Saturday, March 2, 2013

“Saya terkejut, sedih Altantuya mati dibunuh - Bala

BACHOK: Bersaksikan ribuan rakyat Kelantan, bekas penyiasat persendirian, Balasubramanian A/L Perumal  mengakui benar-benar terkejut ketika diberitahu bekas model Mongolia, Altantuya Sharribuu mati dibunuh dengan kejam.

“Saya cukup sedih dan tidak sangka boleh terjadi begitu,” katanya pada penampilan pertama di Kelantan bagi mendedahkan misteri pembunuhan Altantuya yang pernah menggemparkan negara sebelum ini.

Turut mengikut pembongkaran semula misteri tersebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad, timbalannya, Hassan Mohamood, Naib Yang Dipertua, Abdul Aziz Kadir dan penyelaras Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Laluan ke tempat berlangsung ceramah itu di Kompleks Pendidikan Islam di Kampung Badak jem teruk sehingga dua kilometer. Ada juga yang datang dari Terengganu dan pelbagai tempat di Kelantan.

Balasubramanian yang lebih dikenali sebagai Bala memberitahu ketika itu beliau ditugaskan menjaga keselamatan kenalan rapat Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda ekoran diganggu Altantuya.

Menurutnya beliau pernah menasihatkan penganalisis politik itu membuat laporan polis kerana sering diganggu Altantuya, namun dia enggan kerana mendakwa ada kaitan dengan VVIP.


Katanya, model Mongolia itu datang ke Malaysia bagi menuntut komisyen USD500,000 sebagaimana didakwa pernah dijanjikan Abdul Razak berkaitan urusan pembelian kapal selam Scorpene.

Dakwa beliau berdasar kepada cerita Abdul Razak, Menteri Pertahanan ketika itu pernah berjumpa dengan Altantuya di Paris dan Singapura.

“Altantuya juga memberitahu dia hendak jumpa dengan Najib selepas gagal bertemu dengan Abdul Razak. Selepas merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana Abdul Razak tidak mahu membuat laporan polis, saya memberitahu mahu menarik diri.

“Razak ada menyebut tugas saya hanya bermula jam 7 petang hingga 7 pagi dan sebelah siang akan diiambil alih UTK,” dakwa beliau.

Sebagaimana pernah ditulis dalam akuan sumpah pertamanya Bala berkata, selepas seorang disyaki pembantu Najib datang dengan kereta berwarna biru, kemudian muncul tiga anggota polis berpakaian biasa membawa Altantuya pergi.

Selepas itu Abdul Razak memberitahu dia juga tidak tahu di mana Altantuya berada sehingga sepupunya, Emy datang membuat laporan kehilangan model terbabit.

Menurutnya beliau meninggalkan Malaysia dan menetap di India selepas Najib dilantik sebagai perdana menteri.

“Namun sepanjang menetap sementara di India saya sering mengikuti perkembangan yang berlaku di Malaysia dan pernah membuat kenyataan media di Malaysia Today ketika datang ke Singapura.

“Dan tahun lepas pula saya membuat kenyataan kepada Malaysiakini memberitahu akan pulang ke Malaysia bagi membantu Pakatan Rakyat menjejaki Putrajaya,” ujarnya.

CheguBard yang bertindak sebagai moderator memberitahu misteri di sebalik siapa yang mengarah pembunuhan kejam Altantuya hanya akan terbongkar apabila Pakatan menguasai kerajaan persekutuan.

Friday, March 1, 2013

UMCEDEL : BN 42 Peratus, PR 37 Peratus, Atas Pagar 21 Peratus ( Analisa Jan 2013)

PADA Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu, Barisan Nasional (BN) memperolehi 50.28 peratus undi popular berbanding Pakatan Rakyat (PR) dengan 49.71 peratus. Perbezaan sekitar 290,000 undi iaitu BN dengan 4.08 juta undi dan PR dengan 3.79 juta undi telah menafikan kerajaan majoriti 2/3 BN di Parlimen untuk pertama kali dalam sejarah sejak PRU pra kemerdekaan. Namun dengan kelebihan geopolitik PRU berasaskan sistem ‘First Past The Post’, BN kekal menjadi kerajaan dengan majoriti mudah 63 peratus setelah memenangi 140 daripada 222 kawasan parlimen.
Momentum yang sama dijangka berulang menurut dapatan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) berdasarkan survei terhadap 1,409 responden pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013. Ini adalah edisi keempat kajian serupa yang dijalankan kali pertama sejak Disember 2011.
“Setakat ini BN masih mendahului dengan sokongan 42 peratus berbanding PR dengan sokongan 37 peratus responden yang berdaftar sebagai pemilih. Namun terdapat 21 peratus responden masih belum membuat keputusan dan mereka akan menentukan siapa yang akan menang dalam PRU-13,” kata Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Jika dilihat kepada edisi kajian sebelumnya sebenarnya BN masih mempunyai kelebihan dari segi mengekalkan sokongan sedia ada iaitu 44 peratus pada September 2012, 49 peratus pada April 2012 dan 43 peratus pada Disember 2011.

Walau pun sokongan kepada PR dilihat meningkat berbanding 30 peratus, 21 peratus dan 18 peratus pada tempoh masa sama tetapi ia sebenarnya ditampung oleh pemilih atas pagar yang  semakin berkurangan daripada 26 peratus, 30 peratus dan 39 peratus. Dalam erti kata lain BN mempunyai kelebihan daripada penyokong tegar mereka berbanding PR dengan penyokong berubah-ubah.
Kajian terbaru ini juga mengubah pola sokongan pemilih kepada calon iaitu 48 peratus berbanding parti 47 peratus. Sebelum ini label parti lebih menguasai iaitu 52 peratus berbanding calon 40 peratus (September 2012), 51 peratus berbanding 37 peratus (April 2012) dan 54 peratus berbanding 40 peratus (Disember 2011).
Ini bermakna bahawa selagi BN dan PR belum memuktamadkan senarai calon mereka maka kedudukan hampir seri itu belum boleh disahkan dalam bentuk undi. Malah jika PR tersalah meletak calon tidak mustahil mereka akan mengulangi kesilapan BN yang menang besar pada PRU-11 tetapi kalah teruk pada PRU-12 berikutnya. Kedua-duanya menjadi rekod bersejarah BN.
Faktor kekuatan calon dapat dilihat dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada 2010. BN yang berani menggugurkan bekas penyandang selama empat penggal sejak 1990, Datuk Palanivel Govindasamy yang ketika itu adalah Timbalan Presiden MIC kemudian berjaya merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan PKR pada PRU 2008 melalui Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.
Allahyarham Dr Zainal Abidin adalah merupakan bekas Ketua UMNO Hulu Langat selama 14 tahun dan Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999. PKR yang kemudian menurunkan calon daripada pusat, Datuk Zaid Ibrahim yang baru 10 bulan melompat parti daripada UMNO nyata tidak dapat menyambung penggal berbaki 3 tahun itu. Zaid adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Kota Bharu.
Najib atau Anwar?
Amalan tradisi BN meletakkan penyandang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memperbaharui mandat sebagai Perdana Menteri (PM) dan PR pula telah memuktamadkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM jika memenangi PRU kali ini.
Ia adalah signifikan apabila pesaing mereka dalam gabungan parti masing-masing iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin sekadar menjadi calon popular kepada 22 peratus dan tidak popular kepada 42 peratus manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang popular 26 peratus dan tidak popular 46 peratus.
Justeru, calon pilihan PM pasca PRU-2013 hanya ada dua iaitu sama ada Najib dari BN atau Anwar dari PR. Tiada pesaing yang lain. Ini bukan bermakna bahawa Muhyiddin dan Abdul Hadi ditolak sebagai PM tetapi pemilih mahu PRU kali ini menjadi medan pertarungan pengaruh antara Najib dan Anwar.
Sebagai Perdana Menteri sudah tentunya Najib terdedah dengan lebih banyak kritikan dan berdepan dengan ‘pasang surut’ sokongan kerana polisi dan dasar kerajaan dari semasa ke semasa. Sebagai penyandang Najib masih mendahului dengan populariti 43 peratus berbanding pencabarnya Anwar dengan 42 peratus.
Sungguh pun populariti kedua-dua tokoh politik ini hampir sama dengan perbezaan 1 peratus tetapi jumlah ketidak-popularan mereka berbeza 10 peratus. Anwar nyata lebih tidak disukai oleh 30 peratus berbanding Najib oleh 22 peratus. Namun 35 peratus dan 29 peratus lagi masih belum membuat keputusan sama ada Najib atau Anwar menjadi pilihan mereka.
Jika profil responden diperinci maka Najib disokong sebagai PM oleh kaum Melayu dan golongan wanita sementara Anwar disokong oleh kaum Cina dan generasi muda. 46 peratus Melayu menyokong Najib berbanding Anwar 34 peratus sementara 61 peratus Cina menyokong Anwar berbanding Najib 35 peratus. Bagi pemilih yang bakal mengundi kali pertama, Anwar disokong 52 peratus berbanding Najib 30 peratus.
Menyedari hakikat ini, maka tidak ralat apabila melihat Najib menjadi Perdana Menteri pertama mengunjungi sambutan Tahun Baru Cina kumpulan pendesak pendidikan Cina, Dong Jiao Zong sementara Anwar pula memperkenalkan Agenda Wanita Malaysia (AWM).
Isu Main Peranan
Kajian terkini UMCEDEL ini juga mengesahkan bahawa rakyat Malaysia masih tertarik dengan tawaran material terus kepada rakyat daripada kedua-dua belah pihak. 75 peratus bersetuju bahawa pemberian bantuan secara berkala seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M ) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Malah Bajet 2013 yang memanfaatkan rakyat turut mencatat persetujuan 55 peratus.
Begitu juga dengan PR yang menjanjikan penurunan harga minyak dipersetujui 57 peratus, pemansuhan PTPTN 60 peratus dan penurunan harga kereta 50 peratus. Dijangka menjelang bulan terakhir PRU lebih banyak tawaran lumayan termasuk terbaru pendapatan isi rumah minimum RM4,000 oleh PR dan kenaikan BR1M kepada RM1,000 oleh BN.
Inisiatif program transformasi kerajaan seperti Klinik 1Malaysia dan Kedai 1Malaysia didapati meningkatkan sokongan sehingga 73 peratus kepada BN. Kejayaan BN menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur sejak kemerdekaan pula mencatat darjah persetujuan 61 peratus sementara janji PR untuk mewujudkan kerajaan baru yang bersih dan amanah mendapat sokongan 57 peratus.
Sungguh begitu, 78 peratus percaya bahawa isu integriti dan penyalahgunaan kuasa pemimpin BN, 62 peratus isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), 61 peratus isu Loji Pemprosesan Nadir Bumi (LYNAS), 51 peratus kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan 55 peratus isu sudah terlalu lama memerintah Malaysia antara isu yang boleh menjejaskan sokongan kepada BN.
Bagi PR pula, 59 peratus percaya bahawa percanggahan pendapat di kalangan pemimpin dan 44 peratus kelemahan pentadbiran negeri boleh menjejaskan peluang PR.
“Bagi BN isunya ialah integriti seperti skandal Deepak Jaikishan dan NFC sementara PR isunya ialah perbalahan seperti Hudud, nama Allah dan pembahagian kerusi. Walau mereka memiliki pandangan berbeza terhadap BN dan PR tetapi menekankan perkara pokok yang sama iaitu tadbir urus,” ulas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya itu.
Undi Atas Pagar Penentu
Dalam suasana yang nampak seimbang, iaitu kekuatan BN dan Pakatan hampir setara, tumpuan wajar diberikan kepada kelompok 21 peratus yang masih belum membuat keputusan. Walau pun angkubah ini adalah kuasa ketiga dan kelompok minoriti berbanding partisan 42 peratus dan 37 peratus tetapi tokok tambah undi atas pagar ini mampu menentukan kemenangan melalui majoriti mudah.
“Parti yang menguasai golongan 21 peratus ini akan berpeluang untuk memenangi PRU kali ini. Kami telah menjejak undi senyap ini dan mendapati profil mereka terdiri daripada 53 peratus orang Cina, 49 peratus siswazah universiti, 51 peratus berumur antara 21 hingga 30 tahun dan 48 peratus pemilih yang bakal mengundi pertama kali,” ujar pensyarah terbaik UM untuk tujuh kali berturut-turut ini.
Melihat hakikat ini maka tidaklah memeranjatkan apabila BN dan PR masing-masing menjadikan 4 kelompok pemilih ini sebagai kumpulan sasaran utama mereka. Tawaran BN dengan Skim Rumah Pertamaku, rebet telefon pintar 3G dan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) sementara PR menjanjikan penubuhan Sekolah Janaan Rakyat, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) Sekolah Menengah Swasta Cina, pengurangan kadar cukai individu dan harga kereta serendah RM25,000 untuk memenangi hati kumpulan berisiko ini.
Hakikatnya baik BN atau PR, dasar kerajaan pasca PRU-13 sewajarnya dipandu untuk kepentingan keseluruhan 100 peratus rakyat Malaysia. Bukan untuk 42 peratus atau 37 peratus, apatah lagi 21 peratus.

14 Terbunuh, 3 Cedera di Lahad Datu, namun persoalan-persoalan ini masih belum terjawab..


Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah telah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.

The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.

Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua Komando Polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Bravo Sniper Malaysia ... Headshoot !!! 
Ade lagi nak cabar kedaulatan tanahair ni?

Dua komando yang terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud.

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera, Jumlah anggota penceroboh tersebut yang tercedera masih belum diketahui..

Manakala seorang daripada tiga cedera itu dalam keadaan kritikal, dan mereka sedang dirawat di hospital.

Mereka adalah dari VAT69, unit komando elit polis yang ditugaskan membanteras komunis, dan kemudiannya ditugaskan untuk gerakan anti-keganasan dan menjalankan operasi khas.


Meskipun negara kelihatan berlembut dengan mereka dalam hal ini dan pemimpin negara mengambil mudah hukum-hukum Islam, namun ketahuilah apa yang dilakukan oleh negara dalam berhadapan situasi ini adalah selaras dengan syarat-syarat peperangan dalam Islam..


Antaranya ialah musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.

Musuh diberi peluang untuk berunding, diberi kata dua untuk berundur atau bertaubat, jika masih berdegil barulah serangan dimulakan.

Tahanan perang pula diberi layanan yang baik, maruah mereka tidak dijatuhkan dan mayat-mayat yang gugur diberi masa dan ruang untuk disempurnakan.


Namun begitu persoalan asas masih belum terjawab... bagaimana mereka boleh bolos dengan begitu mudah?

Sedangkan menurut Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Bagaimana mereka boleh melepasi  empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.?

Bagaimana mereka gagal dikesan oleh 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer?

Bagaimana mereka boleh lepas dari Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri?

Dan adakah benar TLDM gagal mengesan kehadiran mereka sedangkan pengkalan Kapal Selam negara berada di Teluk Perairan itu??? 

13 Mei: Ucapan Tunku menerusi RTM

Helen Ang

Pada 13 Mei setibanya perdana menteri di stesen RTM kira-kira pukul 10.30 malam, beliau terus berucap menerusi televisyen dengan mencelah di tengah-tengah sebuah rancangan kegemaran ramai.

Sila baca dengan teliti.

Teks ucapan Tunku Abdul Rahman (13 Mei 1969):
“Kejadian yang tidak diingini telah pun berlaku di Kuala Lumpur dan pasukan keselamatan telah pun mengawal dengan kuatnya di serata-rata tempat dan penjuru-penjuru jalan. Dengan keadaan yang demikian, saya terpaksa mengisytiharkan Darurat di Kuala Lumpur. Curfew pun telah dimulakan dan dijalankan. Dan saya telah memberikan kuasa mengisytiharkan darurat ataupun state emergency di serata-rata negeri lagi, sekiranya wajib berbuat demikian, kerana hendak menjaga keamanan negara dan nyawa dan harta benda dan dengan ini adalah menjadi tanggungjawab saya dan saya akan menjalankan dengan sekuat-kuatnya kuasa saya itu.

“Saya minta pertolongan semua pihak yang bertanggungjawab supaya bekerjasama dengan pegawai-pegawai keamanan untuk menolong menjaga keamanan di negara kita ini dan penduduk-penduduknya sekalian. Kejadian yang berlaku itu tidak ada sebab. Apa yang diperbuat oleh parti pembangkang pada semalam, kita tidak ingini dan saya pegang dan tuduh mereka telah memulakan kejadian yang jahat itu, kejadian yang khianat itu. Tetapi balas-membalas bukan boleh menimbulkan baiknya.

“Saya rasa sangat-sangat susah hati di atas apa yang telah berlaku kerana dua bulan lamanya saya berpusing di tempat-tempat memberi syarahan dan mengingatkan kepada sekalian penduduk-penduduk segala dakyah anti itu bangsa, anti itu bangsa boleh menimbulkan pergaduhan yang besar di antara bangsa-bangsa, penduduk-penduduk di negara kita ini. Oleh sebab negara ini ialah berbilang bangsa, saya rasa hal seumpama ini harus berlaku, hal pergaduhan yang seumpama ini harus berlaku dan sekarang ini telah pun berlaku, sungguhpun caranva sederhana.

“Semuanya yang bertanggungjawab kenalah menjalankan kepentingan mereka supava hal ini tidak merebak. Mahulah setiap tempat meletakkan jawatankuasa muhibah serata tempat-tempat itu boleh menjaga keselamatan dan perasaan baik waspada antara satu kaum dengan lain kaurn. Negara ini bergantung kepada tuan-tuan sekalian. Tolong masing-masing yang jujur dan ikhlas kepada saya yang menjaga negara ini supaya tidak berbangkit hal-hal yang berbahaya. Negara yang kita kasihi ini adalah kehendak pertolongan tuan-tuan sekalian. Saya doakan kepada ke hadrat Subhannahuwataallah. Selamatkanlah semua penduduk-penduduk sekalian!”
May 15
Muka depan The Straits Times (15 Mei 1969)

Kenangan Tunku Abdul Rahman

“Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenangkan kejadian yang telah menimpa ibu kota dan negara kita yang aman ini. Saya telah berasa gelisah dan berjalan mundar-mandir serta menghabiskan masa saya di atas sejadah untuk berdoa kepada Allah SWT. Saya berdiri di beranda luar bilik tidur saya dan menghalakan pandangan saya ke bandar sambil memerhatikan api yang menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran Kampung Baru dan di sebelah utara.

“Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran di sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit. Inilah satu pemandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak menyangka saya akan menyaksikan kejadian yang seperti itu semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha-usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi perdana menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini.

“Ketika saya memerhatikan api yang menjulang tinggi, terbayang di mata saya kejadian dashyat yang sedang berlaku pada malam yang mengerikan itu, dan saya terkenang kepada peristiwa-peristiwa lepas yang menyebabkan timbulnya malapetaka itu. Pada masa itu juga saya sedar dan insaf bahawa jika hendak difahami sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa yang buruk itu, maka perlulah dikaji satu per satu kejadian-kejadian yang telah lepas.

“Pada hari itu saya menerima laporan mengenai perarakan Gerakan yang telah diadakan semalam. Mereka telah melemparkan kata-kata nista terhadap orang Melayu dan menyuruh orang Melayu pulang ke kampung-kampung dan desa kerana kapal layar (lambang Perikatan) telah ditenggelamkan. Kesemua hal ini terbayang dalam ingatan saya yang merupakan sebahagian daripada sebab-sebab berlakunya rusuhan itu.”

– Petikan buku ’13 Mei Sebelum dan Selepas’ (memoir Tunku Abdul Rahman, halaman 81)
Perarakan mayat Lim Soon Seng, 9 Mei 1969
Perarakan mayat Lim Soon Seng melalui perut ibukota
9 Mei 1969: Kata-kata yang tertera pada sepanduk (gambar atas) berbunyi “死 的 光 彩,生 的 伟 大” (kematian yang cerah ‘berwibawa’, kehidupan yang ‘gemilang’)

Lim Soon Seng, seorang sukarelawan pilihanraya yang mati dibunuh, telah mencetuskan kontroversi yang sama hebatnya dengan kematian Teoh Beng Hock zaman kita.

10 Mei 1969: Hari membuang undi.

Dalam pilihanraya umum 1969, MCA telah kalah teruk kepada DAP yang pertama kali bertanding PRU – parti itu didaftar pada 1966 – serta MCA langsung tewas di Pulau Pinang kepada Gerakan yang ditubuhkan Dr Lim Chong Eu setahun awal pada 1968.

12 Mei 1969: Perarakan sambutan kemenangan oleh pembangkang
DAP menyambut kemenangan PRU di jalanan
DAP menyambut kemenangan PRU di jalanan

Suasana kempen pilihanraya tegang
Tunku memperingatkan “jika hendak difahami sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa yang buruk itu, maka perlulah dikaji satu per satu kejadian-kejadian yang telah lepas”.

Peristiwa 血債血還 (hutang darah dibayar darah) tidak berlaku secara spontan dalam suatu ruang kosong (vacuum) ataupun tanpa apa-apa kesinambungan. Ia sebenarnya menyusuli “kejadian-kejadian yang telah lepas” — untuk meminjam cakap Tunku Abdul Rahman.

Contohnya, berlaku rusuhan kaum di Pulau Pinang pada bulan November 1967 di mana 4 orang terbunuh serta dikeluarkan perintah berkurung oleh pihak berkuasa.

Mengimbau suhu pilihanraya bersejarah itu, Tunku menyorot kembali keberlangsungan sebuah kempen yang sengit. Katanya:

“dua bulan lamanya saya berpusing di tempat-tempat memberi syarahan dan mengingatkan kepada sekalian penduduk-penduduk segala dakyah anti itu bangsa, anti itu bangsa boleh menimbulkan pergaduhan yang besar …”.

Kempen PRU tahun 1969 berbekalkan “dakyah anti itu bangsa, anti itu bangsa”.

Dalam kempen PRU tahun ini, di samping politik perkauman juga sekarang dicampur-adukkan unsur-unsur benci agama.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/buddhists-want-probe-into-chinese-ustazs-king-kong-remarks
Fanatik Kristian pun ada sekarang
Ridhuan Tee sudah berkali-kali mencemuh kaum minoriti serta agama-agama yang dianuti mereka.

Orang India dan agama Hindu beserta perayaan-perayaan untuk dewa-dewi seperti Thaipusam dihina bukan hanya oleh seorang pelampau agama Islam seperti Ridhuan sahaja.

Pelampau agama juga berwajahkan fanatik Kristian yang benci patung disembah (idolatry).

Mungkin disebabkan sesetengah orang Kristian yang duduk di kawasan perumahan mewah bandar adalah orang yang berada serta memiliki segulung kertas ijazah, maka mereka memandang rendah penganut agama-agama lain sebagai “low class”.

Cuba tanya kenapa si evangelis begitu beriya-iya mahu memurtadkan orang yang miskin serta yang kurang bersekolah? Kenapa mereka bergerak di kalangan gelandangan Melayu? Kenapa disasarkan penganut Hindu golongan kelas pekerja?

Tingkahlaku evangelis yang ‘born again’ ke dalam agama Kristian membayangkan mereka tidak menghormati asas-asas peradaban dan kepercayaan tamadun lain.

Contohnya dalam soal mahu kebas kalimah Allah serta evangelis mendakwa hal mencuri itu bukan menjadi isu (“non-issue”).

Orang Islam diwajib menunaikan 5 solat dan dalam setiap sembahyang pula diulangi ucapan syahadah yang mana kalimah Allah disebut dua kali. Justeru kalimah Allah tidak lekang dari bibir seseorang Muslim untuk sepanjang hari, sepanjang minggu dan sepanjang hayat.

Maka pastilah orang Islam amat sayangkan kalimah Allah serta memandang berat seandainya ia disalahgunakan.

Pendekatan golongan Kristian yang meremehkan hakmilik kalimah Allah tidak kurang perbuatan seorang pendakwah mualaf Shah Kirit yang pernah menghina amalan Hinduisme dan Ustaz Ann Wan Seng (PAS) yang menghina amalan Taoisme — screenshot atas, dia menggelar kepercayaan “King Kong” masyarakat Cina ibarat doa “kong kali kong”.

Bukan Ridhuan Tee seorang sahaja yang memperlekehkan Thaipusam. Malah kedengaran banyak rungutan dari golongan berusia kaum Cina dan kaum India bahawa evangelis Kristian tiada mempunyai rasa hormat bagi tradisi nenek-moyang keluarga mereka.

Mula-mulanya si evangelis ekstremis ini kurang ajar terhadap masyarakat Hindu dan Buddha yang lemah di negara.

Namun apabila mereka sudah berani tunjuk taring kepada masyarakat Islam yang kuat …

Thursday, February 28, 2013

Altantuya : Bala Mengaku SD1 Benar, Batalkan Selepas Diugut Adik TPM

Scorpene najib altantuya razak baginda
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hari ini mengakui akuan bersumpah pertama (SD) beliau yang didedahkan pada 3 Julai 2008 tentang pembunuhan model sambilan Altantuya Shaariibu merupakan satu pengakuan yang benar.
Bagaimanapun menurut Balasubramaniam beliau dipaksa membatalkan SD pertama dengan membuat SD kedua keesokkan harinya apabila beliau diugut oleh seorang lelaki yang mendakwa beliau Nazim Razak, iaitu adik kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Ugutan itu berlaku dalam satu pertemuan dengan Nazim yang diaturkan oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan di The Curve, Damansara pada malam hari selepas beliau mendedahkan SD pertama.
Balasubramaniam berkata demikian dalam program pendedahan ‘Siapa Bunuh Altantuya?’ yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di sini.
“Dia (Nazim) hanya cakap tiga ayat sahaja, adakah anda orangnya? Saya jawab, ya.
“Adakah anda sayang keluarga anda? Saya jawab ya dan dia menyambung, jika anda sayang keluarga anda, ikut sahaja arahan Deepak,” kata Balasubramaniam dihadapan kira-kira lebih 2,000 orang malam tadi.
Pada masa sama Balasubramaniam mendakwa beliau diberitahu isterinya melalui panggilan telefon terdapat beberapa orang yang tidak dikenali berada di sekitar kawasan kediaman mereka.
Balasubramaniam juga difahamkan oleh Deepak, anggota perisikan tentera turut berada di kawasan rumahnya bagi memantau pergerakan beliau dan keluarganya.
“Saya menyuruh isteri saya tutup pintu dan jangan keluar rumah sehingga saya balik,” kata beliau lagi.
Menurut Balasubramaniam, selepas beliau membuat SD kedua, beliau dan keluarga bersembunyi sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Changi, Singapura dan diterbangkan ke Bangkok, Kathmandu, New Delhi dan akhir sekali di Chennai, India.

Balasubramaniam pulang selepas empat tahun meninggalkan negara, pada Ahad lalu bagi membantu Pakatan Rakyat tetang pembunuhan Altantuya pada 2006.
Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas telah dijatuhkan hukuman mati setelah didapati bersalah di dalam kes tersebut.
Kes itu mendapat perhatian awam setelah ia membabitkan seorang pegawai kanan Najib ketika itu, Abdul Razak Baginda yang turut dituduh.
Bagaimanapun, Abdul Razak dibebas daripada tuduhan.

Altantuya: Panggil semua yang disebut dalam SD1 Bala

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyambut baik pendedahan dilakukan oleh Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Peguam Negara membuka semula kes perbicaraan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan memanggil kesemua nama-nama yang disebut di dalam akuan bersumpah pertama (SD1) yang dilakukan oleh PI Bala sebelum ini.

"Saya menyambut baik pendedahan berani yang dilakukan oleh PI Bala malam tadi dan ia merupakan satu permulaan baru kepada kes yang membabitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.

"Jadi, kita mendesak agar Peguam Negara segera membuka semula perbicaraan dan memanggil nama-nama yang disebut dalam SD1 itu," jelas beliau.


Khalid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut berpendapat, PI Bala telah merasakan diri beliau selamat dari ancaman pihak-pihak tertentu termasuk keluarga sehingga berani tampil secara terbuka untuk membuat pendedahan.

PI Bala yang sebelum ini terpaksa membuat akuan bersumpah kedua (SD2) dan membawa keluarganya ke India apabila terdapat ancaman dari pihak tertentu yang tidak senang dengan SD1 beliau itu.

"PI Bala tampil membuat pendedahan apabila beliau merasakan dirinya termasuk keluarganya terjamin selamat dan tidak akan dicederakan.

Bala malam tadi tampil di pentas umum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), beliau menceritakan penglibatannya sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda yang merupakan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

PI Bala juga menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di  forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?’ itu.

PI Bala dedah Najib dalang pembunuhan Altantuya

Aisha Geoffrey
Bala lagi
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendedahkan, ‘VVIP’ yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bala yang membuat pendedahan umum kali pertama malam tadi, sekembalinya ke tanah air Ahad lalu menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya bermula beliau dipanggil bekerja oleh Abdul Razak Baginda.

Menurut Bala, Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya beliau melindungi rumah dan anaknya 24 jam selama 10 hari.

Beliau mendedahkan perbualan Razak bersama seorang individu ketika pertemuan mereka.

“Semasa (saya) bertemu Razak, dia menerima panggilan dari seseorang bernama ‘Tan’ yang mengugut akan mencederakan anak Razak jika beliau tidak membayar wang ‘wanita’ itu,” kata Bala, merujuk Altantuya.
Bala
“Kemudian saya tanya kenapa tak buat laporan polis? Razak jawab tak boleh, sebab ada VVIP yang terlibat. Saya tanya lagi kenapa tak halang saja dia (Altantuya) dari masuk negara ini? Razak kata tak boleh, Altantuya ada banyak pasport,” kata Bala di hadapan 3,000 hadirin pada forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

Menurut Bala lagi, Razak memberitahunya, Altantuya menuntut bayaran sebagai perantara dalam urusan pembelian kapal selam di Perancis sebanyak USD500 juta dan tiga tiket kapal terbang pulang ke Mongolia.

Kata Bala, kali terakhir dia melihat Altantuya pada 18 Oktober 2006 iaitu di hadapan rumah Razak.

altantuya
“Sebelum itu Razak cakap, kalau Altantuya ada depan rumahnya, (saya perlu) mesej beliau (dahulu). Saya hantar SMS kepada Razak memberitahunya (tentang kehadiran Altantuya). Kemudian Razak kata ‘lengahkan dia, tunggu sampai orang saya sampai’,” kata Bala.

“20 minit kemudian, sebuah kereta Proton Aeroback warna merah tiba dengan seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, dan dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azhar (Umar). Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu dalam kereta,” jelas Bala.

“Azilah tanya saya dalam Bahasa Melayu: ‘inikah perempuan itu’, menyebabkan Altantuya tak faham apa yang kami cakap. Saya kata ‘ya’. Azilah pula berkata, mereka (tiga individu berkenaan) akan bawa Altantuya pergi. Saya beritahu Altantuya bahawa dia ditahan dan perlu mengikut mereka naik kereta tersebut. Altantuya masuk dan duduk di belakang bersama Korporal Rohaniza, manakala Azilah dan Sirul berada di depan,” kata Bala.

Azilah dan Sirul – kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Najib. Mereka bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan di Shah Alam, hampir tujuh tahun lalu.

Sah Najib terlibat

Menurut Bala lagi, beliau hanya mengetahui kematian Altantuya selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) pada November 2006.

Bala 2
“Sewaktu (saya) bertemu Razak dan peguam Puvanendran, Razak menerima SMS dan menunjukkan kepada kami kandungan SMS itu – “Meeting IGP at 11am, be cool”. (Pada SMS itu) tertera nombor Datuk Seri Najib Razak. Maka terjawablah VVIP yang terlibat,” kata Bala disambut sorakan hadirin.

Mengesahkan lagi keterlibatan Najib, Bala memberitahu, adik Najib, Datuk Nazim Razak pernah berjumpanya, mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama.

“Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua,” jelas Bala yang meninggalkan Malaysia sejak 2009 disebabkan ugutan itu.

penyokong
Forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tersebut dipengerusikan Presiden Kumpulan Anak Muda Independan (Kami), Khalid Ismath.

Panelis melibatkan kartunis politik, Zunar; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel, manakala Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin selaku moderator.

Hadir sama di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu.

Kehadiran Bala disambut meriah penyokong pelbagai kaum yang melimpah hingga ke luar dewan.

Ekoran sambutan itu, penganjur memasang skrin di perkarangan dewan, supaya hadirin dapat sama mengikuti pendedahan yang dinanti-nantikan itu.

Turut sama mengambil peluang, para peniaga yang membuka gerai jualan seperti baju dan makanan.

Panas: Gambar Ustaz Azhar dikerumuni pelumba LTdL 2013


Panas! Ustaz Azhar Dikerumuni Pelumba Basikal LTDL 2013 Edisi Kuantan
http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/555117_517498674960518_826424676_n.jpg
Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Biarkan gambar berbicara.

UAI dikerumuni oleh peminat2nya semasa melawat LTDL edisi Kuantan semalam. Mat Saleh pun minat UAI juga. Semoga Allah memberikan mereka hidayah Islam juga nanti. Insya Allah. Amin

Inilah Wajah Wajah Pejuang Pakatan Rakyat..Yang Besederhana. Tidak ada dalam TV pun..


DSAI ..menjalani seperti  kehidupan orang biasa.. walaupun dah top



Tuan Guru Nik Aziz bersederhana ..dalam kehidupan seharian

Mohamad Sabu Tertidur Di Mahkamah sebentar..sementara menunggu Hakim

  Yb Salehuddin Terlelap sementara tunggu masa berceramah

 YB. Salehudin  Melawat kawasan


Ini Tak payah di perkenalkan lagi.. kehidupan memang bermewah mewah..sebb anak PM Dulu [ Tun razak ]

Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM



KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.
 
Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan. -KD

Thursday, February 21, 2013

Pemerintah bukan pelacur – Dr MAZA

Namun tidak boleh dinafikan betapa ramai yang tertipu lalu menganggap setiap hubungan seks itu tanda cinta sehingga gagal membezakan antara pelacur yang menanti upah dan isteri yang menanti pahala dan takutkan dosa. Demikian, ada rakyat dalam dunia ini yang menganggap setiap pemberian kerajaan itu tanda cinta kepada mereka sedangkan mereka lupa pemberian itu tidak dibina atas kejujuran cinta, sebaliknya atas upah sokongan dan undi.
Oleh: Dr MAZA
Cinta adalah perkara yang tidak boleh dibuat-buat. Ia satu perasaan yang muncul dari lubuk sanubari. Ia lahir dalam jiwa dan diterjemahkan dalam tindakan. Apabila seseorang itu benar-benar kasihkan kita, maka tindakan dan sikapnya terhadap kita juga adalah lambang dan hasil dari keindahan cintanya. Sesiapa yang ada pasangan yang mencintainya, dia akan tahu keindahan hubungan yang dibina atas cinta. Lihat cara suami atau isteri anda melayan anda, maka anda dapat mengukur tahap cintanya kepada anda. Lagi dalam kasihnya, lagi indah hubungan dan sikapnya terhadap anda.
Justeru, hendaklah dibezakan antara kehendak seks antara pasangan dan cinta. Seks ada yang berteraskan nafsu semata dan ada yang merupakan gabungan antara cinta dan nafsu. Seseorang yang ghairah seksnya, bukan bererti dia penuh cinta. Namun, cinta yang mendalam membawa kepada hubungan seks yang indah. Ini boleh diibaratkan macam pemberian wang bantuan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat. Pemberian itu bukan semestinya menggambarkan cinta kerajaan kepada rakyat. Boleh jadi ia sekadar nafsu ingin berkuasa dan pemberian itu demi melangsaikan kehendak dirinya. Rakyat yang menerima bantuan juga bukan semestinya mencintai kerajaan yang memberi. Dia sudi menerima kerana merasakan itu haknya, ataupun dia memerlukannya tapi jiwanya mungkin menyumpah dan menyampah. Persis seperti hubungan antara suami isteri yang hidup dalam keadaan keterpaksaan tapi penuh kebencian.
Pelacur

Namun tidak boleh dinafikan betapa ramai yang tertipu lalu menganggap setiap hubungan seks itu tanda cinta sehingga gagal membezakan antara pelacur yang menanti upah dan isteri yang menanti pahala dan takutkan dosa. Demikian, ada rakyat dalam dunia ini yang menganggap setiap pemberian kerajaan itu tanda cinta kepada mereka sedangkan mereka lupa pemberian itu tidak dibina atas kejujuran cinta, sebaliknya atas upah sokongan dan undi.
Pun begitu, pelacur kadang-kala kurang buruk dari sesetengah kerajaan atas muka bumi ini kerana pelacur mengambil upah dari hasil dirinya. Sementara pemimpin dan kerajaan yang menipu mengambil wang negara dan rakyat yang dibahagikan semasa sendiri terlebih dahulu dan sedikit pemberian untuk rakyat sambil berlagak seolah wang tersebut dari poket peribadi mereka.
Adapun hubungan seks halal yang penuh cinta itu melahirkan kepuasan jasmani dan rohani. Tiada pemberontakan dan penuh kedamaian. Ia seperti sebuah kerajaan yang cintakan rakyat. Amanah terhadap pengurusan negara. Harta negara bukan habuan untuk isteri dan keluarga mengaut kekayaan yang gila-gila. Negara diuruskan dengan sebaiknya dengan penuh keikhlasan sehingga rakyat terasa kejujuran itu. Kejujuran itu menimbulkan rasa cinta rakyat kepada diri pemerintah. Pemerintah mengawal negara dari ancaman luaran dan juga dalaman. Ancaman musuh yang terang, dan juga orang sekelilingnya yang kadang-kala lebih memusnah kekayaan negara dibanding mereka yang digelar “musuh”.
Isteri dan kroni
Betapa ramai pemerintah yang dibenci kerana tingkah laku isteri dan kroni. Inilah ancaman dalaman yang meragut peluang dan kesempatan sehingga kekayaan negara tertumpu dalam tangan mereka. Hanya pemerintah yang amanah dan cekap sahaja dapat menguruskan negara dari ancaman luaran dan dalaman ini. Hasilnya, kasih-sayang rakyat dan kesetiaan lahir dalam tindakan para pegawai kerajaan dan rakyat bawahan. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah: “Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku — demi Allah — tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”
“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”.
Sambung Ibn Taimiyah lagi: “Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.”
Lagi kata Ibn Taimiyyah: “Pernah dibawa kepada ‘Umar bin al-Khattab r.a. harta yang banyak dari bahagian khumus (bahagian dari rampasan perang). Kata ‘Umar: “Sesungguhnya tentera telah menunaikan amanah”. Kata mereka yang hadir kepada ‘umar: “Sesungguhnya engkau telah menunaikan amanah kepada Allah ta’ala, maka mereka pun menunaikan amanah kepada engkau. Jika engkau mengambil harta negara sesuka hati, begitulah juga mereka akan lakukan” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]
Teladan
Dari jawapan rakyat kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, kita dapat tahu bahawa antara punca utama rakyat bawahan tidak amanah, setia dan jujur kepada negara dan harta awam adalah disebabkan pemimpin yang tidak amanah. Jika pemimpin itu amanah, pasti rasa cinta dan setia kepada negara akan bersemarak dalam jiwa rakyat jelata. Justeru jangan hairan jika kita lihat rakyat di negara-negara maju rakyat mereka lebih sayangkan negara dibandingkan negara-negara umat Islam yang pengurusan kepimpinannya tidak jujur dan khianat. Hilang ataupun terhakisnya semangat patriotic dan setia kepada tanahair, sebahagiannya hasil dari tindak tanduk kegelojohan golongan atasan mengisi tembolok sendiri. Apabila golongan atasan memiliki kekayaan yang zahir pada diri, “isteri” dan anak dengan kadar yang tidak masuk akal dan sangat luar biasa, maka rakyat kesusahan mula membenci para penguasa mereka. Sekalipun jika ada yang mendakwa kekayaan itu hasil menabung dari kecil, tetapi itu hanya ungkapan untuk memperbodohkan rakyat jelata.
Apabila datang musim maulid kita bercakap tentang Nabi s.a.w dan teladan dalam kepimpinan, namun dunia umat Islam masih terlalu jauh. Nama Nabi s.a.w hanya sekadar untuk modal politik menyedapkan bicara di hadapan rakyat. Di mana Nabi Muhammad s.a.w dan kepimpinan negara umat Islam kita?! Semasa peperangan Badar, tentera Islam mempunyai jumlah kenderaan yang begitu terhad. Tujuh puluh ekor unta terpaksa dikongsi oleh tiga ratus beberapa belas orang tentera. Nabi s.a.w berkongsi dengan ‘Ali bin Abi Talib dan Abu Lubabah. Memandangkan kedudukan Nabi s.a.w dan mereka berdua lebih muda dari Nabi s.a.w maka mereka meminta agar Nabi s.a.w sahaja yang menggunakan unta tersebut. Namun, dengarlah jawapan Nabi s.a.w kepada mereka: “Tidaklah kamu berdua lebih kuat daripadaku, dan tidak juga aku orang yang paling kurang memerlukan pahala dibanding kamu berdua” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dll. Hadis bertaraf hasan).
Demikianlah pemimpin yang berkongsi perasaan dan keadaan rakyat. Maka dari situ suburlah cinta dan setia antara rakyat dan pemimpin. Teruruslah negara, hidupkan kedua pihak dalam keadaan cinta dan setia. Pemimpin bukan pelacur yang menjual diri untuk mendapat upah. Pemimpin tidak boleh menipukan rakyat dengan pemberian yang mengkaburkan untuk mendapatkan undi sedangkan kesemua itu tidak dibina atas cinta dan kejujuran terhadap negara.

PRU13 : Pembubaran Parlimen- Hari ini atau bila pun apa bezanya?

Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya samada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, “saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah” Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.
Bagi saya samada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang di dakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang di minta oleh Najib di Kuching semalam.
Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan samada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita.
Sebenarnya Najib masih belum berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa membubarkannya juga atau di biarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib memilih untuk berbuat demikian.
Tidak ada sebab untuk Najib tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang tidak di pilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung bulan April nanti.
Tindakan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negeri nya. Jangan kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri Selangor kerana UMNO sudah di tolak oleh rakyat Selangor.
Kerja dan tugas UMNO yang penting sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN jika mereka di beri peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU  ini.
Tidak salah untuk UMNO bertahan, tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai banyak ‘factions’ dan mempunyai ‘warlords’ mereka termasuk Dr Mahathir sendiri. UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri.
Puak Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk.
Satu isu yang terbesar akan mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin.
Tidak tahu lah kita samada Najib maklum tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita samada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke persimpangan.
UMNO tidak mempunyai jalan selain dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang di alami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing ‘warlords’ dalam UMNO itu mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak berkuasa lagi.
Mahathir tersangat takut jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa menghadapi Anwar jika Pakatan menang.
Jika UMNO menang dengan tipis sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga menakutkan beliau sendiri. Apa kah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO tiada siapa yang mempunyai ‘allegiance’ terhadap pemimpin yang mereka sokong sebelumnya. Najib akan menangis kesaorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan mereka hanya di ikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah mereka dukung dahulu.
UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang ‘magnanimous’ seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi amalan mereka. Kata perpatah Melayu, ‘mati ayam mati tungau’ Berhenti sahaja Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir hayat.
Najib sekarang memang tidak boleh bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti.
Najib tahu Mahathir tidak akan membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini.
 
Aspan Alias