Tuesday, December 6, 2011

Umno yang hilang KUASA BUKAN ORANG MELAYU

Umno yang hilang kuasa bukan ORANG MELAYU yang hilang kuasa. Itu kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi jika Umno tumbang pada PRU 13 nanti. Sekarang ini Umno memomok-momokkan bahawa jika Umno kalah orang Melayu akan hilang kuasa. Sebenarnya bukan orang Melayu yang hilang kuasa tetapi Umnolah yang akan hilang kuasa dan 'ghoibul ghuyub' dari maya pada ini. Umno hanya hidup dengan adanya kuasa, jika tiada kuasa Umno akan layu dan terus mati. Sebab itulah Umno bermati-matian memainkan sentimen bahawa Melayu itu Umno, Umno itu Melayu.

Pada hakikatnya jika Umno kalah, maka PAS dan PKR lah yang menang. Ini kerana jika calon Melayu Umno kalah, maka calon Melayu dari PAS dan PKR lah yang menang. Apakah Melayu PAS dan Melayu PKR bukan Melayu. Mereka juga Melayu tetapi mereka Melayu yang tidak rasuah, tidak zalim, tidak menipu dan tidak menyalahgunakan duit rakyat serta tidak membaham duit rakyat sebagaimana Melayu Umno.

Jika Umno kalah, maka Melayu Umno akan susah dan merempat kerana mereka tidak ada peluang untuk mendapat projek-projek besar, kontrak mewah, duit 'free' macam projek Fidlot dan sebagainya. Itu sebab Melayu Umno sangat takut mereka kalah. Maka mereka memainkan sentimen jika Umno kalah, Orang Melayu akan hilang kuasa padahal yang sebenarnya yang hilang kuasa ialah Umno dan Melayu Umno yang korup, zalim, penipu dan penyangak.

No comments: