Wednesday, April 21, 2010

ZAID: BANGUNAN UMNO KELANTAN: Milik Siapa?



Umno Kota Baharu dan penganjur demonstrasi di hadapan bangunan milik Umbak Baru Sdn Bhd di Jalan Sultanah Zainab Kota Baharu Kelantan, seperti yang dilaporkan dalam media, sepatutnya mendedahkan hal yang sebenar mengenai hak milik tanah dan bangunan 3 ½ tingkat di atas tanah berkenaan sebelum mencari publisiti murahan menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Penganjur demonstrasi sepatutnya membuat carian dan semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai pemegang saham syarikat Umbak Baru Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan adalah milik Datuk Zaid Ibrahim dan Ahmad Ab Hamid.

Penganjur demonstrasi juga tentu maklum bahawa tanah dan bangunan tersebut adalah milik Umbak Baru Sdn Bhd. Carian boleh dibuat di Pejabat Tanah Kota Baharu. Memasukkan kaveat ke atas tanah berkenaan tidak bermakna Umno Kota Baharu ada hak ke atas tanah tersebut. Ia boleh diperintah membayar pampasan kepada syarikat Umbak Baru Sdn Bhd.

Kalau benar Datuk Zaid memegang saham syarikat berkenaan sebagai pemegang amanah untuk Umno Kota Baharu seperti yang didakwa penganjur, tidakkah lebih baik UMNO Kota Baharu mendedahkan surat ikatan amanah atau perjanjian berkaitan?

Seperkara lagi, kalau benar Datuk Zaid memegang saham tersebut sebagai pemegang amanah, kenapakah baru sekarang UMNO Kota Baharu atau penganjur demonstrasi galak menyuarakannya?. Kenapa tidak bertindak sebaik sahaja Datuk Zaid digugurkan daripada menjadi Ketua Umno Bahagian Kota Baharu pada tahun 2004 dulu lagi? Atau ketika Datuk Zaid menjadi Menteri?

No comments: