Saturday, October 25, 2008

Dunia Dah Nak Kiamat!!!

Ust.Harun Din .. korang kenal kan?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas.

Maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!!

Maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari).

Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

So sama2 kita nantikan... mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.

Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan) AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap.

Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana (rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube(nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR lain-lain artikel tentang kiamat..... Kajian....ALLAH je mengetahui.. .

kronologi hari kiamat semakin hampir dalam masa terdekat..



1) Lintasan Planet Nibiru pada tahun 2012. ( x lamer 4 tahun lg je). Embarassed

Lintasan Planet Nibiru ini ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.

Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru.



2.Yakjuj & Makjuj
(berita gempar dari NASA!!!
WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi". Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole" "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau". "Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.


3.munculnya dajjal dari gua di sebuah pulau

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)

Sifat² Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:

Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .

Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya
waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn
masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg
kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’

Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?

Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.





4.Kemunculan Imam Mahdi Yang Ditunggu2..

Sebagian orang Islam menganggap bahwa Imam Mahdi itu adalah mitos, ia bukan dari ajaran Islam tapi bagian dari cerita rakyat. Akan tetapi kalau kita mereferensi pada hadist-hadist Baginda Rasulullah saw, maka kita dapati bahwa Imam Mahdi adalah tokoh nyata yang Allah sudah sebutkan hampir 1500 tahun yang lalu melalui lidah Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw bersabda:

“Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya Al Mahdi (yaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu hanya tinggal sehari saja. …. (HR Imam Ahmad)

Hadist di atas bukan bermaksud bahwa bila Imam Mahdi sudah Zahir, maka kiamat akan segera datang. Akan tetapi Baginda Rasulullah saw memberitahukan kepada kita umatnya, bahwa dunia ini tidak akan Allah kiamatkan sebelum Al Mahdi zahir ke dunia ini. Artinya Imam Mahdi wajib atau pasti Allah zahirkan sebelum seluruh alam raya ini Allah hancurkan.

Siapakah nama Imam Mahdi itu?

Rasulullah saw sudah sebutkan di dalam sebuah hadist bahwa Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang mempunyai nama yang sama dengan nama Baginda Rasulullah saw, yaitu Muhammad. Dan nama ayah Imam Mahdi itu seperti nama ayahnya, yaitu Abdullah. Jadi nama lengkap dari Imam Mahdi itu adalah “Muhammad bin Abdullah”. Rasulullah saw bersabda:

“Seandainya tidak tinggal bagi dunia ini melainkan sehari saja, niscaya akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dibangkitkan padanya seorang lelaki dari umatku atau ahli keluargaku, yang sama namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku” (At-Tarmizi)

Imam Mahdi adalah orang yang telah Allah janjikan, karena disebut dalam hadist, sehingga Allah akan jaga garis keturunannya, sebagaimana Allah menjaga garis keturunan Baginda Rasulullah saw. Imam Mahdi adalah keturunan orang-orang mulia seperti Rasulullah saw dan Sayyidina Fatimah ra. Rasulullah bersabda:

“Al Mahdi itu adalah salah seorang dari kaum keluargaku, Ahlul-bait” (Ibnu Majah)

“Al Mahdi adalah dari keturunanku, dari anak cucu Fatimah”. (Abu Daud, Ibnu Majah)

Ciri Fisik Imam Mahdi

Imam Mahdi mempunyai ciri-ciri fisik yaitu, kulit dan bentuk tubuhnya seperti orang arab dan di pipi kanannya ada tahi lalat. Gigi seri Imam Mahdi mempunyai jarak, dahinya lebar dan hidungnya mancung. Rasulullah saw bersabda:

“Kulit Al Mahdi adalah seperti kulit orang arab, bentuk tubuhnya seperti bentuk tubuh orang Bani Israil, pipi kanannya terdapat tahi lalat dan kekhalifahannya diredhai oleh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa”. (Abu Nuaim & At Tabrani)

“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki dari keturunanku, yang (antara sifat utamanya ialah) giginya mempunyai jarak, dahinya lebar, keadilannya sangat meliputi seluruh alam ….” (Abu Nuaim)

“Al Mahdi adalah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung. Dia memenuhkan bumi ini dengan keadilan…..(Abu Daud & Al Hakim)

Cap Kenabian pada Bahu

Dari keterangan Sahabat bahwa di tengah-tengah dua belikat Imam Mahdi terdapat tanda atau cap kenabian. Hal ini mirip dengan tanda yang ada pada Baginda Rasulullah saw. Orang Nasrani dan Yahudi di waktu itu akan membuktikan orang yang bernama Muhammad saw dengan melihat tanda ini.

Cap kenabian itu besarnya seperti telur burung merpati, tulisannya jelas dan berwarna hitam. Bentuk tulisan itu menonjol keluar, bukan seperti tato yang cekung ke dalam. Cap kenabian ini bukan dibuat manusia dan tidak akan hilang. Di sekeliling cap kenabian itu ada bulu halus yang mengelilinginya. Sehingga tanda ini tidak akan ada yang bisa menirunya, hanya Baginda Rasulullah saw dan Imam Mahdi saja yang Allah beri keistimewaan mempuyai cap kenabian di antara dua belikat, di belakang badan mereka. (Cap kenabian pada Imam Mahdi bukan menandakan dia seorang nabi seperti Nabi Muhammad saw, tetapi tanda dari Allah untuk menentukan bahwa dialah Imam Mahdi-red).

Imam Mahdi ketika “zahir” wajahnya berseri-seri sehingga menggembirakan siapa saja yang melihatnya. Dan kitika “zahir” nanti usianya 40 tahun. Rasulullah saw bersabda:

“Al Mahdi adalah dari anakku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang gemerlapan, pipi kanannya terdapat tahi lalat, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israil, dia akan mengelurkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat”. (Abu Nuaim)

Keturunan Suku Quraisy

Imam Mahdi berasal dari suku Quraisy, karena semua khalifah berasal dari suku Quraisy. Dan Baginda Rasulullah saw sebutkan akan ada 12 khalifah sepeninggalnya nanti. Dan para ulama sudah mencatat ke 12 khalifah itu yaitu: 1. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ra, 2. Umar bin al Khattab ra, 3. Khalifah Ustman bin Affan ra, 4. Khalifah Ali bin Abi Talib kmw, 5. Sayyidina Hasan bin Ali ra, 6. Sayyidina Muawiyah bin Abu Sofyan, 7. Sayyidina Abdullah bin az Zubair ra, 8. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, 9. Sultan Muhammad Al Fateh, 10.Syuaib bin Shaleh At-Tamimi, 11.Imam Mahdi, Muhammad bin Abdullah, 12. Al Qahtani. Rasulullah saw bersabda:

“Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu sebanyak 12 orang Amir (Khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu. “Kemudian aku mendengar Nabi saw menyebutkan sesuatu yang aku tidak seberapa jelas lalu aku bertanya kepada bapakku, “Apa yang Baginda sebutkan?” Jawabnya,”Mereka semua adalah dari kaum Quraisy”. (Abu Daud)

Al Mahdi al Muntazar, Imam yang kita tunggu-tunggu itu adalah pemimpin kebangkitan Islam di akhir zaman. Di tangannya dunia dan seluruh alam akan makmur, aman dan damai. Dialah pemimpin yang akan mengembalikan sistem dunia yang karut-marut, kepada sistem Islam yang selamat menyelamatkan. Berbahagialah orang yang hidup di zamannya dan berjuang bersamanya.***



5.Nabi Isa Turun Kebumi Menjelang Kiamat


Nabi Isa as. sampai saat ini masih hidup dan hanya Allah SWT saja tahu keberadaanya. Dari keterangan hadist Nabi Muhammad saw. diceritakan bahwa menjelang hari kiamat / akhir jaman Nabi Isa akan di turunkan oleh Allah SWT dari langit ke bumi (The Second Coming dalam versi Kristen).

Peristiwa itu tergambar dari hadist berikut :

"Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya, maka ketahuilah;bahwa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang,berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan meneteskan air waulupun ia tidak basah”. (HR Abu Dawud)

"Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga turunlah Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi) : “ Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia menjawab;”Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. (HR Muslim & Ahmad)

"Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan dikumandangkanlah shalat,maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam shalat) wahai ruh Allah.” Ia menjawab:”Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah ia yang mengimami shalat kamu”. (HR Muslim & Ahmad)

Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan shalat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadist-hadist di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam shalat yang di imami oleh Imam Mahdi.

Adapun lokasi turunnya Nabi Isa dijelaskan oleh Rasulullah saw. dalam sebuah hadist berikut : “Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’(Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik”. (HR Thabrani dari Aus bin Aus)

Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh kondisi dunia yang dipenuhi kedzaliman, kesengsaraan & peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi , setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari, maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpas dajjal


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukti kebenaran Al Quran.

Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]


a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun… sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah… daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket… Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi… Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi… Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065….

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007… Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa… . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062… Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu’alam…

Semua ini telah dikaji… Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun… Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun… Cubalah anda kirakan sendiri…

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian… Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak
buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

Tuesday, October 21, 2008

Eurocopter Cougar: Tembelang Najib Pecah

Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.

Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.

Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)

Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?

Silakan Dato Najib jawab....

Tuesday, October 14, 2008

Perjalanan terakhir seorang Dolah

Dipetik dari blog Hishamudin Rais

Dialkesahkan maka orang-orang kampung pun berkumpullah untuk melihat dan melangok. Maka gendang pun dipalu dan canang dipukul. Ada yang mencangkung, ada yang berdiri melihat gelagat segala peri.

Ketua cawangan naik Proton
Ketua bahagian naik Wira
Kontraktor kelas F naik Honda
Putera datang naik tongkang
Puteri datang membawa kangkang
Para YB naik Mercedes
Menteri datang takut muflis
Datang berkumpul bukan menangis
Dolah berundur amatlah tragis

Mereka datang berkumpul untuk melihat muka Dolah kali terakhir sebagai perdana menteri, sebagai presiden United Malays National Organisation dan sebagai pengerusi Barisan Nasional.

Mari mendengar surah saya tentang apa yang berlalu lima tahun dahulu.

Ketika Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, saya masih berada di kem tahanan Kamunting. Berita tangisan Mahathir saya sambut dengan ketawa terbahak-bahak.

Gambar Mahathir menangis di perhimpunan agung Umno itu amat lucu sekali.

Sampai sekarang saya tidak dapat melupakan kasut Rafidah Aziz yang terpatah kerana hendak mengejar dan mencium lutut Mahathir. Semenjak hari itu Dolah telah mula memasang badan sebagai perdana menteri.

Pada malam saya bakal dihantar ke kem Kamunting (Jun 2001) – surat arahan menahan dua tahun – telah ditandatangani oleh Abdullah Ahmad Badawi kerana ketika itu dia menjawat Menteri Dalam Negeri.

Pernah wartawan bertanya kepadanya tentang 10 penggerak Reformasi yang ditahan dibawah ISA, Dolah telah menjawab "...saya tidak tahu..."

Di Kamunting, apabila saya mendengar jawapan "saya tidak tahu" daripada Dolah, maka terlintas juga di kepala saya mungkin si Mamat ini seorang jantan politik yang licik. Dapat mengelak soalan daripada para wartawan.

Apabila saya dibebaskan dua tahun kemudian, saya telah mementaskan teater Tok Sloo dan Bilik Sulit. Bilik Sulit ialah tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala Tok Sloo

Dua buah drama ini telah dibawa keliling Semenanjung untuk dipertontonkan kecuali di Perlis.

Tok Sloo memecahkan perut saya sendiri. Saya menulis watak Tok Sloo berdasarkan watak Dolah dan orang-orang di sekelilingnya. Dolah pada ketika teater ini ditulis baru sahaja menjadi perdana menteri.

Scomi – syarikat milik Kamaluddin anaknya - masih belum heboh dan masih belum glamor lagi. Peniaga komponen nuklear BSA Tahir belum menjadi hiasan muka depan majalah Time.

Khairy Jamaluddin baru selesai bersunat politik kerana dapat berkahwin dengan Nori. Kak Endon masih hidup. Kalimullah masih belum kaya-raya. Monsoon Cup dan Jackie Chan belum pernah sampai di Seberang Takir.

Selesai pementasan keliling di Semenanjung, saya telah bertemu dengan seorang kawan lama saya, Cikgu Hashim dari Perlis.

Kami bersembang di sebuah warung pokok ketapang di hadapan pejabat Malaysiakini, Bangsar Utama. Sambil ketawa, sambil kami berlabun tentang siasah semasa.

Akhirnya sampai kepada watak Tok Sloo. Kami ketawa berdekah- dekah. Akhirnya kawan saya ini memberi satu nasihat "... kamu janganlah lawan Dolah ini... Kalau kamu tulis keras sangat tentang dia, macam kamu lawan orang cacat..."

Inilah kata-kata yang membuatkan saya terbarai ketawa hingga ke hari ini.

Apabila saya duduk bersendirian di hadapan komputer dan ingin menulis sesuatu tentang Dolah, maka saya teringat pesanan kawan itu.

Apabila saya perhatikan gerak dan tingkah laku politik Dolah, maka saya cukup yakin bahawa susuk yang bernama Dolah ini ‘orang cacat’ dari segi pemahaman politik.

Akhirnya saya menarik diri daripada mempersendakan Dolah. Saya rasakan cukup tidak adil jika saya terus menulis tentang manusia ‘cacat’ ini.

Saya rasa macam saya bergaduh dengan budak-budak.

Dari awal lagi saya telah menulis bahawa Dolah ini adalah perdana menteri accidental – atau PM yang tidak tersengaja. Dolah tidak memiliki ciri dan pola yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin negara.

Dolah dijadikan perdana menteri hasil perancangan licik Mahathir.

Mahathir tidak salah pilih, dia sengaja memilih ‘si cacat’ ini agar dia sendiri akan menjadi Pak Dalang di belakang tabir.

Hanya satu kesilapan Mahathir, dia kurang sedar ada ramai dalang-dalang lain – Khairy, Kamaludin, Kak Endon dan Kalimullah - yang juga bersiap sedia untuk menjadi Pak Dalang kepada si Dolah.

Pada tahun pertama Dolah sebagai PM, cerita mula tersebar bagaimana Dolah ini suka tidur ketika bekerja atau dalam mesyuarat. Pada awalnya saya rasa cerita-cerita ini hanyalah 'kempen hitam' oleh musuh-musuh Dolah dalam United Malays National Organisation.

Tetapi apabila gambar demi gambar mula muncul memperlihatkan 'Dolah tidur', maka saya yakin ‘kecacatan’ Dolah ini tidak mungkin dapat diperbaiki.

Teman-teman sekolah saya yang menjadi ahli perniagaan mula bercerita betapa Dolah tidak memilki keupayaan untuk mendengar taklimat projek-projek yang cuba dibangunkan.

Dolah tidak memiliki daya fikir yang lapang dan luas. Saya juga difahamkan si Dolah ini tidak membaca dan tidak memiliki daya fikir yang dapat melihat dengan jauh dan terperinci.

Pada pilihanraya umum 2004 Dolah telah diberikan mandat besar tetapi Dolah kurang arif untuk memahami makna mandat itu. Semua perancangan yang dibuatnya tinggal terbengkalai setengah jalan.

Dolah mengajukan Islam Hadhari, tetapi saya juga was-was apakah Dolah sendiri memahami konsep yang diajukannya itu.

Para kroni Dolah makin naik tocang. Mereka membedal dan membelasah apa sahaja dana negara yang boleh mereka sebat. Dolah sebenarnya tidak memahami satu pun teori ekonomi, jauh sekali untuk menghadam pergolakan politik global.

Dolah bukan seorang insan yang jahat, ganas dan licik seperti Mahathir. Dolah tidak memiliki sifat membunuh seteru politiknya. Dolah ini seorang yang warak dan berperangai baik. Dolah seorang ritualis agama.

Kalau di kampung saya di Jelebu, Dolah ini akan dilantik sebagai Tok Siak. Sekali-sekala kalau Tok Imam masjid demam, mungkin dia akan dibenarkan mengepalai sembahyang.

Dalam adat Perpatih di Jelebu, Dolah ini tidak akan duduk di anjung rumah bersama kepala adat. Dia akan duduk di tepi pintu untuk mengangkat dulang dan cawan.

Kalau di penanggah di kampung saya, Dolah ini akan menjadi pengacau beras di kawah ketika kenduri-kendara - tidak lebih daripada itu.

Akhirnya Dolah betul-betul menjadi watak Tok Sloo. Ada kesedihan juga dalam hati saya apabila Dolah berundur. Saya sedih dan kasihan melihat Dolah yang ‘cacat’ ditibai Muhyidin yang menjadi suruhan Mahathir.

Dolah terkapai-kapai hilang nafas.

Penasihat-penasihat politik Dolah hanyalah budak yang baru bersunat politik – tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada meminta tandatangan akhir dari Dolah untuk projek-projek skim cepat kaya.

Apakah agaknya yang akan kita ingati tentang Abdullah Ahmad Badawi sepuluh tahun dari hari ini?

Mungkin kita akan teringat tentang Dolah yang suka tidur. Atau Dolah bapak mentua KJ. Atau Dolah yang cuba membuka ruang demokrasi di Malaysia tetapi telah digagalkan oleh Mahathir kerana bekas PM itu telah menyediakan budak suruhannya yang akan bersumpah bersetia agar tidak dihantar ke Mongolia untuk menjadi duta.

Hari-hari akhir seorang Dolah sampai
Kamal datang dengan Scomi
KJ datang dengan Nori
Kali datang dengan AirAsia
Jeanne datang dengan kain tudung baru
BSA Tahir datang memakai topeng
Saat akhir akan berlalu
Mereka amat bersedih dan terharu
Dolah terlupa memakai celana dan sepatu

Maka demikianlah berakhir kesah Tok Sloo
Untuk dijadikan tauladan dan sempadan
Dari anak kepada cucu dari cicit kepada menantu
Untuk jadi ingat-ingatan sepanjang zama
n

Helikopter kontroversi terbaru Najib

Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi yang menjadi isu politik besar tahun lepas.

Datuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Cougar EC 275 (lihat jadual) yang dibekalkan oleh syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan".

Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya "tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan."

"Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.

bm version malaysia military helicopter contract 141008Menurutnya lagi dalam surat 7 Oktober, proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi, yang juga ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.

"LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan."

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Zahar berkata tindakannya itu "tidak bermotifkan politik."

Dalam surat tersebut, Najib juga didakwa "menyampaikan laporan yang kurang tepat kepada Yang Amat Berhormat (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."

Selain Mentari Services yang bertindak bagi pihak satu daripada empat penender Kelowna Flightcraft Ltd, kontrak pembekalan helikopter itu turut disertai Sikorsky dan Agusta Westland, selain Eurocopter.

Menurut Zahar dalam surat keduanya kepada Najib pada 9 Oktober lalu, Kelowna menawarkan 12 model Kazan MI-172 KF dengan harga RM898 juta, Sikorsky (RM1.45 bilion) dan Eurocopter (RM2.32 bilion).

Pembelian helikopter baru ini bertujuan menggantikan perkhidmatan Nuri, yang dibekalkan oleh Sikorsky, yang sering mengalami kemalangan.

Saranan menggantikan Nuri bermula selepas kemalangan di Genting Sempah, dekat Genting Highlands, pada Julai tahun lalu.

Dalam pilihanraya kecil Ijok, Selangor tahun lepas, isu pembelian Scorpene dan Sukhoi SU30MKM menjadi begitu hangat sehingga memaksa kementerian mengeluarkan kenyataan menjelaskannya.

Kementerian berkata semua perolehan peralatan berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak membazir.

Ia juga menafikan dakwaan kerajaan membayar komisen RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang kenalan Najib yang kini menghadapi tuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia.

Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Najib berkata perkara itu akan dijelaskan secara terperinci di Dewan Rakyat dalam masa terdeka

Monday, October 13, 2008

Wednesday, October 8, 2008

Ketegasan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang: Hikmah Besar buat Ummah

Ketegasan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang: Hikmah Besar buat Ummah - Siri 1
Dilulus terbit pada Thursday, October 09 @ 09:00:31 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Pilihan Oleh tantawi08

"Siri Pertama :

 Islam adalah agama suci yang telah diwahyukan oleh Allah swt. kepada seluruh umat manusia melalui Nabinya saw. Islam adalah agama buat semua manusia , dengan maksud seluruh umat manusia layak bahkan wajar menerima Islam sebagai cara hidup mereka .


Mereka yang telah menyaksikan bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah , mempunyai komitmen untuk hidup berpandukan peraturan dan pedoman Rabbul Jalil sementara mereka yang belum memeluk ajaran Islam , tidak dipaksa menganutnya justeru Islam adalah cara hidup yang mesti diterima secara rela dan sedar .


Prinsip Islam inilah meletakkannya sebagai satu agama atau cara hidup yang paling selamat , sesuai serta layak untuk dianut dan diterima oleh semua tanpa mengira latar belakang bangsa atau keturunan . Kalau pun masih ada yang tidak mahu menganutnya , ia tetap selamat untuk berurusan malah bernaung di bawah sinar Islam dan syariatnya justeru ia adalah cara hidup yang adil malah kaya dengan toleransi.

و أن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه و لا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله

Sesungguhnya inilah JalanKu yang lurus maka hendaklah kamu mengikutnya dan jangan kamu mengikut jalan- jalan yang lain kerana kelak ia akan menyelewengkan kamu dari jalanNya.

Surah al Ana'am . Ayat : 153

Namun malang Islam gagal difahami oleh sebahagian manusia termasuklah sebahagian penganutnya yang hanya sekadar mampu meletakkan Islam antara dua bibirnya sahaja bahkan tidak pernah melepasi halkumnya.

Kegagalan tersebut samaada berpunca dari kejahilan tebal yang melingkari mereka atau terpengaruh dengan propaganda jahat musuh – musuh Islam yang senantiasa menyimpan dendam kesumatnya terhadap Islam .

Mereka ( musuh ) pantas dan licik untuk mengelirukan umat Islam malah nekad serta tidak pernah bosan dalam memastikan strategi mereka demi memalingkan umat Islam daripada hidup berlandaskan wahyu dan sunnah . Malah kemampuan mereka sampai melewati sempadan pejuang – pejuang Islam yang bersama jamaah . Mereka mampu mengeliru dan mengucar kacirkan fikrah ummah.

Firman Allah swt :

و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم ان استطعوا

Mereka akan senantiasa memerangi kamu sehinggalah mereka memalingkan kamu dari agama kamu jika mereka mampu melakukankanya .

Surah al Baqarah . Ayat : 217

Situasi Ummah Hari ini Memerlukan Ketegasan Seorang Ulama .

Tahap kejayaan mereka ( musuh ) menyusup masuk ke tengah – tengah kelompok dan pemikiran umat Islam sangat jelas dan ketara .

Longgarnya penghayatan Islam dikalangan muslim , bahkan umat Islam lebih banyak habiskan masa bertelagah sesama sendiri , non muslim walau sejak sekian lama hidup dalam masyarakat muslim, kian memuncak sikap prejudis mereka terhadap Islam dan semangat dendam serta benci semakin tebal dikalangan musuh Islam menjadi bukti kukuh kejayaan mereka ( musuh ) .

Turut melengkapkan bukti yang telah sedia kukuh ialah bagaimana kita melihat Islam begitu mudah dipermain , dipersenda , diperlekeh dan dipandang rendah tanpa umat Islam kini mampu berbuat apa – apa selain mengalah , mengeluh dan mengharapkan agar musibah ini segera berakhir .

Fenomena ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sebaliknya gerakan mengembalikan semula Islam ke orbit agongnya mestilah diaktifkan. Ia bertujuan supaya seluruh umat manusia kembali dapat melihat kehebatan serta keagongan Islam yang penuh mulia , adil dan suci sebagaimana ianya pernah diperjuang dan ditegakkan oleh Nabi kita Muhammad saw.

Gerakan ini dianggap sangat mendesak setelah sekian lama Kehebatan Islam di tudung atau diselubung oleh fikrah asing dan juga fitnah serta tohmahan terancang oleh barat dan bonekanya .

Sejarah perjuangan Islam dinegara kita jelas menunjukkan bagaimana hadhirnya ulama’ yang tegas mampu meletakkan Islam dihormati dan disegani . Maka , untuk tujuan yang sama sebagaimana yang pernah dicapai melalui sejarah semalam , kita di hari ini juga sangat memerlukan ulama’ yang tegas untuk memimpin Islam dan ummahnya agar kembali berdaulat .

Tegas bukan keras dan Hikmah bukan lemah .

Tegas bermaksud mempertahankan kesucian Islam dan menzahirkannya disaat pelbagai pihak mencurigai kesucian Islam dan sebahagiannya pula berasa rendah diri untuk menonjolkan Islam, bimbang kalau – kalau non muslim tidak boleh menerimanya.

Tegas bersama hujjah syariah agar Islam tidak dipandang rendah justeru kita mulia dan hebat kerana Islam bukan kerana undi atau sokongan ramai . Saidina Omar al Khattab di hari menerima anak kunci Kota Baitil Muqaddas pernah menegaskan :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغ عز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله .

Kita adalah satu golongan yang diberikan kemuliaan ( kehebatan ) oleh Allah dengan Islam maka sesiapa yang mencari kemuliaan selain apa ( Islam ) yang dengannya Allah telah muliakan kita , nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita.

Keras menyebabkan orang lari dari perjuangan sebagaimana Allah sebut dalam Al Quran :

فبما رحمة من الله لنت لهم و لو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك .

Bukti rahmat dari Allah , dilembutkan hatimu terhadap mereka , jika engkau berhati kasar nescaya musuh akan lari dari sisimu.

Surah aali Imran . Ayat 159

Namun tegas pula diperlukan agar orang menghormati agama Allah swt. agama yang suci. Sebagaimana Allah swt. juga berfirman :

ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهوآء الذين لا يعلمون

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad ) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)

( Surah Al Jathiyah . Ayat : 18 ).

Nabi Kita Muhammad saw pernah memperlihatkan ketegasannya . Sabda Baginda saw :

لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري على أن أَتركَ هذا الأمرَ حتى يُظْهِرَهُ اللهُ أو أَهْلِكَ دُوْنَهُ .. مَا تَرَكْتُ

Sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan urusan ( perjuangan ) agama ini sehinggalah Allah menzahirkannya ( memenangkannya ) atau aku binasa kerananya , sekali – kali tidak akan aku tinggalkan ( perjuangan ini ) .

Sirah ibnu Hisyam

Hikmah Perjuangan Suci

Sementara Hikmah bermaksud bijak bertindak dan manafaatkan ruang untuk meletakkan Islam mengatasi segalanya . Mengatasi kepentingan peribadi dan agenda kelompok . Sekalipun tindakan itu memulangkan kesan yang sangat perit dan mendatangkan implikasi yang sangat getir .

Seperti kekalahan dalam pilihanraya kerana kita mengambil langkah yang tidak popular untuk mendaulatkan Islam dikalangan masyarakat yang jahil mengenai Islam. Kekalahan tersebut tidak boleh dianggap hasil dari tindakan yang tidak berhikmah justeru tindakan itu adalah untuk mendaulatkan islam .

Nabi Nuh as. Mengambil tempoh 950 tahun untuk berjuang , ( kalau dinilai melalui penggal pilihanraya , ertinya Nabi Nuh as kalah dalam 190 kali pilihanraya ) . Apakah Nabi Nuh as. Tidak berhikmah dalam dakwah dan perjuangannya sehingga kalah sedemikian rupa ?

Nabi kita Muhammad saw. Meskipun berbekalkan mukjizat yang banyak dan Baginda adalah kekasih Allah saw malah penghulu segala Rasul , pun mengambil masa 13 tahun sebelum menegakkan Negara Islam di Madinah al Munawwarah dan hampir 23 tahun untuk menumbangkan kerajaan jahiliyyah Makkah . Apakah kegagalan Nabi saw. Menegakkan Islam dan menumbangkan Jahiliyyah dalam tempoh satu atau dua penggal ( 5 – 10 th ) ( nisbah penggal pilihanraya ) dianggap Nabi saw tidak berhikmah dalam perjuangannya ?

Tentu sahaja Islam tidak pernah kalah kecuali ia hanya belum menang untuk mendaulatkan Islam . Kegagalan untuk mendaulatkan Islam dalam tempoh – tempoh tertentu pula bukanlah kerana ketiadaan hikmah dalam tindakan atau strategi tetapi demikianlah sunnah perjuangan yang wajib melalui ibtila’ dan mehnah .

Firman Allah swt :

لو كان عرضا قريبا و سفرا قاصدا لاتبعوك و لكن بعدت عليهم الشقة

Jika sekiranya perjuangan ini adalah untuk mencapai hasil yang cepat dan perjalanan yang dekat , nescaya mereka ( musyrikin ) akan mengikut kamu tetapi perjuangan ini jauh dan sukar dirasakan oleh mereka .

Surah at Taubah . Ayat : 42

Selepas kejatuhan Khilafah Islam Othmaniah sejak 3.3. 1924 yang lalu , hinggalah hari ini belum ada sebuah pun Negara umat Islam yang benar – benar dapat mendaulatkan syariat Islam . Entah berapa juta ummah dan ulama’ mereka yang telah gugur sebagai syuhada’ di medan juang demi memperjuang dan menegakkan Islam . Apakah gugurnya umat Islam , mujahid dan ulama’ mereka dalam jumlah yang begitu ramai sabagai manifestasi dari ketiadaan hikmah dalam perjuangan mereka ?

Salah besar kalau kita hanya memahami hikmah itu apabila kita menang , ( apatah lagi kemenangan itu baru sepenggal ) sementara kalah pula segera ditafsir sebagai salah perhitungan dan silap strategi perjuangan .

Hikmah Kemenangan : Syukur bukan Bangga

Nabi Sulaiman As. Telah menunjuk contoh agar kita bersyukur diatas kurniaan Allah berupa kuasa dan pengaruh . Firman Allah swt :

قال هذا من فضل ربي ليبلوني ءأشكر أم أكفر

Nabi Sulaiman telah berkata : Inilah sebahagian dari kelebihan kurnia Tuhanku bagi mengujiku apakah aku bersyukur atau kufur ….

Surah an Naml . Ayat : 40

Demikian firman Allah swt :

إذا جاء نصر الله و الفتح و رأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا فسبح بحمد ربك و استغفره إنه كان توابا

Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan nescaya engkau melihat manusia berduyun – duyun menganut Agama Allah , maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan berIstighfarlah sesungguhnya Allah Maha menerima Taubat .

Surah An Nasr . Ayat : 1 – 3

Hikmah Kekalahan : Sabar dan Istiqamah

وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما أصابهم في سبيل الله و ما ضعفوا و ما استكانوا و الله يحب الصابرين

Dan berapa ramainya Nabi yang berjuang bersama – sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana musibah ( kekalahan ) yang menimpa mereka di jalan Allah swt. dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh . Allah menyukai orang – orang yang sabar .

Surah aali Imran . Ayat : 146



Mac 2009: Saat Kehancuran UMNO dan BN

Mac 2009: Saat Kehancuran UMNO dan BN
Dilulus terbit pada Thursday, October 09 @ 09:11:42 MYT oleh TokPenghulu
Oleh Zalipaka

" Bulan Mac, 2008 yang lalu bolehlah dikatakan malang telah menimpa UMNO dan BN di mana mereka tewas teruk dalam PRU Ke-12 dan mereka kehilangan 5 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan...

Seterusnya, dalam Bulan Mac, 2009 akan datang ini adalah dipercayai bahawa mereka akan terus ditimpa malang lagi, iaitu sewaktu musim pemilihan UMNO dan amatlah malang sekali mereka masih tidak dapat menghidu malang tersebut sungguhpun ia sudahpun mulai berbau mulai sekarang!!!

"...Kerana terlalu asyik mengejar pangkat dan habuan duniawi, sesungguhnya MATA MEREKA TELAH BUTA dan TELINGA MEREKA TELAH TULI serta HIDUNG MEREKA TELAH LALI DENGAN BAU-BAU BUSUK... Ada mata tapi tidak dapat melihat, ada telinga tapi dapat mendengar dan ada hidung tapi tidak menghidu" - demikianlah teruknya UMNO dulu, kini dan selamanya.

Setelah setengah tahun mengalami kekalahan teruk dalam PRU Ke-12 baru-baru ini, UMNO dan BN langsung tidak mengambil sebarang pengajaran daripadanya. Mereka hanya menyalahkan RAKYAT kononnya tidak mengenang budi dan tidak bersyukur! Orang-orang Melayu, Cina, India serta bangsa-bangsa lain telah cukup matang berpolitik dan mereka dah kenal politik sepak terajang UMNO dan BN. Rakyat pelbagai kaum telahpun menghukum mereka sebenarnya...

Tapi, amat malang sekali, UMNO dengan cara UMNO, MCA dengan cara dia dan MIC dengan caranya tersendiri. Gerakan dengan pergerakannya... Parti-perti komponen BN yang lain, lain pulak pendekatan politiknya. Mereka tetap mengamalkan amalan seperti dahulu... Kini dan mungkin selamanya begitulah agaknya!

Mac, 2009 yang mendatang adalah merupakan SAAT KEHANCURAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL!!! Mereka tidak akan dapat lari dari kehancuran dan kemusnahan...Percayalah bahawa HAYAT mereka akan berakhir dan kini mereka hanya bergantung kepada talian hayat sahaja...

Lihatlah betapa "gila" nya perebutan jawatan dalam UMNO sekarang. Senario politiking dalaman mereka cukup dahsyat! Begitu juga MCA dan Gerakan... Bahkan pimpinan mereka sendiri akui perebutan jawatan dalam parti tahun ini PALING HEBAT dan belum pernah berlaku dalam sejarah pemilihan parti mereka. Nah!!! Mereka sedar, bukannya tidak sedar,tapi dek kerana terlalu ASYIK, mereka tidak menghiraukan kesannya. Mereka hanya berlindung di sebalik kata keramat - DEMOKRASI - untuk menghalalkan cara...

Mengambil Pemilihan UMNO sebagai contoh, benarlah kata-kata Dr Ling Leong Sik (bekas Presiden MCA) satu ketika dahulu, "Busuknya ikan itu bermula dari KEPALA", perebutan jawatan PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN dan NAIB PRESIDEN selain daripada KETUA PEMUDA dan KETUA PUTERI UMNO memang tidak boleh dibendung lagi...

Ikan yang dah buruk kepala (di Kepala Batas) memang wajar disiang segera dan diproses untuk sebagai ikan masin atau pekasam saja... Mereka akan korbankan (buang) kepala ikan bagi mengelakkan ia merebak kebusukannya ke serata badan. Tapi, malangnya, ikan yang sudah busuk di kepala itu, sebenarnya bukanlah ikan yang baru ditangkap nelayan, tapi ikan yang dah lama disejukbekukan! (Ikan Frozen)... Ia cuma kelihatan "segar dan wangi" dulu kerana menggunakan bahan pengawet terlarang, lalu mengaburi mata hampir 30 juta rakyat Malaysia!!!

Beberapa ekor lagi ikan yang terdiri daripada spesis dan famili yang sama dikatakan juga akan disiang dan tak kurang pula yang akan dijadikan 'ikan tunggangan' (mungkin ikan paus atau lumba-lumba) atau seperti Kuda Hitam sebagaimana dakwaan Menteri Penerangan baru-baru ini.

Sememangnya amat sukar memperolehi ikan segar dan Gred A dalam bakul UMNO! Jika adapun, mereka awal-awal lagi akan dijual atau dieksport keluar negara dengan harga yang mahal, mungkin dijual di Singapura kerana Singapura mampu membeli dengan harga yang jauh lebih mahal!!!

Demikianlah PARTI MELAYU TERAKHIR mengalami proses kepupusannya bagaikan pupusnya spesis ikan yang amat sukar kita temui sekarang ini...dan menjelang Mac, 2009 kita akan dapat saksikan terpupusnya sebuah parti berasaskan kaum (Melayu) iaitu UMNO yang sering menggunakan slogan Parti Keramat Orang Melayu tetapi tidak langsung mempertahan dan memperjuangkan kepentingan bangsanya sendiri...

Hancurnya UMNO, bermakna hilanglah rakan-rakan kongsinya dalam BN yang tidak mungkin akan lagi terus setia kepadanya. Dan, saat itulah saat kehancuran bagi UMNO dan Barisan Nasional.

Justeru, Marilah kita bina sebuah MAHLIGAI BARU HARAPAN RAKYAT di atas kehancuran UMNO dan Barisan Nasional kelak - Marilah sama-sama kita tegakkan sebuah kerajaan baru - KERAJAAN PAKATAN RAKYAT!

Kenyataan Media Pak Lah pada 8/10/2008


" KENYATAAN MEDIA OLEH YAB PERDANA MENTERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

1. Saya telah berkhidmat kepada negara lebih dari 45 tahun. Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang wakil rakyat. Saya telah bertugas sebagai ahli pentadbiran sehingga, Alhamdulillah, saya berpeluang untuk memegang jawatan yang tertinggi di dalam kerajaan. Saya telah melihat Malaysia melangkah maju dari sebuah negara yang miskin kepada sebuah negara yang moden dan disegani.

2. Walaupun prestasi pencapaian negara adalah membanggakan, saya percaya bahawa negara kita berada di sebuah persimpangan. Kita perlu berani membuat perubahan, kita perlu mempercepatkan evolusi dan proses pematangan. Sekiranya kita gagal membuat perubahan tersebut, segala pencapaian kita selama lebih 50 tahun mungkin tergadai. Dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati.

3. Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung yang akan datang. Saya tidak mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional berpecah belah. UMNO dan Barisan Nasional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran-cabaran global, agar kita berjaya menjadi sebuah negara yang maju – sebuah negara yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

4. Tempoh saya sebagai Presiden UMNO akan tamat pada bulan Mac 2009. Namun, ada beberapa inisiatif yang saya ingin laksanakan sebelum saya menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal pengganti saya. Inisiatif-inisiatif ini adalah penting untuk membolehkan negara kita terus melangkah maju. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki daya saing negara dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran-cabaran luaran yang pasti mendatang. Saya menyeru seluruh rakyat agar bersatu bersama saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

5. Pertama, institusi negara perlu diperkukuhkan:

· Badan kehakiman perlu memperkukuhkan kedudukan dan kredibilitinya di mata rakyat. Saya akan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus.

· Negara juga memerlukan sebuah institusi yang dapat memerangi gejala rasuah dengan efektif. Oleh itu, saya juga akan membawa rang undang-undang ke parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang akan mempunyai kuasa penyelidikan dan penguatkuasaan yang lebih besar berbanding kuasa yang sedia ada pada Badan Pencegah Rasuah.

· Saya juga akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

6. Kedua, saya telah begitu kerap dan sering menegaskan bahawa kekayaan dan hasil kemakmuran Negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata Negara. Ketika membentangkan Bajet 2009 yang lalu,saya telah menjelaskan tentang komitmen Kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan Jaringan Keselamatan Sosial. Kita akan meningkatkan usaha bagi memastikan perlaksanaan inisiatif ini dapat disegerakan bagi membantu rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama. Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas akan dapat mula dinikmati di Iskandar, dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di serata Negara.

7. Ketiga, saya ingin melihat Kerajaan dan Barisan Nasional memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah Negara yang bersatu dan harmoni. Hakikatnya, kita telah sama-sama melihat bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan agama semakin merosot dan terhakis. Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini. Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang, melalui dialog; tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil; bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas, tanpa sebarang keraguan; dan berikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua. Bagi tujuan ini, saya akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional pada awal tahun depan. Ini sememangnya satu usaha jangka panjang yang saya harap dapat saya mulakan dan akan terus saya berikan sumbangan bagi memastikan kejayaannya.

8. Saya serius dan komited untuk mencapai segala misi yang saya gagaskan, dan saya yakin bakal pengganti saya akan meneruskan usaha-usaha ini. Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya, Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama; melainkan peraduan dan keharmonian. Ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit. Ini adalah masa untuk memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kita Ini adalah masa untuk kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, mengatasi segalanya.

Monday, October 6, 2008

Wawancara Bersama TGHH

Abdul Hadi Awang: Majoriti Melayu Muslim Asas Kerajaan Pakatan Rakyat (Siri I)

Oleh: Aqil Fithri

Islam ada pengalaman yang menarik dan elok jika dihimbau kembali dalam menghalusi kerumitan politik dewasa ini. Bagi Ibn Taimiyyah, adalah lebih penting pemimpin muslim yang zalim berbanding pemimpin kafir yang adil, asalkan shariat Islam maseh ditegakkan.

Jalur Ibn Taimiyyah ini sebenarnya ditentang oleh Khawajah Nasir ad-Din at-Thusi. Kini, dalam konteks penekanan PAS pada majoriti Melayu Muslim, wacana—antara nilai dan shariat—ini menarik untuk diangkat. Apatah lagi, al-Qur’aan menerusi Surah al-Maaidah, ayat 8 turut membicarakan kedekatan taqwa dengan keadilan. Wawancara Ummahonline.com bersama Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ini membuka medan perbahasan panjang.

Khalayak melihat Pakatan Rakyat (PR) memberi harapan yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN). PR menjanjikan penghapusan akta-akta yang menindas, pendidikan percuma, kebajikan yang meluas, dan sebagainya. Jadi, apakah ada lagi kebimbangan lain untuk kita memilih PR?

Saya rasa, bagi PAS tidak ada kebimbangan, kerana PAS konsisten dengan Islam yang diperjuangkan… di mana dalam penyertaan kita bersama PR, tidak disentuh idealogi perjuangan parti masing-masing. Dalam hal ini, PAS berhak untuk menyatakan Islam sebagai satu syarat yang penting kepada sebarang perubahan. Kepada PAS, sebarang perubahan dalam negara tanpa meletakkan Islam, tidak akan berjaya. Ini kerana, kita telah mengalami percubaan idealogi-idealogi yang lain daripada Islam—bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia—iaitu kegagalan komunisme, sosialisme, kapitalisme, dan liberalisme yang sedang kita hadapi ini. Ini kegagalan orang yang bukan Islam. Oleh kerana itu, sudah tiba masanya kita mengemukakan Islam sebagai penyelesaian. Dengan sebab itu PAS meletakkan syarat Islam adalah syarat penting dalam sebarang penyertaannya di dalam PR.

Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat? Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.

Tapi bukankah kedudukan Islam dan juga Melayu telah terjamin dalam perlembangaan, termasuklah menerusi institusi Yang Dipertuan Agong sendiri?

Yang penting kita menafsirkan perlembagaan menurut al-Qur’aan dan Hadith. Bukan menafsirkan mengikut barat. Islam dalam perlembagaan hari ini ialah Islam sebagai religion. Islam bukan religion, tapi ad-Deen, yang mempunyai makna yang lebih luas. Sebab itu, kita pakai perlembagaan itu juga, tapi Islam itu sebagai ad-Deen, bukan sebagai religion.

Tapi, bukankah PAS boleh menarik diri dari PR sekiranya berlaku masalah setelah pembentukan kerajaan PR nanti. Malah, dengan sendiri PR akan turut terbubar pada waktu tersebut?

Sehingga hari ini, kita maseh dalam PR. Kita tidak bersedia untuk keluar lagi. Kita maseh peringkat awal, peringkat perbincangan, peringkat mahu membuat perubahan, dan belum lagi peringkat memerintah negara. Saya yakin dan percaya, kerana hari ini parti-parti pakatan rakyat telah menerima majoriti Muslim. Ini mereka telah terima. Saya difahamkan DAP pun terima, Keadilan pun terima, iaitu mesti majoriti mesti Islam.

Bukan saya membuat kenyataan begitu sahaja, bahkan saya mendapat maklum balas, bahawa kalangan bukan-Islam menerima majoriti Islam dalam kerajaan. Ini perkara yang sangat penting.

Tapi, apakah PAS menaruh kecurigaan terhadap ahli parlimen bukan-Islam yang ingin menyeberang ke dalam Pakatan Rakyat?

Kita menghukum apa yang zahir. Itu yang diajar oleh Islam. Hakikat yang tersembunyi, itu di sisi Tuhan. Kerana, Tuhan mengajar kita dalam al-Qur’aan, sekiranya mereka mahu menipu kamu, maka Allah akan menjadi penolong kamu dalam menghadapi mereka.

Jadi, yang penting keikhlasan kita untuk melaksanakan Islam.

Sekiranya PAS mengancam untuk keluar dari Pakatan Rakyat, itu boleh membangkitkan soal penjanjian PAS dengan Pakatan Rakyat. Tidakkah tindakan tersebut menunjukkan PAS ingkar pada penjanjian?

Tidak ada ancaman. Ancaman tidak ada. Bahkan ini dibincang secara terbuka di dalam parti-parti pakatan rakyat.

Memang isu berkenaan majoriti Melayu Muslim telah lama timbul. Tapi, berkenaan berita tentang penarikan diri PAS dari Pakatan Rakyat hanya baru saja timbul?

Itu permainan media. Media yang menimbulkan isu PAS hendak keluar. Saya tegaskan, kita maseh lagi dalam Pakatan Rakyat.

Tapi, tidakkah PAS memerlukan muktamar khas untuk memutuskan sebarang kedudukannya dalam Pakatan Rakyat?

Saya tidak mahu menjawab soalan yang berupa andaian. Andaian bila tiba masa baru kita membuat keputusan. Muktamar khas bukan mesti. Kalau tidak perlu, cukup dengan keputusan PAS Pusat sahaja.

Tapi, kalau melihat kaitan isu majoriti Melayu Muslim ini, Nabi turut bertolak ansur dalam Penjanjian Hudaibiyyah. Tidak begitu?

Tapi, Nabi tidak bertolak ansur dalam perkara prinsip. Nabi hanya bertolak ansur dalam perkara cabang sahaja. Nabi tidak terima supaya pemerintahan Islam dibubarkan. Apa yang diterima ialah, Penjajian Hudaibiyyah itu memberi makna bahawa pemimpin mustrikin makkah mengiktiraf Madinah adalah sebuah kerajaan Islam. Ini yang penting dalam Penjanjian Hudaibiyyah.

Adapun syarat-syarat penjanjian tersebut, itu adalah cabang. Prinsip Penjajian Hudaibiyyah itu adalah mengiktiraf kerajaan yang dibentuk oleh Nabi di Madinah. Itu kita kena sedar.

Tapi dalam soal BN dan PR ini, bukankah PAS juga boleh memakai kaedah “memilih kemudaratan yang lebih kecil”?

Pakatan Rakyat belum lagi teruji pemerintahannya di peringkat pusat. Apa yang ada cuma di peringkat negeri. Dengan sebab itu, penekanan dibuat di peringkat negeri seperti yang ada sekarang… di mana kita telah diberi kepercayaan untuk memimpin dua buah negeri, di samping Kelantan. Ini satu kepercayaan yang sangat besar. Bahkan, kita turut menerima hakikat DAP memerintah Pulau Pinang, dan keadilan memimpin Selangor. Dan kita menyertai kerajaan tersebut. Jadi, sebab itu tidak timbul lagi soal keluar dari Pakatan Rakyat, sebab kita maseh bersama dalam kerajaan (negeri).

Jika PR—peringkat pusat—belum lagi teruji, mengapa PAS meletakkan batas-batas lebih awal sebelum diuji?

Itu sebelum mendirikan kerajaan, maka kita mestilah ada asas dahulu. Majoriti Melayu Muslim adalah asas kepada kerajaan ini. Asas itu kena ada. Macam kita nak mendirikan rumah juga. Tapak rumah tersebut mestilah diuji terlebih dahulu. Rumah tidak ada lagi… dan ujian rumah setelah membinanya adalah ujian kedua. Sebaleknya, ujian pertama ialah tapak rumah tersebut.

Tapi, kita melihat ada perbezaan sikap dengan DAP di Perak. Di Perak, DAP sedia memilih Menteri Besar dari kalangan PAS, meskipun mereka mempunyai suara majoriti dalam DUN. Ini menunjukkan satu tolak-ansur DAP dalam semangat Pakatan Rakyat. Jadi, adakah ini juga menunjukkan bahawa DAP sebenarnya lebih berjiwa besar berbanding PAS?

Alhamdulillah, kita lebih lama dari DAP. Kita ditubuhkan pada 1951, sebaleknya DAP dalam tahun 1960-an. Kita lebih awal. Dan kita menghadapi tribulasi lebih hebat dari DAP lagi. Kita berpengalaman memerintah kerajaan negeri. Kita berpengalaman menjadi kerajaan campuran bersama dengan BN. Kita berpengalaman menjadi pembangkang. Kita berpengalaman semua. DAP baru saja berpengalaman memerintah kerajaan Pulau Pinang. Kita lebih lama. Dan kita berjiwa besar kerana ketahanan kita pada prinsip kita. Dengan sebab itu, prinsip Islam yang kita perjuangkan ini adalah sangat penting. Inilah teras kepada jiwa besar kita.

Setelah kejatuhan Baghdad, banyak ilmuan Islam yang muncul. Ini termasuklah Ibn Athaillah dalam bidang tasawwuf, Ibn Katsir dalam bidang tafsir, Nasir al-Din al-Thusi dalam bidang falsafah, dan Ibn Taimiyyah dalam bidang aqidah, dan ramai yang lain lagi. Salah satu rumusan Ibn Taimiyyah dalam Minhajul Sunnah ialah “pemimpin muslim yang zalim lebih baik dari pemimpin kafir yang adil.” Jadi, apa pandangan Tuan Guru tentang pandangan Ibn Taimiyyah ini?

Itu pandangan yang betul, dalam soal kepimpinan negara. Sebab itu saya rasakan bahawa majoriti Muslim itu penting. Kerana kepada kita, idealogi negara iaitu Islam adalah sangat penting. Bila kita memilih seorang Islam, idealoginya Islam, walaupun dia seorang yang zalim, tapi dia tetap melaksanakan shariat Islam. Jadi, ini yang kita mahu. Itu yang dimaksudkan oleh Ibn Taimiyyah. Apa yang berlaku hari ini tidak wujud. Yang berlaku hari ini ialah orang Islam yang tolak idealogi islam. Ini masalah yang kita sedang hadapi. Itu lain dengan maksud dari kitab Ibn Taimiyyah. Ibn Taimiyyah itu zaman Tartar menguasai Baghdad, di mana pada masa itu ada kerajaan-kerajaan Islam. Dan kerajaan Islam itu maseh melaksanakan shariat Islam. Walaupun rajanya minum arak, dan berfoya-foya, tapi rajanya tidak berani untuk membatalkan shariat Islam. Apa yang berlaku hari ini, pemimpinnya orang Islam, tapi menolak terus pemerintahan cara Islam. Ini masalah yang kita hadapi.

Jadi, ini bercanggah dengan pandangan Nasir al-Din al-Thusi yang meletakkan “pemimpin kafir yang adil lebih baik dari pemimpin muslim yang zalim?”

Itu pada zamannya. Zaman pemimpin Islam yang memerintah dengan Islam. Peribadi pemimpin itu sendiri memang buruk. Kita hari ini, ada pemimpin yang sembahyang, tapi tak laksanakan shariat. Jadi, kita perlu letakkan asas pemerintahan Islam sangat penting. Kita tidak ada pemeritahan Islam hari ini. Itu masalah kita.