Sunday, September 4, 2011

SELAGI UMNO BERKUASA, SEJARAH AKAN TERUS MENIPU?

Oleh: WFAUZDIN NS
MASIH mahu membincangkan tentang kebenaran dan kepalsuan sejarah di negara kita. Rakyat mula meminati `bidang sejarah' ini khususnya tentang perjuangan menentang penjajah selepas tajuk ini dipopularkan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dianggap penyokong Komunis oleh puak yang pernah memberikan tanah kepada `beberapa komunis yang telah bersara' selepas peristiwa Komunis meletakkan senjata di negara ini. Pelik bunyinya bukan?

Saya tertarik dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa sejarah di negara ini boleh berubah cerita mengikut rentak Sang Penguasa. Baca kenyataan beliau di sini. Benar kata beliau, apabila sejarah tidak mampu ditulis secara jujur yang bertentangan dengan kepentingan Sang Penguasa, maka ianya akan bertukar menjadi Puisi untuk menzahirkannya. Maka, hari ini banyak Puisi yang `mengeluh' tentang kezaliman Sang Penguasa serta menceritakan sejarah silam yang tiada dicoretkan di dalam buku sejarah.

Apa yang ada dalam buku sejarah? Kisah pemimpin yang pernah bersekongkol dengan penjajah, yang makan minum mereka disuap oleh penjajah, kaya raya dengan bertepuk bahu dengan penjajah telah dinukilkan sebagai pejuang kemerdekaan. Di mana cerita Pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan keris dan kudrat empat kerat menentang penjajah? Jika ada pun, hanya dipaparkan seolah-olah seperti cerita hikayat dan dongeng semata-mata.

Bak kata Tuan Ibrahim, seandainya berpuluh tahun akan datang jika sejarah negara ini ingin menceritakan tentang pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu, adakah cerita yang mahu mereka tulis tentang DS Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri negara ini? Rasa-rasanya adakah mereka berani untuk menulis bahawa DS Anwar Ibrahim adalah tokoh yang telah membawa sedikit roh Islam ke dalam parti keramat Melayu, Umno itu? Sanggupkah mereka menulis betapa DS Anwar ini telah banyak membantu mewujudkan Universiti Islam, bank Islam, takaful Islam, peraturan berpakaian menutup aurat bagi pelajar lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah dan beberapa program Islamik yang lain?

Sudah tentu sejarah ketika itu tidak akan bercerita tentang kehebatan tokoh yang bernama DS Anwar Ibrahim ini. Usahkan berpuluh tahun akan datang, bahkan sekarang pun jika kita pergi ke bangunan Umno di PWTC, masihkah lagi terdapat potret bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Umno itu? Dahulu, di UIA terdapat batu asas pembinaan Universiti ini mencatatkan nama DS Anwar, tetapi ianya `ghaib' secara tiba-tiba. Sejarah telah mula menipu awal lagi.
Link
Hanya satu cara saja jika rakyat mahu mengetahui sejarah sebenar tanpa ada `kurang dan tambah' atau diselewengkan. Berikan kuasa memerintah negara ini kepada Pakatan Rakyat dan kita semua akan tahu sejarah sebenar negara ini, bahkan ahli-ahli Umno juga akan tahu bahawa parti yang mereka sanjung jika boleh sampai ke liang lahad itu adalah parti `klon' baru setelah Umno diharamkan ketika di era Mahathir. Rakyat juga akan tahu siapakah pejuang tanahair yang sebenarnya dan siapa pula `barua' British yang hakiki.

No comments: