yang di KURNIAKAN kepada setiap PEMIMPIN adalah Wujud HAD-HAD sebagai PEMIMPIN YANG DI AMANAHKAN OLEH RAKYAT.
KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • Menurut PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA, Kerajaan Persekutuan atau juga di kenali sebagai Kerajaan Pusat ini HARUS BERFUNGSI & BERPERANAN untuk menyambung segala Tugas & Tanggung Jawap ke Peringkat Seluruh Negara daripada Kerajaan-Kerajaan Negeri yang TIDAK BERHAK untuk Mencampuri Hal Ehwal Negeri-Negeri yang lain didalam PERIKATAN MALAYSIA.
  • Dimana Kerajaan Pusat di beri Tugas &Tanggung Jawap untuk mengembangkan USAHA ke peringkat Antarabangsa di dalam HAL-HAL EKONOMI & POLITIK untuk Negara secara KHUSUS untuk KEBAIKAN kepada RAKYAT di dalam Negara.
  • Dan KERAJAAN NEGERI-NEGERI pula Di Pertanggung Jawapkan untuk MENANGANI HAL EHWAL RAKYAT TEMPATAN secara KHUSUS agar TADBIR-URUS di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri tidak BERCAMPUR-ADUK atau BERTINDAN.
  • Semua AGIHAN TUGAS & TANGGUNG JAWAP ini amat jelas dan telah di perjelaskan di dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUNAN MALAYSIA.
APA YANG BERLAKU SEKARANG IALAH
CONTOH 1 : PERLEMBAGAAN NEGARA
  • Satu Demi Satu PERLEMBAGAAN yang TERMAKTUB di dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN NEGARA MALAYSIA telah Di UBAH-SUAI, DI LANGGAR dan DI ABAIKAN oleh Pihak Kerajaan yang Memerintah
  • Dimana Satu Demi Satu HAK-HAK RAKYAT dari Segi HAK EKONOMI dan HAK POLITIK telah mula DI HAKIS.
  • Termasuk HAK yang DI WUJUDKAN untuk RAJA-RAJA NEGERI di dalam Persekutuan Malaysia juga telah DI UBAH SUAI untuk MEMUDAHKAN Kerajaan yang Berkuasa untuk Memerintah TANPA CAMPUR-TANGAN RAJA-RAJA yang memiliki HAK terhadap Negeri-Negeri yang mereka Warisi.
  • Ini dapat di lihat apabila RAJA-RAJA boleh di Tuduh Di Mahkamah Khas jika melakukan sebarang tindakkan yang Melanggar Undang-Undang Negara walaupun Yang Di Pertuan Agong.
  • TETAPI Rakyat tidak boleh "Membawa' Pemimpin-Pemimpin dari Kerajaan yang Memerintah ke Muka Pengadilan kerana "Di Beri Kekebalan" oleh Pihak Kerajaan, terutama yang telah mendapat GELARAN "TUN". Dimana Gelaran "TUN" ini adalah HAK KURNIA RAJA-RAJA kepada Rakyat yang memberikan Perkhidmatan Cemerlang kepada Negara.
  • Dengan Gelaran "TUN" mereka "Kebal" dari sebarang Pertuduhan ke Mahkamah tetapi yang Pemberi Kurnia Darjah TUN pula boleh di hadapkan ke Mahkamah KHAS. Di sini wujud KEPINCANGAN di dalam PELAKARAN Undang-Undang Negara.
  • Dan akhir nya Pemimpin dan Kerajaan yang KORUP tidak dapat DI HUKUM & DI ADILI di Mahkamah
CONTOH 2 : KEBEBASAN MEDIA
  • KEBEBASAN MEDIA CETAK (Akhbar) dan MEDIA TELEVISION di dalam Negara Malaysia adalah DI KAWAL RAPI oleh Pihak Kerajaan yang Memerintah
  • Dan Pihak kerajaan memiliki HAK MUTLAK untuk menyiarkan APA JUGA BERITA kepada Rakyat melalui MEDIA YANG DI KAWAL KETAT di dalam MEDIA ARUS PERDANA.
  • Ini telah mewujudkan KETIDAK-SEIMBANGAN mengenai BERITA yang di sampaikan kepada Rakyat dan boleh di klasifikasikan sebagai BERAT SEBELAH yang hanya MEMIHAK kepada Kerajaan yang Memerintah sahaja.
  • Dalam keadaan sekarang Rakyat AMAT SUKAR untuk mendapat BERITA-BERITA YANG SAHIH, TEPAT dan BERKECUALI di dalam MEDIA ARUS PERDANA di mana MEDIA UTAMA telah memainkan PERANAN untuk menjalankan PROPAGANDA bagi Kerajaan yang Memerintah sahaja.
  • Dan Pihak-Pihak bukan Pemerintah atau dari Parti-Parti PEMBANGKANG terpaksa menggunakan MEDIA ALTERNATIF untuk berhubung dan berkomunikasi dengan Rakyat Umum.
  • Disini INTERGRITI KEBEBASAN KEWARTAWANAN telah di cemari dan di ingkari oleh Pengamal-Pengamal Media yang terpaksa PRO kepada Kerajaan yang memerintah dan mana-mana Wartawan yang "INGKAR" akan di pecat dari Jawatan masing-masing.
CONTOH 3 : TARAF BERKECUALI JABATAN POLIS
  • TARAF BERKECUALI Jabatan dan Pihak POLIS juga telah TERCEMAR dan di ingkari kerana pada zaman ini Jabatan Polis di lihat lebih Condong untuk mempertahankan dan menutup sebarang Kesalahan dan Salah-Laku Pihak Kerajaan.
  • Dan tidak lagi dapat BERTINDAK TEGAS dan ADIL di dalam MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG NEGARA.
  • Juga TIDAK lagi berfungsi sebagai PENASIHAT kepada KERAJAAN di dalam HAL-HAL Keselamatan & Kesejahteraan Rakyat melalui PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG tetapi sebalik nya menerima NASIHAT dari Pemimpin-Pemimpin Kerajaan untuk TUGASAN yang BERCANGGAH dengan ETIKA KEPOLISAN.
  • Dimana KETUA POLIS NEGARA pada Zaman ini di lihat Tidak lagi Berperanan BEKERJA untuk RAKYAT UMUM dan sering di lihat TUNDUK kepada PEMERINTAH dan menentang RAKYAT.
  • Kerana sebab-sebab tersebut Jabatan Polis di Negara Malaysia telah LUPUS KEWIBAWAAN mereka sebagai POLIS YANG ADIL
  • KES TERBARU ialah CARA pihak Polis menangani PERHIMPUNAN BERSIH 2.O yang di lihat sebagai MENURUT PERINTAH KERAJAAN SECARA MEMBUTA TULI.
  • Jika ingin di gariskan segala KEPINCANGAN yang berlaku di dalam kerajaan yang memerintah sekarang TERLALU BANYAK dan sebahagian besar rakyat yang Cerdik mengetahui dan memahami segala permasaalahan yang berlaku tetapi ramai yang mengambil jalan mudah dengan lebih suka berdiri di tengah garisan jalan
CONTOH 4 : HAL EKONOMI NEGARA
  • HAL-HAL EKONOMI yang melibatkan SEMUA KEMENTERIAN di dalam KERAJAAN  yang seharus nya BEKERJA untuk MEMBANTU RAKYAT secara Keseluruhan juga di lihat GAGAL berfungsi melalui ACUAN KEHENDAK NEGARA
  • Tetapi mereka BEKERJA menurut KEHENDAK di dalam ACUAN PARTI YANG MEMERINTAH
  • Dan GEJALA seperti ini telah MENGORBANKAN HARTA RAKYAT & NEGARA secara beransur-ansur dan KEBENARAN ISU ini dapat di lihat melalui ANALISA yang di lakukan oleh PEMANDU yang bertungkus lumus untuk MEMPERBETULKAN Kesihatan Ekonomi Negara melalui Program Transformasi Ekonomi - ETP
  • Jika Ekonomi Negara Malaysia "TIDAK TENAT", Jabatan PEMANDU tidak perlu di wujudkan dengan Perbelanjaan Tambahan untuk menggerakkan nya selain dari Fungsi Kementerian Kewangan yang sepatut nya bertanggung jawap penuh di dalam HAL ini.

Saya berangan nak buka perniagaan emas dan intan berlian

Aspan Alias

15 JULAI — Heboh! Kemana sahaja kita pergi rakyat sedang bercakap tentang cincin yang berharga AS$24 juta (RM72 juta) yang dibeli oleh seorang ternama dan bergelar dari Jacob & Co, New York.
Di kedai kopi, di kelab golf, di restoran besar-besar dan kecil, di surau dan di mana-mana cerita cincin ini diperkatakan. Ini adalah isu yang paling “hot” di pasaran negara kita ini sekarang.
Apabila saya mendengarnya saya termenung dan berfikir rupa-rupanya ada barangan yang berharga semahal itu. Sebagai orang kampong berita ini membuatkan saya bingung kerana saya tidak tahu ada barang yang sekecil itu saiznya boleh berharga sebegitu tinggi.
Bagi saya jika cincin saiz yang sekecil itu boleh mencecah harga yang tidak ada bandingan tingginya saya menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak logik. Rupa-rupanya ia bersangkutan dengan nilai barangan itu.

Bagi orang kampong seperti saya ini, lagi kecil kereta itu lagi murah harganya. Kereta kancil itu kecil maka murahlah harganya jika dibandingkan dengan kereta besar seperti Jaguar, Mercedez dan lori pick-up.
Satu lagi yang saya tidak berhenti berfikir ialah bagaimanalah empunya cincin ini mendapatkan sumber kewangannya untuk membayar harga cincin yang semahal itu? Di mana agaknya wang itu datang? Tidak ada orang yang bergaji besar sehingga mampu membeli berlian setinggi itu harganya.
Si dia yang membeli barang pakaian wanita ini mesti sama kayanya dengan Aristotle Onassis.Tentulah wang sebesar itu datangnya daripada “passive income” dan wang yang didapati tanpa melakukan apa-apa kerja.
Jika cincinnya berharga sampai RM72 juta agaknya berapalah agaknya wang simpanannya? Jika harga cincin itu hanya satu peratus daripada jumlah keseluruhan wang dan harta yang ada, tentulah empunya cincin ini mempunyai wang dan asset berpuluh billion ringgit. Ini bermakna si dia ini duduk dan tidur bersama wang yang banyak. Jumlah itu merupakan 10 peratus daripada peruntukan satu kementerian. Kaya betul wanita ini.
Hanya saya berharap sumber wang yang diperolehi ini bukan dari sumber dalaman negara kita. Kalau ianya datang dari sumber dalaman ianya sudah pasti datang dari kantong negara. Jika tidak kemungkinan besarnya hanya satu; dia mempunyai mesin mencetak wang.
Saya juga teringat kepada satu perbidalan orang Melayu berhubung dengan cincin ini; iaitu seperti si kudong dapat cincin. Mungkinkah wanita ini termasuk di dalam kategori si kudong dapat cincin tadi?
Biarlah setakat ini sahaja komen saya. Biar saya duduk kesaorangan beberapa jam untuk berfikir bagaimana si dia ini boleh membeli cincin semahal itu. Dari manakah beliau mendapat kekayaan seperti Aristotle Onassis ini.
Aristotle Onassis pun membelikan isterinya Jacqueline cincin berlian dengan harga tidak sampai separuh daripada harga cincin berlian yang dibeli oleh wanita ini.
Kalaulah berita ini benar, insan in adalah insan yang sangat hebat. Hebat… hebat! Terlalu hebat! Kaya... kaya!!
Sejak mendengar berita ini saya sudah terasa (berangan) nak jadi peniaga emas dan permata berlian kerana di negara kita sudah ada “customer” yang besar-besar. Tak payah lagi pergi ke New York untuk membelinya dari Jacob & Co. New York itu jauh.

Pasca Bersih : Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain


SHAH ALAM, 15 Julai — Seorang ahli PAS memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa “tidak sah.”
Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan.
Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu.

Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis “Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil” adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula.
Selain itu, Musafri juga mahu mahkamah membuat satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil.
Selain Hishammuddin, Musafri menamakan pegawai penangkap, pegawai yang mengambil keterangan Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan.
Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor.
Sementara itu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
“Tangkapan yang dilakukan polis ini adalah tidak sah, dalam undang-undang setiap rakyat ada hak ke atas hartanya dan polis tiada hak untuk merampasnya.
“Ini bukan soal warna kuning atau warna apa, apa yang dilakukan polis ini bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan,” katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula.
Jelas beliau, pihaknya mahu agar saman pemula yang dibuat itu akan menjadi panduan kepada mana-mana individu yang turut ditahan atas perkara sama.
“Ini hanya permulaan dan saya harap mana-mana yang ditahan atas perkara sama juga boleh maklumkan kepada kami,” katanya.
Musafri tidak hadir di mahkamah kerana ada urusan lain.
Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.
Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara.
Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, lebih 200 aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan sebelum 9 Julai lalu.
Sabtu lalu, lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Khalid Samad gesa Hisham dedah kos operasi himpunan 9 Julai


SHAH ALAM, 15 Julai — PAS Selangor mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan perbelanjaan yang ditanggung kementerian itu dalam operasi membanteras perhimpunan yang diadakan pada 9 Julai lalu.
Timbalan Pesuruhjayanya Khalid Samad (gambar) berkata, beliau mendapat maklumat perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit.
“Hishammuddin perlu dedahkan berapa perbelanjaan yang digunakan Kementerian Dalam Negeri sepanjang operasi itu berjalan. Kita nak tahu sejak dari mula operasi sampai habis.
“Sebab kalau kita lihat berapa banyak anggota keselamatan digunakan sepanjang operasi itu termasuk pada 9 Julai, ia juga termasuk perbelanjaan makan dan minum kerana saya difahamkan perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit,” katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula terhadap empat individu termasuk Hishammuddin berhubung tangkapan yang dilakukan ke atas ahli parti Islam itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Sebelum perhimpunan 9 Julai berlangsung - yang melibatkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pemuda Umno, polis telah mengerahkan anggotanya untuk mengambil tindakan dan menahan sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu.
Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Pada perhimpunan itu lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0, Pakatan Rakyat  dan Pemuda Umno ditahan.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri menarik balik semua pengisytiharan pengharam terhadap Bersih 2.0 termasuk kemeja-T.
Semalam Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo perhimpunan haram pada Sabtu lalu kerana ia menyalahi undang-undang.
Beliau berkata sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-T atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pasca Bersih : Tindakan yang bagaimana Najib anggap ‘berat’? – Tian Chua

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diseru tidak membuat kenyataan berdolak dalik demi mempertahankan tindakan keras terhadap peserta Bersih Sabtu lalu, sedangkan dunia menyaksikan kekejaman kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang, berkata kenyataan sedemikian hanya menyebabkan Najib terus dilabel sebagai pemimpin jahil demokrasi semata-mata mahu mempertahankan kuasanya.
“Ini adalah tindakan Najib yang jahil dengan demokrasi, beliau tidak faham apa itu demokrasi.
“Dalam sesebuah negara yang mengamal demokrasi, sama sekali tidak boleh membelakangkan hak asasi manusia,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Dalam temu bual dengan CNN hari ini, Najib memberitahu polis menggunakan tindakan yang agak ‘ringan’ dalam usaha menyuraikan Himpunan Bersih.
“Tidak cukupkah video dan gambar menunjukkan polis menampar, menendang, memukul peserta Bersih?
“Kalau Najib anggap perbuatan polis sebagai ‘tindakan ringan’, saya tidak tahu apa tindakan keras. Agaknya, tindakan keras Najib ialah kerah polis guna machine guns.

Sebelum ini, Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan tindakan polis bahawa tiada kekerasan yang diambil terhadap peserta perhimpunan.
Najib juga ketika ditemu bual New York Times, mempertahankan polis dengan berkata mereka menggunakan tekanan minimun dan langsung tidak ada hubungan fizikal dengan peserta Bersih.

Mat Sabu selamat jalani pembedahan

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.

Menurut isterinya Normah Alwi, suaminya menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang hari ini.

NONE"Sekarang ini dia stabil, OK, sudah makan dan sedar," katanya sambil menambah pembedahan itu mengambil masa kira-kira satu jam.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Normah berkata, doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Sekarang dia dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 5 petang tadi," katanya.

Setakat ini Mohamad belum menerima pelawat, tambahnya.

Menurut Normah juga, Mohamad akan bermalam di hospital itu selama tiga hari sebelum dibenarkan mendaftar keluar.

Sebagai isteri, Normah berkata beliau tidak dapat menerima tindakan polis yang didakwa mencederakan Mohamad.

"Saya tidak boleh menerima kejadian macam ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas orang yang berbuat zalim," katanya lagi. -M'kini

Tahan peserta Bersih 2.0, polis rembat RM20 setiap tahanan?



Cuba kira 1667 darap RM20 dapat berapa?

Itulah sebabnya saya katakan - Saya mula faham, ramai polis yang memeras-ugut selain dari membudayakan najib rasuah najis rasuah. Ramai polis kaki judi selain dari merompak di kedai judi. Ramai polis kaki betina walaupun sudah punya isteri dua tiga. Ramai polis yang memang jahat walaupun di luar waktu kerja. (semasa waktu kerja lebih lagi lah jahatnya). sumber

Pendek kata, kalau dah namanya polis... merembat hak orang lain ni.... memang antara tugasan utama mereka. Tu sebab ramai orang cakap.... dalam seratus... nak cari sorang muka polis yang berseri... payah sangat beb... lebih mudah cari pelacur yang beseri dari polis yang ada seri.. !

Polis sibuk nak bela diri kononya semua peserta himpunan BERSIH 2 diberikan layanan sempurna. Baca kenyataan Polis yang dilaporkan media kononya menyatakan RM25 seorang menjadi peruntukan yang digunakan untuk membiayai makan minum peserta ketika ditahan.
Bila ditanya kepada orang - orang yang ditahan mereka menyatakan mereka makan Ayam Goreng, Sayur, Sambal dan Nasi Kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang.
Pergilah ke mana - mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1000 orang makan secara buffet... rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan.
Makanya PDRM keluar buget (wang rakyat) RM25. Mana pergi lagi RM20 ? Ini melibatkan salah guna kuasa... SPRM digesa masuk dan menyiasat perkara ini ....
Sebenarnya perkara ini sememang berlaku lama .... makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan 'rasuah' tersebut ?
Satu lagi teori menurut orang - orang yang ditahan, menurut mereka yang ditahan sebenarnya menjangkau lebih dari 3500 orang, tetapi sebaliknya yang diistiharkan hanya 1000 lebih. Mungkin saja kalau jumlah wang dibelanja untuk makanan kalau jumlah tahanan lebih ramai mungkin membawa ke jumlah harga munasabah...
Sekarang ini PDRM kena jawab mereka tahan lebih tapi tak istihar atau ada kegiatan 'rasuah' dalam membelanjakan wang rakyat dalam menyediakan makanan orang yang ditahan. - chegubard

TAKUT KUNING DAPAT KUNING

SHAH ALAM 15 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terus menerima sindiran hebat masyarakat dunia ketika kunjungannya ke Buckingham, London.

Sindiran yang dimaksudkan ialah apabila pemakaian gaun dan tali leher kuning oleh Ratu Elizabeth dan Menteri Pengangkutan, Philip Hammond dalam dua pertemuan berasingan dengan Najib semalam.

Kolumnis Suara Keadilan, Hishamuddin Rais membayangkan tindakan itu sebagai kritikan terhadap dasar Najib.

“Dalam bahasa diplomatik, ini memperlekehkan Najib. Dalam bahasa diplomatik, ini mengkritik tindakan Najib yang menghambat peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu.

“Sampaikan bunga di pasu dalam bilik pertemuan itu pun berwarna kuning. Tak mungkin Ratu Elizabeth atau Menteri di Britain tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu,” katanya kepada KeadilanDaily.

Dalam pertemuan itu menyaksikan Najib bersalam dengan Ratu Elizabeth dan ada suara-suara yang mengatakan akhirnya Najib tunjuk kepada kuning berdasarkan gambar tersebut.

Malah paling ketara apabila kehadiran Perdana Menteri Malaysia itu tidak disambut dengan hamparan karpet merah sementara, Perdana Menteri Britain, David Cameron, malah membatal majlis makan tengah hari bersama Najib.

 Malah Najib terus menerima tamparan hebat hari ini apabila puluhan penunjuk perasaan turut berpakaian kuning menyambut kehadiran Najib ke United Kingdom hari ini.

Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, mereka boleh ditahan dan dinafikan hak untuk dibicarakan.

Queen Elizabeth II Pakai baju Kuning Sambut Najib & Rosmah

Britain's Queen Elizabeth (R) greets Malaysia's Prime Minister, Najib Razak and his wife Rosmah Mansor, during an audience at Buckingham Palace in central London July 14, 2011.
Britain’s Queen Elizabeth (R) greets Malaysia’s Prime Minister, Najib Razak and his wife Rosmah Mansor, during an audience at Buckingham Palace in central London July 14, 2011.

MANA MAU LARI? Najib dikejar gelombang kuning di London



BIARPUN dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.

Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.

Tambah malang nasib Najib, tidak cukup dengan gelombang kuning yang mengejarnya di luar bangunan, Ratu Elezabeth yang ditemuinya turut memakai pakaian kuning bagi menyambut pemimpin kejam yang membelasah peserta perhimpunan aman di ibu negara tempoh hari.



Monday, July 11, 2011

Kenapa polis tak benarkan laporan post-mortem dikeluarkan?

  Blog PenorehGetah


Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Menurut laporan Utusan Malaysia pembohong nombor satu pula, polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang berada di KLCC sewaktu perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini, namun menolak punca kematiannya disebabkan terkena semburan gas pemedih mata.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengalami sesak nafas atau menghidap penyakit jantung sehingga meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam kejadian itu.

"Saya dimaklumkan, selepas perhimpunan haram di KLCC selesai, seorang wanita menghubungi ambulans mengatakan lelaki itu sesak nafas.

"Sebaik sahaja ambulans tiba, pesakit itu masih dalam keadaan sesak nafas namun dia disahkan meninggal dunia di HKL (Hospital Kuala Lumpur)," katanya.

Beliau ditanya mengenai laporan portal sebuah akhbar propembangkang hari ini mengenai kematian seorang peserta perhimpunan Bersih yang terkena semburan gas pemedih mata di KLCC.

Memetik laporan portal itu, Baharudin Ahmad, 58, bersama rakan dan keluarganya berada di KLCC tidak sedar diri apabila disembur gas pemedih mata oleh polis.

Allahyarham yang tinggal di Setiawangsa merupakan suami kepada Ketua Wanita Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Rosni Melan.

Menurut Amar Singh, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan menolak wujudnya unsur jenayah.

......

Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.

funeral baharudin crowdSemalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.

Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.

funeral baharudin bersih protesterTurut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.

Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.

Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.

Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.

Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.

nurul izzah, funeral baharudinSewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.

Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.

Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.

Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.

"(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.

funeral baharudin crowd 2Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

"BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.

"Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.

Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.

Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.

funeral baharudin vanSehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam

Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi. - Malaysiakini.com

ALFATIHAH: Saat-saat Akhir Allahyarham Baharudin Ahmad

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/264847_246854645327417_100000086506684_1119906_3029531_n.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGHV753ydLVWIZF9oLNdjoBETaIua85a3sc01LucOeMpeL4PHeuJbB2PGve-fr_ppgoFk4HlWDvP-Q5OEHTg439E6XHbzSZDZmjbSmJ-8n9UsNDdbZsvzy3hnWxDsCDSXyHPRAXmRl8Do/s640/267168_10150238742711097_646501096_7698282_5048993_o.jpg

Sila lihat pada minit 8:55, sangat menyayat hati, saat-saat terakhir sebelum Allahyaham Baharudin Ahmad kembali kerahmatullah.

1. Polis tidak membantu langsung.
2. Ketika sedang nazak, tali (Cable Tie) yang mengikat tangannya pun polis tak buka.
3. Tiada bantuan perubatan diberikan oleh pihak polis.
4. Muslimat dan orang yang berada sekeliling yang melihatnya tak sampai hati dan menangis.
5. Setelah 25 minit baru ada bantuan datang, bukan ambulance tetapi kereta peronda polis.

Pasca Bersih 2.0: Kekasaran polis punca utama kematian Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Bersih 2.0 hari mendakwa mereka menerima laporan bahawa punca utama kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad adalah disebabkan kekasaran polis dan kegagalan mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang sepatutnya dan pada masanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Bersih 2.0 mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad sambil menuntut pihak berkuasa supaya tidak berdalih lagi dengan hakikat bahawa polis telah menggunakan kekerasan yang berat terhadap para peserta Bersih 2.0 dan melepaskan semua tahanan dengan kadar segera.
(Anak kedua Baharudin, Nazrul, memeluk Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau mengunjungi rumah Baharudin semalam)

Cerita mengenai punca kematian Baharudin mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi semalam selepas menjalani postmortem.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Menurut Azhar , pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.

“Ini (kematian Baharuddin) hanyalah salah satu daripada pelbagai tindakan polis pada 9 Julai yang lalu yang mengakibatkan kecederaan teruk.

"Terdapat bukti video yang jelas menunjukkan polis menembak gas pemedih mata masuk ke perkarangan Hospital Tung Shin serta contoh-contoh lain yang menunjukkan polis membelasah orang-orang awam yang tidak bersenjata.

"Beberapa individu termasuk Ahli Parlimen YB Khalid Samad juga cedera parah apabila terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah orang ramai. Terdapat banyak contoh yang lain. Kita menyeru para peserta untuk memberikan bukti gambar dan video insiden-insiden sedemikian kepada kita,” kata jawatankuasa Bersih 2.0.

Bersih 2.0 turut menyifatkan serangan bertubi-tubi terhadap para peserta demo aman Sabtu yang lalu sebagai mengejutkan.

“Kekejaman yang dilakukan dapat dilihat sendiri oleh warganegara Malaysia dan juga pemerhati antarabangsa. Ia telah menunjukkan tanpa raguan lagi bahawa pihak berkuasa telah gagal menjunjung dan memelihara perkara yang paling asas dalam hak asasi manusia seperti mana yang tercatat dalam Perlembagaan Negara,” tambahnya.

Jawatankuasa tersebut turut mengutuk penafian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar tentang kekejaman dan kekerasan polis terhadap para peserta Bersih 2.0.

“Kenyataan daripada PM bahawa tiada ‘pertembungan fizikal’ antara polis dan para peserta yang berdemo secara aman sungguh bercanggah dengan bukti video yang berlambak, sama juga dengan kenyataan KPN yang menafikan tiada gas pemedih mata ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin.

Kita mengharapkan integriti yang lebih tinggi daripada orang-orang yang diamanah untuk menerajui negara dan menjaga keselamatan kita,” selar jawatankuasa itu lagi.

Bersih 2.0 turut menuntut pihak berkuasa untuk melepas 6 tahanan dari Parti Sosialis Malaysia yang masih ditahan tanpa bicara, yang amat bercanggah dengan hak asasi manusia.

“Ahli Parlimen Dr Michael Jeyakumar baru-baru ini telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara dan kami amat bimbang tentang kesihatan dan keadaan mereka. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, dan kami menuntut mereka dibebaskan serta-merta tanpa syarat,” seru Bersih 2.0.

Selain itu, Bersih 2.0 turut mengutuk tindakan paranoid dalam menahan individu-individu semata-mata mereka memakai baju Bersih seperti yang dilaporkan di Sabah semalam.

“Ia sememangnya tidak perlu untuk tindakan paranoid sedemikian, dan pihak berkuasa mesti menghentikan semua ini,” tegasnya lagi, sambil menambah bahawa kekerasan sama sekali tidak akan melunturkan hasrat mereka untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

“Ia jelas dengan kehadiran melimpah pada 9 Julai yang lalu bahawa sejumlah besar rakyat Malaysia bersetuju bahawa ada benda yang tidak kena dalam sistem pilihanraya kita,” kata jawatankuasa Bersih 2.0.

“Komitmen kita untuk mereformasikan sistem pilihan raya akan dan mesti mencerminkan keberanian dan perpaduan yang ditunjukkan pada 9 Julai dan semangat yang kita lihat akan terus menjadi inspirasi kita,” katanya lagi.

Bersih 2.0 dianggotai Ambiga Sreevenasan (presiden), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

Apa itu BERSIH 2.0

Pendedahan Situasi Sebenar Perhimpunan Bersih 2.0

Apa itu BERSIH 2.0?

BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil.

BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?

Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?

Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara

Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.

Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar

Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau jalan tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.

Media Propaganda Putar Belit

Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.

Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta. Sangat kasihan.

Semangat Juang Rakyat

BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?

PEMUDA PAS TUNTUT SIASATAN KEGANASAN POLIS DIBUAT

t

Keberanian kamu mengerunkan UMNO ! MESTI BACA !!



Alhamdulillah, terburai jua spekulasi aksi yang ditohmah akhbar celaka kelmarin. Baru sebentar tadi wak dihubungi oleh sahabat dari Pahang, bahawa aksi berani yang menunjukkan peserta melontar objek itu sebenarnya bukan batu atau pisau, tetapi tin bom asap yg ditembak polis kearah peserta BERSIH., dan dia memulangkannya semula. Sahabat itu memaklumkan bahwa peserta itu adalah rakan baiknya di dalam Unit Amal. Bukan SB atau provocator sebagaimana yang digembar-gembur oleh ramai facebooker dan blog. Alhamdulillah. Hebatnya dia, bilamana tin bom asap yg panas berasap itu dilontarkan semula olehnya kepada polis yang menembak mereka ke tepi rumput. Ini baru buku bertemu ruas !

Tahniah kepada Pemuda Unit Amal yang sungguh berani ini ! Anda adalah HERO kami ! Takbir !!

TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya)

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.
Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis. Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya. Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa. - Hrkh