Saturday, February 16, 2013

Orang terkaya Malaysia: 31 bilionair, Syed Mokhtar kekal tangga ke-5

KUALA LUMPUR - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari, 2013.

Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.

Ia berkata kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat sedikit tahun ini meskipun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu.


Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu bernilai RM194.86 bilion pada 18 Januari. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.86 peratus berbanding RM193.2 bilion setahun lalu.

Semasa Malaysian Business mula-mula menilai kekayaan 40 individu terkaya Malaysia pada 2002, aset tergabung mereka berjumlah RM41.7 bilion dan Robert Kuok Hock Nien muncul pada kedudukan teratas.

Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam.

Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.

Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion.

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya
sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.

Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas.

Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas.

Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing.

Ia juga mencerminkan prestasi syarikat mereka dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dalam 12 tahun lalu.

Bagi tahun ini, ada 31 bilionair – bertambah seorang lagi sejak tahun lepas - dan 23 daripada 40 orang dalam senarai itu menyaksikan aset mereka meningkat daripada tahun lepas. Daripada seramai ini, 14 mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Senarai itu juga mencatat tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion. Dua lagi, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40.

Senarai penuh 40 tikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu. Ia juga memaparkan senarai 10 tikun terkaya dalam Pasaran ACE.

Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari.

Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd. - Bernama

Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS hampir siap


KUALA LUMPUR: PAS bersedia dengan program Jelajah Negara Berkebajikan apabila treler yang digunakan bagi program tersebuat siap sepenuhnya Rabu depan.

Tinjauan Harakahdaily di Kampung Melayu Subang mendapati treler tersebut sudah melebihi 90 peratus siap dan hanya proses persiapan terakhir yang melibatkan kerja-kerja luaran sahaja.

Manakala bagi persiapan pentas dan berkaitan teknikal telah siap sepenuhnya.

Treler Jelajah Negara Berkebajikan itu hanya memerlukan kurang 30 minit proses pemasangan bagi menjadikannya lengkap untuk pentas penceramah.

Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan perjalanan sulungnya ke Pendang, Kedah bagi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS diselia sepenuhnya di bawah Jabatan Pilihraya PAS Pusat (JPP).

Wednesday, February 13, 2013

Deepak harap bantuan k’jaan baru jika AG gagal beri imuniti

AG2PUTRAJAYA 13 FEB: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan berharap permohonannya untuk mendapat perlindungan sebagai saksi dari Peguam Negara (AG), diterima kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), jika ditolak Tan Sri Abdul Gani Patail dalam sebulan.
Deepak menyerahkan permohonan tersebut hari ini di pejabat AG, di sini. Beliau ditemani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Peguam PAS, Asmuni Awi.
Permohonan itu untuk membolehkan Deepak mendedahkan segala maklumat diketahui beliau berkaitan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menurut Deepak, segala dokumen dan bukti hanya akan diserah kepada Peguam Negara selepas beliau diberikan sijil imuniti oleh kerajaan Malaysia, merangkumi semua undang-undang negara.
“Kita bagi tempoh sebulan kepada Jabatan Peguam Negara untuk respon. Jika tiada sebarang respon, saya harap waktu itu sudah berlaku pertukaran kerajaan baru…Biar mereka pula yang bertindak,” kata Deepak pada sidang media selepas penyerahan surat tersebut.

Surat itu hanya dapat diserahkan kepada pegawai Abdul Gani memandangkan beliau sedang bermesyuarat.
Berharap PRU 13 akan bertukar kerajaan baru, Deepak hari ini turut menyerahkan salinan surat terbuka beliau kepada Tun Dr Mahathir Mohamad meminta mantan Perdana Menteri itu mencadangkan supaya Najib meletakkan jawatan dan menjalankan pilihan raya dalam masa 60 hari.
“Jika sistem perundangan negara tidak mampu berlaku adil, perubahan kerajaan adalah jalan seterusnya,” kata Deepak.
Beliau juga sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasaan untuk memberi maklumat lanjut berikutan penglibatan Perdana Menteri dalam kes itu.
Dalam surat tersebut, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD yang bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.
Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Datuk Seri Najib Razak dilibatkan secara langsung dalam SD1.
Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala. Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh rakan rapatnya, Rosmah. Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai ‘kakak’ itu berbuat demikian selepas PI Bala membuat sidang media
mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.
Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006. Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1. Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.
Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.
Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.
Deepak memohon Peguam Negara memberi perlindungan kepadanya sebagai saksi dalam kes ini berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberikan kuasa kepada AG untuk membuat pendakwaan.
“Kita datang bagi sokongan moral kepada Deepak, bukan atas kapasiti politik tapi sebagai rakyat yang sama-sama mahu lihat kebenaran,” kata Mahfuz.

Jangan Ketawa : Umno tak pernah tipu Pas, kata Mahathir

KUALA LUMPUR -  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada penipuan yang dilakukan oleh Umno berhubung dakwaan bahawa Pas telah ditipu oleh Umno semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).
 
Bekas perdana menteri itu berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.
  
"Katanya Pas telah ditipu oleh Umno semasa Pas berada dalam BN. Bagaimana Umno menipu Pas tidak dijelaskan dengan terang," katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc hari ini.
 
Katanya perpecahan dalam Pas bukan kerana Umno dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN.
 
"Perpecahan dalam Pas bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden Pas ketika itu). Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno," katanya.

Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau adalah menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn ketika Pas keluar dari BN, begitu juga berada dalam kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung Pas ketika itu) semasa Pas menyertai BN.
 

"Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap FELDA.
 
"Selepas beberapa bulan Pas menyertai BN, anggota Umno Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan Pas di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu," katanya.
 
Katanya secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat Umno dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat Pas dan menolak Umno.
 
"Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua Pas dengan Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd Nasir mendakwa beliau telah mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan," katanya.

Dr Mahathir berkata Asri cuba menyingkirkan Mohd Nasir melalui undi tidak percaya dan Mohd Nasir enggan meletak jawatan walaupun kalah.
 
Katanya ramai anggota Pas memihak kepada Mohd Nasir dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri.
 
"Kerana Pas berpecah, kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
 
"Pada Mac 1978 pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Mohd Nasir menubuhkan parti Berjasa yang bertanding melawan Pas. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. Pas memenangi hanya dua kerusi," katanya.
 
Katanya walau apapun yang terjadi dahulu, umat Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan dibuat supaya berdamai.
 
Katanya umat Islam disuruh bersatupadu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara.
 
"Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas," katanya.  - Bernama

kemaluan yang besar

  

No To BN : 'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang




Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul yee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.

NONEKetua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kiri) - yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.Oleh kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy apabila pengumuman mengenainya dibuat.

Oh memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut".

NONE"Itu adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas, dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri."

Walaupun Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri di atas pentas - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA, Datuk Ng Yen Yen.

Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa
"seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut.

Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya.

NONEPemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy.

Selepas menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas.

Ini dirakamkan dalam video, yang telah dimuatnaik ke YouTube dan menjadi bahan jenaka warga internet.

Tuesday, February 12, 2013

UMNO patut bersyukur jika jadi pembangkang

Lawatan Najib ke Pulau Pinang merupakan lawatan yang membazir bagi dirinya dan partinya. Lawatan beliau itu adalah lawatan politik dan kali ini beliau diiringi oleh penyanyai pop terkenal Psy dari negeri Korea dan berbelanja sebanyak RM 2 juta untuknya. Saya tidak tahu berapa pula bayaran yang di bayar kepada penyanyi tempatan, Shila Hamzah. Psy menyanyi tidak lebih dari 10 minit itu merupakan orang yang di harapkan oleh Najib untuk meniupkan ‘mood’ bagi mendapatkan sokongan terhadap beliau dan BN dalam pilihanraya nanti. Najib sedang berusaha untuk merampas Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat.
Najib tidak membawa dirinya sebagai pemimpin utama secara betul dan tidak ada siapa di kalangan kabinetnya mampu membawa diri mereka sebagai pemimpin yang baik lagi. Najib telah dimalukan oleh orang ramai semasa berada di Pulau Pinang dihadapan tujuh ribu orang yang di angkut beramai-ramai itu. Beliau dimalukan oleh orang ramai dengan jeritan ‘NO!’ apabila beliau bertanya samada sudah bersedia untuk BN atau tidak. Laungan ‘NO’dengan spontan dan gemuruh telah di tunjukkan oleh orang ramai di situ. Sebelum itu pertanyaan Najib samada mereka bersedia untuk Psy, orang ramai dengan gemuruh menjawab YES apabila Najib bertanya samada sudah bersedia untuk Psy atau pun belum.
Keadaan seperti ini sepatutnya memberikan kesedaran kepada semua pemimpin UMNO BN bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi memberikan sokongan atau dukungan terhadap BN pimpinan Najib dan barisan kepimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu. Rakyat terpaksa berhimpun dan menyatakan secara berdepan yang mereka tidak mahukan lagi BN untuk memerintah mereka.
Dalam perhimpunan CNY itu sepatutnya memberikan Najib kesedaran yang rakyat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan hiburan yang mengasyikkan lagi. Rakyat mahukan kerajaan yang serius dan berani berubah. Tetapi rakyat tahu pimpinan hari ini tidak berani berubah sikap dan perangainya kerana berubah bermakna tidak rasuah dan tidak menyalah gunakan kuasa.
Kini elok kita bertanya, mampukah BN meyakinkan rakyat yang mereka tidak akan rasuah lagi? Rakyat sedar yang ketagih rasuah seperti pimpinan UMNO tidak mampu mahu berubah dan tidak akan mampu untuk berubah. Stigma kotor yang melekat kepada batang tubuh pimpinan BN dan UMNO itu tidak dapat di bersihkan lagi. Itu sebab saya katakan yang UMNO perlu mencari orang lain untuk memimpin bagi menukar imejnya yang terlalu busuk dan buruk itu.
Jika keburukkan imej yang dihadapi oleh UMNO itu tidak dapat di ubah, berikanlah sepuluh kali BRIM, TRIM dan apa-apa RIM yang lain rakyat perlukan perubahan. Kalau UMNO masih menerajui negara, ia bukannya perubahan. UMNO tidak boleh menggantikan Muhyiddin sebagai gantian kepada Najib. Begitu juga Zahid Hamidi, Hishamudin dan Shafie Afdal. Mereka mereka ini tidak boleh menggantikan Muhyiddin dan begitulah seterusnya.
Menggantikan Najib dengan Muhyiddin tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah ia akan meruntuhkan lagi UMNO dan akan mati lebih cepat. Kesemua pemimpin dalam Majlis Tertinggi itu tidak boleh menggantikan Najib. Yang boleh menggantikan Najib hanya lah sesiapa yang berada di luar barisan pimpinan itu untuk membawa imej dan aura yang baru bagi parti itu. Tetapi itu tidak juga berlaku. Maka perubahan parti pemerintah merupakan jalan dan satu-satunya kaedah untuk membetulkan yang salah, menyambung yang putus dan menampal yang koyak hasil perlakuan UMNO dan BN itu.
Tetapi rakyat masih bernasib baik kerana jika UMNO dan BN tidak mampu berubah maka kita ubah, kita boleh tukar BN itu dengan parti-parti yang lain yang telah lama wujud secara halal dalam negara ini. UMNO boleh kembali memerintah mungkin sepuluh tahun lagi apabila mereka memperbaiki imej mereka semasa berada sebagai pembangkang nanti.
Di India parti Kongress telah kembali berkuasa setelah di tumpaskan oleh parti Janata dahulu. Parti Kongress telah mencapai kemerdekaan negara India dan telah di tumpaskan oleh rakyat kerana isu yang sama seperti yang di hadapi oleh UMNO di negara ini. Di Jepun juga parti Liberal Demokrat telah kembali berkuasa setelah berada sebagai parti pembangkang beberapa ketika kerana di tolak oleh rakyat Jepun pada awal tahun 2000 dahulu sedangkan Liberal Demokrat merupakan parti yang telah membawa Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga besarnya dalam dunia ini.
UMNO perlu melalui proses introspeksi kerana parti itu sudah tidak lagi tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Yang buruk di anggap baik dan yang baik di anggap buruk. Itulah sebabnya rakyat negara ini wajar melakukan perubahan itu sedaya upaya kerana jika rakyat tidak mampu mengubahnya maka kesalahan itu akan terletak di bahu rakyat sendiri.
Jika UMNO menjadi pembangkang masa itu boleh digunakan untuk melakukan pembaikan kepada kualiti kepimpinan parti itu dan pemimpin-pemimpinnya boleh belajar berfikir kerana pengalaman sebagai pembangkang itu perlu untuk melatih pemimpin-pemimpin parti itu untuk berfikir dengan baik. Apabila UMNO sudah bersedia menjadi parti yang baik, mungkin Hishamudin tidak akan bercakap seperti orang yang hilang akal lagi.
Mungkin Najib akan lebih matang dan memahami perasaan rakyat dan tidak lagi bercakap memperbodoh-bodohkan rakyat lagi. Mungkin semasa itu Mahathir akan lebih baik dan tidak lagi melakukan hasutan dan memecah belahkan pimpinan UMNO lagi. Semasa itu nanti mungkin Rais Yatim tidak lagi menunjukkan sikap mengampu dan membodek pucuk pimpinan semasa itu. Satu lagi kemungkinan ialah UMNO akan sedar yang melakukan rasuah itu kerja hina dan boleh menjatuhkan tamadun rakyat.
Dengan meletakkan UMNO sebagai pembangkang maka UMNO akan tahu samada tuduhan Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara. UMNO boleh memantau samada pimpinan Pakatan Rakyat melakukan apa yang mereka (UMNO) lakukan semasa memerintah selama 56 tahun itu. UMNO boleh memantau samada PAS, DAP dan PKR akan menaikkan harga bekalan alat pertahanan negara berlipat kali ganda atau tidak.
Yang terlebih penting untuk UMNO semasa menjadi pembangkang itu ialah bahawa memberikan pendidikan percuma itu boleh dilakukan. Menghapuskan tol itu juga boleh dilakukan dan tidak akan membankrapkan negara. Pakatan Rakyat juga akan mengajar bagaimana Badan Kehakiman yang bebas itu boleh membina negara dengan baik. UMNO juga boleh melihat samada berlaku pembunuhan wanita asing yang melibatkan pimpinan negara semasa itu nanti.
UMNO juga akan belajar dan mengetahui yang rupa-rupanya pemimpin boleh mentadbir negara tanpa rasuah dan belajar yang ketagihan rasuah itu boleh dielakkan jika usaha menolaknya dibuat pada awal pentadbiran kerajaan baru itu.
UMNO juga akan belajar bagaimana untuk menjadikan media massa yang lebih adil dan terbuka itu akan membina minda dan sikap rakyat keseluruhannya.
Pendeknya jika UMNO menjadi pembangkang ia lebih menguntungkan UMNO lagi kerana ia memberikan kesempatan bagi parti itu memperbaiki diri mereka untuk menjadi parti yang bertanggungjawab dan berdisiplin yang tinggi.
Yang terpenting lagi bagi UMNO belajar semasa menjadi pembangkang itu ialah mengakui yang negara ini rakyat yang punya, bukannya Mahathir, Najib atau pun mana-mana pemimpin dari partinya.
 
Aspan Alias

No To BN : Lepas Kena BOO Di Penang..Najib Umum BR1M 3.0 Dan 4.0 Pulak...!!!


Lepas kena boooo di Penang, lepas orang Penang say NO to BN, hari ni Najib umum lagi BRIM 3.0 dan 4.0 .... hahahaha bagi la sampai BRIM 10.0 rakyat tetap tolak BN

   

No To BN : Najib bengang dengan UMNO & BN PENANG pasal konsert PSY...


Kami dapat maklumat bahawa teruk UMNO PENANG & BN PENANG kena tiaw dengan Najib dan Rosmah berkenaanisi NOOOOO... Di konsert PSY semalam... Punca yang didapati persahabatan antara UMNO PENANG & RAKAN BN yang lain sudah kurang manis... Ini disebabkan Pengerusi BN sekarang telah dijanjikan kerusi KM jika BN rampas Penang nanti....

Entahlah pandai pandailah hangpa putaq janji ARE YOU READY FOR BN......NOOOOOOOO...!

statistik pru12

PRU13 : UNDI YANG DIPEROLEHI OLEH PARTI‐PARTI POLIITIK/CALON BEBAS YANG BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA UMUM 2008 BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI


PRU13 : STATISTIK MENGENAI PENGUNDIAN – KELUAR MENGUNDI,UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN DAN UNDI DITOLAK MENGIKUT DEWAN UNDANGAN NEGERI (2008)


PRU13 : PENCALON BAGI KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI MENGIKUT PARTI DAN BEBAS (2008)



Ketua Penerangan Umno Pandan jawab isu 'SERVICE' China Doll

Syed Saifuddin Syed Harman  merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan dan salah seorang panel pemikir JASA telah menjawab isu gambarnya bersama tiga orang wanita yang disebarkan di feacebook dan mungkin juga blog.
























Ini adalah kata-kata ala islamis terbilang beliau
















Ini pula adalah penjelasan beliau














Lu punya su , lu punya ka... wakaka
Undilah PAKATAN RAKYAT
Kita berhak mendapat kehidupan yang lebih baik

KANTOI : Najib Buat Magik 1Malaysia

Kalau aku PM xde masa nak tweet dgn PSY. Tapi kalau dah die hard fan nk wat camne. TV3suku pulak digunakan untuk memfemeskan hikmat terbaru Najib yg seakan akan sama macam watak Goku dalam cerita Dragon Ball, Hikmat Gerak Sejenak.. Kejap sana kejap sini.. Kejap ada kejap xde.. Macam biskut Chipsmore..

TV3suku cakap Najib main tweet ngan PSY, siap tunjuk lagi kat skrin tuh.. Tapi sekejap je, xle lama lama nanti kantoi.. Jom tengok tweet dia tu.. Kali ni aku tunjuk takde limit masa.. Lantak korang la nak tengok sampai mata lebam sekali pun.. Ada aku kesah?!


Bukan ke Najib kat Pulau Pinang waktu ni? Apa kejadahnya tweet location kat Kajang, Selangor? Kalau guna cacai mintak update tweet, cakap je la guna cacai. Buktinya diatas tu.. dan aku akan bagi lokasi detail dari mana tweet itu dihantar..


Mengikut apa yg aku tau, lokasi itu di persimpangan Sg Ramal ke Bangi melalui kawasan Perindustrian Selaman. Belah kanan tu Country Height, dimana Zahid Hamidi tinggal..

Lagi 1.. TV3suku cakap lebih 10,000 retweet Najib.. Aku tengok yang ramai retweet adalah PSY, bukan Najib.. Diorang ni reti main twetter ke tak reti?! Patut la Buletin Utama TV3suku makin bangang melanton lanton!!


Kalau tweet remeh pun sanggup menipu rakyat Malaysia,
inikan pula hal hal yg penting untuk rakyat Malaysia, untuk masa depan anak cucu kita? Najib!! Shame On You!! LIAR!!!

‘Tidak’ untuk BN musnah jutaan ringgit buat Najib

KUALA LUMPUR: Apa yang akan selamanya dikenang tentang Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang adalah video satu minit yang sudah tersebar luas lebih hangat berbanding Psy dan Gangnam Style – ketika Najib bertanya kepada hadirin di Sekolah Han Chiang sama ada mereka bersedia untuk Psy dan bersedia untuk BN.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sebenarnya gema tiga kali “Ya” untuk soalan Najib sama ada orang ramai telah bersedia untuk Psy diikuti dengan gema yang sama kuat dan spontan tiga kali “Tidak” ketika Najib bertanya sama ada mereka bersedia untuk BN telah memusnahkan keyakinan tinggi untuk menang besar dalam PRU13 yang dibina Najib.

Katanya, kejadian itu lebih memusnahkan peluang pilihan raya Umno BN dalam PRU13 berbanding Bersih 2.0, Bersih 3.0 atau Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 – lebih-lebih lagi apa ia adalah kemusnahan yang ditimpakan ke atas diri.


Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menambah, kejadian itu telah mencalarkan gambaran indah yang dicipta pemimpin dan propagandis Umno BN akan menang besar dalam PRU13, bukan sahaja dengan majoriti dua pertiga parlimen malah untuk memenangi semula negeri-negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat termasuklah Pulau Pinang.

Menurutnya, melihat kembali kelak, apabila sejarah PRU13 dicatat, kemunculan Psy dan Gangnam Style dengan tiga “Ya” untuk Psy dan tiga “Tidak” untuk BN, akan meninggalkan kesan di dalam sejarah politik Malaysia menandakan bermulanya pengakhiran buat Najib dan penguasaan penuh Umno di dalam politik Malaysia.

Walaupun Najib dan Umno BN telah mengalami tamparan dalam pusingan akhir ke PRU13, pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat hendaklah tidak terlebih yakin dan menganggap perlawanan ke Putrajaya sudah pun dimenangi.

“Saya sentiasa berpandangan bahawa hasil PRU13 sukar ditentukan siapa pemenangnya walaupun Umno BN mempunyai kelebihan juga kerana penyalahgunaan kuasa,” ujarnya.

Katanya, PR masih boleh memenangi PRU13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memandangkan tempoh kempen pilihan raya adalah kunci penting dan terakhir menentukan siapa akan menjadi pemenang.

GAMBAR INI AKAN MATIKAN KARIER POLITIK KU LI !!!!



KEJUTAN R DARI KL: KULI (PEMIMPIN UMNO/BN) SOKONG PENUH TUNTUTAN ROYALI.

Presiden R, Nazri Deraman bergambar mesra dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Umno Bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang.

Jika masih ada yang kata perjuangan R adalah perjuangan politik kepartian, mereka sudah silap besar.

Semalam kami buktikan, Pemimpin Utama UMNO/BN juga menyokong tuntutan royalti kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Yang tak sokong kami hanyalah lanun-lanun seperti Tok Pa, Awe Adek!


Apakah gambar ini akan menyebabkan karier politik Kul Li berkubur dalam Umno.

Beranikah Umno memilih calon lain untuk mewakili mereka bertanding di Parlimen Gua Musang pada PRU 13 nanti. 

Apakah Ku Li sekali lagi akan bertanding atas tiket bebas bagi menentang Umno pada PRU 13 nanti, jika dirinya dibuang oleh Umno? Dengar khabar nama Ku Li sudahpun tidak termasuk dalam senarai calon Umno untuk Parlimen Gua Musang?????

Sumber : FB Royalti.

Monday, January 14, 2013

Siti Nurhaliza sudah berhijab penuh dan harap akan terus kekal sampai bila bila



Siti Nurhaliza sudah berhijab penuh
Akhirnya tanda tanya peminat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza mengenai bila penyanyi jelita ini ingin berhijab sepenuhnya terjawab apabila penyanyi itu muncul dengan imej bertudung litup di majlis perkahwinan Apek dan Leuniey.

Siti berkata sudah tiba masanya untuk menunaikan janji berhijab penuh. Janji tersebut dibuat selepas beliau pulang daripada menunaikan haji tahun lepas.

"Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua.

"Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh," kata penyanyi ini.

Patutlah Najib tak berani jawab tuduhan Deepak tu.. tengoklah siapa di belakang Deepak ni...



Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO Baru yang diadakan di PWTC tidak lama dulu dan berterusan hingga ke hari ini, Ahli perniagaan Deepak Jaikishan telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Rosmah Mansor.

Pendedahan tersebut sememangnya  mencalarkan dan memburukkan lagi imej Rosmah ( kecuali dimata Pencacai UMNO) yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya..

Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib tercalar kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu..

Biarpun pendedahan berterusan selama berminggu-minggu telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataanpun keluar dari mulut Najib bagi membela isterinya itu sendiri.

Kecuali pencacai UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan dirinya sendiri bagi mempertahankan Rosmah ( baca di SINI ) tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain untuk mempertahankan Rosmah dan Najib..

Zahid Hamidi yang semasa Perhimpunan Agung UMNO Baru telah berjanji untuk menjawab dakwaan Deepak juga sanggup menjadikan dirinya munafik dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah dijanjikannya di ( SINI )

Kenapa dan mengapa agaknya?

Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej Najib?

Jika benar kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?

Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu mengapa Deepak masih bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..

Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..

Mungkinkah gambar dan laporan di bawah ini menyerlahkan siapa sebenarnya di belakang Deepak..


14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

The Star melaporkan seramai 230 tetamu telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.


Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..


Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Perka Kasur Datuk Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.

Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media ialah diantara 230 orang tetamu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah  Deepak Jaikishan..


Korang nampak tak siapa di belakang Deepak Jaikishan sekarang?? Kalau Anwar Ibrahim dah lama mamat ni masuk dalam...

By the way.. buat yang kata Rafizi dah kantoi bila Deepak nafikan dokumen yang Rafizi dah dedahkan tu.. cuba baca betul-betul dalam kenyataan media Rafizi itu di ( SINI ) atau di ( SINI )..

Ada atau tidak Rafizi sebutkan dari mana beliau perolehi dokumen yang didedahkannya itu?

Rafizi menyatakan.."Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor."

Dia tak nyatakan langsung dari mana dia dapat dokumen itu... siapa yang kantoi??

Akhbar Australia: Kes pembunuhan Altantuya jejas peluang Umno

KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.
Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.
Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.
The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009.
“Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.
“Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.
“Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” akhbar itu dipetik.

Kisah Najib dan Altantuya semalam sekali lagi menghiasi dada akhbar di luar

Pasca #KL112 : UMNO melopong lihat Stadium Merdeka penuh

“MELOPONG, lidah kelu tak mampu berkata”. Mungkin itu reaksi awal pimpinan UMNO-BN apabil melihat ratusan ribu rakyat pelbagai bangsa memenuhi Stadium Merdeka pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 Sabtu lalu. Apa lagi selepas ini?
Polis cuma tersenyum membalas lambaian dan tanda bagus peserta HKR KL112 yang berjalan berarak menuju ke Stadium Merdeka. Tiada gas pemedih mata, tiada air asid, tiada FRU. Ini satu petanda baik.
Berbeza dengan sebelum ini. Sorak-sorai demonstran menuntut keadilan, ketelusan dan membela hak mereka yang dizalimi sering dijawab dengan cota dan but FRU tanpa banyak soal. Wajah mereka tidak bengis penuh benci seperti sebelumnya. Salut untuk Polis.
2013 memberi makna yang sangat besar kepada budaya demonstrasi, perarakan dan perhimpunan rakyat. Lagipun inilah tradisi turun temurun sejak bendera Union Jack berkibar di Tanah Melayu lagi.
Sejarah manis perjalanan perjuangan rakyat meredah onak duri demokrasi ala UMNO-BN yang tak pernah diimpikan sebelum ini sudah terlakar.
Pasti, ia akan memberi impak dan reaksi positif di kalangan rakyat negara ini seluruhnya. “Polis tak kacau, trafik dijaga, peserta disiplin, gerai dan restoran makanan penuh, jadi apa ada hal? Semuanya okay…”
Ini bermakna, pemikiran bantut dan tuduhan tak senonoh yang mendakwa demonstrasi, perarakan dan perhimpunan rakyat akan menimbulkan huru hara, vandalisme dan seumpanya boleh terus dibuang ke dalam bakul sampah.

Pasca KL112, kita juga pasti pimpinan UMNO-BN dengan bangga akan berkata kebenaran menganjurkan himpunan itu adalah bukti kerajaan BN amalkan demokrasi, terbuka dan satu lagi pelaksanaan transformasi politik.
Apapun dakwa mereka, kebenaran mengadakan perhimpunan mega ini diputuskan oleh suhu politik dan kesedaran rakyat yang semakin meningkat. Rakyat semakin marah, berani, muak dan jijik dengan gelagat pimpinan UMNO-BN. Ini bererti kerajaan BN semakin lemah.
Jika dulu mereka berkuasa melakukan apa saja keputusan, tetapi maaf, tidak lagi kini.
Cabai Burung percaya, pihak Polis lebih tahu situasi sebenar politik negara. Suara rakyat suara keramat.
Bahang PRU-13 akan datang mungkin bakal menzahirkan era baru bagi Malaysia.
Kasihan, di saat panglima UMNO-BN mengatur gerak memasang kuda-kuda, menyebar dakyah fitnah, membakar sentimen kaum dan agama, rakyat rupanya lebih cerdik.
Gagasan Pakatan Rakyat dan NGO rupanya sudah pergi jauh ke hadapan, keluar daripada belenggu kejumudan minda, memimpin rakyat menuju islah sebenar, menyahut seruan demokrasi dan kebebasan, sedia melakar sejarah baru negara, menanti sinar baru buat Malaysia tercinta.

Memang Gila : Ramal BN kalah, Ketua Ekonomi Bank Islam digantung


KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."

Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya  itu, dengan mengatakan  “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata;

“Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.

PRU perlu dipercepatkan

Hujung Julai 2012, Azrul  dilaporkan berkata, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat (pertengahan tahun 2012) berbanding ditangguhkan kepada tahun depan (2013).

Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman.

Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul.

Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka.

"Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

"Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat.

"Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan.

Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR 112

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.

Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.

“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.

“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.



“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).

“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.


Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.

Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.

HKR112 Di Kota London & Kaherah Mesir



Rakyat Malaysia berarak dari Trafalgar Square ke Parlimen

LONDON, 13 Jan : Sekumpulan rakyat Malaysia di bandar raya ini menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai tanda solidariti kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang berhimpun d Stadium Merdeka semalam.

Mereka membawa bendera Malaysia, melaungkan slogan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta kain pemidang bertulis, ‘bebaskan media Malaysia, ‘bersihkan senarai undi’, ‘kerajaan Malaysia paling rasuah di dunia’ dan ‘Jom balik undi’.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Trafalgar Square melalui Downing Street menuju ke tapak himpunan di depan bangunan Parlimen Westminster.

Perhimpunan yang turut disertai kanak-kanak itu berlangsung aman, dengan polis trafik London mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan.

Dalam jemputan facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat London KL112, penganjur menetapkan jam 12 tengah hari waktu London untuk berkumpul di Trafalgar Square dan menggalakkan peserta memakai baju kuning.

Penganjur turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 berlangsung aman di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

Peserta turut membacakan semula ikrar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan yang meminta rakyat Malaysia untuk pulang dan menjadi pemantau pilihan raya sempena kempen ‘Citizen Election Observers’ (Masyarakat Pemerhati Pilihan Raya) Selain kota London dan Kuala Lumpur, Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Jordan, Kaherah, Mesir dan bandar lain diseluruh dunia.

Lebih 500,000 rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Merdeka semalam, yang dianggap sebagai perhimpunan paling besar dan paling aman dalam sejarah. -KD



500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun


Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mesir Malaysia (Ilmam) Mohd Asri Md Daud ketika dihubungi, menyatakan kekesalan terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan Mesir kepada rakyat dan pelajar Malaysia di sana.

"Bukan persoalannya himpunan atau tidak, tetapi ancaman itu adalah satu unsur tidak profesional dan menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia dan di Mesir," tambah asri.

Ilmam juga akan menghantar memorandum dalam masa terdekat ke Kementerian Luar bagi menyatakan kekesalan terhadap duta dan kedutaannya yang tidak mencerminkan sikap terbuka kerajaan yang membenarkan HKR di Stadium Merdeka.
-HD

Nak tahu kenapa #KL112 aman?

 Para jemaah menunggu masuk waktu zohor di masjid Albukhary. Penuh sesak! Ada jemaah yang 'bimbang', kalau-kalau imam dan bilal konfius, hari itu Jumaat atau Sabtu apabila seorang kaki tangan masjid kerap sangat menguji suara di pembesar suara masjid!
Awek ini pun nampaknya bergegas untuk solat zohor sebelum bersama menjayakan himpunan. Alhamdulillah!

Setelah selesai solat, para jemaah mula bergerak beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka sambil berjalan lenggang kangkung, akur kepada arahan bang Mat Sabu, agar tiada perarakan, cuma berjalan lenggang-lengguk! Anak aku kata boring jalan macam ni, lebih seronok berjalan dan lari-lari macam 
Bersih 3.0 dulu! 
" Heh...engkau ni!!" jerkah aku padanya.
Yang tak dapat ruang bersolat dalam masjid albukhary, terpaksa bersolat di tengah panas di laman masjid! Kaki tangan masjid tolong bentang tikar lagi! Terima kasih!
Hanya untuk buang air kecil dan ambil wudhuk, terpaksa berbaris panjang, ada yang berbaris hampir satu jam! Tu diaaa! 
Tapi hairan aku, kerana semua nampak sabar dan tenang serta cukup memahami walaupun ada juga yang kelihatan berdiri gelisah 
sambil terkepit-kepit paha!
Mula berarak ke Stadium Merdeka sambil sembang, berborak-borak, berkenal-kenalan dan ada yang makan-makan dan berkongsi jajan yang dibawa! Aman...memang aman sangat hari itu! 
Cuma yang tak aman, bingit dengan bunyi penjual trompet dengan trompet-trompetnya!!! Mak ooiii!!!
 Awek ini pun turut gagah melangkah dengan penuh keazaman, 
bergerak ke medan perubahan: A.B.U!!
Sebaik masuk dalam Stadium Merdeka ikut pintu kecil di belakang stadium...aku terpegun! Ramainya manusia, dah lah di luar berduyun, di dalam macam ulat!
Laa...ini bendera apa pulak ni? Dulu ternampak berkibar di celah-celah ribuan manusia di Gaza, Palestin, hari itu berkibar pulak dah di tiang bendera dalam Stadium Merdeka!
Punca #KL112 pada Sabtu itu aman malah sangat aman, aku agak adalah kerana orang ini tidak lagi meneropong dari sebalik tingkap di mana-mana hotel di sekitar stadium! Mungkin orang ini tak sempat nak sewa bilik hotel kot atau teropong itu dah hilang!!?