Thursday, June 25, 2009
KOTA BHARU - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.
"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.
Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.
"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.
"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.
Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.
Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.
Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.
"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.
"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.
Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.
Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.
"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.
Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.
"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.
Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.
Saturday, June 20, 2009
Jadual Ceramah N.41 Dun Manek Urai
Forum Perdana | |||
Chuchoh Puteri B | |||
19 Jun 2009 | |||
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Khalid Samad, YB Ust Nassuruddin Daud | |||
Ceramah | |||
21 Jun 2009 | |||
Padang Majlis Daerah, Laloh | |||
Tok Guru MB, DSAI, Lim Guan Eng, Ust Nassuruddin Daud | |||
Ceramah | |||
22 Jun 2009 | |||
UPU Sg Sok | |||
Dato’ Husam, Mohamad Sabu | |||
Ceramah | |||
23 Jun 2009 | |||
UPU Temalir | |||
YB Ust Nassuruddin Daud, Mohamad Sabu | |||
Pengisytiharan Calon | |||
26 Jun 2009 | |||
Markas UPU Manek Urai Lama | |||
Tok Guru MB, YB Lim Kit Siang, Dato’ Husam, Saifudin Nasution | |||
Ceramah | |||
7 Julai 2009 | |||
Padang Bola Chuchoh Puteri A | |||
Tok Guru MB, DSAI, Dato’ Husam | |||
Ceramah | |||
12 Julai 2009 | |||
Markas UPU Sg Perial | |||
Tok Guru MB, DSAI, Nik Amar | |||
PRK N41 Manek Urai (08) : Pelancaran Jentera Pemuda
MANEK URAI, 19 Jun (Pemuda Besut) -Jentera Pemuda PAS bagi Pilihan Raya Kecil Manek Urai telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Pesuruhjaya Kelantan, Dato Paduka Husam Musa. Dengan kehadiran 500 pemuda PAS Dun Manek Urai di Air Terjun Lata Rek bermakna Jentera Pemuda PAS dengan rasminya akan menjalankan tugasbagi mempertahankan Dun Manek Urai.
Turut serta dalam pelancaran itu ialah Yb Ust Abd Latif (YDP PAS Kualai Krai/Ketua Pemda PAS Kelantan), YB Fatah (Pengarah Jentera PRK), YB Dr Hatta (MP Kuala Krai), Ust Nasrudin Tantawi (Ketua Pemuda Pusat), Ust Azman Shapawi (Timbalan Ketua Pemuda), YB Zaki (SU Perhubungan PAS Kelantan), Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kedah & Pulau Pinang . Turut serta Exco-exco DPP Pusat, DPP Terengganu, Selangor dan Perak.
PAS UMUM CALON MANEK URAI PADA 26 JUN INI (JUMAAT)
Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.
Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.
Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.
Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.
Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.
Forum Perdana
Chuchoh Puteri B
19 Jun 2009
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,
YB Khalid Samad,
YB Ust Nassuruddin Daud
Ceramah
21 Jun 2009
Padang Majlis Daerah, Laloh
Tok Guru MB,
DSAI, Lim Guan Eng,
Ust Nassuruddin Daud
Ceramah
22 Jun 2009
UPU Sg Sok
Dato’ Husam, Mohamad Sabu
Ceramah
23 Jun 2009
UPU Temalir
YB Ust Nassuruddin Daud, Mohamad Sabu
Pengisytiharan Calon
26 Jun 2009
Markas UPU Manek Urai Lama
Tok Guru MB,
YB Lim Kit Siang,
Dato’ Husam,
Saifudin Nasution
Ceramah
7 Julai 2009
Padang Bola Chuchoh Puteri A
Tok Guru MB, DSAI, Dato’ Husam
Ceramah
12 Julai 2009
Markas UPU Sg Perial
Tok Guru MB,
DSAI,
Nik Amar
Thursday, June 18, 2009
Labels: Sidang Media MAFREL
Sidang Media -Malaysia For Free And Fair Election(MAFREL)
Sempena PRK N41 Manek Urai 14hb Julai 2009
Tarikh:12hb Jun 2009
Mohon Semua Pihak Yang Terlibat Menghormati Undang-Undang Dan Peraturan Pilihanraya
1. Mafrel ingin memaklumkan bahawa Mafrel akan mengambil peranan memerhati dan memantau piliharaya kecil N41 Manek Urai yang mana penamaan calon akan diadakan pada 6hb Julai dan hari pengundian pada 14hb Julai sebagaimana yang diistiharkan sebelum ini oleh SPR.
2. Ketua Misi Pemerhatian Mafrel ialah Dr Abdul Halim Yusof dan akan dibantu oleh Tuan Haji Nik Zulkifli Nik Salleh selaku Penyelaras Misi Mafrel Manek Urai
3. Mafrel sedang dalam proses memohon akreditasi pemerhatian untuk memerhati proses penamaan calun 6hb Julai dan proses pengundian pada 14hb Julai sebagaimana yang telah dibuat untuk pilihanraya-pilihanraya yang lepas
4. Mafrel sudah mula bergerak untuk memastikan misi pemantauan ini berjalan lancar dan ini merangkumi fasa pemantauan prapenamaan calon, fasa kempen, hari pengundian dan fasa pasca-pengundian. Mafrel akan memobilisasi sukarelawan terlatihnya dari pool seramai lebih 300 orang
5. Mafrel sebagai badan yang prihatin tentang hak-hak asasi warga akan mengadakan sesi-sesi latihan dan ‘voters education’ supaya matlamat menjadikan pilihanraya sesuatu yang bebas dan adil menjadi tuntutan semua dan semua berusaha kearah tersebut.
6. Untuk mencapai matlamat tersebut maka mafrel menyeru :
* Semua pihak menghormati undang-undang dan peraturan pilihanraya secara ikhlas dan jujur dan tidak sama sekali membuat apa-apa justifikasi atau helah untuk melanggar undang-undang dan peraturan pilihanraya.Antara yang kerap terjadi sebelum ini ialah:
o Penggunaan jentera kerajaan sewenang-wenangnya yang juga melibatkan dana awam dan projek-projek mee maggi yg lebih kepada gimmick pilihanraya
o Banner dan banting yang terpapar gambar-gambar individu-individu yang bukan menjadi calon dalam pertandingan
o Edaran-edaran yang bersifat fitnah,pembohongan dan berita-berita yang mengeliru pengundi-pengundi
* Pihak keselamatan khususnya polis supaya berhemah dan tidak mewujudkan suasana menakutkan orang ramai samada sebelum dan semasa hari pengundian. Menjadi trend di akhir-akhir ini kerahan anggota-anggota polis yang teramat ramai yang berbagai pelusuk tempat selain dari membazir wang rakyat dan memberi tekanan kepada anggota-anggota polis,ia juga sesuatu yang menyusahkan kepada rakyat dan penduduk tempatan
* Semua pihak supaya memastikan penyokong bertindak rasional malah mengelak dari mengapi-apikan emosi penyokong dan anggaplah pilihanraya adalah satu proses demokrasi yang sihat bukanlah merupakan satu’peperangan’
7 Akhirnya Mafrel ingin merakamkan rasa kurang senang dengan sikap SPR yang menetapkan proses pilihanraya samada hari penamaan calon dan hari pengundian pada hari bekerja.Ia bertentangan dengan objektif kerja SPR untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi bahkan SPR juga menyusahkan pengundi yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi disamping menyebabkan tergendala pembelajaran di sekolah-sekolah.Seboleh-bolehnya sebagai satu badan yang bebas dan neutral,SPR memanggil parti-parti yang dijangka bertanding berunding untuk menetapkan tarikh pilihanraya secara gentleman.
Dr Abdul Halim Yusof
Ketua Misi Mafrel
PRK N41 Manek Urai
Di mana-mana sahaja PAS mengadakan majlis-majlisnya, mereka akan memenuhi kedai-kedai kopi berdekatan.
Menurut pemerhati, lebih 3,000 anggota polis ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di seluruh kawasan pilihan raya itu.
Malaysia For Free And Fair Election (Mafrel) yang sedang dalam proses memohon akreditasi untuk menjadi pemerhati bebas rasmi pilihan raya ini juga melahirkan rasa prihatin mereka dengan kehadiran anggota polis ini.
Ketua Misi Mafrel Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof menuntut pihak keselamatan khususnya supaya lebih berhemah ketika menjalankan tugas.
“Akhir-akhir ini kerahan terhadap anggota polis amat ramai boleh membazirkan wang serta menyusahkan rakyat dan penduduk tempatan,” ujarnya.
Anggota Mafrel kini sudahpun mulai bergerak dengan tugas pemantauannya menjelang pilihan raya kecil (PRK) N41 DUN Manek Urai.
Pemantauannya merangkumi fasa prapenamaan calon, fasa kempen, hari pengundian dan fasa pasca pengundian. Sehubungan itu Mafrel sudah mula menggerakkan sukarelawan terlatih mereka dari pool seramai lebih 300 orang.
Perkara ini dinyatakan Abdul Halim dalam kenyataannya pada sidang media selepas pelancaran misi Mafrel sempena PRK DUN Manek Urai di salah sebuah hotel dekat sini.
Abdul Halim memberitahu, Mafrel sebagai badan prihatin tentang hak-hak asasi akan mengadakan sesi latihan kepada semua anggota terlibat bagi memastikan prinsip kebebasan dalam pilihan raya berjalan dengan adil.
Bagi mencapai matlamat tersebut Mafrel menyeru semua pihak menghormati undang-undang serta peraturan pilihan raya dengan jujur dan tidak membuat sebarang justifikasi atau helah melanggar undang-undang dan peraturan.
“Perkara yang kerap terjadi sebelum ini ialah penggunaan jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya melibatkan dana awam yang lebih kepada gimik pilihan raya.
“Paparan gambar individu bukan calon pada banner dan banting termasuk edaran berita berunsur fitnah, pembohongan yang boleh mengelirukan rakyat,” Katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak akan memastikan penyokong masing-masing bertindak rasional demi melihat proses pilihan raya mencapai tahap demokrasi sebenar.
Pada masa sama beliau turut merakamkan rasa kurang senang Mafrel terhadap Surunjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses pilihan raya pada hari bekerja sebagai bertentangan dengan objektif SPR menggalakkan pengundi keluar mengundi.
“Bahkan pengundi luar kawasan mengalami kesukaran untuk pulang mengundi. Di samping itu menyebabkan tergendalanya pembelajaran di sekolah-sekolah terlibat,” ujarnya.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com
Sof Kepimpinan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009/2011
Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.
Berikut merupakan senarai tersebut:
Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar
Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub
Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman
Ustaz Halim tegaskan tidak pernah bincang kerajaan perpaduan
Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.
Untuk makluman, Ustaz Halim berbahas hari ini dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2009.Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam.
Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.
Kenyataan Ustaz Halim kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.
Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja.
Semalam, Timbalan Presiden PAS, dilaporkan menyambut baik kesediaan Najib mengadakan perbincangan mengenai isu kerajaan perpaduan.
Katanya, merupakan reaksi serius pertama dari perdana menteri terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat bercakap bagi pihak PAS tetapi perlu membawa perkara itu kepada presiden dan pihak parti.
Namun begitu, katanya, PAS terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak.
Terdahulu, Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Perdana Menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.
"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara semalam.
Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.
Harakahdaily.
Monday, June 15, 2009
Kebangkitan PAS turut menarik perhatian Lee Kuan Yew
KOTA BHARU : - Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapura itu mengunjungi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.
Menteri Besar berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew ingin mengetahui hubungan PAS dengan Singapura seandainya suatu hari nanti parti tersebut menguasai politik negara.
Menjelaskan perkara itu katanya, PAS mementingkan keharmonian kehidupan dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
"Masyarakat minoriti di negeri ini seperti kaum Cina dan India diberi layanan yang serupa sehingga mereka dapat hidup dalam suasana harmonis," katanya ditemui pemberita selepas menerima kunjungan tersebut.
Menurutnya, menteri mentor negara jiran itu juga memberitahu Kelantan semakin pesat membangun dan bukannya sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini.
Katanya, beliau mendapati bandar Kota Bharu begitu bersih, bukan sebagaimana yang digambarkan sebelum ini. Di samping kehidupan rakyat juga berada dalam suasana aman.
"Allah mencipta orang Melayu, Allah juga cipta orang Cina, India dan sebagainya. Oleh kerana itu saya pandang semua rakyat di negeri ini sama sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.
"Sesiapa yang berpegang teguh kepada jalan Allah akan mendapat balasan syurga tanpa mengira bangsa atau kedudukan, sebaliknya kalau dia bersalah dengan Allah walaupun keturunan Arab akan mendapat balasan neraka," ujarnya.
Pada pertemuan singkat yang penuh bermakna itu, Kuan Yew memberitahu antara tujuannya bertemu dengan Mursyidul Am PAS untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan.
Beliau juga berkesempatan melawat rumah ibadat masyarakat Buddha, dan menemui pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di sini.
"Saya pula menceritakan kepadanya antara negara pertama yang dilawati sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar ialah negara China. Ini kerana negara tersebut menerima Islam lebih awal berbanding Tanah Melayu.
"Saya juga menjelaskan Islam sejak awal lagi memberi kebebasan seperti hak beragama, beribadat, ekonomi dan berbagai lagi sejak awal lagi dan bukannya selepas PBB diwujudkan pada 1948," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, PBB yang bertopengkan hak asasi manusia sebenarnya hanya dikuasai lima negara kuasa besar dengan diketuai Amerika Syarikat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau berbangga menerima kunjungan hormat bekas pemimpin yang bukan sahaja dikenali di peringkat ASEAN, sebaliknya peringkat antarabangsa.
Pada pertemuan terbabit Kuan Yew juga menjemput Menteri Besar Kelantan mengadakan lawatan ke Singapura.
Pertemuan hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran, Ng Eng Hen dan beberapa pegawai kedutaan Singapura.
Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemani Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Dato' Husam Musa, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Dato' Mohd Amar Abdullah. Harakahdaily.
SELAMAT DATANG KE MANIK URAI
Banyak cerita dikongsi untuk tatapan para pembaca seantero dunia. Minggu lepas Ustaz Pa Mohamad Ahli Parlimen Jeli datang ke sini dengan diiringi 5 buah kuda putih pdrm. Hebat juga beliau datang ke Manik Urai ni dan nak dijadikan cerita Tok Guru Nik Aziz pun datang pada hari yang sama tetapi hanya dengan sebuah kereta di dalamnya ada 5 orang termasuklah Tok Guru. Tahu apa yang dikata Tok Guru pada orang kg? Nak takut apa? Kita ada Allah Taala yang boleh melindungi kita. 1-0 untuk BN.
Tempohari juga adalah pemimpin2 BN yang datang kat kampung Chatel Manik Urai untuk baik pulih madrasah/surau situ. Yang bestnya dari beratus2 penduduk kg Chatel tu hanya ada 10 orang sahaja yang datang. Hebat juga sambutan orang2 kat sini pada BN. 2-0. tak tau lah pulahk bakper BN ni suka sgt roboh2 surau nak bina hak baru.....terutama surau hak ramai jemaah...hak asal ok lg.....kita takut mcm kes Masjid Baru Bandar Guchil ajer...masjid tu mmg cabtik dibina atas bukit...arwah bapa saya jd imam di situ selama 20 tahun sehinggalah arwah meninggal....memang banyak kenangan....tp si najib ni senag2 jer datang bnak bg RM2 juta suruh roboh mesjid dan nak bina masjid baru sebab masjid guchil dulu bapaknya tun razak yg rasmi...nak bagi lagi cantik ....tp masjid yg dulunya besar dah jadi ciput...nak siapkan plak satu hal...dengarnya dah 7 kontraktor duk tukar tangan...sampai hari ni tak siap2. lg....kalau buat benda lain 24 jam buleh siap....takutnya masjid tu dulu ramai jamaah sebab berkat tukang binanya org kampung yang ikhlas..alim...tapi takut gak lps siap tak ramai lg org yg sembahyang sebab tukang-tukang yang buat msjid tu dgrnya tak berapa lekat sembahyang...macam mana yerk org yang tak sembahyang nak buat tempat org sembahyang....Bn...BN
Balik pd manik urai...Hari tu si ahli parlimen Jeli tu bagitau pada media, Manik Urai akan jadi projek anak angkat BN jika rakyat memberi mandat kepada BN kali ini. Saya ulangi JIKA! Ni macam bagi ugutanke harapan? 33 tahun rakyat Kelantan telah memberi mandat kepada BN tapi apa yang mereka dapat? Hutang adala untuk dibayar oleh kerajaan PAS....tak payah ust pa nak tabur janji kat orang manik urai...ust pergi balik ke Pengkalan Pasir....dulu pun janji kalau BN menang nak jadi Pengkalan Psir anak angkat BN gak...tp yang tinggal pasir aja...pangkalan tak tau duk mana...lagi mundur ada...bagi makan anak angkat hak dulu....tak payah ambik anak angkat baru
Betul...Tok Guru tak pernah mengeluh ttg hutang dan hutang itu berjaya diselesaikan dari sehari ke sehari. Sekarang tanyalah pusat, negeri mana yang masih berhutang dan banyak hutang kepada kerajaan pusat? Adakah masuk senara itu nama Kelantan? Saya yakin para pengundi2 di Manik Urai orang yang bijak untuk menilainya. Pilihlah secara bijak...1
Selamat mengundi..kalu menang kita bakar ayam di lata rek
APABILA `TEMBAGA' HENDAK MENGAMBIL `ANAK EMAS' DI MANEK URAI
SUNGGUH Menggelikan hati apabila Umno/Bn berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai `anak emas' kepada mereka jika Bn menang di dalam PRK di kawasan tersebut nanti. Saya tidak tahu sebelum ini entah berapa banyak Umno/Bn melahirkan `anak-anak emas' mereka setiap kali pilihanraya diadakan. Jelasnya, sebelum ini Umno/Bn mungkin beranggapan kawasan-kawasan tersebut cuma `anak tiri atau anak tembaga' sahaja. Biasalah, kalau tidak berjanji bukan Umno namanya.
Cuma terfikir juga oleh saya, jika Umno/Bn hendak mengambil kawasan-kawasan tersebut sebagai `anak emas' mereka, adakah mereka sendiri juga dari kumpulan `emas' atau lebih dari itu? Tetapi jika Umno/Bn sendiri pun kini rakyat umpamakan seperti `besi buruk' , masuk akalkah parti tersebut berjanji untuk `menganak emaskan' mana-mana kawasan? Bukanlah lucu sangat tapi pelik sedikit.
Namun demikian, penduduk-penduduk di Manek Urai tentunya bertuah sekarang kerana sudah ada pasukan sukarela yang sanggup masuk kebun dan ladang getah mereka. Tidak beberapa hari lagi, Puteri Umno atau wanitanya akan datang juga untuk menolong rakyat di Manek Urai di dalam kerja-kerja membasuk kain, menyapu sampah atau pun kerja-kerja dapor. Memang Umno sungguh baik dan berjiwa rakyat. Itulah perubahan besar di bawah Presiden Umno Najib yang baru. Program-program melucukan ini sudah tentu idea Ketua Penerangan Umno yang baru dan tabik spring buat beliau kerana berani mencuba `hati dan iman' orang-orang Kelantan. Manalah tahu, orang-orang Kelantan ini boleh diubah minda mereka menjadi seperti orang-orang Sabah dan Sarawak. Bukankah Umno/Bn kuat di sana?
Biarlah berapa banyak `anak-anak emas' yang Umno/Bn ingin wujudkan. Bila sudah jadi `emas' jangan lupa kita gadaikan ke pajak gadai Pas. Beri ambil, pangkah Pas. Ibrahim Alkataki tentu setuju dengan saya, pasal beliau sendiri pernah mengajar orang-orang Pasir Mas bersikap bijak sedemikian. Malangnya, beliau pula menjadi dungu sekarang ini.
Gambar majlis jamuan negara presiden Iran
Bersama-sama ini saya lampirkan tiga keping gambar majlis jamuan Negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan oleh Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini. Saya amat tertarik menatap gambar2 ini yang secara jelas menzahirkan betapa sederhananya seorang yang bergelar Presiden sebuah Negara yang amat dibenci oleh US dan sekutunya.