Thursday, October 8, 2009

Petugas PAS Ditetak, Markas Diceroboh

Petugas- petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) pilihanraya kecil Bagan Pinang cedera parah ditetak oleh sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong UMNO Barisan Nasional kira- kira jam 3.30 pagi tadi.

Selain ditetak mereka juga ditumbuk dan dihalau keluar meninggalkan markas induk di Bagan Pinang itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Exco DPP, Suhaizan Kayat berkata penyokong UMNO Barisan Nasional terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

PD diperkaya projek terbengkalai




Panass....Mai Dengar Rakaman Ini!!!!!




Rakaman Ucapan Pemimpin Be End yang berkempen dalam Kem Tentera dan Cuba Rasuah Tentera







N-31 Bagan Pinang: SPR Menipu Dalam Undi Pos



YB Salahuddin Ayub sedang membandingkan 2 dokumen yg berbeza kepada media di Sidang Media pagi tadi. Lain yg diberi, lain yg diguna pakai di tempat pengundian dilakukan (undi Pos)

BANTAHAN TERHADAP PROSES PENYERAHAN SAMPUL KEUTAMAAN UNDI POS

PAS menuntut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.

Statut tersebut berbunyi: “Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi mana-mana tempat mengundi pada hari mengundi…”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.

Ujarnya lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera pun, terdapat dalam senarai daftar pemilih undi pos.

Dalam kes yang berkaitan, Salahuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat, turut digugurkan dari senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan.

Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.

Ditanya tentang tindakan PAS serta Pakatan Rakyat seterusnya, Salahuddin menjelaskan bahawa suatu pasukan perundangan sedang membuat semakan akhir.

Pakatan Rakyat dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat, sama ada di sini (Bagan Pinang) atau di Putrajaya.

Semalam, PAS mencadangkan SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar putih.

Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS sebelum ini.

Tuesday, October 6, 2009

Kenyataan bapa Altantuya berhubung lawatan Najib ke Paris

Nota:
Dr. Shaaribu telah dijemput oleh badan Hak Asasi untuk datang ke Paris untuk membuat laporan polis terhadap kes pembunuhan anaknya Siti Aminah Abdullah. Ini adalah kenyatan Dr. Shaaribu.

Klik gambar untuk besarkan

Port Dickson Bandar Pelancongan, Bukan Bandar Ketenteraan



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang juga merupakan Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang menegaskan keutamaan di Port Dickson ialah sebagai bandar pelancongan dan bukannya untuk dijadikan sebagai "Bandar Tentera Darat". Beliau menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak perlu mengisytiharkan perkara tersebut bagi mendapatkan sokongan pengundi.

"Bukan saya tidak setuju tetapi kita katakan prioritinya ialah kita setuju untuk menjadikan Port Dickson satu destinasi pelancongan terbaik dunia. Jadi itu isu yang sebenarnya. Bukanlah datang di saat Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dan terus isytihar ini bandar tentera darat," katanya. Salahuddin turut menambah sekiranya PAS memenagi pilihanraya, PAS akan melakukan sesuatu kepada infrastruktur dan keindahan alam sedia ada bagi menyelesaikan isu isu pembanggunan di Bagan Pinang. Malaysia Today

Banner Provokasi Berjaya Diturunkan..!!!

Banner yang dikatakan menimbulkan Provokasi dan Fitnah
Ini merupakan gambar tebaru yang dirakamkan yang mana beberapa banner yang menimbulkan provokasi dan juga fitnah telah diturunkan petang ini.
Ia diturunkan selepas satu laporan polis dibuat oleh Yb Firdaus Jaafar MP jerai semalam.
Beliau yang dalam ceramahnya memberikan masa 24 jam bermula petang semalam kepada Pihak Berkuasa untuk menurunkan kesemua banner yang berunsur fitnah ini akhirnya berjaya diturunkan kerana ia disifatkan melanggar akta Pilihanraya Malaysia.

Mahathir salahkan Pak Lah, Khairy terkedu di Bagan Pinang



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, imej UMNO tercalar disebabkan budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, masalah tersebut timbul semasa Abdullah menjadi Presiden UMNO apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin UMN0 tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.

Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka.

“Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepentingan diri bukan kerana kepentingan bangsa, agama dan tanah air, maka sudah tentulah kepentingan bangsa dan tanah air akan rosak dan matlamat tidak tercapai,” katanya pada satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar setiap ahli dan pemimpin UMNO bersungguh-sungguh menangani gejala rasuah dalam parti sekiranya mereka ingin melihat parti itu terus relevan dan diterima rakyat.

Dr Mahathir menegaskan, jika ada pemimpin UMNO yang melakukan sesuatu bertentangan dengan peraturan dan etika, maka ahlinya mesti berani membuat teguran.

Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan berkempen untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Beliau yang sebelum ini mahu supaya Mohd Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil di kawasan terbabit mendakwa, beliau amat tegas dengan pendiriannya kerana tidak ingin berkempen bagi calon yang sudah terbukti terlibat dengan rasuah seperti mana pendiriannya sebelum ini.

Dr Mahathir berkata beliau enggan berkempen kerana tidak ingin orang berpandangan negatif terhadap calon yang dikatakan pernah terlibat dengan gejala politik wang.

“Saya tidak boleh berkempen dan berkata benda yang saya kata berlainan dahulu, jadi orang akan kata apa orang ini, sekejap kata macam ini, sekejap kata macam tu, bagilah orang lain kempen,” kata nya.

Dr Mahathir dijemput UiTM Dungun untuk menyampaikan amanat bagi membuka minda penuntut Melayu mengenai masa depan dan hala tuju sekiranya kaum bumiputera itu hilang kuasa politik, ekonomi dan pendidikan. -SH

manifesto calon PAS bagan pinang



BERSAMA KEHENDAK RAKYAT


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.


4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat