Monday, June 15, 2009

SELAMAT DATANG KE MANIK URAI

Selamat datang ke Manik Urai! Lemang daun lirik menanti anda.


Banyak cerita dikongsi untuk tatapan para pembaca seantero dunia. Minggu lepas Ustaz Pa Mohamad Ahli Parlimen Jeli datang ke sini dengan diiringi 5 buah kuda putih pdrm. Hebat juga beliau datang ke Manik Urai ni dan nak dijadikan cerita Tok Guru Nik Aziz pun datang pada hari yang sama tetapi hanya dengan sebuah kereta di dalamnya ada 5 orang termasuklah Tok Guru. Tahu apa yang dikata Tok Guru pada orang kg? Nak takut apa? Kita ada Allah Taala yang boleh melindungi kita. 1-0 untuk BN.

Tempohari juga adalah pemimpin2 BN yang datang kat kampung Chatel Manik Urai untuk baik pulih madrasah/surau situ. Yang bestnya dari beratus2 penduduk kg Chatel tu hanya ada 10 orang sahaja yang datang. Hebat juga sambutan orang2 kat sini pada BN. 2-0. tak tau lah pulahk bakper BN ni suka sgt roboh2 surau nak bina hak baru.....terutama surau hak ramai jemaah...
hak asal ok lg.....kita takut mcm kes Masjid Baru Bandar Guchil ajer...masjid tu mmg cabtik dibina atas bukit...arwah bapa saya jd imam di situ selama 20 tahun sehinggalah arwah meninggal....memang banyak kenangan....tp si najib ni senag2 jer datang bnak bg RM2 juta suruh roboh mesjid dan nak bina masjid baru sebab masjid guchil dulu bapaknya tun razak yg rasmi...nak bagi lagi cantik ....tp masjid yg dulunya besar dah jadi ciput...nak siapkan plak satu hal...dengarnya dah 7 kontraktor duk tukar tangan...sampai hari ni tak siap2. lg....kalau buat benda lain 24 jam buleh siap....takutnya masjid tu dulu ramai jamaah sebab berkat tukang binanya org kampung yang ikhlas..alim...tapi takut gak lps siap tak ramai lg org yg sembahyang sebab tukang-tukang yang buat msjid tu dgrnya tak berapa lekat sembahyang...macam mana yerk org yang tak sembahyang nak buat tempat org sembahyang....Bn...BN

Balik pd manik urai...Hari tu si ahli parlimen Jeli tu bagitau pada media, Manik Urai akan jadi projek anak angkat BN jika rakyat memberi mandat kepada BN kali ini. Saya ulangi JIKA! Ni macam bagi ugutanke harapan? 33 tahun rakyat Kelantan telah memberi mandat kepada BN tapi apa yang mereka dapat? Hutang adala untuk dibayar oleh kerajaan PAS....tak payah ust pa nak tabur janji kat orang manik urai...ust pergi balik ke Pengkalan Pasir....dulu pun janji kalau BN menang nak jadi Pengkalan Psir anak angkat BN gak...tp yang tinggal pasir aja...pangkalan tak tau duk mana...lagi mundur ada...bagi makan anak angkat hak dulu....tak payah ambik anak angkat baru

Betul...Tok Guru tak pernah mengeluh ttg hutang dan hutang itu berjaya diselesaikan dari sehari ke sehari. Sekarang tanyalah pusat, negeri mana yang masih berhutang dan banyak hutang kepada kerajaan pusat? Adakah masuk senara itu nama Kelantan? Saya yakin para pengundi2 di Manik Urai orang yang bijak untuk menilainya. Pilihlah secara bijak...1

Selamat mengundi..kalu menang kita bakar ayam di lata rek

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...tahniah, blog de,o idup molek..semoga berjaya. chatel tu letak dalam kawasan lata rek. not manik urai. but really ore situ mmg kuat pas