Malam tadi tepat jam 10.47 malam Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah mengumumkan DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon Pakatan Rakyat sempena PRK P059 Bukit Gantang. Nizar yang masih menjawat jawatan Menteri Besar yang sah mengikut undang-undang telah dinafikan hak beliau oleh Kerajaan Haram Negeri Perak sekarang ini.
TG Hj Hadi telah memberikan laluan kepada beliau sebagai Calon P059 untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin akan bertemu dengan Ismail Suffian, 49 iaitu seorang anak tempatan Bukit Gantang mewakili Barisan Nasional.
Parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 DUN iaitu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong. Dalam PRU 12 yang lalu PAS menang dengan majoriti 1566 undi.
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lepas, dan mengarahkan agar kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan. Tiada tarikh ditetapkan.
Panel lima hakim menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.
Mohammad Nizar, 52, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan injunksi menghalang Dr Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.
BIODATA CALON
YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)
Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
- Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
- Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin
Education :
- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.
University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.
Professional Career :
- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant
Politics :
- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)
Community Activity :
- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak) - NGO
- Coordinator of BERSIH Perak
- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak) - NGO
Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic
State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008
Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”
Family :
- Wife : Datin Seri Hajah Fatimah bt. Taat
- Children : 5 boys, 3 girls
No comments:
Post a Comment