Tuesday, September 2, 2008

MALAYSIA BARU..ke mana halatuju kita???

KEBANGKITAN ANWAR KE ARAH PENUBUHAN MALAYSIA BARU...
Ke Mana Hala Tuju Kita???

Kebangkitan kembali Anwar Ibrahim dalam arena politik negara adalah satu kejutan di luar jangkaan. Ramai penganalisis politik pada awalnya berpendapat karier politik beliau telah tamat sewaktu terpenjara.

Maka, wajar beliau dibebaskan untuk menerima rawatan kesihatan bagi sakit tulang belakang atas sifat perikemanusiaan.

Lebih-lebih lagi apabila parti serpihan Umno, PKR hanya mempunyai kekuatan satu kerusi parlimen yang disandang oleh isterinya melalui pilihanraya umum 2004.

Namun semua persepsi akan matinya karier politik Anwar berjaya dipadamkan dalam sekelip mata melalui agenda "Harapan Baru Untuk Malaysia" dalam pilihanraya ke-12.

Sekiranya dianalisis, PKR telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan sejak pilihanraya negeri Sarawak pada 2006 lagi.

Keupayaan parti ini untuk memenangi kerusi DUN Sarawak, dan hampir kesemua kerusi yang disandang oleh BN telah berjaya dikurangkan undi majoritinya, sesuatu yang di luar jangkaan.

Bagaimanapun penganalisis di Semenanjung gagal menginterpretasikan mesej yang cuba dihantar oleh pengundi dari Sarawak.

Sekilas lalu, Anwar antara pemidato yang dikenali dengan gaya percakapan yang mampu memukau para pendengar. Penglibatan beliau dalam politik telah bermula sejak zaman masih remaja dan bakat muda beliau lebih menonjol semasa menjadi penghuni Universiti Malaya.

Pada 1974, beliau melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan, penduduk Baling, Kedah mati kerana kelaparan.

Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan tetapi dalam senyap-senyap kerajaan BN terpaksa mengambil tindakan proaktif untuk membangunkan masyarakat luar bandar.

Kerajaan telah melancarkan skim-skim baru untuk mempertahankan harga getah, stok negara untuk getah, penubuhan pembangunan getah Risda, memberikan hak milik tanah kepada penduduk luar bandar, membina pusat asuhan kanak-kanak untuk menjaga anak penoreh getah dan sebagainya.

Kesemua ini telah dilaksanakan oleh kerajaan selepas demonstrasi Baling 1974.

Apabila beliau menyertai Umno pada awal 1980-an, ramai pemimpin muda terutamanya dalam PAS kecewa kerana Anwar dilihat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai keupayaan untuk membawa Islam ke alaf baru. Dalam bahasa Anwar, "beliau mahu membersihkan tong tahi dari dalam."

Walau Tun Dr Mahathir Mohamad perdana menteri ketika itu, namun Tengku Razaleigh Hamzah adalah pemimpin utama yang memainkan peranan untuk membawa Anwar bersama Umno.

Hasil usaha Ku Li, Anwar dibebaskan daripada ISA dan kemudiannya dibawa masuk ke dalam Umno. Jawatan pertama yang ditandangi oleh Anwar selepas beberapa bulan menyertai parti Melayu itu adalah ketua Pemuda.

Beliau memenangi jawatan tersebut dengan undi yang amat tipis dalam sekitar 25 undi sahaja. Namun keakraban beliau dengan Dr Mahathir mengembangkan pengaruhnya dalam parti.

Dalam tempoh masa 17 tahun, Anwar berjaya menguasai parti sehingga mencapai jawatan timbalan presiden sekali gus menduduki kerusi timbalan perdana menteri.

Umum berpendapat sekiranya beliau berkompromi dengan Dr Mahathir sewaktu krisis kewangan pada 1997-1998, kemungkinan besar beliau telah menduduki kerusi perdana menteri yang menjadi idaman setiap ahli politik.

Tetapi keseluruhan lanskap politik negara telah berubah apabila Anwar mengambil keputusan untuk melawan arus politik negara. Krisis kewangan yang kemudiannya berubah wajah kepada krisis perebutan kuasa dalam Umno menyebabkan Anwar dipecat, ditahan di bawah ISA dan dihumban ke dalam penjara dengan tuduhan liwat dan penyelewengan kuasa.

Walaupun tuduhan liwat dikenakan, namun kebangkitan rakyat memuncak apabila beliau hadir ke mahkamah dengan mata lebam. Lantas Dr Mahathir mengambil langkah drastik dengan mengatur hakim-hakim di dalam perbicaraan untuk menghalalkan beliau menyekat kemaraan Anwar.

Dr Mahathir mengisytiharkan Parlimen dibubarkan pada 1999 dua bulan sebelum Ramadan bermula kerana situasi bulan itu yang boleh dikatakan majoriti masjid dan surau telah dikuasai oleh pengikut Anwar dengan harapan majoriti rakyat akan berpihak kepada beliau. Dr Mahathir khuatir, Ramadan akan digunakan secara maksimum untuk menghasut masyarakat Melayu untuk mengundi menentang Umno. Lagipun ketika itu, tempoh Dewan Rakyat untuk dibubarkan semakin hampir. Kesan daripada peristiwa Anwar ini PRU ke 10 menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Tetapi telah dirampas kembali oleh Pak Lah melalui PRU ke 11. Anwar secara diam dan tersusun meneruskan agendanya untuk menegakkan keadilan untuk rakyat Malaysia.

Anwar yang kembali daripada menerima rawatan sakit tulang belakang pada awalnya (setelah dibebaskan pada penghujung 2004) menggunakan "jaringan antarabangsanya" untuk menguatkan semula perhubungan beliau dengan negara-negara luar dan hampir setiap bulan berada di luar negara sama ada atas undangan pemimpin negara-negara yang dikunjungi atau untuk sesi ceramah di universiti-universiti terkemuka dunia.

Beliau kemudiannya mengalihkan pandangan kepada politik dalam negara dan menjanjikan "Malaysia Baru" sekiranya diberikan kepercayaan untuk kembali memimpin negara.

Berbekalkan kelemahan pemimpin BN dengan politik perkauman yang tebal, Anwar mula menggubal manifesto yang menjanjikan "Malaysia Baru."

Setuju atau tidak, terpulang kepada sahabat untuk menilai, janji untuk memberikan Malaysia Baru telah berjaya mempengaruhi massa untuk memberikan kepercayaan kepada gabungan tiga parti yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Hasilnya empat negeri baru jatuh tersungkur kepada kepada Pakatan dan cengkaman ke atas negeri Kelantan terus diperkukuhkan.

Lebih mengejutkan, kuasa dua pertiga luntur daripada BN dan apabila masyarakat Malaysia bangun pada pagi 9 Mac lalu, pancaran matahari pagi seolah-olah menjanjikan harapan baru untuk Malaysia.

JIKA KITA MUHASABAH BALIK SEGALA RENTETAN PERISTIWA YANG BERLAKU KEPADA ANWAR...SEGALANYA BERLAKU DI BULAN RAMADHAN...MUNGKINKAH RAMADHAN TAHUN INI ADALAH KEMUNCAK KAFFARAH ALLAH UNTUK UMAT MELAYU UMNO BERTAUBAT...DAN BELAJAR MENERIMA QADHA ALLAH...DAN BELAJAR MERENDAH DIRI...INSAF DARI SIFAT BONGKAK DAN TAKBUR.....

Mengikut penelitian saya...sejak Anwar tumbang daripada singgahsana kuasa, boleh dikatakan secara konsisten beliau bercakap atas paksi kuasa rakyat dan selepas 10 tahun berada di luar Dewan Rakyat,. Walaupun perbagai strategi murahan telah digunakan oleh anjing-anjing UMNO untuk menyekat kemaraan Anwar...Namun anjing-anjing Umno telah terlupa bahawa rakyat bukan lagi bodoh untuk terperangkap dengan drama penglipurlara dan su-isu lapuk liwat, agen yahudi & amerika, anwar hipokrit dasb....namun kalimat ayat Quran yang selalu beliau lafazkan semasa reformasi dahulu "Wa Makaru Wa Makarullah...Wallahu Khairul Makirin" yang bermaksud "Dan Mereka (yakni orang kafir dan munafiq) Merancang..Allah Juga Merancang...Sesungguhnya Allah lah Sebaik-baik Perancang.." nah, sekarang jelas terbukti bahawa segala perancangan Anwar satu-persatu menjadi realiti dan selari dengan perancangan Allah SWT. Kini beliau sekali lagi kembali ke kerusi parlimen yang sekali gus mungkin membuka ruang untuk beliau menjadi perdana menteri keenam negara.

MUNGKINKAH...MALAYSIA BARU AKAN TERBENTUK PADA 16 SEPTEMBER 2008???SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU...







No comments: