
TEMERLOH, 25 Mei: PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat akan menganjurkan Himpunan Raksasa Warga Felda di sekitar Jengka dan Kerdau pada 27 dan 28 Mei ini.
Menurut pengarah program, Roslan Zainal, antara lain matlamat perhimpunan ialah untuk menghimpun warga peneroka bagi mendedahkan hak-hak yang layak dituntut, menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda.
Katanya, empat program telah disusun dalam himpunan selama dua hari itu bermula dengan ceramah umum pada 27 Mei melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Anak Mazlan Aliman, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan bekas calon Tenang, Normala Sudirman.
“Ceramah tersebut akan bermula dengan majlis pelancaran agihan borang Felda Plantations jam 8.30 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.
“Pada 28 Mei, jam 2.30 petang, satu forum dan dialog isu-isu peneroka Felda dan janji Pakatan Rakyat akan diadakan di Jengka 16. Ahli panelnya terdiri daripada Mazlan Aliman, Harris Abdullah, Fadzli Ramly dan Yohanis Ahmad,” ujarnya.
Roslan berkata, pada waktu yang sama generasi muda diadakan prgram Santai bersama Bob Lokman dan minum petang bersama Mohamad Sabu di Jengka 19.
“Sebelah malamnya pula sekali lagi diadakan ceramah umum melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Siti Aishah Sheikh Ismail, juga di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau.
"Pada malam tersebut Anwar dijangka akan melancarkan montaj Universiti Felda, iaitu yang akan dibina oleh Pakatan Rakyat jika memenangi pilihan raya nanti,” katanya.
Mengenai logik himpunan besar peneroka itu diadakan di Pahang, Roslan berkata, negeri ini memiliki tanah rancangan paling luas iaitu hampir 40% kawasan Felda seluruh negara.
Tambahnya, tanah rancangan Felda pertama terletak di Pahang iaitu Lurah Bilut. -Hrkh




Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab bagi pihak berkuasa menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.
Ketua Pemuda PAS itu yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air dengan alasan bagi 'meredakan keadaan'.
Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.
"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.
"Kalau PAS kata akan turunkan 100,000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

komponen BN yang sedang terperangkap dengan krisis keyakinan yang serius. Sokongan pengundi Cina kepada parti ini dalam PRU12 adalah buktinya yang paling nyata.

Jikalau Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia. Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin (gambar kanan) dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi?





















