Thursday, June 18, 2009

Sidang Media MAFREL: PRK Manik Urai
Labels: Sidang Media MAFREL

Sidang Media -Malaysia For Free And Fair Election(MAFREL)

Sempena PRK N41 Manek Urai 14hb Julai 2009

Tarikh:12hb Jun 2009


Mohon Semua Pihak Yang Terlibat Menghormati Undang-Undang Dan Peraturan Pilihanraya


1. Mafrel ingin memaklumkan bahawa Mafrel akan mengambil peranan memerhati dan memantau piliharaya kecil N41 Manek Urai yang mana penamaan calon akan diadakan pada 6hb Julai dan hari pengundian pada 14hb Julai sebagaimana yang diistiharkan sebelum ini oleh SPR.
2. Ketua Misi Pemerhatian Mafrel ialah Dr Abdul Halim Yusof dan akan dibantu oleh Tuan Haji Nik Zulkifli Nik Salleh selaku Penyelaras Misi Mafrel Manek Urai
3. Mafrel sedang dalam proses memohon akreditasi pemerhatian untuk memerhati proses penamaan calun 6hb Julai dan proses pengundian pada 14hb Julai sebagaimana yang telah dibuat untuk pilihanraya-pilihanraya yang lepas
4. Mafrel sudah mula bergerak untuk memastikan misi pemantauan ini berjalan lancar dan ini merangkumi fasa pemantauan prapenamaan calon, fasa kempen, hari pengundian dan fasa pasca-pengundian. Mafrel akan memobilisasi sukarelawan terlatihnya dari pool seramai lebih 300 orang
5. Mafrel sebagai badan yang prihatin tentang hak-hak asasi warga akan mengadakan sesi-sesi latihan dan ‘voters education’ supaya matlamat menjadikan pilihanraya sesuatu yang bebas dan adil menjadi tuntutan semua dan semua berusaha kearah tersebut.
6. Untuk mencapai matlamat tersebut maka mafrel menyeru :

* Semua pihak menghormati undang-undang dan peraturan pilihanraya secara ikhlas dan jujur dan tidak sama sekali membuat apa-apa justifikasi atau helah untuk melanggar undang-undang dan peraturan pilihanraya.Antara yang kerap terjadi sebelum ini ialah:
o Penggunaan jentera kerajaan sewenang-wenangnya yang juga melibatkan dana awam dan projek-projek mee maggi yg lebih kepada gimmick pilihanraya
o Banner dan banting yang terpapar gambar-gambar individu-individu yang bukan menjadi calon dalam pertandingan
o Edaran-edaran yang bersifat fitnah,pembohongan dan berita-berita yang mengeliru pengundi-pengundi
* Pihak keselamatan khususnya polis supaya berhemah dan tidak mewujudkan suasana menakutkan orang ramai samada sebelum dan semasa hari pengundian. Menjadi trend di akhir-akhir ini kerahan anggota-anggota polis yang teramat ramai yang berbagai pelusuk tempat selain dari membazir wang rakyat dan memberi tekanan kepada anggota-anggota polis,ia juga sesuatu yang menyusahkan kepada rakyat dan penduduk tempatan
* Semua pihak supaya memastikan penyokong bertindak rasional malah mengelak dari mengapi-apikan emosi penyokong dan anggaplah pilihanraya adalah satu proses demokrasi yang sihat bukanlah merupakan satu’peperangan’

7 Akhirnya Mafrel ingin merakamkan rasa kurang senang dengan sikap SPR yang menetapkan proses pilihanraya samada hari penamaan calon dan hari pengundian pada hari bekerja.Ia bertentangan dengan objektif kerja SPR untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi bahkan SPR juga menyusahkan pengundi yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi disamping menyebabkan tergendala pembelajaran di sekolah-sekolah.Seboleh-bolehnya sebagai satu badan yang bebas dan neutral,SPR memanggil parti-parti yang dijangka bertanding berunding untuk menetapkan tarikh pilihanraya secara gentleman.



Dr Abdul Halim Yusof

Ketua Misi Mafrel

PRK N41 Manek Urai

No comments: