Wednesday, September 28, 2011

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain.

Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi.

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantan agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan.

Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. -Hrkh



Tuesday, September 6, 2011

Menjejak MAT INDERA - Siri 2 : Perbezaan MAT INDERA Dan Hj Mohd Yassin

Haji Mohd Yassin Muhammad

Mat Indera, Haji Mohd Yassin Muhammad (Bapa Muhyiddin) dan Sheikh Fadhil Banten

Ada baiknya kita memahami susur galur aliran pendidikan ketiga-tiga tokoh ini sebelum melihat permulaan tercetusnya semangat perjuangan di dalam diri Mat Indera. Mat Indera pernah berguru dengan Sheikh Fadhil Banten. Sheikh Fadhil Banten adalah seorang ulama terkenal di Muar. Haji Mohd Yassin Muhammad pula mula berdamping dengan Sheikh Fadhil Banten selepas gurunya Kadi Abu Bakar Alam meninggal dunia pada 1938. Mat Indera sudah berguru dengan Sheikh Fadhil Banten sejak 1937. Hubungan Haji Mohd Yassin dan Sheikh Fadhil Banten amat rapat, mereka bersama-sama mendalami ilmu agama di pondok Bunut Payong, Kelantan. Mereka juga pernah ke Banten, Jawa Barat menziarahi ulama-ulama tersohor di sana.

Ketika Jepun memasuki Tanah Melayu, Sheikh Fadhil Banten dititah untuk berkampung bersama-sama dengan Sultan Johor dan kerabat lain di Istana Pasir Pelangi, Stulang Johor Bahru. Haji Mohd. Yassin pula diarah memasuki kampung dan menenangkan rakyat yang benci dan takut kepada Jepun. Atas arahan gurunya, Haji Mohd Yassin berdakwah disamping mengawal kawasan-kawasan dan kampung Sheikh Fadhil Banten iaitu di Bakri, Serom, Bukit Gambir, Lenga, Bukit Kepong, Gersik dan Panchor.

Bagaimanapun sebenarnya Jepun telah diarahkan agar tidak membuat kerosakan dan kesusahan yang besar di Johor kecuali jika terpaksa. Ini adalah sebagai tanda hormat Jepun kepada Sultan Johor, penerima Pingat Bintang Matahari Terbit Maharaja Jepun Kelas I yang bertaraf kerabat DiRaja Matahari Jepun. Perkara ini tidak diketahui ramai rakyat Johor dan Haji Mohd Yassin mengetahui hal ini daripada gurunya, Sheikh Fadhil Banten. Ketika zaman pemerintahan Jepun inilah Mat Indera mula berguru dengan Haji Mohd Yassin kerana Sheikh Fadhil Banten berada di istana bersama Sultan Johor. Saat-saat Mat Indera berguru bersama Haji Mohd Yassin ini yang menjadikan hubungan mereka akrab bagaikan sahabat.

Askar Fiji di Tanah Melayu

Secara sedar atau tidak, sebenarnya dalam keghairahan British untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada jatuh ke tangan Jepun, mereka telah membawa begitu ramai Tentera Gurkha dan Tentera Fiji ke Tanah Melayu bagi menguatkan barisan tentera mereka. Berbalik kepada isu Bukit Kepong yang dihangatkan oleh media utama ketika ini, tindakan membawa masuk Askar Gurkha dan Fiji inilah yang menjadi punca serangan di Bukti Kepong. Saya akan ulas lebih lanjut di dalamsiri selanjutnya.


Perbezaan Haluan Mat Indera dan Haji Mohd Yassin - Kaum Muda VS Kaum Tua

Pada tahun 1945, setelah tamat Perang Dunia Kedua, Mat Indera mula bekerja sebagai buruh lembaga pelabuhan Muar. Kerana keberanian, ketokohan dan kebolehannya itu yang telah berjaya menyatukan kaum buruh dan memimpin perjuangan mereka. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Kesatuan Buruh Pelabuhan serta melancarkan berbagai bentuk perjuangan untuk membela kepentingan kaum buruh yang tertindas. Semangat perjuangan yang tinggi telah mendorongnya bekerja keras, di samping menjadi buruh untuk mendapatkan nafkah sara hidup dan aktif dalam gerakan kemerdekaan.

Pada waktu siang, beliau mengembangkan pekerjaan di kalangan buruh dan lain-lain lapisan masyarakat yang progresif serta membakar semangat mereka untuk melawan penjajah demi kemerdekaan tanah air. Pada waktu malam pula, beliau bersama rombongannya menjelajah ke kampung-kampung mengumpulkan orang ramai mengadakan rapat-rapat umum dan berpidato untuk membangkitkan semangat orang rami. Orang ramai sangat tertarik dengan pidatonya serta memberikan sokongan yang kuat kepadanya. Di sinilah beliau mencipta nama yang harum di kalangan massa rakyat di Muar dan kawasan sekitarnya.

Ketika itu Mat Indera bukan saja menjadi seorang guru agama yang terkenal, malah juga seorang pemimpin buruh yang hebat. Pernah berlaku peristiwa kaum buruh pelabuhan Muar mengemukakan tuntutan kenaikan upah dan layanan kerja yang baik daripada pihak majikan. Akan tetapi, pihak majikan yang hanya tahu mengaut untung telah menolak tuntutan mereka. Kaum buruh yang marah telah mengadakan mogok besar-besaran menuntut kenaikan upah dan perbaikan syarat kerja. Pihak majikan telah menekan mogok besar-besaran itu dengan memerintahkan polis menyerbu pemogokan dan menangkap Mat Indera dan menghumbannya ke penjara.

Beliau akhirnya dipenjarakan beberapa bulan. Walaupun dipenjara Mat Indera menyemai semangat juangnya dengan meremehkan polis penjajah. Mat Indera sentiasa memberi penerangan dan pendidikan kepada rakan-rakan sepenjara dan mendapat sambutan yang baik daripada mereka. Ada beratus-ratus buruh pelabuhan yang sanggup tampil untuk menjaminnya keluar dari penjara, tetapi sebagai memprotes tindakan memenjarakannya yang tidak adil ini beliau menasihati kaum buruh agar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau meniupkan semangat para buruh supaya meneruskan perjuangan dengan gigih di luar ketika beliau berjuang dari dalam penjara.

Mat Indera diarak oleh buruh-buruh pelabuhan dari Jalan Maharani ke Jalan Abdullah - Johan bin Indera


Ketika Mat Indera dibebaskan, Pak Johan sendiri menyaksikan abangnya Mat Indera telah diarak bagaikan pembesar layaknya oleh kaum buruh dari Jalan Maharani ke Jalan Abdullah di Muar menurut Pak Johan.

Dalam masa yang sama, Haji Mohd Yassin bersama 24 orang sahabat telah menubuhkan Persatuan Lujnah Pengembangan Pelajaran Igama Islam Muar. Haji Mohd Yassin lebih menumpukan kepada keperluan pendidikan agama dalam masyarakat Melayu di Muar. Haji Mohd Yassin melihat keadaan ketika perang dan selepas perang memperlihatkan bahawa pemuda yang berpendidikan agama lebih cepat menyesuaikan diri. Mereka yang kurang berpendidikan agama berhadapan masalah kekalutan dan kekacauan. Mereka perlu bergerak kerana masalah sosial yang teruk seperti pemuda yang berpeleseran, kaum wanita yang kerap ke bandar. Ramai orang melayu yang menghabiskan masa dengan berjudi dan meminum arak, tidak solat dan menjauhi masjid.

Permasalahan ini timbul kerana sistem pendidikan ketika itu, pastinya dari penjajah British yang mengutamakan peluang pekerjaan kepada lepasan berpendidikan Inggeris dan Melayu. Bekas pelajar berpendidikan agama tidak dilayan dengan baik.

Haji Mohd Yassin meneruskan perjuangan mengembangkan dakwah Islamiah mengikut fahaman Kaum Tua yang berpegang kepada amalan tasauf seperti Khaujakan dan kesufian yang lemah lembut melalui ceramah umum dan pendidikan. Beliau turut cuba menarik beberapa sahabat dan kenalannya yang berjuang mengikut fahaman Kaum Muda bersama Mat Indera.

Sebenarnya ketika usianya belasan tahun, Haji Mohd Yassin juga seorang yang amat berminat mengikuti perkembangan dakwah Kaum Muda. Pendekatan Kaum Muda adalah dengan menggunakan pendidikan moden dan sastera serta bermotif anti penjajah di dalam objektif dan misi mereka. Haji Mohd Yassin sendiri pernah meminta izin daripada gurunya ketika itu Kadi Abu Bakar untuk menuntut ilmu di Siak, Sumatera. Bagaimanapun ia dihalang oleh gurunya kerana berdasarkan fahamannya, fahaman Kaum Muda yang dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dianggapnya terlalu agresif dan banyak mendatangkan salah faham ilmu dan mudarat. Bagi mengelakkan Haji Mohd Yassin
terus belajar di sisinya tanpa memikirkan hal-hal lain dan daripada pengaruh Angkatan Muda, Mohd Yassin telah dinikahkan gurunya dengan Cik Maznah binti Daud pada usianya 16 tahun. Akhirnya Haji Mohd Yassin ini menjadi anak murid kesayangan gurunya, Kadi Abu Bakar Alim.



Masuk Hutan Berbaju Kuning Berseluar Pendek


Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Mat Indera telah mengambil langkah untuk masuk ke hutan. Tindakan Mat Indera ini tidak diketahui oleh seorang pun ahli keluarganya ketika itu. Menurut Pak Johan, pada hari Mat Indera keluar diri dari rumah dan masuk ke dalam hutan hanya dengan berpakaian baju kuning dan berseluar pendek. Pada ketika itu usia Pak Johan baru mencecah 8 tahun. Pada sangkaan awal ayahnya-Indera bahawa anaknya itu sudah hilang dan dibunuh komunis. Kerana sebelum itu ada seorang ahli keluarga Mat Indera iaitu bapa saudaranya, Yahya telah dibunuh komunis.

Setelah lama tidak berhubung dari pihak keluarga, akhirnya mereka menerima perutusan dari Mat Indera melalui surat. Di sinilah bermulanya cara Mat Indera berhubung dengan ahli keluarganya, di dalam surat itu hanya dinyatakan pesanan ringkas seperti 'Jumpa aku Pagoh', dan apabila bapanya berada di Pagoh barulah Mat Indera muncul menemui bapanya.


Bersambung : Nantikan Siri seterusnya, 1. Punca Serangan Bukit Kepong
                                                                    2. Keluarga Mat Indera dibuang daerah
                                                                    3. Misteri WASIAT Mat Indera

Monday, September 5, 2011

CELAKA: Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama

"Terima kasih aku ucapkan kepada Sdr Mat Sabu kerana membangkitkan isu yang paling hangat diperkatakan hari ini. Aku yang tidak pernah ambil tahu tentang sejarah berkumpul beramai-ramai mencari fakta untuk melihat kebenaran.
Selepas menonton program kemerdekaan Malaysia di Astro, semangat kami untuk mengkaji fakta sejarah ini semakin meluap. Berpandukan gambar buku "memoir Shamsiah Pakeh" kami panjat setiap kedai buku mencari buku itu. Penat lelah kami terubat bila kami dapat membelinya.

Setelah membacanya kami menjadi terkejut, bingung. Kenapa dalam sejarah kemerdekaan tidak pernah dihuraikan peranan API, AWAS, PKMM dan lain-lain lagi. Dan juga dimanakah hilangnya watak-watak utama seperti Ibrahim Yaakub, Shamsiah Pakeh, Ahmad Boestamam, Pak Sako, Usman Awang, A Samad Said yang berjuang menggunakan pena.
Kami seterusnya meneroka ruang internet. Kami menjumpai dua artikel yang amat berharga mengenai perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Artikel-artikel itu ialah "War in Malaya 1948 - 1960" dan Hansard Parlimen British July 1957 yang menghuraikan panjang lebar tentang Kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebenarnya pergerakkan menentang British bermula dari Timur Tengah. Fakta ini dilenyapkan terus oleh UMNO. Semasa Jepun menakluki Malaya, kerajaan Inggeris telah bergabung dengan MPAJA untuk menentang Jepun. Malah Inggeris, diketuai oleh Kolonel Chapman telah membantu MPAJA dari segi kemahiran dan persenjataan dengan menggunakan unit 'Force 136".
Apabila Jepun kalah Inggeris kembali menjajah. Maka bangunlah anak-anak Melayu menentang kepulangan Inggeris ke Malaya. Mereka bergerak dalam persatuan-persatuan seperti API, AWAS dan sebagainya. Inggeris mula mengenakan tindakan dengan menagkap ketua-ketua pergerakan ini. Banyak yang lari masuk hutan dan mengangkat senjata. Mereka yang tidak lari dipenjara. Maka merengkoklah ketua-ketua pertubuhan ini seperti Ahmad Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi. Yang anehnya tidak seorang pun pemimpim UMNO ditangkap.
Mereka-mereka yang masuk hutan mula menyerang kepentingan Inggeris dengan harapan melumpuhkan ekonomi Inggeris. Mereka hampir berjaya.
"The insurgency threatened control over this “material prize”. The Colonial Secretary remarked in 1948 that “it would gravely worsen the whole dollar balance of the Sterling Area if there were serious interference with Malayan exports”. One other member of the House of Lords explained that existing deposits of tin were being “quickly used up” and, owing to rebel activity, “no new areas are being prospected for future working”. The danger was that tin mining would cease in around ten years, he alleged. The situation with rubber was “no less alarming”, with the fall in output “largely due to the direct and indirect effects of communist sabotage”, as it was described.
Peladang-peladang Inggeris di Malaya marah kepada kerajaan Inggeris kerana tidak mengambil berat melawan pejuang-pejuang kemerdekaan ini. Dengan amaran ini, kerajaan Inggeris terpaksa memohon peruntukan yang lebih. Untuk menjustifikasikan permohonan ini Parlimen Inggeris telah pada tahun 1952 menukarkan gelaran "bandit" kepada "Communist Terrorist" kepada pejuang-pejuang kemerdekaan. Dan kita pada hari ini diarahkan melihat perjuangan datuk nenek kita yang berjuang menuntut kemerdekaan sebagai penjahat Komunis.
"Other aspects of the war are dealt with within the official framework. In 1952 a memorandum by the British Defence Secretary stipulated that, from now on, the insurgents – previously usually referred to as “bandits” – would be officially known as “communist terrorists” or CTs. Subsequent scholarship concurred. Richard Allen contrasts the “CTs…as they came to be known” with the Malay and British security forces, the “defenders of Malaya”, in his term."
Inggeris menerima pukulan hebat dari pejuang kemerdekan di semua wilayah jajahan mereka dari Palestin, Afrika dan Asia. Mereka mahu melepaskan Malaya kepada sekutu mereka dan UMNO.
" Britain achieved its main aims in Malaya: the insurgents were defeated and, with independence in 1957, British business interests were essentially preserved. Britain handed over formal power at independence to the traditional Malay rulers and fostered a political alliance between the United Malay National Organisation and the Chinese businessman’s Malayan Chinese Association. At independence, 85 per cent of Malayan export earnings still derived from tin and rubber. Around 70 per cent of company profits were in foreign, mainly British, hands and were largely repatriated. Largely European owned agency houses controlled 70 per cent of foreign trade and 75 per cent of plantations. Independence hardly changed the extent of foreign control over the economy until the 1960s and 1970s. Even by 1971, 80 per cent of mining, 62 per cent of manufacturing and 58 per cent of construction were foreign-owned, mainly by British companies. The established order had been protected.
UMNO semasa menerima kemerdekaan ini telah juga gagal memertabatkan Islam.
" On religion, the Reid Commission recommended, as my hon. Friend the Member for Devonport (Miss Vickers) pointed out, that there should be no mention of State religion in the Constitution. It is now inserted in Article 3, but is so watered down by the later Articles that I do not think there can be any real fear of a non-secular State being created. I think the Secretary of State has resisted pressure put on him for the creation of a non-secular State, and the present provisions should satisfy other religious communities, although there is this mention of the State religion."
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar. Mereka adalah Pak Sanggup yang sanggup menerima kemerdekaan dengan menggadaikan ugama dan bangsa. UMNO juga adalah umang-umang yang akan tukar sarung mereka setiap kali tukar pemimpin.
Ternyatalah di sini pejuang kemerdekaan bukanlah semua komunis tetapi dilabel oleh Inggeris sebagai Komunis.
Syabas Mat Sabu. Sekarang aku mengerti nilai sejarah sebenar.

SILA BACA. The Real Story of Bukit Kepong

"Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok. Jadi, saya ini adalah salah seorang UMNO totok.Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO tlh membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO. Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu.

Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R. Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM.
Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO tlh membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO. Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu. Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R. Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM.
Apalah yg bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yg dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas. Pada saya, tindakan  YB Mat Sabu itu betul. Kalau nak dikirakan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin telah banyak tidak ditunjukkan kesilapan Polis British pada waktu ini, oleh sebab watak Sarjan Jamal yg sebenarnya beliau adalah anggota terawal kematiannya. Tetapi dalam filem itu, watak sarjan ini ditamatkan jadi HERO dalam filem tersebut sudah lari dari fakta. Kedua, kenapa ramai polis tidak bersedia pada waktu itu?
Sebilangan besar anggota polis telah dijamu dengan arak oleh masyarakat cina. Orang kampung tidak berani untuk menegur perbuatan ahli yg teribat. Maklumlah, orang kampung dan polis amat berkuasa, jadi pada masa tu pegangan akidah anggota polis tidak berapa kuat. Jadi polis-polis tersebut telah minum arak sehingga mabuk. Ini tidak pula diterangkan dlm filem tersebut. KENAPA?? kalau tidak percaya, orang-orang UMNO Lenga boleh tanya di kedai-kedai kampung lama di Bukit Kepong.<>Untuk makluman semua, pihak RTM ada menayangkan satu slot dokumenteri mengenai sejarah Bukit Kepong melalui program WARISAN pada tahun 1970an.
Dalam program itu ada diterangkan En. Yusof Rono di saat akhir selepas kominis balik. Apabila En. Yusof Rono telah diarahkan di kepala oleh salah seorang kominis, Mat Indera telah menghalang kominis itu daripada menembak En. Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah, yg dah lepas, biarkan" ini bermakna Mat Indera masih ada perasaan simpati pd Polis British itu. Kalau boleh, pihak RTM tayang balik Dokumenteri tersebut yg dikeluarkan pada tahun 1970an.
Siapa HERO sebenar? Kalau bukan Mat Indera. Dengan ini, kita cuba perbetulkan Sejarah Negara semula yang telah lama dipesongkan.
Al-fatihah buat "HERO SEBENAR MALAYA" iaitu, MAT INDERA. Amin....

Mat Indera Ditangkap British Angkara Dikhianati Rakan...

Sarjan Bajuri (bekas Ketua Pemuda Umno Bah.) dibayar oleh British sebanyak $75,000.00 kerna memberkas Mat Indera

Dalam bulatan - Muhammad Indera (Mat Indra)

Orang yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera ialah Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.


Sekarang siapa pengkhianat?

Umno gali kuburnya sendiri - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.
(Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya)

Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.

Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British.

Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucapan Mohamad Sabu.

Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.-Hrkh

TITIK NOKTAH UNTUK UMNO,KENYATAAN MAT SABU DISOKONG MB JOHOR 



Mat Indera Antara 150 Tokoh Terbilang Kata MB Johor
LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar.
Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.
Di bawah ini petikan teks ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman pada majlis pelancaran buku "Fatimah gadis desa srikandi bangsa", di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 jam 10.45 pagi [http://www.johordt.gov.my]. Berita ini turut disiarkan di portal [Bernama]


Jelas sekali di dalam ucapannya menyebut hampir 150 orang tokoh terbilang yang lahir dari Johor telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid. Salah satu jilid yang disebut oleh beliau ialah Pengukir Nama Johor.
Pengukir Nama Johor adalah judul sebuah buku yang turut mencatatkan biografi Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah di kulit luar buku ini terpampang wajah Mat Indera.



Jika gerombolan songkok tinggi tiga jengkal (United Malays No Otak) masih tak percaya dengan kewujudan buku ini. Sila buat tempahan secara online sekarang, harganya pun tak mahal baru RM20.00. Klik sini [Yayasan Warisan Johor]

Arifin Zakaria dilantik Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria (gambar) dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, lapor Bernama.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Najib berkata, Tuanku Mizan juga memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Besar Malaya menggantikan Arifin, manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Md Raus Sharif dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersara awal.

Perdana Menteri berkata, semua pelantikan berkuat kuasa 12 September ini.

"Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun Zaki Tun Azmi di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Hakim Negara, khususnya dalam mentransformasikan badan kehakiman sehingga berjaya mengurangkan kes-kes tertunggak di semua peringkat mahkamah, demi memberi keadilan yang pantas kepada semua pihak.

"Saya juga memaklumkan persaraan awal Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Presiden Mahkamah Rayuan, pada umur 65 tahun yang telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan amat berterima kasih atas segala jasa beliau kepada badan kehakiman, khususnya dalam memimpin Mahkamah Rayuan,” katanya.

Najib juga berkata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan kini berurusan dengan Istana Negara bagi menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan setia untuk hakim berkenaan.

Sunday, September 4, 2011

Lensa Dan Catatan Sekitar Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Muhammad Ke-V

http://2.bp.blogspot.com/-NqeEPOJpYUU/TmKfvXEwhVI/AAAAAAAAAcQ/8Lad6PZfV6s/s1600/HR%2B1.JPG
Alhamdulillah, Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini merupakan kali pertama Sultan Muhammad Ke-V menyambutnya bersama rakyat Kelantan selaku Sultan Kelantan. Seperti lazimnya, program pertama Sultan Muhammad Ke-V di pagi raya adalah menunaikan solat Aidil Fitri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, pada jam 8.30 pagi.

Pada jam 9.30 pagi pula, Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk berangkat ke Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, untuk menziarahi makam-makam keluarga diraja.

Ini diikuti oleh keberangkatan Baginda untuk berhari raya bersama rakyat di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 10.30 pagi. Pada tahun ini acara ini telah dititah supaya dipindahkan dari Istana Balai Besar, Kota Bharu, ke Istana Negeri, Kubang Kerian, yang lebih luas bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat berhari raya bersama Baginda. Alhamdulillah, titah ini adalah satu titah yang tepat kerana lebih ramai rakyat hadir ke acara ini pada kali ini. Selain bersalaman dan beramah-mesra, Baginda juga telah memperkenankan permintaan rakyat untuk bergambar bersama Baginda.

Pada jam 5.00 petang, Baginda telah berkenan untuk menerima menghadap Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Setelah majlis penghadapan tersebut selesai pada jam 5.30 petang, Baginda telah membuat keputusan mengejut untuk turut berangkat menunaikan solat ke atas jenazah mudir Pondok Terusan, Pasir Tumboh, Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.10 tengahari sebelumnya (arwah Tuan Guru Haji Hashim juga telah Baginda anugerahkan dengan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) pada tahun lalu bagi menghargai sumbangan besar beliau kepada rakyat). Sesungguhnya inilah salah satu bukti kecintaan Baginda terhadap para ulama'.

Sebelum itu, pada hari terakhir Ramadhan, Baginda juga telah mengejutkan jama'ah di Masjid Telipot, Kota Bharu, yang turut meliputi ramai anak perantau yang telah selamat kembali ke kampung halaman apabila dengan tiba-tiba sahaja muncul untuk menunaikan solat sunat dan solat Subuh di sana tanpa sebarang protokol dan pengumuman serta tanpa diiringi oleh mana-mana pegawai seperti lazimnya. Kehadiran Baginda yang hanya disedari setelah Baginda selesai menunaikan solat sunat ternyata menggembirakan jamaah yang memenuhi ruang masjid itu yang telah mengambil kesempatan itu untuk berbaris panjang bagi bersalam dengan Baginda setelah Baginda selesai menunaikan solat Subuh.

Bersama-sama ini disertakan sebahagian foto sambutan hari raya Sultan Muhammad Ke-V untuk tatapan pengunjung blog. Selamat hari raya, maaf zahir batin, untuk semua.

Sumber Gambar Dan Catatan




http://4.bp.blogspot.com/-AispqtATQBM/TmKfpd4WjnI/AAAAAAAAAcI/yamAGJC0Z8k/s1600/HR%2B2.JPG

http://2.bp.blogspot.com/-zwPehSe009k/TmKfhg5fBQI/AAAAAAAAAcA/_gxl97tjbmA/s1600/HR%2B3.JPG

http://3.bp.blogspot.com/-U568OzpZ16g/TmKfbmkIRdI/AAAAAAAAAb4/fHikOx8kebc/s1600/HR%2B4.JPG

http://1.bp.blogspot.com/-b0LR_XTe8MY/TmKfV-iN1CI/AAAAAAAAAbw/FPy9LPuK5TA/s1600/HR%2B5.JPG

http://3.bp.blogspot.com/-o-x_DIruBdc/TmKfO44HoaI/AAAAAAAAAbo/xqqAjdOney8/s1600/HR%2B6.JPG

http://2.bp.blogspot.com/-5PVHH-g2kGc/TmKfIVfUwaI/AAAAAAAAAbg/ZrRATEep__w/s1600/HR%2B7.JPG

http://4.bp.blogspot.com/-Gv9ewGIyvoo/TmKfAhtVDjI/AAAAAAAAAbY/UeckyYjqBqQ/s1600/HR%2B8.JPG

http://4.bp.blogspot.com/-j3J4f_2P0jc/TmKei1bIMqI/AAAAAAAAAa4/5ga3KjO3W8g/s1600/HR%2B12.JPG

http://4.bp.blogspot.com/-IbZDAiiLr0g/TmKerLVzyBI/AAAAAAAAAbA/YEvi4s2HIHw/s1600/HR%2B11.JPG

http://3.bp.blogspot.com/-BhIQYTX_EHM/TmKeahpQNbI/AAAAAAAAAaw/FlMJZDqjAM4/s1600/HR%2B13.JPG

http://1.bp.blogspot.com/-_mUP9CmOiow/TmKePVLfTbI/AAAAAAAAAao/R4qu8_pVSKU/s1600/HR%2B14.JPG

http://3.bp.blogspot.com/-ZEw3kwId_EI/TmKeGh3kljI/AAAAAAAAAag/tKLuz7Fgr8w/s1600/HR%2B15.JPG

http://2.bp.blogspot.com/-2eTo2i4VJBw/TmKd_VyYWoI/AAAAAAAAAaY/crvBTBFO0eY/s1600/HR%2B16.JPG

40 SOALAN SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU...perlu dijawab


54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun “merdeka…”
 oleh Tongkat Bahaman 
  1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ?
  2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar.?
  3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya(TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?.
  4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ?
  5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ?
  6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati ? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya ?
  7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.
  8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya ?.
  9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.
  10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.
  11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa ?
  12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ?
  13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?
  14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?
  15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).
  16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan ? Apakah signifikan syarat ini ? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” ? dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada.
  17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.
  18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.
  19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.
  20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?
  21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris. ?
  22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshall yang merancang untuk menggagalkan rundingan ini ? (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara).
  23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia.
  24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama’ telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa ?
  25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis ?
  26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama’ seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.
  27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia ?. Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.
  28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).
  29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba ?.
  30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding ?
  31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO.
  32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.
  33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948. Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain.
  34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?
  35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?
  36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?
  37. Kenapakah UMNO terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989.Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat.
  38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat.
  39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal.
  40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini ?
  41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.
  42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih ?
  43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh UMNO – apakah dosa UMNO hingga ia semakin dibenci.
  44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan ?
  45. Kenapa UMNO masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat ?
  46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa ?
  47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.
  48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah UMNO terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka. ?
  49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM ?
  50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikit daripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli UMNO) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenar perjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan.?
  51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini.?
  52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh UMNO. ?
  53. Benarkah kita sudah Merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversive oleh pemerintah.
  54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain. ?

TITIPAN UNTUK WARGA YANG MERDEKA



Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat…..” Prof. Shamsul Amri Baharudin.
oleh Tongkat Bahaman 

Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar. Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad 21 dan bukan lagi era tahun 60an abad 20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!

Ini zaman IT - Pasca Angkasa Lepas (makna ditekan) di mana berita dan peristiwa dapat dipancar sekelip mata menerusi satelit ke seluruh dunia. Zaman Generasi You Tube, Twitter – Face book; anak semua bangsa berkenal dan berinteraksi dengan pantas menerusi sistem saraf rangkaian maklumat digital – generasi perubahan yang sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memberi makna kepada masa depan serta hak dan nasib rakyat.
Menerusi sistem saraf rangkaian maklumat ini mereka bukan sahaja mampu menilai semula sejarah negara bangsa malah makna kemerdekaan itu sendiri, yang selama ini di kulum dengan rasa mual dan penuh ketidakpastian. Mereka begitu keliru tentangnya.
Haruskah sejarah yang ditulis oleh bangsawan Melayu gendut ini diwariskan untuk generasi akan datang sedang mereka sendiri keliru tentangnya……! Kata George Santayana “sesiapa yang melupai sejarah (bangsa dan negaranya) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali…” Apakah maksud ungkapan ini ?
Rakyat Malaysia bukan melupai sejarah negaranya tetapi mereka sebenarnya tidak faham. Tidak ada seorang pelajar yang benar-benar tahu atau professor sejarah yang berani bercerita tentang sejarah kita yang sebenar kerana bimbang implikasi berbagai akta. Akhirnya tiada orang yang benar-benar tahu tentang sejarah negara dan bangsanya termasuklah kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.
Tugu Negara, tugu penajajah inggeris
Kita tidak tahu sama ada kita dijajah oleh Inggeris atau oleh PKM kerana dari gelagat UMNO kita semacam dijajah oleh PKM. Kita tidak tahu sama ada regim kolonial Inggeris atau PKM yang membunuh dan memenjara pemimpin-pemimpin kita yang berjuang di bawah semboyan “MERDEKA”. Tugu Pahlawan menunjukkan Inggeris sedang menginjak-injak kaki pada gerila-gerila PKM yang gugur sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Senario ini menunjukkan kita merdeka dari PKM dan bukan dari Inggeris. Di situ juga kita membaca jajaran nama askar-askar British yang terkorban dalam perang bersama gerila PKM sejak darurat diistiharkan oleh British pada 18 Jun 1948. Kita juga tidak tahu sama ada kita terhutang budi dengan British atau PKM justeru kemerdekaan tanah air kita. Begitu juga tentang apa sebab Inggeris memerdekakan negara kita. Sebahagian rahsia sejarah sebenar tersimpan dalam benak kapitalis birokrat aka bangsawan gendut yang mengambilalih kuasa dari British. Dari cebis-cebis coretan para gerila yang masih mereka genggam, mereka berkata Inggeris lari kerana tidak tahan dengan ribuan serangan dari mereka hingga terpaksa merdekakan Malaya secara bersyarat. Kita juga tidak pernah tahu syarat-syarat itu kecuali satu dua antaranya supaya UMNO dan Kerajaan Perikatan terus melancar perang dalam negeri terhadap PKM. Peperangan ini menguntungkan British yang bertindak sebagai penjual senjata di samping pada masa yang sama sempat mengurus segala asset dan modalnya. British tidak menyuruh UMNO memusuhi PKM hingga kiamat ia memadai untuk satu masa bagi memberi sedikit ruang kepada British untuk mengambil apa yang patut walaupun negara sudah merdeka.


Kita juga tidak tahu tentang sejarah Pasukan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) pernah bersama British untuk melumpuhkan tentera fasis Jepun pada tahun 1942-1945. Inilah pasukan yang berani menentang tentera fasis Jepun yang telah membunuh ribuan rakyat Malaya yang tidak berdosa. Kisah ini tidak pernah dibangkit oleh pemerintah sedang British yang lari seperti itek meninggalkan Malaya mengiktiraf jasa-jasa TAJRM yang dipimpin oleh Chin Peng dengan dua anugerah yang besar di London.
British masuk semula pada tahun 1945 melihat kebangkitan baru untuk menuntut merdeka - KRIS, PKMM, PKM,API,AWAS kesatuan Buruh dan lain-lain yang membentuk PUTERA-AMCJA. Pada tahun 1948 Mereka menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. PUTERA-AMCJA pernah menyanggah Dato’ Onn yang memberi kerjasama kepada Inggeris memaksa raja-raja Melayu menandatangani perjanjian ini kerana ia sedikitpun tidak menyebut soal merdeka. Justeru akhirnya perjanjian ini gagal dan PUTERA-AMCJA telah mengemukakan 10 pasal perlembagaan Malaya Merdeka serta bendera Sang Saka Merah Putih lambang tuntutan kemerdekaan. Mereka menggabung pertubuhan politik dan seluruh warga Malaya patriotik-demokratik bangun melancarkan HARTAL di seluruh negara sehingga ia begitu mencemaskan British.
Dalam perjuangan kemerdekaan Dato’ Onn dianggap oleh golongan progresif sebagai duri dalam daging yang sentiasa menghalang gerakan yang menuntut kemerdekaan. British telah merencana beberapa rusuhan kaum di Batu Pahat dan Muar Johor, begitu juga di Sungai Manik Perak yang kemudiannya di damaikan oleh PKM. Dato Onn lebih selesa hidup di bawah British kerana katanya dengan Inggeris kita boleh makan daging tetapi kalau merdeka kita akan makan ubi kayu. Dato’ Onn memusuhi golongan kiri dan parti-parti progresif kiri seperti PKMM, API, AWAS dan PKM. HARTAL 1948 yang dilancar secara besar-besaran dan tuntutan) kemerdekaan (tekanan ditambah) menyebabkan British mengistiharkan Undang-Undang Darurat. 400,000 askar British telah dibawah masuk untuk melancarkan perang terhadap pemimpin-pemimpin kiri yang menuntut merdeka. British dengan persetujuan Dato’ Onn telah mengharamkan seluruh parti-parti politik di Malaya pada tahun 1948 – ribuan pemimpin-pemimpinnya ditangkap dipenjara dan dibunuh. Inilah detik malapetaka paling besar buat pejuang-pejuang progresif di Malaya yang akhirnya kemenangan memihak kepada UMNO kerana seluruh parti-parti politik di Malaya ketika itu telah diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap. Mulai detik inilah pena dan lembaran sejarah terlepas kepada Kapitalis Birokrat aka Kelas Bangsawan Melayu. UMNO pada ketika itu hanya gerombolan seperti PERKASA yang muncul pada hari BERSIH 709 sedangkan golongan patriotik-demokratik PUTERA-AMCJA mempunyai hampir sejuta ahli. Di bawah undang-undang darurat ini pemimpin-pemimpin politik selain UMNO di buru, ditangkap dan dipenjara malah ramai yang dibunuh. Mereka dituduh mengancam keselamatan negara oleh British.
Yang terselamat telah melarikan diri ke hutan melancarkan perang gerila atas nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya atau Tentera Rakyat. Mereka termasuklah Regimen 10 Melayu yang begitu digeruni British yang dipimpin oleh Abdullah CD bekas anggota PKMM. Regimen 10 Melayu ini adalah terdiri daripda pengikut-pengikut Dato’ Bahaman yang masih hidup yang berpengkalan di Pahang. Mereka inilah yang meneruskan perjuangan menentang Inggeris hingga pada tahun 1957 Malaya mencapai kemerdekaan.
Percubaan untuk menzalimi anggota PSM yang terbaru di bawah Ordinan Darurat bukanlah suatu yang pelik. Apa yang pernah dilakukan oleh Dato’ Onn kini ingin dicuba sekali lagi oleh cucunya pula. Bersih dikatakan haram dan mengancam keselamatan negara sebagaimana PUTERA-AMCJA dan parti-parti politik progresif di haramkan pada tahun 1948 oleh British. Pada ketika ini ramai yang ditahan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan PKM termasuk pengerusi API, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin al-Helmi, Pak Sako dan lain-lain. Osman Awang terselamat kerana beliau hanya menulis sajak walaupun beliau sendiri adalah lebih kiri daripada Pak Samad yang menjadi antara ikon dalam BERSIH 2.0.
Sesiapa yang tidak sealiran dengan UMNO boleh sahaja dikaitkan dengan PKM dan mereka boleh dituduh mengancam keselamatan negara. Idea ini adalah idea penjajah Inggeris sejak melancarkan akta darurat 1948 lagi.
Himpunan Bersih 709 dengan warna kuning memang suatu yang wajar kerana warna kuning bukan sahaja warna permbakar (matahari), ia juga lambang kedamaian dan keamanan – kebebasan dan kebijaksanaan. Kuning adalah warna yang disahkan oleh pengamal perubatan sebagai warna yang boleh dilihat meskipun seseorang itu rabun atau buta warna. Dengan kehadiran warna ini UMNO tidak seharusnya terus rabun. Mereka seharusnya dapat melihat 8 tuntutan Bersih sebagai satu pergerakan madani, rakyat yang menuntut perubahan.

SELAGI UMNO BERKUASA, SEJARAH AKAN TERUS MENIPU?

Oleh: WFAUZDIN NS
MASIH mahu membincangkan tentang kebenaran dan kepalsuan sejarah di negara kita. Rakyat mula meminati `bidang sejarah' ini khususnya tentang perjuangan menentang penjajah selepas tajuk ini dipopularkan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dianggap penyokong Komunis oleh puak yang pernah memberikan tanah kepada `beberapa komunis yang telah bersara' selepas peristiwa Komunis meletakkan senjata di negara ini. Pelik bunyinya bukan?

Saya tertarik dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa sejarah di negara ini boleh berubah cerita mengikut rentak Sang Penguasa. Baca kenyataan beliau di sini. Benar kata beliau, apabila sejarah tidak mampu ditulis secara jujur yang bertentangan dengan kepentingan Sang Penguasa, maka ianya akan bertukar menjadi Puisi untuk menzahirkannya. Maka, hari ini banyak Puisi yang `mengeluh' tentang kezaliman Sang Penguasa serta menceritakan sejarah silam yang tiada dicoretkan di dalam buku sejarah.

Apa yang ada dalam buku sejarah? Kisah pemimpin yang pernah bersekongkol dengan penjajah, yang makan minum mereka disuap oleh penjajah, kaya raya dengan bertepuk bahu dengan penjajah telah dinukilkan sebagai pejuang kemerdekaan. Di mana cerita Pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan keris dan kudrat empat kerat menentang penjajah? Jika ada pun, hanya dipaparkan seolah-olah seperti cerita hikayat dan dongeng semata-mata.

Bak kata Tuan Ibrahim, seandainya berpuluh tahun akan datang jika sejarah negara ini ingin menceritakan tentang pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu, adakah cerita yang mahu mereka tulis tentang DS Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri negara ini? Rasa-rasanya adakah mereka berani untuk menulis bahawa DS Anwar Ibrahim adalah tokoh yang telah membawa sedikit roh Islam ke dalam parti keramat Melayu, Umno itu? Sanggupkah mereka menulis betapa DS Anwar ini telah banyak membantu mewujudkan Universiti Islam, bank Islam, takaful Islam, peraturan berpakaian menutup aurat bagi pelajar lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah dan beberapa program Islamik yang lain?

Sudah tentu sejarah ketika itu tidak akan bercerita tentang kehebatan tokoh yang bernama DS Anwar Ibrahim ini. Usahkan berpuluh tahun akan datang, bahkan sekarang pun jika kita pergi ke bangunan Umno di PWTC, masihkah lagi terdapat potret bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Umno itu? Dahulu, di UIA terdapat batu asas pembinaan Universiti ini mencatatkan nama DS Anwar, tetapi ianya `ghaib' secara tiba-tiba. Sejarah telah mula menipu awal lagi.
Link
Hanya satu cara saja jika rakyat mahu mengetahui sejarah sebenar tanpa ada `kurang dan tambah' atau diselewengkan. Berikan kuasa memerintah negara ini kepada Pakatan Rakyat dan kita semua akan tahu sejarah sebenar negara ini, bahkan ahli-ahli Umno juga akan tahu bahawa parti yang mereka sanjung jika boleh sampai ke liang lahad itu adalah parti `klon' baru setelah Umno diharamkan ketika di era Mahathir. Rakyat juga akan tahu siapakah pejuang tanahair yang sebenarnya dan siapa pula `barua' British yang hakiki.

Mat Indera Pejuang Atau Penderhaka?

Nama Mat Indera, salah seorang pemimpin kanan Parti Komunis Malaysia tiba-tiba menjadi hangat selepas Timbalan Presiden PAS, Ahmad Sabu menongkah sejarah dengan mengatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan wira yang harus dikenang.
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011.
Kenyataan Ahmad Sabu ini dibantah oleh Barisan Nasional dan Karpal Singh sendiri dan banyak laporan polis dibuat kepada kenyataan ini.
Ini kerana Mat Indera adalah ketua operasi komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Saya terlupa samada watak Mat Indera ini ada dalam filem Bukit kepong Arahan Tan Sri Jins Shamsudin. Siapa sebenarnya Mat Indera? Artikel ini dikutip dari forum detikdaily yang diambil dari arkib artikel Berita Harian pada 13/12/2010.
Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentarahttp://2.bp.blogspot.com/_lZOzfKQVXDc/ShbEi_X2DjI/AAAAAAAAAbI/sq7NdvTrjZU/s400/matindera2.bmp Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka. Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.
Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.

Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari
RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010
Manakala Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn.
Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.


So Mat Indera ni pejuang kemerdekaan atau penderhaka, korang fikir la sendrik..tafsiran lain individu lain-lain.