Oleh Anwar Ibrahim
(RENCANA) Sesetengah pihak menggelarnya pengakhiran kepada politik
Islam, sebahagian lain lebih cenderung kepada ‘detik-detik sukar’ namun
ada juga berdalih dari kenyataan ‘penglibatan tentera’.Jadi, mengapa
pengibar bendera demokrasi seperti AS dan Kesatuan Eropah (EU) tidak
mampu atau tidak bersedia mengakui rampasan kuasa itu rampasan kuasa?
Jerman bertindak sedikit baik dengan mengatakan situasi yang berlaku di
Mesir sebagai “satu tamparan besar terhadap demokrasi di Mesir”,
walaupun negara-negara Barat selebihnya cuba menyembunyikan kejahatan
mereka dengan semata-mata panggilan akan sekatan dan mengelakkan
keganasan. Tetapi kegagalan merujuknya sebuah rampasan kuasa, apalagi
mengutuknya, memperlihatkan sikap pilih kasih terhadap demokrasi.
Tunisia mengutuk penggulingan Mursi sebagai “rampasan kuasa
terang-terangan”, yang menjejaskan demokrasi dan akan menyuburkan
radikalism. Dalam sebuah ucapan di Istanbul pada 5 Julai, Perdana
Menteri Turki, Erdogan mengutuknya:
“Tidak kira di mana atau siapa yang disanggah, rampasan kuasa kesannya
merosakkan, tidak berperikemanusiaan dan menentang hak rakyat, hak
nasional dan demokrasi”.
Dalam kritikannya yang penuh semangat, Erdogan tidak hanya memberi
respon seperti yang dijangka tetapi dia juga mengaitkan dengan belajar
dari sejarah Turki. Mesir masih berkemampuan menemui harapan baru
seperti Turki, negara yang telah menyusuri perkembangan demokrasi dengan
sejarah rampasan kuasa yang pahit dan menyakitkan.
Lantas, perlembagaan demokrasi Mesir yang baru ditempa, masih rapuh
dan belum kukuh sekaligus ditumbangkan. Tiada topeng- seperti melantik
ketua hakim Mahkamah Tertinggi untuk mengetuai ‘kerajaan sementara’-
dapat mengubah fakta bahawa kuku besi tentera telah memutarkan kembali
jam negara Arab paling berpopulasi di dunia.
Sebahagian mewajarkan rampasan kuasa 30 Jun atas asas bahawa Revolusi
25 Januari pada 2011 yang menggulingkan Mubarak juga dibantu oleh
tentera Mesir. Tapi analogi tersebut tidak benar. Ketika Revolusi
menyaksikan diktator yang telah memerintah secara kejam selama 30 tahun
ditumbangkan, ini adalah penggulingan seorang presiden yang telah
dilantik secara demokratik melalui pihanraya yang adil dan bersih.
Perbezaan kedua-duanya terlalu ketara: Seorang mendapat kuasa kerana
tentera, manakala seorang lagi mendapat kuasa atas mandat rakyat tetapi
diketepikan oleh tentera.
Kebisuan Barat
Dengan kekal membisu ketika tentera menerbitkan ultimatum kepada
Presiden Mursi, Barat menjadi subahat. Kegagalan mengecam rampasan kuasa
setelah fakta membuktikan kebersalahannya mencetuskan debat akan
ketidakseragaman dalam
polisi luar Barat apabila kudeta melibatkan negara-negara yang
diperintah oleh parti-parti yang dipilih secara demokratik cenderung
kepada politik Islam.
Sesetengah pengulas telah berkata mengenai pertembungan antara
Islamis dan Liberalis menjadi sebab utama akan kejatuhan Mursi. Mesir,
seperti yang ditegaskan, tidak mahu kerajaan ala-Taliban. Selain dari
fakta bahawa ia hanya disokong dengan hujah yang lemah, ia juga
diletakkan dalam konteks yang salah. Mursi tidaklah jatuh – dia
digulingkan oleh tentera dalam rampasan kuasa yang terang dan nyata.
Tambahan pula, walaupun ada sifat autokratik berlebihan dalam
meluluskan dekri Presiden yang ditentang ramai, namun menyamakan Ikhwan
Muslimin dan Taliban adalah satu kejahilan yang tidak dapat diterima dan
lebih parah daripada Islamophobia.
Lebih dekat dengan kebenaran ialah mungkin saki-baki rejim Mubarak
telah merampas hari tersebut untuk kembali berkuasa yang telah diambil,
tidak serta merta selepas revolusi, tetapi selepas Ikhwanul Muslimin
mendapat kuasa. Bahkan, mungkin tidak keterlaluan untuk menyatakan
revolusi-balas telah dirancang oleh mereka yang ingin menuntut kembali
kegemilangan yang telah hilang.
Semua
pelantikan jawatan utama setelah rampasan kuasa dilakukan oleh tentera.
Nama-nama ini bergema harmoni dengan mereka yang tidak menolak akan
kembalinya praetoria Mesir tetapi menggerunkan mereka yang percaya
orang-orang bawahan Mubarak telah dikuburkan selayaknya.
Pelajaran-pelajaran sejarah telah dipandu jelas di sini.
Sejarah moden Turki mengingatkan kita akan tindakan tanpa henti
tentera melaksanakan siri kudeta dalam usaha mendapatkan kuasa dan
keistimewaan. Rakyat Turki tidak diberikan demokrasi secara mudah.
Sebagaimana yang sedang kita saksikan di Mesir, rakyat Turki terpaksa
berjuang gigih untuknya dan lebih payah untuk mengekalkannya.
Harganya darah, peluh dan airmata bagi mereka yang bersatu oleh
kecintaan akan kebebasan dan demokrasi dan mensabitkan peranan tentera
ialah melindungi negara, bukannya menentukan kerajaan yang memerintah.
Pemilihan kerajaan hanya boleh dilaksanakan melalui kotak undi.
Demokrasi perlu dibayar dengan harga yang mahal tetapi kesukaran dan
kesengsaraan di bawah pemerintahan tentera lebih payah. Seperti yang
Perdana Menteri Erdogan nyatakan, ” setiap rampasan kuasa melumpuhkan
ekonomi Turki, membazirkan aset-aset Turki dan mengakibatkan negara,
bangsa dan pemuda khususnya, terpaksa membayar dengan harga yang
tinggi.”
Rakyat Mesir juga membayar harga yang mahal untuk revolusi dan kini
menanggung beban sekali lagi kerana mempertahankannya. Ini ditujukan
kepada rakyat Mesir, kemuncaknya ketika pembunuhan beramai-ramai lebih
100 orang penyokong Mursi dan ahli-ahli Ikhwan sekitar Masjid Rabiatul
Adawiyah di Kaherah.
General Tentera Abdul Fattah as-Sisi dan
pimpinan kerajaan sementara yang tidak sah mesti bertanggungjawab atas
darah yang telah ditumpahkan oleh tangan-tangan mereka. Penyembelihan
rakyat yang tidak bersalah mesti dikecam. Cubaan untuk menjustifikasikan
rampasan kuasa atas ‘sebab-sebab aneh’ seperti kelemahan pentadbiran
Mursi, sifatnya yang eksklusif, dan protes oleh jutaan rakyat Mesir,
adalah cetek dan sangat subjektif.
Apatah lagi, bukti-bukti yang dipercayai menunjukkan bahawa banyak
demonstrasi jalanan yang menuntut penggulingan Mursi ditaja oleh bantuan
asing dan badan-badan kerajaan serantau. Dalam mana-mana keadaan, sejak
bila protes secara besar-besaran membenarkan akan pengambil alihan
kuasa oleh tentera?
Dalam demokrasi, tekanan boleh diberikan melalui demonstrasi di
jalan-jalan agar kerajaan yang berkuasa sentiasa ‘keep-in-check’ tetapi
pemerintahan yang dilantik secara demokratik tidak wajar ditumbangkan
melalui protes jalanan ataupun desakan tentera.
Apa seterusnya untuk Mesir?
Dialog perdamaian adalah sia-sia seperti mana ianya retorik kosong.
Panggilan untuk kesatuan dan perdamaian adalah suatu perkara tetapi
apabila ia berpunca daripada satu pihak yang menjadi perampas, ruangan
sempit menjadi semakin kecil.
Apalagi penyelesaian dengan pistol diacu ke arah kepala satu pihak.
Bersama dengan mereka yang berpemikiran keadilan dan menyokong
demokrasi, saya menambah suara saya menyeru Barat, khususnya Amerika
untuk melakukan perkara yang sepatutnya.
Bantuan berbilion dollar dalam ketenteraan dan ekonomi kepada Mesir
seharusnya atas nama demokrasi dan hak asasi manusia, bukannya sokongan
ke atas rampasan kuasa. Presiden Mursi mestilah dikembalikan ke
pejabatnya yang hak dan sebagai balasannya pula, memulakan dialog
nasional yang meliputi semua pihak.
Ini bukanlah kegagalan revolusi. Ini adalah rampasan kuasa yang
dipinjamkan atas pemberontakan rakyat, menukarkan Arab spring kepada
musim sejuk yang tidak menenangkan. Perjalanan demokrasi sebenar tidak
mungkin pernah berjalan
mudah. Apatah lagi demokrasi yang baru berputik seperti di Mesir.
Mereka yang dipilih secara demokratik mesti dibenarkan untuk
menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka, atau
sekurang-kurangnya dalam situasi yang mendesak di mana rakyat inginkan
mandat baru, membenarkan pilihan raya semula diadakan. Selagi mana
pemerintah patuh kepada proses perlembagaan dan mendukung undang-undang,
tiada justifikasi moral atau perundangan untuk mengalihkan mereka.
Rakyat Mesir berdiri teguh, bersatu dan berjuang habis-habisan dalam
menamatkan 6 dekad di bawah kediktatoran tentera demi menikmati
kebebasan dan demokrasi sebenar. Marilah kita bersama-sama tidak
bersubahat dengan rampasan kuasa yang melanggar konstitusi dan tidak
bermoral. Mari bersama kita memainkan peranan kita untuk melihat rakyat
Mesir meraikan kemenangan Revolusi 25 Januari.