Monday, August 3, 2009

Mencari Abdullah bin Ubai di KL !

Saya teringatkan kisah sebelum Peperangan al-Ahzab, rentetan peristiwanya adalah apabila Yahudi dari Bani Nadir cuba memberontak terhadap Baginda. Bahkan mereka mengancam membunuh baginda. Ketika mana pada satu ketika baginda bersandar disebuah tembok, ada seorang Yahudi Bani Nadir ini telah menjatuhkan batu dari atas tembok tersebut dengan niat membunuh baginda.

Namun Allah memberikan petunjuk kepada baginda, lalu baginda beredar segera. Batu tersebut tersembam ke Bumi. Ketika mana Rasulullah memerintahkan Yahudi Bani Nadir yang mengkhianati Baginda agar keluar dari Kota Madinah, mereka enggan. Mereka menentang sehingga Baginda terpaksa mengutus tentera islam ke perkampungan mereka demi menghalau mereka keluar.

Yahudi Bani Nadir masih enggan beredar dari kampung halaman mereka. Mengapa mereka enggan? Kerana mereka telah termakan janji dari seorang munafiq iaitu Abdullah Bin Ubai yang berjanji mengutus tentara beliau untuk membantu Yahudi Bani Nadir menentang tentera islam. Namun tentera yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul. Akhirnya mereka dihalau keluar dari Kota Madinah.



Cukuplah saya bercerita mengenai sejarahnya. Saya ingin fokus kepada munafiq itu. Demonstrasi Bantah ISA sebenarnya digembar-gemburkan akan berlaku pertembungan antara Pro ISA dan Anti ISA. Namun saya akan menamakan Pro ISA sebagai pengikut tatacara Abdullah Bin Ubai (Bapa Munafiq). Lagak samsengnya berani, tapi kelibatnya tidak kelihatan ketika demonstrasi berlangsung. Itu nyata sekali kelakuan Abdullah Bin Ubai. Pengecut!!!!

Saya menasihati diri saya dan semua agar menjauhi sifat munafik. Saya bukan bermaksud bahawa kita jangan meniru perbuatan Pro ISA, tidak sama sekali. Bahkan saya menyeru agar menjauhi semua perbuatan munafiq...dari segi mungkir janjinya, tidak amanahnya dan juga sifat menipu.

Nyata akhir zaman ini. Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga tahanan ISA. Bersabarlah. Masih ada sinar baru dibawah pakatan rasanya

Bagi pencinta keamanan, teruskan semangat jihad. Jangan luntur dek kerana tohmahan orang lain. Andai ada yang bertanya " demo tak relevan, mengucar-kacirkan negara, banyak lagi cara diplomasi dan lain-lain tohmahan lagi ".....tolong tanya semula kepada mereka, "apa yang telah kamu buat untuk menentang akta zalim ini? atau tanya pada mereka, "selain dari kebolehan mengomplain, apa yang telah kamu buat untuk gerakan dakwah ini? "...Wallahua'lam

A demonstrator pleads with riot police during a protest against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. Malaysian police fired tear gas and detained about 180 people on Saturday to break up an opposition-led rally of over 5,000 people protesting against ISA, a security law that allows detention without trial.

No comments: