Nasihat Sheikh Yusuf Qardawi pada umat Islam Malaysia

- Delegasi
daripada Majlis Fatwa Negeri Perlis yang menziarahi ulama tersohor
dunia Islam sekarang ini, Prof Dr Sheikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi, 86
tahun mendapat beberapa nasihat penting untuk disampaikan kepada umat
Islam khasnya rakyat muslim Malaysia. Berikut nasihatnya:
- Keseluruhan ulama serta cendikiawan Islam seluruh dunia perlu bekerjasama demi membina semula ketamadunan Islam.
- Perselisihan pendapat menjadi punca
utama perpecahan umat Islam di seluruh dunia dan selagi usaha menyatukan
mereka tidak dijalankan amat sukar untuk usaha tersebut dijalankan.
- Umat Islam dinasihatkan agar tidak menjadi 'fanatk' dengan Mazhab yang menjadi ikutan mereka.
- Bagi mereka yang tidak mengikuti
mana-mana mazhab pula perlulah menghormati dan tidak menolak mereka yang
mempunyai mazhab ikutan.
- Ada berbagai fahaman muncul
diseluruh dunia sejak dahulu lagi dalam dunia Islam dan memang ini
menjadi salah satu punca keretakan kesatuan umat Islam di seluruh dunia
termasuklah juga di negara kita.
- Dengan kemajuan teknologi maklumat
sekarang ini di mana ilmu berada dihujung jari kita, maka kerja menceduk
ilmu menjadi begitu mudah sekali bagi mereka yang mahu mencarinya.
- Kemudahan ini juga membuatkan
percambahan pelbagai fahaman menular dengan begitu cepat sekali dan
majoritinya menjadi pengikut ikut-ikutan yang kebanyakannya mencampur
adukkan berbagai fahaman yang bersesuain dengan jiwa masing-masing.
- Tidak hairanlah fahaman Syiah yang
ditolak di negara kita berjaya mendapat tempat di sebilangan penduduk
muslim negara kita. Fahaman Wahabi juga sudah menjadi perkara biasa
dibual bicarakan sesama kita, begitulah juga beberapa fahaman lain
seperti menjadikan hanya Al-Quran sebagai sumber rujukan dan juga
fahaman tasawuf atau tarekat seperti Wahdatul Wujud dan lain-lain
terdedah kepada penduduk muslim di seluruh dunia.
- Mohonlah kepada Allah senantiasa agar
Dia membimbing kita ke jalan yang benar, menghidupkan dalam kebenaran
dan mematikan kita dalam kebenaran.
- Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment