Monday, August 30, 2010

31 Ogos : Umno Patrotik Atau Hipokrit. (Bhg 3)


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris:United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR ): adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi.

Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.

Dasar perjuangan Umno bertunjangkan kepada ideologi nasionalisme Melayu atau lebih tepat sebagai parti perkauman Melayu. Berbeza dengan dasar parti PAS yang meletakkan al-Quran dan al-Hadith sebagai perlembagaan tertingginya. Umno pula menjadikan Suruhanjaya Reid yang bersifat sekular sebagai perlembagaan tertinggi mereka.

Sehinggakan apa sahaja undang-undang/hukum walau pun daripada Allah s.w.t. jika bercanggah dengan perlembagaan Reid, maka undang-undang/hukum itu dengan sendiri terbatal. Inilah yang dipertahankan sangat-sangat oleh kerajaan BN yang didokong oleh Umno.

Penentangan PAS terhadap Umno bukan atas nama ia Umno, tetapi disebabkan Umno mempertahankan perlembagaan sekular sebagai anutan negara dan hukum Allah s.w.t. bukan sahaja ditolak, malah dipersenda-sendakan oleh pemimpin Umno tanpa mengambil kira akidah mereka.

Bagi Umno, erti kemerdekaan ialah merdeka dari penjajahan British biar pun pemikiran masih lagi dijajah. Demi menghalalkan ideologi yang dianuti mereka, rakyat Malaysia digula-gulakan dengan pembangunan kebendaan dan menepikan pembangunan rohani. Tidak dinafikan pembangunan amat penting, tetapi adakah ia seiring dengan pembangunan kerohanian?.

Alasan dangkal yang diberikan oleh Umno berkaitan hukum Syariah tidak dapat dilaksanakan kerana umat Islam (Umno/Bn) perlu diberi penerangan. Apakah rakyat Malaysia telah diberi penerangan semasa mereka mengubal undang-undang baik mengenai kesalahan jalanraya sehinggalah kesalahan jenayah?.

Walaupun ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui akan undang-undang yang digubal, rakyat Malaysia tetap menerimanya. Apa yang susah sangat bagi Umno bila berkaitan dengan Islam?. Apakah cukup dengan alasan yang rakyat Malaysia terdiri dari berbagai kaum dan agama, maka hukum Syariah sukar dilaksanakan?.

Islam sendiri memberi pilihan kepada penganut agama lain dalam soal berhukum. Mereka bebas untuk memilih hukum Islam atau pun hukum yang mengikut agama mereka sendiri. Umno bukan sahaja menolak hukum Allah s.w.t., malah mereka sendiri menakut-nakutkan penganut agama lain agar bersama-sama dengan Umno.

Umno ditubuhkan pada Mei 1946 dengan restu penjajah British diatas pengkhianatan pemimpin-pemimpin mereka terhadap bangsa mereka sendiri. Sebagai golongan elit dan 'anak emas' penjajah British, mereka tidak disenangi oleh kebanyakkan orang Melayu yang menganggap mereka sebagai 'talibarut British'.

Mereka diberi jawatan tinggi, hidup dalam kemewahan dan belajar sampai ke England kerana merekalah yang akan menyambung ideologi sekular penjajah British. Mereka (Umno) sebenarnya lebih selesa berada dibawah pemerintahan British daripada menuntut kemerdekaan.

Kepimpinan Islam bukanlah sepenuhnya dan di sepanjang masa diterima baik oleh penjajah, malah se awal 1948 lagi atas petunjuk British, Dato' Onn Jaafar telah memperlihatkan kebimbangannya terhadap Hisbul Muslimin yang dianggap terpengaruh oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Masyumi di Indonesia, dengan pernyataannya yang terkenal; 'Hubaya, hubaya, bahaya dari Gunung'.

Ini mengambarkan tentang pertembungan antara ideologi Islam yang diutarakan oleh Hisbul Muslimin dengan ideologi kebangsaan yang didokong oleh Umno serta mendapat sokongan penjajah British. Lantaran itulah antara sebab usia Hisbul Muslimin agak pendek dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sendiri telah ditahan.

Maka tidak mustahil idea untuk menubuhkan 'Malaya Union' oleh penjajah British hanyalah permainan politik dalam usaha penjajah British menaikkan nama Umno dimata orang Melayu. Ini disebabkan penjajah British telah mengharamkan parti politik orang Melayu dan menangkap para pemimpinnya.

Dalam keadaan orang Melayu yang terkapai-kapai dengan tindakkan penjajah British, maka kesempatan ini telah diambil alih oleh Umno dengan bantuan penuh daripada penjajah British sendiri. Walaupun PAS ditubuhkan dari serpihan Umno pada 1951, hakikatnya Hisbul Muslimin telah dijelmakan dalam parti baru iaitu PAS. Ianya memang disedari orang-orang tempatan Gunung Semanggol dan Selingsing kerana kemudiannya PAS dengan senang sahaja berkubu di daerah ini dan berjaya.

No comments: