Wednesday, July 22, 2009

Kematian Teoh mengingatkan kita pada penggunaan C4 di hutam Shah Alam

Misteri kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor kekal sebagai misteri walaupun telah dikebumikan pada hari ke-5. Siasatan polis yang 60% selesai walaupun memberi jawapan kepada soalan tertentu pada peringkat awal, namun juga menimbulkan kesangsian baru yang sukar dijawab oleh orang awam.

Pertikaian terhadap SPRM
Dakwaan pihak SPRM bahawa Teoh Beng Hock telah dibebaskan pada jam 3.45pagi, 16 Julai, dan Teoh meminta untuk tidur di pejabat telah mencungkil keraguan, antaranya:-
1. Sekira-nya Teoh telah di- bebaskan, mengapa dompet, telefon bimbit dan dokumen penting yang lain masih berada di tangan SPRM?mengikut prosedur semua barangan perlu dikembalikan kepada Teoh memandangkan beliau hanya dipanggil memberi keterangan bukannya dituduh.
2. Selepas membebaskan Teoh, mengapa SPRM membiarkan Teoh bebas bergerak di pekarangan pejabat SPRM?biasanya setelah dibebaskan daripada memberi keterangan, saksi tidak lagi dibenarkan bergerak bebas didalam bilik SPRM tanpa pengawasan pegawai memandangkan banyak dokumen sulit terdapat dalam pejabat SPRM.

3. Mengapa Teoh tidak menghubungi saudara mara mahupun Ean Yong Hian Wah untuk menghantar khabar bahawa dia berada dalam keadaan selamat, tetapi memilih untuk terus tidur di pejabat SPRM?Sekiranya dibebaskan, pastinya beliau akan memaklumkan berita genbiran itu kepada ahli keluarga terutama tunangnya memandangkan teoh akan mendaftarkan perkahwinan pada pagi kematiannya dan kehilangan beliau pastinya akan menggusarkan tunag dan ahli keluarga.

4. Kereta Teoh berada di tempat meletak kereta. Mengapa Teoh memilih untuk tidur di pejabat SPRM, dan bukannya pulang ke rumah?mustahil bagi Teoh untuk memilih untuk terus menetap walaupun satu saat dipejabat SPRM yang telah memenjarakan beliau selama 10 jam dengan deraan mental, tambahan keesokan paginya Teoh perlu mendaftarkan perkahwinan.

5. Mengapa SPRM tidak menghubungi keluarganya, atau EXCO Selangor dengan segera setelah mendapati kematian Teoh pada jam 1.30 tengah hari, 16 Julai?tindakan melengah-lengahkan laporan kematian Teoh oleh pihak berkuasa amat meragukan dan seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

6. Tan Boon Wah, Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang turut disiasat dibenarkan pulang pada jam 1.35 tengah hari, 16 Julai. Teoh dikatakan mati pada pukul 8 pagi, ditemui mayatnya pada 1.30 tengah hari, namun Tan tidak mengetahui apa-apa ketika dibebaskan dari SPRM.

Pertikaian terhadap polis
1. Mayat Teoh ditemui pada jam 1.30 tengah hari, 16 Julai. Pegawai SPRM dikatakan telah mengenalpasti identiti Teoh pada ketika itu, namun mengapa polis gagal mengesahkannya, sehingga jam 5 petang?

2. Mengapa pihak polis Selangor "kembali" ke pejabat SPRM untuk mengumpul bukti, hanya pada hari ke-3 selepas tragedi kematian Teoh?
3. Mengapa polis mengambil telefon bimbit Teoh dari pihak SPRM pada hari keesokan tragedi berlaku, dan bukannya pada hari kejadian berlaku?
Laporan awal mencetus persoalan baru

Menurut siasatan peringkat awal, Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan bahawa mendiang jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM. Malah, laporan awal pakar patalogi mendapati bahawa Teoh meninggal dunia kira-kira 4 hingga 5 jam sebelum mayatnya ditemui di tingkat lima, koridor luar bangunan Plaza Masalam.
Dengan kata lain, Teoh mungkin meninggal dunia antara jam 7.30 atau 8.30 pagi, 16 Julai. Soalan yang ditimbulkan daripada ibu mendiang adalah, mengapa mayat Teoh tidak ditemui pada ketika itu (waktu pagi), sedangkan terdapat orang yang melalui tempat tersebut, pada hari yang bukan merupakan cuti awam?
Malah, seandainya Teoh jatuh dari tingkap tingkat ke-14, bahagian pejabat tersebut perlu dikenalpasti. Sama ada tempat di mana Teoh jatuh itu merupakan ruang tamu, pantri, bilik soal siasat, bilik mesyuarat dan sebagainya, adalah petunjuk penting dalam siasatan.
Kontradiksi hujah
Selain itu, hujah yang tidak selaras dan saling kontradiksi, terutamanya berkenaan telefon bimbit Teoh telah mengungkit pertikaian.
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mendakwa bahawa SPRM telah berbohong dalam perkara ini. Teo Nie Ching memetik hujah Timbalan Pesuruhjaya SPRM Selangor, Abu Kassim Mohamed yang pada mulanya mendakwa SPRM telah memulangkan telefon bimbit, dokumen penting dan kunci kepada Teoh, selepas tamatnya soal siasat.
Namun, polis telah berjaya mendapatkan telefon bimbit Teoh daripada pihak SPRM, setelah perkara ini dipersoalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan khalayak umum.
"Bunuh diri" dipertikai
Di samping itu, kemungkinan Teoh membunuh diri juga disanggah, terutama apabila keluarga Teoh memaklumkan bahawa mendiang merancang untuk mendaftar perkahwinan pada 17 Julai.
Pakar dalam bidang psikologi kriminal merangkap penyiasat persendirian, Loke ketika ditemuramah media cetak bahasa Cina, berkata orang yang bunuh diri biasanya akan meninggalkan warkah, mahupun wasiat, sebelum membunuh diri. Malah, secara umumnya, menurut Loke, orang yang memilih untuk membunuh diri tidak memakai kasut.
Teoh ketika ditemui mayatnya, dengan tangan kanan yang dalam genggaman, dan berpakaian serta berkasut.
Terbunuh, dibunuh atau bunuh diri?
Walau bagaimanapun, sama ada Teoh dibunuh, terbunuh atau membunuh diri, soalan muktamad yang wajib ditanya dalam setiap kes kematian adalah, apakah motifnya?
Soalan ini tidak terjawab untuk banyak kes di Malaysia, dari kes kematian dalam lokap, sehinggalah kematian dalam hutan yang diletupkan dengan C4.
Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta?


Jaraknya tidak sampai setahun selepas peristiwa kematian A.Kugan semasa di dalam tahanan polis, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan tragedi ngeri kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.Beng Hock dilaporkan ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan wang peruntukan melibatkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor.Tragedi tersebut menggamit pelbagai persepsi tidak menyenangkan terhadap pihak berkuasa tempatan. Di mana piagam kerajaan dalam menjamin keselamatan suspek semasa menjalani proses siasatan?Apatah lagi siasatan ke atas Beng Hock dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia.Justeru, tidak ada cacatnya desakan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana tragedi tersebut memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan.Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri.Tidak mampu! Bahkan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat.Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sendiri boleh berspekulatif, kematian mangsa berpunca dari terjun bangunan, kenapa tidak dibolehkan rakyat turut berspekulatif ia adalah dari kejahatan SPRM berdasarkan kaitan 'environment'.Sebelum ini, beberapa orang penyokong Dato� Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa soal siasat dilakukan ke atas mereka berkaitan rasuah melibatkan Norza.Justeru cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan menjurus kepada satu aspek tragedi kematian Beng Hock, tetapi apa yang lebih jauh dari itu ialah tahap keintegritiannya terhadap sesuatu kes.SPRM mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694).Ia ditubuh bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya.Sebaliknya hari ini SPRM dilihat gagal membuktikan peranannya menyebabkan ramai orang mempertikaikan kredibilitinya seolah-olah mengamalkan polisi 'double standard'.Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Thursday, July 16, 2009

laporan Polis Berkaitan Aktiviti Sogokan Wang di UPU Sungai Peria

17/7/2009( 11 pagi)-Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ust Mahadi Mat Zain dengan ditemani oleh YB Ust. Abd Latif Abd Rahman, Ketua DPPNK yang juga YDP kawasan Kuala Krai dan Sdr. Hisham Fauzi, Naib Ketua DPPNK dan seorang peguam daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) pada hari ini telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Krai berkaitan satu aktiviti penyogokan wang dilakukan oleh pihak Barisan Nasional pada hari pengundian. Lebih malang lagi, aktiviti penyogokan wang tersebut telah dibuat secara terbuka di perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan premis kerajaan iaitu pejabat KESEDAR Sungai Peria yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Peria iaitu salah satu pusat pembuangan undi dalam Dun Manek Urai.

Menurut Mahadi yang juga pengundi berdaftar bagi UPU Sungai Peria, aktiviti penyogokan tersebut telah bermula seawal pusat pengundian dibuka tetapi tindakan hanya dapat diambil pada jam 10.30 pg memandangkan nasihat daripada pihak peguam agar tindakan serbuan perlu melibatkan anggota MAFREL dan pihak polis serta SPR dan perlu diiringi wartawan. Ini kerana aktiviti penyogokan tersebut telah dilakukan di dalam kawasan premis kerajaan dan tidak boleh dicerobohi oleh orang awam.Penyogokan bersifat ekslusif menggunakan premis kerajaan ini mungkin merupakan satu taktik baru Barisan Nasional bagi menunjukkan kuasa dan kawalan mereka atas premis dan jentera kerajaan.

Di dalam laporan tersebut Mahadi menyatakan bahawa lebih kurang jam 11 pagi, beliau dengan diiringi oleh 4 orang anggota MAFREL, 2 orang anggota polis beruniform dan wartawan serta seorang Peguam telah membuat serbuan ke premis tersebut. Walau bagaimana pun tindakan mereka telah dihalang dan Mahadi sendiri telah terjatuh dari tangga premis tersebut akibat ditolak oleh salah seorang petugas BN yang dikenali sebagai "Mat Zain Bas" ketika cuba memasuki rumah tersebut.

Anggota MAFREL juga telah dihalang oleh beberapa petugas BN ketika cuba untuk memasuki rumah tersebut. Setelah petugas BN membuat rundingan dengan seorang anggota polis, maka Mahadi, anggota MAFREL dan semua penyokong PAS yang sama-sama berada dalam premis KESEDAR tersebut telah diarahkan keluar kerana mereka boleh didakwa cuba menceroboh premis kerajaan dan cuba merusuh. Petugas BN juga menyuruh anggota MAFREL juga keluar kerana MAFREL tiada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan kerana mereka hanya sebagai pemantau dan pemerhati pilihanraya sahaja. Anggota polis tersebut juga berjanji untuk membuat siasatan berkaitan aduan ini. Para penyokong PAS atas nasihat daripada peguam telah bersetuju mengosongkan premis KESEDAR dan hanya mampu membuat pemantauan dari luar pagar sahaja kerana terpaksa akur akan peraturan dan undang-undang.

Oleh itu, Mahadi menggesa Pihak Berkuasa terutama pihak Polis dan SPRM agar membuat siasatan terperinci berkaitan kes penyogokan tersebut yang telah dibuat secara berani dan terang-terangan pada hari pengundian menggunakan premis kerajaan yang terletak hanya 50 meter sahaja daripada pusat pengundian. Kegagalan pihak berkuasa untuk menyiasat aduan ini pastinya akan membenar dan menguatkan lagi tanggapan orang awam akan ketidaktelusan pihak berkuasa dalam menyiasat aduan berkaitan penyalahguaan kuasa oleh Barisan Nasional dan wujud penguasaan kerajaan dalam mengawal segala tindakan pihak berkuasa ke atas satu-satu aduan terutamanya yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Mahadi juga menegaskan bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh berkenaan aduan tersebut kerana insiden tersebut telah dirakam dan pengakuan salah seorang petugas UMNO telah dirakam secara jelas dan akan diserahkan dalam bentuk VCD kepada pihak Polis. Kegagalan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan hanya akan memprejudiskan tanggapan rakyat terhadap mereka.



Mahadi ditemani YB Ust. Latif dan Sdr. Hisham membuat laporan Polis





Salinan laporan Polis yang dibuat oleh Mahadi

PRK MU: Video Pengakuan UMNO Bagi Wang

…………………………………………………………………………………………………………

Peristiwa ini berlaku lebih kurang 1 jam sebelum kejadian membaling batu dan botol oleh

PUNCA INSIDEN UPU SUNGAI PERIA-KERETA NAUTICA LAMBANG DACING-SESAIAP TAHU NO PLAT KERETA???LAPOR SEGERA


Manek Urai Provokasi UMNO

INSIDEN BALING BATU DI SUNGAI PERIA-fakta yang cuba disembunyikan



INSIDEN BALING BATU DI SUNGAI PERIA-fakta yang cuba disembunyikan media

Rakyat amat terkejut dengan beberapa kejadian membaling botol dan batu dikatakan berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding di UPU sungai Peria sehingga melibatkan kecederaan yang agak serius kepada beberapa penyokong parti berkenaan.

Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah dalam melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan lebih `highlight’ mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital. TV3 juga berada di balai polis semasa laporan dibuat orang penyokong PAS yang cedera. Bahkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa daripada PAS disalahguna oleh TV3 dengan mengatakannya daripada UMNO. Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tindakan media yang tidak bermaruah ini ingin menggambarkan seolah-olah tiada penyokong Pas yang turut menjadi mangsa kejadian ini.

Sebenarnya terdapat dua orang penyokong Pas dan juga anggota polis yang turut menjadi mangsa kejadian. Menurut laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa dari penyokong PAS kejadian bermula akibat daripada provokasi sebuah kenderaan model Nautica berlambang “dacing” yang cuba menceroboh masuk pintu pagar sekolah kebangsaan Peria yang juga tempat pembuangan undi. Setelah dihalang oleh para penyokong PAS dan anggota polis kenderaan tersebut cuba melarikan diri dan hampir-hampir merempuh barisan penyokong PAS. Akibat daripada kejadian itu, para penyokong UMNO mula membaling botol mineral dan kedua-dua pihak kemudian saling baling-membaling objek yang merbahaya. Dalam kejadian itu kedua-dua pihak mengalami kecederaan samada akibat dipijak atau terkena objek keras. Antara mangsa yang mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:

1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat pada 14/7/2009 (No Report KK 001811/09).

2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan parah di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi).

Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan najib.

PELIK TAPI BENAR:-

1) Setakat hari ni tiada mana-mana individupun pun yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Krai bagi permohonan reman berkenaan tangkapan seorang pemuda yang dipercayai daripada penyokong PAS dan akan didakwa dalam masa terdekat di bawah seksyen 323 penal code sebagaimana dakwaan media;

2)Setakat hari ni juga sebenarnya tiada apa-apa laporan Polis dibuat oleh Puteri UMNO yang dikatakan patah gigi dan cedera di pinggang. Patutnya gambar Puteri UMNO yang patah gigi kalau ada mesti keluar muka depan semua media utama negara dengan darah bercucuran keluar.

3) Seorang Puteri UMNO iaitu Norfarhana dari Changkat Jering memang dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Krai,Wad Kenari, Katil no 24...tetapi katil tersebut pada pukul 6 petang didapati kosong dan digantikan oleh Muslimat PAS iaitu NADIA MOHD KAMIL selama satu malam (sebagaimana gambar.) Norfarhana sebenarnya cedera bukan akibat balingan batu atau kayu tetapi cedera akibat dipijak oleh penyokong UMNO yang berasak-asak cuba melarikan diri dari medan perjuangan

4)Pada pukul 7 malam kejadian ada seorang lagi Puteri UMNO dimasukkan ke wad kecemasan tetapi bukan berkaitan insiden di Sungai Peria tetapi...akibat penyakit asma yang biasa dihidapi oleh wanita dengan berat badan hampir 120kg seperti beliau..Puteri UMNO tersebut yang tidak ditanya namanya dan kelihatan tercungap-cungap itu dibiarkan berkeseorangan kerana waktu itu wartawan telah beredar...jika wartawan masih ada disitu memang akan keluar namanya sebagai seorang lagi mangsa insiden.

5) Gambar yang disiarkan TV3, NTV7 dan astro awani pada malam pengumuman keputusan pilihanraya sebenarnya gambar muslimat PAS yang sedang membuat report Polis dan siaran salinan Report itu adalah salinan report yang ditaip sendiri oleh pihak Peguam PAS tetapi telah disalahgunakan oleh wartawan TV3 dengan menyatakannya daripada Puteri UMNO.

6)Puteri UMNO tidak dapat menyiapkan report sehingga ke hari ini kerana pada waktu report cuba dibuat iaitu pada jam 1.30 petang komputer di Balai Polis Kuala Krai "Offline" dan tidak dapat "online" dengan BUkit Aman. Oleh itu report terpaksa ditulis tangan, sebaliknya report muslimat PAS telah ditaip siap oleh pihak peguam. Report daripada puteri UMNO juga tidak dapat dibuat kerana yang datang buat report ialah pihak ketiga iaitu kawan kepada yang dikatakan cedera. Sebab itulah TV3 salah guna report yang dibuat muslimat kerana bos besar mahukan salinan report untuk disiarkan di media utama.

7) Sehingga ke hari ini, media tidak mendedahkan tentang kenderaan Nautica warna hitam yang cuba menceroboh ke dalam kawasan pusat pengundian yang menjadi punca utama provokasi dan insiden tersebut.

BUKTI KECEDERAAN PENYOKONG PAS DISEBABKAN OLEH SERANGAN UMNO

Muslimat pas mendapat 5 jahitan di dagu dan ditempatkan di katil no 24 wad kenari hospital besar kuala krai tetapi tidak ditemuramah wartawan walaupun berada berdekatan dengan katil puteri umno yang terseliuh kaki

.


Pemuda PAS dari Merbok, Kedah En Sharudin yang pecah kepala dibaling batu selepas membuat report di Balai Polis Kuala Krai (No. Report: 001811/09) tetapi tidak didedahkan wartawan TV3 yang berada berdekatan.


Wednesday, July 15, 2009

Ramai beratur ambil wang di MU
Jul 14, 09 12:03pm

Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

Mafrel, polis siasat rumah kayu

Sementara itu, pemantau piihanraya, Mafrel, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.

Pemilik rumah tersebut, ketika ditemui pihak Mafrel sebelum itu, menghalang mereka daripada masuk ke dalam.

Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."

Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.

"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:

"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.

Bagaimanapun, apabila Mafrel tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.

Wartawan Malaysiakini: Kuek Ser Kuang Keng, Hafiz Yatim, Jimadie Shah Othman, Wong Teck Chi, Ng Kok Fong dan Amiruddin Abdullah.

PRK N41 Manek Urai (40) : Pitih rasuah turun dengan helikopter???


http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/Muhyidin&Heli&wang.jpg
http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/muhyidinturunheli.jpghttp://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/usungpitih.jpg

Kira-kira jam 10.25 pagi ketika wartawan Buletin Online melalui jalan Kuala Krai ke Manek Urai, kelihatan sebuah helicopter jenis Nuri yang dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia terbang rendah seolah-olah mahu mendarat.

Beliau bergegas memecut keretanya mencari kawasan tempat pendaratan helicopter tersebut.

Sesampainya di padang Sekolah Mennengah Teknik helicopter yang sedang mendarat itu sempat dirakam dengan Video.

Setelah Nuri benar-benar mencecah bumi, sebuah lagi helipkopter dipercayai jenids Blackhawk tiba-tiba terbang dengan rendah menghampiri padang yang sama.

Dengan sabar beliau merakam semuanya, dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin keluar dari perut Helikopter yang kedua.

Sekaligus turun dari helicopter sebuah bag yang sama seperti bag yang disyakki membawa wangrasuah bagi membeli pengundi-pengundi yang dirakam pada hari penamaan calon.

Tuesday, July 14, 2009

salah seorang muslimah pas yang cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan sek men perial kelmarin

salah seorang muslimah pas yang cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan sek men perial kelmarin

Kerana keceraan yang agak serius di kepala dan mulut dia telah di hantar ke hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut

Kerana keceraan yang agak serius di kepala dan mulut dia telah di hantar ke hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut

Pemuda PAS ini juga cedera teruk di kepala kerana lontaran batu dari penyokong -penyokong UMNO di peti undi Perial

Pemuda PAS ini juga pecah di kepala kerana lontaran batu dari penyokong -penyokong UMNO di peti undi Perial

kepalanya terpaksa dibalut dengan kain tuala utk memberhentikan darah yang keluar..

kepalanya terpaksa dibalut dengan kain tuala utk memberhentikan darah yang keluar..

TRAGEDI MANEK URAI – APA YANG KITA TIDAK TAHU

PILIHANRAYA Kecil Manek Urai baru sahaja selesai dijalankan semalam dengan keputusan Pas berjaya mengekalkan kerusinya di Dun tersebut. Pada awal kempen dan beberapa hari seterusnya dikatakan kempen kali ini paling aman dan bersih yang turut diakui oleh pihak Polis dan SPR yang sentiasa memantau sepanjang kempen dijalankan. Malang sekali keamanan ini tidak dapat dipertahankan sehingga ke hari kemuncak pada saat dan waktu membuang undi. Beberapa kejadian membaling botol dan batu dikatakan berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding sehingga melibatkan kecederaan yang agak serius kepada beberapa penyokong parti berkenaan.

Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan `highlight’ mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital. TV3 juga berada di balai polis semasa laporan dibuat orang penyokong PAS yang cedera. bahkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa daripada PAS disalahguna oleh TV3 dengan mengatakannya daripada UMNO.Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tidakkah kita tahu bahawa penyokong-penyokong Pas juga turut menjadi mangsa kejadian ini?

Sebenarnya terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa dahulu yang memulakannya. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:

1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).

2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan parah di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi).

Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan Najib.

Kita yakin, kemenangan Pas di Manek Urai ini walaupun sekadar mendapat majoriti 65 undi sudah memadai untuk menunjukkan betapa hebatnya Pas di dalam berdepan dengan Umno dengan segala jentera kerajaan yang mereka gunakan termasuk `gula-gula’ yang ditawarkan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai. Pas masih releven di bumi Kelantan dan Pas pernah mengalami saat yang lebih getir sebelum ini di Dun Negeri di mana Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja untuk memerintah. Justeru itu, tiada sebab Pas harus merasa gundah gulana dengan majoriti yang diperolehi baru-baru ini. Kemenangan yang dianugerahkan Allah ini wajib disyukuri dan ini merupakan satu keajaiban buat Pas.

Tahniah dan syabas buat semua pengundi-pengundi di Manek Urai yang telah menolak sebuah jambatan demi maruah mereka. Penghargaan juga buat semua jentera PR dan Pas yang telah bekerja kuat bagi membantu kemenangan ini. Tidak lupa tahniah sesama kita Blogger-Blogger yang sentiasa komited memperjuangkan dasar dan perjuangan PR, ini adalah kejayaan kita bersama. Umno telah selamat ditalkinkan di Manek Urai. TAHNIAH ABE UJI.

Sunday, July 12, 2009




Manek Urai - Muhyidin rasuah 10juta - SPRM
Posted on Sunday, July 12 @ 20:55:43 PDT by TokPenghulu

Artikel Semalam sudah jelas bahawa Muhyidin telah melakukan rasuah 1o juta dengan menawarkan jambatan di Manek Urai jika BN menang baca di .Maknanya jika pengundi Manek Urai memilih PAS maka tiada jambatan baru. Bukankah ini satu rasuah. Menurut undang-undang yang terkandung dalam SPRM ialah :-

Takrif Suapan :

1) wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

2) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

3) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

4) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

5) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.

Kesalahan Rasuah :

1) Meminta/Menerima Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

2) Menawar/Memberi Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

3) Membuat Tuntutan Palsu.
Mana-mana orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

4) Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

Akta kesalahan rasuah boleh baca di .

Sudah terang lagi bersuluh. Muhyidin terlibat dengan rasuah di Manek Urai. Sehubungan dengan itu, saya cadangkan jentera PAS atau pengundi PAS hendaklah membuat laporan kepada SPRM dan Polis atas kesalahan yang dilakukan oleh Muhyidin. Cakap tak serupa bikin. Rasuah yang nyata. Mana hilangnya slogan terbaru "Rakyat diutamakan pencapaian didahulukan". Ini merupakan pembohongan yang nyata dan ini juga menandakan UMNO sudah diambang kekalahan. PAS akan menang di Manek Urai...TAKBIRRR...


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

Kelantan Isytihar cuti peristiwa ESOK
Posted on Sunday, July 12 @ 22:10:16 PDT by TokBatin
Berita Petikan Siasah Daily

KOTA BHARU, 13 Julai: Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat ‘cuti am’, esok 14 Julai 2009 yang diambil atas ‘Cuti Peristiwa’.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

“Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,”ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah membuat perkara yang sama di negeri itu dengan mengisytiharkan cuti pada hari pilihan raya kecil Penanti kerana ia telah jatuh pada hari bekerja.

Pengundi Manek Urai menghadapi masalah untuk pergi mengundi apabila hari bekerja (Selasa) dan pertengahan bulan (14 Julai) dipilih sebagai hari mengundi.
Lebih 2,500 pengundi kawasan itu pula berada di luar kawasan termasuk di luar dari negeri Kelantan.

Siasah sebelum ini menjadikan berita muka depannya tentang kecemasan jentera PAS kerana ramai pengundi di sini berada di luar kawasan.

Menurut Nik Aziz, walaupun pilihan raya hanya diadakan di Dun Manek Urai, tetapi terdapat ramai juga pengundi yang berada di luar Kelantan, termasuk luar jajahan disamping.

“Lagipun ada juga pengundi di Dun Manek Urai terdiri dari pegawai kerajaan, oleh yang demikian bagi mengurangkan kesulitan mereka, kita mengisytiharkan cuti tersebut."

Sambungnya lagi, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja begitu pelik berbanding sebelum ini pilihan raya diadakan pada hari Sabtu.

“Saya pun tak tahu kenapa SPR buat cuti pada hari bekerja dan bukannya hari Sabtu sebagaimana biasa,”ujarnya lagi.

Menyentuh tentang cuti am itu bakal menjadi rungutan khususnya bagi pihak swasta, beliau berkata “Ya lah takkan lah pihak majikan nak kira untungnya sahaja."

PRK N41 Manek Urai (34) :Polis arah tutup markas PKR.



Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengutuk tindakan polis mencabuli sistem demokrasi apabila mengarahkan supaya bilik gerakan parti itu untuk pilihanraya kecil Manek Urai ditutup dan semua bendera diturunkan.

Dalam kejadian itu, bilik Gerakan PKR diserbu oleh pegawai Polis bernama ASP Suzaimi yang mengarahkan semua bendera PKR diturunkan dengan alasan Pakatan Rakyat masih belum berdaftar sebagai entiti politik.

ASP Suzaimi juga memberitahu petugas PKR bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera parti itu diguna atau dinaikkan pada pilihan raya kecil itu.

Menurut Saifuddin, BN telah memperalatkan pihak polis untuk menghalang PKR daripada memberikan sokongan kepada Pas.

"Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS pada pilihanraya kecil Manek Urai bermotif politik dan mencabul hak asasi demokrasi secara nyata,"katanya pada sidang media di Markas Pas.

"Penyertaan parti-parti politik sahabat dalam Pakatan rakyat dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia dan telah dipraktiskan dalam pilihan raya kecil sebelum ini,"katanya.

Menurutnya, tindakan polis itu adalah penyalahgunaan kuasa dan melampaui perlembagaan persekutuan, perlembaagn negeri serta Akta dan peraturan pilihnaraya berkaitan.

Saifuddin berkata sikap pilih kasih polis dalam melayan pembangkang dan Barisan Nasional begitu ketara pada setiap pilihanraya dan trend itu berteruskan di Manek Urai.

Saifuddin berkata PKR tidak harus dihalang memberi sokongan dan kerjasama kepada PAS kerana Kod Etika Pilihanraya dengan jelas menyatakan tidak harus ada larangan untuk calon mendapat sokongan atau bantuan dari parti-parti sekutunya.

"Sebaliknya kod etika Pilihanraya dengan jelas menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihanraya, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik....tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen," katanya.

Ringkasnya, dari segi prinsip kemudahan jentera dan institusi milik kerajaan adalah dilarang daripada digunakan atau disalahguna bagi tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian namun peruntukan itu tidak langsung diendahkan oleh BN dan dibenarkan secara terbuka oleh polis.

"Di Manek Urai, kita lihat penglibatan yang sangat ketara oleh agensi kerajaan seperti Risda, masa inilah dia bagi bantuan anak benih getah, bagi bantuan subsidi. Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM semuanya menjadi sebahagian kempen BN yang sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihanraya yang bersih dan adil," kata saifuddin.

PRK N41 Manek Urai (37) : Tinjauan Mstar Online, PAS menang

Soalan tinjauan: Siapakah yang dijangka memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan?

  • Calon BN: Tuan Aziz Tuan Mat - 13 %
  • Calon PAS: Mohd. Fauzi Abdullah - 87%

Setakat 12 Julai 2009, jam 7.00 malam mendapati ramai pelayar online MyStar adalah bersetuju calon PAS, Abe Uji sebagai pemenang.


Jika benar demikian, bermakna kempen BN yang diketuai Muhyidin Yassin dan dipengarahkan oleh Mustapha Mohamed adalah ditolak rakyat Manek Urai.


Semuga Tuhan Yang Esa memberkati semua penyumbang tinjauan di atas sifat memberi pandangan dan sikap politik semasa terhadap perjalanan kempen pilihan raya kecil Manek Urai.

Anak muda sokong Abang Uji.

Wednesday, July 8, 2009

Muhyiddin Kau Jangan Malukan Najib.


Setelah Barisan Nasional dimalukan dalam pilihanraya umum dan kecil dengan pelbagai tektik kotor ciptaan Perdana Menteri. Hari BN mahukan pertandingan yang sihat di dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johor Daily percaya teknik politik kotor Najib yang diamalkan selama ini telah berjaya menjatuh Tun Abdullah Badawi dan tidak mengapa BN kalah teruk. Mungkin yang penting bagi Najib cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ramai pengalisis politik berpendapat imej buruk Najib yang disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya dan kes liwat Mohd Saiful adalah strategi paling hina dalam pilihanraya yang dilakukan oleh BN dan Umno.

Najib yang serik dan malu dengan banyak pilihanraya kecil sebelum ini dijangka tidak akan berkempen di Manek Urai dan berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin dapa menebus malu yang telah beliau lalui.

Monday, July 6, 2009

Manek Urai: Koleksi Gambar Sekitar Penamaan Calon.

Apa tu..?
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir memberikan sokongan kepada calon PAS mewakili Pakatan Rakyat.
Otai tukang sorak barisan hadapan penyokong Pakatan Rakyat...
Berpeluh macha kita bergendang.
Semua Pilihanraya Kecil mesti ada geng-geng ni...
Kelab penyokong PAS datang dari Perak dan berkampung di Manek Urai membantu jentera pilihanraya Pakatan Rakyat... Bravo..!
Bulan berkibar megah di langit biru.
Oit..! sape cakap Pakatan Rakyat berpecah sebab isu Babi di Kedah..?
Jangan lupa pangkah bulan..!
Aku dekat sini la...!!!




Dekat bawah ni penyokong Pakatan Rakyat... lebih kurang 300 orang SAHAJA...
Dekat bawah ni pulak gambar penyokong pro UMNgOk/Barisan Nasiyonal... lebih kurang 20.000 orang... pergh...!!!