Monday, November 26, 2012

Fuyoo!! Bangsa Ameno mesti berbangga giler ngan mamat neh...

Maybank sahkan Bekir belanja RM780,000

Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank mengesahkan bahawa anak lelaki ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir membelanjakan lebih tiga suku juta ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan kad caj.

Pegawai berkenaan, Musinah Manap, 47, dari Menara Maybank Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur memberi keterangan bahawa Mahmud Abu Bekir merupakan pemegang kad caj American Express Platinum dengan nombor 3762-490572-25004 yang tidak ditetapkan had perbelanjaan.
"Alamat bil adalah pejabat beliau di Menara Titanium, Brighton Square, Kuching. Ini adalah bil daripada janaan komputer untuk bulan Januari sehingga Jun 2012," katanya.
"Sepanjang pengetahuan saya, bil yang dikeluarkan oleh bank adalah betul dan rekod saya menunjukkan tiada pertikaian oleh pemegang kepada urusniaga," kata Musinah kepada mahkamah.
Selain itu, Musinah (kanan) juga berkata, bukan keganjilan bagi sesebuah bank untuk mengeluarkan kad caj tanpa had penggunaan.

Musinah seterusnya membacakan jumlah yang ditanggung Mahmud Abu Bekir sepanjang tempoh berkenaan, yang digariskan bekas isteri lelaki berkenaan, Shahnaz Abdul Majid semasa pendengaran sebelum ini.

Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank itu menunjukkan perbelanjaan berjumlah RM782,520.55.

Ia termasuk di kedai mewah seperti Harrods, kedai Ferrari di London serta perjalanan ke Dusseldorf di Jerman dan Perancis. -M'kini

MURSHID Juga Kata Tak Salah Doa Hancurkan Organisasi


Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.

Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.

“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.

“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.

Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini.

Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya dipetik akhbar itu lagi.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Takut tembelang sepupunya pecah, Hishamuddin halang Peguam Perancis masuk ke Malaysia

Taklimat Scorpene oleh dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham akan diadakan esok di Singapura, menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

“Mereka tidak ke Malaysia. Taklimat akan dibuat di Singapura,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

“Kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” tambah Ahli Parlimen Batu itu.

Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ditanya mengapa tidak dibuat di Malaysia, Cynthia berkata, kemasukan peguam terbabit dihalang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia.

Khamis lalu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.

William dan Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.

Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin. -KD

Ini sebabnya Israel perlu sangat gencatan senjata

Kenapa Israel Mahu Gencatan Senjata?

Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.
Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.
Apa tidaknya ?
  1. Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
  2. Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam.
  3. Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu. Israel F16, igauan Israel menjadi realiti... Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam.
  4. Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.
  5. Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.
  6. Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.
  7. Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.
  8. Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.
  9. Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
Ingatilah firman Allah swt :
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -
Surah al-Imran ayat 54
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin

20,000 sertai Anti Lynas di Dataran Merdeka







KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.

Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi  Himpunan Hijau, Wong Tack.

Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.

"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.

"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.

Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.

Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

green march reaching dataran 251112 crowd 02Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.

Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.

Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.

Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. -Hrkh

PAS sentiasa relevan dalam realiti baru


PAS adalah parti yang sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan kritikan sama ada daripada dalam atau luar parti. Dalam muktamar baru-baru ini, ahli diberikan hak seluas-luasnya untuk menegur pimpinan. Isu penolakan terhadap Kepimpinan Ulamak, penstrukturan semula Harakah, ketegasan dalam perlaksanaan undang-undang Islam dan lain-lain telah menjadi fokus para perwakilan untuk menegur pimpinan. Ia jauh sekali berbanding parti UMNO yang menutup pintu ahlinya untuk menegur.

PAS juga bersedia untuk menerima teguran daripada luar. Bahkan PAS menjemput mereka untuk berdialog dan menegur secara direct dalam majlis yang dianjurkan oleh PAS sendiri walaupun ada orang yang sehingga sekarang tidak memberikan tarikh setelah bersetuju untuk datang.

Doktrin yang perlu ditolak

Menjawab teguran bukan bermakna tidak menerima teguran tersebut. Kadang-kadang jawapan perlu diberikan sebagai satu penjelasan. Doktrin bahawa teguran yang dijawab dianggap tidak diterima harus ditolak. Di samping itu, ada yang menuduh bahawa jawapan yang diberikan adalah reaksi melenting dan melatah. Perlu diingat bahawa senyap, tidak menjawab tidak semestinya bermakna menerima teguran kerana kadang-kadang ia ditolak kerana malas menjawab.

Keras atau lembut dalam menjawab pula adalah berdasarkan teguran yang diberikan. Ini kerana kadang-kadang teguran yang dibuat bukan untuk membaiki tetapi lebih untuk membina persepsi yang buruk terhadap orang yang ditegur.

Justeru itu, tidak pelik jawapan yang diberikan kadang-kadang agak keras. Lihat sahaja kata-kata Saidina Abu Bakar yang keras terhadap Urwah bin Mas'ud, wakil musyrikin Mekah dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah: "Kamu ini manusia yang menghisap kelentik kemaluan berhala al-Latta." Jawapan keras ini dihamburkan oleh Abu Bakar r.a. apabila Urwah menegur Rasulullah s.a.w. yang dilihat ingin menghapuskan dan memusuhi bangsa sendiri (Lihat Sofiy ar-Rahman, 1991).

Undang-undang Islam adalah prinsip dan perjuangan PAS

PAS sebagai sebuah gerakan Islam sentiasa menjaga prinsip dan anjal dalam perkara cabang. Inilah yang diajar oleh Islam dan ditegaskan oleh Muhammad Iqbal, seorang pujangga India bahawa tajdid dan perubahan adalah mesti bertolak daripada keteguhan prinsip dan turathnya. Perkara-perkara yang baik daripada pemikiran baru boleh diambil setelah ditapis dan tidak berlawanan dengan prinsip Islam (Muhammad Iqbal wa manhajuhu fi tajdid al-fikri al-Islami, 2000).

Prinsip dan perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam termasuk undang-undang-undangnya. Ia adalah syariat Allah yang tidak ada kompromi dalam perlaksanaan. Ia adalah prinsip dan perjuangan PAS yang tidak pernah berubah daripada dahulu sehinggalah sekarang.

Semua negara memerlukan undang-undang. Tidak ada negara yang tidak ada undang-undang. Cumanya undang-undang apakah yang hendak dipakai. PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam ingin melihat undang-undang Islam dilaksanakan dalam negara ini kerana yakin terhadap keberkesanannya untuk menghapuskan jenayah. Ia adalah undang-undang yang datang daripada Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk manusia dan Dia tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah manusia.

Orang Islam perlu meyakini bahawa undang-undang Islam adalah terbaik untuk mencegah manusia melakukan kesalahan dan jenayah. Ia akan memberikan keadilan kepada semua. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman yang menghiasi politik Dunia Muslim akan dapat diatasi dengan undang-undang tersebut. Rakyat yang membenci pemerintahan zalim sekian lama akan merasa aman dengan terlaksananya undang-undang tersebut dan merasai keadilannya.

Keberkesanan undang-undang Islam akan memberikan hak kepada orang yang dizalimi kerana Islam tidak membenarkan berlakunya kezaliman. Orang yang miskin dan melarat akan terjaga kebajikannya dengan diberikan makanan dan keperluan asasi. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah di bawah undang-undang Islam. Bahkan bandar yang kotor akan menjadi menjadi bersih dan pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Ini semua kerana Islam telah dilaksanakan secara menyeluruh termasuk undang-undangnya.

Jangan bina persepsi yang buruk terhadap undang-undang Islam

Rakyat tidak seharusnya dibina dengan persepsi yang buruk terhadap undang-undang Islam. Jangan ditanam persepsi bahawa perlaksanaan undang-undang Islam akan menjadikan negara tersebut negara Mullah. Adalah silap jika berpandangan demikian kerana Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan undang-undang Islam di Madinah dan Madinah bukan negara Mullah.

Kesilapan Taliban ketika memerintah Afghanistan dengan undang-undang Islam tidak boleh menafikan keindahan undang-undang tersebut. Ini kerana mereka terlalu jumud dengan mazhab Hanafi, tanpa melihat mazhab yang lain sehingga dilihat terlalu keras melaksanakan undang-undang Islam. Wanita dipaksa memakai purdah dan dilarang bekerja.

PAS berbeza dengan Taliban kerana PAS mengemukakan undang-undang Islam yang meraikan kepelbagaian pandangan mazhab dalam Islam dengan melihat realiti semasa. Contohnya, PAS mengambil ketetapan bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan ke atas orang bukan Islam. Wanita akan terus dibenarkan bekerja dan dibela. Justeru, jangan jadikan kesilapan Taliban untuk menafikan keindahan undang-undang Islam.

Persoalannya, kenapa perlu dipilih untuk menanam persepsi buruk terhadap undang-undang Islam sedangkan kita ada pilihan untuk membina persepsi yang baik terhadap undang-undang ini. Kenapa perlu dibina persepsi bahawa undang-undang Islam hanyalah membawa mimpi buruk kepada rakyat. Tangan rakyat akan dipotong, ataupun wanita akan direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya.

Jangan ditiru cara UMNO yang membina persepsi buruk terhadap undang-undang Islam. Undang-undang ini jika dilaksanakan akan menghalang pembangunan kerana batu-batu telah digunakan untuk merejam, berlakunya kekacauan dan pengangguran, rakyat boleh makan sup tangan dan lain-lain lagi yang memburukkan undang-undang Islam.

Kita ada pilihan untuk menanam persepsi yang baik kerana undang-undang Islam membawa rahmat dan kebaikan. Tidak akan ada rakyat yang akan dipotong tangannya, disebat dan direjam dengan batu kerana tidak ada lagi orang yang akan sanggup mencuri dan berzina disebabkan gerun terhadap hukuman Allah. Ia adalah pencegahan daripadaNya. Orang-orang yang dizalimi pasti gembira terhadap hukuman Allah ini. Hanya orang yang zalim sahaja tidak senang dengan hukuman Allah.

PAS sentiasa segar dengan ijtihad baru

Walaupun PAS sebagai gerakan Islam sentiasa tegas dengan prinsipnya memperjuangkan undang-undang Islam, PAS sentiasa menilai pendekatannya. PAS memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik termasuklah ijtihad tahalluf siasi. PAS telah lama berijtihad bahawa pilihanraya adalah syari'e walaupun sebahagian gerakan Islam yang lain baru terlibat dengannya. Begitu juga PAS membenarkan wanita bertanding dalam pilihanraya. PAS sentiasa memahami teks dalam kerangka konteks kerana sedar politik terdedah kepada perubahan.

Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru politik Malaysia, PAS menggunakan pelbagai pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan tidak pernah digunakan.

Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan telah lama dilaungkan. PAS melaungkan slogan kebajikan dan khidmat masyarakat sejak sekian lama dan dipertegaskan lagi dalam muktamar yang berakhir baru-baru ini dengan konsep negara berkebajikan. PAS memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat.

Di negeri Kelantan sebagai contoh, kerajaan Pas telah memberikan pelbagai servis kepada rakyat seperti projek Al-It'am (kupon beras percuma), Az-Ziwaj (bantuan perkahwinan), Ladang Rakyat, bantuan armalah (ibu tunggal) dan sebagainya. Kebajikan rakyat sentiasa dijaga di samping penerangan kepada masyarakat tentang Islam dan undang-undangnya sentiasa berjalan dan mendapat sambutan yang baik. Semua yang dilakukan ini adalah untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi perlaksanaan undang-undang Islam di negeri tersebut.

'Arab Spring' tidak merubah prinsip gerakan Islam

Perlu dijelaskan bahawa walaupun 'Arab Spring' berlaku kerana tidak puas hati dengan pemerintah yang zalim tetapi rakyat memilih gerakan Islam untuk menggantikan pemerintahan tersebut. Ini kerana mereka yakin terhadap Islam dan undang-undangnya sebagai alternatif walaupun pilihanraya yang diadakan turut disertai oleh parti-parti yang berbentuk sekular, nasionalis dan sosialis.

Gerakan Islam yang memerintah di negara Arab sekarang ini tidak pernah

mengubah prinsip perjuangan mereka. Dr. Moursi selaku Presiden Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah selepas 'Arab Spring' sebelum menjadi Presiden Mesir menegaskan hasrat menegakkan undang-undang Islam ketika muktamar pertama partinya. Setelah menjadi Presiden Mesir, dia juga menyatakan keinginannya untuk melaksanakan undang-undang Islam apabila ditanya dalam satu majlis bersama rakyatnya.

Akhirnya, nasihat dan teguran saya kepada penulis artikel 'Relevankah PAS dalam realiti baru?" supaya jangan menggunakan agama supaya orang ramai makin jauh daripada agamanya. Jangan tanam persepsi buruk di kalangan rakyat terhadap undang-undang Islam atas nama agama sehingga orang takut kepadanya. Penulis artikel tersebut perlu terbuka untuk menerima nasihat dan teguran ini sebagaimana beliau inginkan orang lain menerima tegurannya. Pun begitu, saya tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat dan teguran yang beliau berikan.


Penulis adalah pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

Lebih 2,000 demo bantah Felda jual minyak ke Israel


KUALA LUMPUR: Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.

Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.

Mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.

Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.

Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.

"Kerajaan jangan mencipta dalam lidah-lidah media mereka mengatakan mengecam Israel tetapi di belakang mereka meneruskan hubungan dagang dengan Israel.

"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel," katanya.

Mazlan pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di Palestin.

"Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.

"Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.

"Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi.

"Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.

Perhimpunan hari ini adalah ekoran cadangan oleh Mazlan yang juga Presiden Anak pada Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik minggu lalu ketika membahaskan usul mengecam Israel.

Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.

Felda tolak memorandum

Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk.

Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.

"Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan.

Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang. -Hrkh

Kejutan Dalam Perhimpunan Agung Umno, Bekas Pemimpin Pas Umum Keluar Parti?

Mohd Sayuti Omar
Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini

Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka.

Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya.

Dipercayai kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas. Kononnya mereka mahu mengajar Pas. Kemasukan bekas pimpinan Pas itu diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah berada di hujung pedang. Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin peringkat pemuda kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal.

Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno.

Sama-sama kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan membatalkan upacara penyerahan borang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas selepas maklumat ini terdedah? Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas kategori sebagai winnabale cadidate. Mereka akan diletak bertanding di Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka menggunakan simbol dacing ataupun atas simboil bebas tetapi akan disokong termasuk kewangan oleh Umno.

Mengenai cadangan ini bagaimana pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka apa lagi diangkat sebagai calon. Alasan digunakan pengaruh orang politik bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya?

Saturday, November 10, 2012

KEDUDUKAN POLITIK KUALA KRAI PADA PILIHANRAYA 2008

PETA DUN KELANTAN















Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 2008

Kelantan

Barisan Nasional 7 | Parti Tindakan Demokratik 0 | Parti KeADILan Rakyat 1 | Parti Islam Se-Malaysia 37
No. Kawasan DUN Menjadi ADUN Mewakili Parti
N1 Pengkalan Kubor Norzahidi Omar Barisan Nasional BN
N2 Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim Parti Islam Se-Malaysia PAS
N3 Pasir Pekan Ahmad Yaacob Parti Islam Se-Malaysia PAS
N4 Wakaf Bharu Che Abdullah Mat Nawi Parti Islam Se-Malaysia PAS
N5 Kijang Wan Ubaidah Omar Parti Islam Se-Malaysia PAS
N6 Chempaka Nik Abdul Aziz Nik Mat Parti Islam Se-Malaysia PAS
N7 Panchor Nik Mohd. Amar Nik Abdullah Parti Islam Se-Malaysia PAS
N8 Tanjong Mas Rohani Ibrahim Parti Islam Se-Malaysia PAS
N9 Kota Lama Anuar Tan Abdullah Parti Islam Se-Malaysia PAS
N10 Bunut Payong Takiyuddin Hassan Parti Islam Se-Malaysia PAS
N11 Tendong Muhammad Md Daud Parti Islam Se-Malaysia PAS
N12 Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad Parti Islam Se-Malaysia PAS
N13 Chetok Abdul Halim Abdul Rahman Parti Islam Se-Malaysia PAS
N14 Meranti Mohd Nassuruddin Daud Parti Islam Se-Malaysia PAS
N15 Gual Periok Mohamad Awang Parti Islam Se-Malaysia PAS
N16 Bukit Tuku Abdul Fattah Harun Parti Islam Se-Malaysia PAS
N17 Salor Husam Musa Parti Islam Se-Malaysia PAS
N18 Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah Parti Islam Se-Malaysia PAS
N19 Demit Muhamad Mustafa Parti Islam Se-Malaysia PAS
N20 Tawang Hassan Mohamood Parti Islam Se-Malaysia PAS
N21 Perupok Omar Mohammed Parti Islam Se-Malaysia PAS
N22 Jelawat Abdul Aziz Abdul Kadir Parti Islam Se-Malaysia PAS
N23 Melor Wan Ismail Wan Jusoh Parti Islam Se-Malaysia PAS
N24 Kadok Azami Mohd Noor Parti Islam Se-Malaysia PAS
N25 Kok Lanas Md Alwi Che Ahmad Barisan Nasional BN
N26 Bukit Panau Abdul Fattah Mahmud Parti Islam Se-Malaysia PAS
N27 Gual Ipoh Wan Yusuff Wan Mustaffa Parti Islam Se-Malaysia PAS
N28 Kemahang Md Anizam Ab Rahman Parti Islam Se-Malaysia PAS
N29 Selising Saiful Bahrin Mohamad Parti Islam Se-Malaysia PAS
N30 Limbongan Zainuddin Awang Hamat Parti Islam Se-Malaysia PAS
N31 Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim Parti Islam Se-Malaysia PAS
N32 Gaal Nik Mazian Nik Mohamad Parti Islam Se-Malaysia PAS
N33 Pulai Chundong Zulkifli Mamat Parti Islam Se-Malaysia PAS
N34 Temangan Mohamed Fadzli Hassan Parti Islam Se-Malaysia PAS
N35 Kemuning Wan Ahmad Lufti Wan Sulaiman Parti Islam Se-Malaysia PAS
N36 Bukit Bunga Mohd Adhan Kechik Barisan Nasional BN
N37 Air Lanas Abdullah Ya'kub Parti Islam Se-Malaysia PAS
N38 Kuala Balah Abdul Aziz Derashid Barisan Nasional BN
N39 Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman Parti Islam Se-Malaysia PAS
N40 Guchil Tuan Zamri Ariss Tuan Zakaria Parti KeADILan Rakyat PKR
N41 Manek Urai Fauzi Abdullah Parti Islam Se-Malaysia PAS
N42 Dabong Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim Parti Islam Se-Malaysia PAS
N43 Nenggiri Md Yusoff Abdul Ghani Barisan Nasional BN
N44 Paloh Nozula Mat Diah Barisan Nasional BN
N45 Galas Abdul Aziz Yusof Barisan Nasinal BN