Sunday, March 22, 2009

Lelongan plak demokrasi kutip RM42,000

IPOH : Acara lelongan 5 keping serpihan plak demokrasi yang berlangsung dibawah pokok sena tersebut telah berjaya mengutip melebihi RM42,000.



Lelongan yang dibuka untuk bidaan bermula daripada RM500 untuk satu serpihan plak tersebut telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Hampir 200 orang telah berkumpul dibawah pokok demokrasi tersebut untuk menyertai lelongan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.



Kehadiran Menteri Besar DS Nizar menyerikan lagi acara lelongan tersebut. DS Nizar menyatakan didalam ucapan ringkasnya bahawa demokrasi perlu sentiasa ditegakkan seluruh rakyat Perak.



Acara lelongan plak diadakan bagi mengutip sejumlah wang untuk mendirikan sebuah plak demokrasi yang lebih besar dan teguh dibawah pokok sena setelah pihak yang tidak bertanggungjawab memecahkan plak tersebut dan seterusnya diruntuhkan sepenuhnya oleh MBI.



No comments: