Friday, April 29, 2011

Dah ada e-mel percuma, apasal bangang sangat nak guna yang kena bayar?

sumber

Ketua Pablisiti DAP, Tony Pua mengatakan kerajaan perlu mengabaikan projek 1 email Malaysia dan menggunakan perkhidmatan e-mel percuma untuk berkomunikasi dengan orang awam sebagai gantinya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mengatakan, jutaan akan digunakan oleh agensi kerajaan jika mereka membayar 50 sen setiap email ke Tricubes Berhad.

Dia meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan agensi kerajaan supaya mendaftar warga dengan akaun e-mel mereka sendiri.

"Sama ada Gmail, Hotmail Yahoo!mail ... dengan demikian, agensi kerajaan akan dapat berkomunikasi dengan golongan rakyat Malaysia biasa dengan menghantar e-mel tak terbatas tanpa bayaran sama sekali, "katanya.

Pua menambah bahawa bank dan syarikat kad kredit sudah melakukannya dan tidak ada alasan untuk badan-badan kerajaan untuk tidak melakukan hal yang sama.

CEO Tricubes Berhad , Khairun Zainal Mokhtar mengatakan pada hari Selasa bahawa setiap e-mel yang dihantar melalui akaun myemail.my untuk database pengguna disahkan akan dikenakan bayaran maksimum 50 sen setiap e-mel.

"Ini akan menghasilkan berjuta-juta yang dikeluarkan oleh masing-masing agensi kerajaan sekiranya mereka perlu menghantar satu email ke 15 juta pengguna dijangka," ujar Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Dia mengatakan bahawa hal ini bertentangan penafian pentadbiran Najib bahawa projek itu akan dibiayai oleh kerajaan, kerana ada "jelas penglibatan berbagai agensi kerajaan di bawah jabatan perdana menteri dan Jabatan Kewangan."

Projek RM50 juta ini diumumkan minggu lalu oleh Najib, yang mengatakan ia akan mempunyai pendapatan nasional kasar (GNI) kesan RM39 juta hingga 2015 dan membolehkan komunikasi langsung dan selamat antara warga negara Malaysia dan kerajaan.

Namun pengkritik mengatakan kerajaan harus fokus pada projek infrastruktur seperti bekalan air bersih atau jalur lebar di seluruh negeri daripada perkhidmatan e-mel percuma yang sudah sedia dengan pembekal perkhidmatan yang lain.

Para pengkritik juga mempersoalkan mengapa Tricubes yang dalam kerugian, berdepan dengan masalah kewangan, terancam ditarik dari penyenaraian di Bursa Malaysia Securities, disenaraikan sebagai status GN3 pada bulan Oktober tahun lalu, diberikan untuk menerajui projek tersebut.

Tricubes mengatakan pihaknya bekerja sama dengan pemilik perkhidmatan Hotmail Microsoft Corp untuk projek tersebut tetapi tidak memberikan butiran lebih lanjut tentangnya.

"Para sarkas di atas RM50 juta 'sederhana' projek 1 Malaysia e-mel, bukannya memaparkan sebuah jentera pemerintahan reformasi di bawah pelbagai inisiatif seperti EPP GTP, ETP, dll, malah ianya fakta mendedahkan bahawa semua tidak baik dalam pentadbiran Najib .

"Pelbagai jabatan kerajaan, sama ada kerana ketidakmampuan seluruhnya atau kepentingan peribadi, adalah halangan terbesar bagi kejayaan implementasi dari program 'transformasi' kerajaan," tambah Pua.

Pemuda PAS cabar Najib ambil tindakan terhadap Soi Lek

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan tegas terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek ekoran keceluparannya berhubung isu hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi KEADILAN jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

“Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak, maka Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi KEADILAN jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia.

“Mengekalkan Hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat(PR) semasa konvensyen di Shah Alam pada 2009. Tidak mungkin disebabkan seorang tokoh kontroversi, Soi Lek maka PR akan berubah sikap,” kata Suhaizan dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, beliau melahirkan kebimbangan permainan politik Soi Lek mengenai Hak istimewa orang Melayu yang berupaya mencetuskan pergeseran dan salah faham antara kaum di negara ini.

“Ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman. Tetapi Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA.

“Betapa murahnya harga perjuangan politik Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik. Keceluparan Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan Umno mengawalnya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau mengingatkan Soi Lek sebagai pemimpin senior dalam komponen Barisan Nasional (BN) sewajarnya mendidik masyarakat memahami mengapa hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia.

“Hak Istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini. Hak Istimewa orang Melayu di lihat tempang kerana penghianatan Umno yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka.

“Bermaksud jika tiada penghianatan Umno dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai. Tanpa penghianatan Umno, orang Melayu sudah lama maju di negara ini.

“Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi,” katanya.

Amerika Serang Libya, Tiba-tiba Puting Beliung Serang Amerika, 224 Terkorban


Tuscaloosa: Sekurang-kurangnya 224 penduduk di tujuh negeri Amerika Syarikat terbunuh semalam berpunca daripada serangan puting beliung dan ribut yang memusnahkan kawasan perumahan, menyebabkan kereta bergolek, menumbang pokok dan memutuskan bekalan elektrik.

Bencana itu dikatakan yang terburuk dalam tempoh hampir empat dekad di Amerika dengan Alabama negeri paling teruk apabila 131 penduduknya maut dan mengalami kemusnahan besar hartanah, kata Gabenor Robert Bentley.

“Kami menjangka, angka korban itu akan meningkat,” kata Bentley dalam sidang akhbar dengan Craig Fugate, Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA).

Berdasarkan laporan awal, 32 lagi maut di Mississippi, 30 di Tennessee, 11 di Arkansas, 10 di Georgia, lapan di Virginia dan dua lagi di Louisiana.

Lebih 100 puting beliung selain ribut membawa kemusnahan besar dari sebelah barat ke timur dalam masa beberapa hari.

Loji nuklear Browns Ferry di Alabama dijangka ditutup selama beberapa minggu bagi membolehkan pekerja memperbaiki talian transmisi ketika sejuta orang di negeri itu terputus bekalan elektrik.
Fugate pula berkata, masih terlalu awal bagi agensinya memberi angka kematian keseluruhan kerana pihak berkuasa masih menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Kemusnahan paling teruk berlaku di Alabama kelmarin apabila puting beliung selebar 1.6 kilometer melanda Tuscaloosa, lokasi Universiti Alabama menyebabkan 15 orang terbunuh, beberapa daripada mangsa adalah pelajar.

“Ia kedengaran seperti bunyi gergaji. Anda boleh dengar bunyi pelanggaran. Hanya tinggal pakaian dan peralatan berat. Sukar dipercayai,” kata pelajar, Steve Niven, 24.

Presiden Amerika, Barack Obama mengisytiharkan perintah darurat bagi negeri itu selain penghantaran bantuan kerajaan persekutuan.

Puting beliung perkara biasa bagi penduduk di selatan dan Midwest tetapi jarang sekali membawa kemusnahan besar.

Kedai, pasar raya, stesen minyak dan kedai cucu baju musnah di satu kawasan di Tuscaloosa yang mempunyai 95,000 penduduk.

Puting beliung paling banyak mengorbankan nyawa di Amerika ialah pada April 1974 apabila 300 orang maut, menurut Pusat Ramalan Ribut Kebangsaan di Oklahoma. – Reuters





Formula PRU-12 berbeza dengan Formula PRU-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/ustnashauhtesmall.jpgHULU TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan pembahagian kerusi diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak sama sebagaimana dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Menurutnya, Pakatan Rakyat hanya ditubuhkan selepas PRU-12 dan pembahagian kerusi PRU-12 adalah agihan sebelum Pakatan Rakyat.

Katanya, formula-forlmula yang digunakan dalam PRU-12 turut berubah selepas penubuhan Pakatan Rakyat dan juga beberapa pilihanraya kecil yang berlangsung sejak itu.

[Gambar - Ustz Naharuddin menerima cenderahati dari Ustaz Harun di akhir majlis perasmian mesyuarat Agung PAS Hulu Terengganu]

"Hanya selepas PRU-12, barulah tertubuh Pakatan Rakyat, PRU-13 merupakan pilihanraya umum yang pertama disertai atas nama Pakatan Rakyat,

"formula yang digunakan untuk PRU-13 tidak akan sama dengan apa yang digunakan dalam PRU-12 tahun 2008,"katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Hulu Terengganu, disini, 29 April.

Mesyuarat Agung kali ke 27 itu diadakan di Dewan Besar Kolej Darul Quran Islamiah (KUDQI) Kubang Lembek, Manir dekat sini.

Turut hadir adalah Dato' Ustaz Harun Taib Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu dan Bendahari PAS Terengganu Haji Muyiddin Abdul Rashid yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu. -BO

Pengarah JAWI Pun Ada Saham Dalam Sumpah "Laknatullah"


Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali (gambar) pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.

Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat," kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam," tegasnya. -HD

AMARAN: Sesiapa juga yang merestui dan membantu proses sumpah laknat yang dilakukan oleh manusia yang bernama Shazryl Eskay Abdullah akan terkena laknatullah juga.

Termasuklah UMNO sebagai parti yang mendokong perbuatan fitnah ketiga-tiga Datuk T tersebut, pihak polis, Pengarah JAWI, blogger pencacai UMNO, pihak media cetak dan eletronik dan orang perseorangan.

Hancur dan binasalah kesemua mereka nanti. InsyaAllah. Orang beriman amat yakin mengenainya.

p/s * Dan sememangnya pun UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran. Laknatullah yang dilakukan Eskay yang direstui UMNO itu adalah sebenarnya proses perjalanan dan sebab-musabab kebinasaan / kehancuran UMNO. Wallahu 'alam. -GB

Sumpah Laknat - Eskay Pegang Quran Terbalik Dan Dilarang Fitnah Anwar

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay hari ini melafaz sumpah laknat dengan memegang naskah Al-Quran terbalik, sebelum diperbetulkan oleh seorang pendakwah bebas di Masjid Amru Al-As Sentul petang tadi.

Beliau bagaimanapun gagal mncapai hasrat mengambil sumpah bahawa Anwar adalah pelaku dalam video lucah yang ditayangkannya selepas dinasihati oleh pendakwah Firdaus Supri mengenai nas-nas Islam.

"Saya nak beritahu, sumpah ini tidak boleh digunakan dalam menuduh seseorang berzina kerana ia tiada dalam syariat Islam," kata beliau kepada Eskay sebelum menyerahkan senaskah buku mengenai hukum Qazaf kepada ahli perniagaan itu.

Firdaus kemudian membetulkan cara Eskay memegang Al-Quran sebelum ahli perniagaan itu menyempurnakan sumpah laknat bahawa beliau ada dalam rakaman video lucah yang diedarkan menerusi Internet sejak 4 April lalu.

Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim hadir di masjid itu memakai baju kalis peluru seolah-olah keselamatan mereka terancam.

Rahim semalam berkata beliau dan Shuib telah mewakilkan Eskay untuk membuat sumpah laknat itu bagi pihak mereka.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa majlis sumpah laknat itu dibatalkan apabila gandingan Datuk T itu tidak hadir.

Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, tiga Datuk T itu bergegas meninggalkan masjid tanpa menjawab soalan pemberita.

Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi kecoh seketika apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan Eskay kerana menabur fitnah bersabit video lucah itu.

Hadir bersama mereka adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Md Akin.

Shamsul Iskandar Md Akin berkata Eskay memperalatkan sumpah laknat dan membelakangkan hukum Qazaf yang jauh lebih sesuai untuk kes-kes fitnah.

AMK telah menfailkan pertuduhan Qazaf terhadap Datuk T, kerana menfitnah Anwar dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Shamsul kesal kerana pihak berkuasa Islam seolah-olah merestui sumpah laknat Eskay.

"Saya hairan dengan kehadiran pegawai Jawi sedangkan penyiasatan dikatakan sedang dilakukan oleh Jawi tentang kes Qazaf saya.

"Ini bukan caranya, kita ada Mahkamah dan (sumpah) ini bukan cara yang betul," kata Shamsul kepada media.


Surah Al-Munafiqun Ayat 1 hingga 4
[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)? [Alquran-melayu]

Politik 'longkang' cemari Rukun Negara

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMedia arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana.

NONE“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata beliau sebelum ini.

Di Kelantan, PKR mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen “pencerahan isu Anwar” oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini.

Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat KEMAS. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa.

Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat.

Ke mana hala tuju negara?

Jika ini bukan “politik longkang” yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini?

NONEKe mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal kesopanan dan kesusilaan?

Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik?

Apakah benar polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis?

Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan “jam Omega' sebagai modal politik ketika pilihan raya negeri Sarawak yang lalu.

Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib.

NONEMalah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah.

Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998.
Rakyat tertanya-tanya, sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim.

alleged four full sex videos on youtube 290411Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, TV3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan.

Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan BN (BN).

Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan ketua pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya.

Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain.

Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah.

NONEDalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.

Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan.

Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya.

Hak Melayu: Saya tak sokong tapi cabar PKR, kata Soi Lek

KUALA LUMPUR, 30 April — Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menafikan membuat kenyataan dalam siaran YouTube bahawa beliau akan menjadi orang pertama akan mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memansuhkan kedudukan keistimewaan orang Melayu.
“Itu tidak benar. Jawapan saya itu telah diputarbelitkan. Itu kerja parti pembangkang DAP dan sebab itu saya mengatakan parti itu memang pakar dalam hal ini,” katanya dipetik media hari ini.
Dalam satu mesej menerusi rakaman YouTube baru-baru ini, Dr Chua (gambar) berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika ia sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.
“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini. Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.
Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa  didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun katanya, janji-janji PR memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.
“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.
“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.
Dalam penjelasan yang dibuat di Melaka semalam itu, Dr Chua berkata, dalam satu pertemuan dan sesi dialog dengan penyokong laman sosial Facebook di Johor Baru sebelum ini, salah seorang daripada peserta telah bangkit mempersoalkan MCA kerana tidak berusaha untuk memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu.
“Saya mengatakan perkara itu bukan senang untuk dicapai kerana kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga, perkara itu perlu dibawa kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja, perkara ini adalah isu sensitif dan jangan terkeliru dengan putar belit parti pembangkang,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Sebaliknya kata bekas menteri kesihatan ini, beliau telah mencabar PKR bahawa parti itu tidak akan berani menyentuh soal hak keistimewaan orang Melayu kerana kononnya perjuangan mereka adalah untuk mendapatkan hak sama rata semua kaum.
Beliau menambah, perkara itu dilakukan oleh pembangkang sebagai strategi mereka untuk mengelirukan dan meraih simpati masyarakat Cina kerana melaungkan perjuangan mereka untuk keadilan bagi semua kaum.
“Cukup jelas jawapan saya telah diputar belit oleh DAP,” kata beliau.

Sumpah Laknat: Utusan, BH berniat jahat kata NUJ

NONEKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.
Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.
Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.
Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

NONE"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.
NONE"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.
Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.

Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia

AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat.
Katanya,  tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.
Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri,  fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun.

“Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.
Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah
Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus
Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti  rasuah dan salahgunakuasa.
Tambah beliau, ketika rakyat berdepan  isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan.
Malah katanya,  Umno menggunakan strategi jahat  untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik.
“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.
Mengikuti ucapan Anwar dan pimpinan KEADILAN, kehadiran melimpah ke luar dewan
Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.
Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Politik Fitnah Mencemar Rukun Negara


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.  Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3 serta RTM mengangkat Shazryl Eskay kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaan bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Nasihat  mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana. 
“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja,  ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata beliau kepada Tv Selangor kelmarin. 
Di Kelantan, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen “pencerahan isu Anwar” oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini. 
Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat Kemas. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa. 
Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat. 
Ke mana hala tuju Negara? Jika ini bukan “politik longkang” yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini? Ke mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal KESOPANAN DAN KESUSILAAN? 
Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik? 
Apakah benar Polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis? 
Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Najib Razak sendiri menggunakan “jam Omega’ sebagai modal politik ketika pilihanraya negeri Sarawak yang lalu. 
Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib. 
Malah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan  Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah. 
Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998.   
Rakyat  tertanya-tanya,  sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret ke kancah fitnah dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim.
Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, Tv3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan. 
Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan Barisan Nasional (BN). 
Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan Ketua Pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya.
Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain. 
Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah. 
Dalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat  mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.
Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan. 
Fitnah sebaliknya  tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya.     

Anwar dakwa Soi Lek pengecut


KUALA LUMPUR, 30 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim melabel Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai seorang pengecut ekoran kenyataan Presiden MCA itu bahawa beliau orang pertama akan mengundi PKR jika komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut sanggup memansuhkan keistimewaan orang-orang Melayu.
Sehubungan itu, Anwar menekankan, PR akan mempertahankan setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 153 mengenai hak dan keistimewaan orang-orang Melayu.
“Chua Soi Lek mahu kita bergaduh antara satu sama lain. Kita tidak akan disyaratkan oleh anda. Anda tidak ada keberanian untuk berhadapan dengan amalan rasuah pemimpin-pemimpin Melayu.

“Pemimpin-pemimpin MCA tiada keberanian. Kami (PR) akan bangun dan lawan kedua-dua pemimpin Melayu dan Cina yang rasuah,” kata beliau ketika satu ceramah di Ampang dekat sini malam tadi.
Ketua Umum PR ini berkata perbezaan antara BN dan PR ialah perikatannya berjuang untuk menjaga kepentingan Melayu manakala BN pula hanya melindungi kekayaan keluarga masing-masing. Beliau menambah, sementara Umno mendakwa ia menjadi pelindung hak orang Melayu, mereka terus mengabaikan golongan miskin dan meminggirkan anggota masyarakat sendiri.
“Jangan terperangkap dengan permainan mereka. Kami akan mempertahankan peruntukan-peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.
Dalam satu mesej menerusi rakaman YouTube baru-baru ini, Dr Chua (gambar) berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika ia sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.
“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.
“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini. Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.
Dalam ceramahnya, Anwar juga memperlekehkan kempen Utusan “1Melayu, 1Bumi” dan mencabar konsep Umno komuniti Melayu.
“Melayu bagi mereka ialah ahli-ahli perniagaan Melayu, keluarga menteri, keluarga Rosmah (isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) dan anak-anak (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad). Ini definisi orang Melayu.
“Mereka tidak mahu mempertahankan nasib orang miskin,” katanya lagi.
“Bagi mereka hak-hak orang Melayu adalah keluarga mereka, bagi kami hak-hak Melayu adalah hak komuniti,” katanya lagi.

Eskay, Si Pendusta Itu Tidak Hadir, Benar-benar Datuk T(emberang)


Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

Mereka berkumpul di situ kerana sebelum ini, salah seorang anggota trio 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

Dua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Keadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selepas itu, kedengaran penyokong PKR bertakbir, dan keadaan menjadi bertambah panas apabila perkataan kasar, seperti 'bodoh' kedengaran di kalangan mereka yang berada dalam masjid.

Berikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dan wartawan di situ,

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan upacara sumpah laknat itu telah dibatalkan.


Difahamkan terdapat wartawan yang mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang tadi, memberitahu yang beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.

Sementara itu, Shamsul dan penyokong PKR telah keluar dari kawasan masjid sebelum mengadakan sidang akhbar. -M'kini


Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat ‘Datuk T’ batal

KUALA LUMPUR, 29 April — Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang “Datuk T” — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: “Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik.”

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.

Dalam kenyataan SMS, Shazryl seterusnya berkata, apakah zaman Nabi Lut sudah berlaku di Malaysia apabila penentang kemungkaran liwat dan zina dibenarkan dan penegak kebenaran ditentang.

“Tunggu petunjuk dari Allah,” katanya.-TMI

Dr Chua Soi Lek Sedang Melelong Maruah UMNO


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
29 April 2011
Dr Chua Soi Lek Sedang Melelong Maruah UMNO

Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak maka Presiden MCA Dato Sri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Mengekalkan Hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat(PR) semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009. Tidak mungkin disebabkan seorang tokong konterversi Dr Chua Soi Lek maka PR akan berubah sikap.

Sebagai pemimpin senior dalam Barisan Nasional (BN) Dr Chua Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakat memahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Hak Istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini. Hak Istimewa orang Melayu di lihat tempang kerana penghianatan UMNO yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka.

Bermaksud jika tiada penghianatan UMNO dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai. Tanpa penghianatan UMNO, orang Melayu sudah lama maju di negara ini. Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi . Buat waktu ini hak istimewa orang Melayu masih diperlukan. Saya sangat kuatir permainan politik Dr Chua Soi Lek mengenai hak Istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini.

Ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman. Tetapi Dr Chua Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA. Betapa murahnya harga perjuangan politik Dr Chua Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik. Keceluparan Dr Chua Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan UMNO mengawalnya. Dr Chua Soi Lek umpama harimau yang sudah terlepas dalam kandang Barisan Nasional(BN).

Hak istimewa orang Melayu adalah maruah UMNO. Memberi perakuan untuk mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu adalah umpama melelong maruah UMNO di pasar Batu Pahat. Dimana Pemuda UMNO ? Dimana Pemuda BN? Dimana Khiary Jamaluddin ? Saya cabar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, Pengerusi BN bertindak tegas terhadap keceluparan Chua Soi Lek.


Suhaizan Bin Kayat Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat. (019 728 5174)

Media lucah: Apa peranan KDN

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka.
Pada mereka, katanya soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.
“Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah,” tegasnya.
Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.
Begitu juga, ujarnya berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".
Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.
“Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?” tanya beliau lagi.
Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.
“Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.
“Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?” soalnya lagi. -Hrkh

Anwar : Saya Tak Akan Tunduk Serangan Umno-BN

KUALA LUMPUR 29 APRIL : Musuhnya boleh membawa seberapa banyak video seks atau tuduhan liwat, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemuanya tidak akan memaksa beliau berundur daripada arena politik dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pemimpin berusia 63 tahun ini percaya serangan demi serangan yang dibawa Umno terhadap bekas timbalan perdana menteri itu jika dilayan bermakna beliau “tunduk” kepada perancangan berterusan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider, meskipun perikatan tiga parti itu digantikan oleh seorang ketua yang baru, serangan oleh Umno-BN tidak akan dihentikan.

“Dalam pemerintahan diktatorial yang tidak demokratik, mana-mana wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk,” katanya lagi.

“Anwar menjadi sasaran, tetapi jika Anwar meninggalkan pentas dan anda mendapat pemimpin baru, maka pemimpin ini akan diserang,” kata beliau dalam temu bual ini yang diadakan kelmarin, sehari sebelum rakaman video seks yang didakwa mirip beliau dimuat naik di laman YouTube.

Dalam temu bual eksklusif ini, Anwar menjelaskan meskipun serangan yang dihadapinya itu sangat “melukai hati” diri beliau dan juga keluarganya, usaha-usaha untuk menamatkan kerjaya politik bukan sesuatu yang baru.

“Ia (satu perbuatan) menghina maruah,” kata bapa kepada enam orang anak dan mempunyai dua cucu ini.

Bagaimanapun beliau menekankan, serangan-serangan itu memperkuatkan azamnya untuk terus menerajui Pakatan Rakyat.

“Jika saya berundur dan melepaskan (jawatan), ini bermakna kita tunduk kepada rekaan (politik) Umno... siapa yang patut menentukan sama ada saya patut berundur atau tidak? Parti-parti Pakatan Rakyat dan pengundi buat keputusan. Saya tidak akan tunduk kepada tekanan ini,” kata Anwar.

Anwar dilihat sebagai pengikat kerjasama dan hubungn komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998 dan yang kedua satu dekad kemudian, di mana sama ada Ketua Umum PKR ini akan dipanggil bela diri atau dibebaskan akan ditentukan 16 Mei ini.

“Saya terus diserang, sejak tuduhan pertama pada 1998... ramai tidak dapat membayangkan yang mereka (Umno-BN) (sanggup) mengambil tindakan macam ini, tetapi ia bukan tuduhan yang baru, bukan?” kata bekas timbalan presiden Umno ini.

Anwar berkata, tindakan-tindakan ini, yang beliau sifatkan sebagai terdesak, bertujuan menghentikan usahanya mahu mewujudkan sebuah kerajaan bebas rasuah.

“Sebagai contoh, sebuah pasukan pihak berkuasa berasuah yang cuba mencemarkan anda, menghentikan kempen anda menentang rasuah... adakah anda akan menyerah diri? Itu penekanan saya. Anda perlu ada iltizam dan semangat dalam apa yang anda lakukan,” katanya lagi.

Sehari selepas temu bual ini, rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Anwar dimuat naik di YouTube, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

Anwar juga berkata beliau tidak mahu fokus perjalanan politiknya diganggu oleh penyebaran tuduhan video seks yang dipertontonkan pada 21 Mac lalu.

“Saya tidak mahu dialih pandangan dengan pendedahan video, ia didedahkan ketika dekat dengan pilihan raya Sarawak.

“Di Sarawak, saya berkempen selama 13 hari ketika serangan Umno begitu tinggi, menggunakan video... tetapi ia bukan pilihan untuk serah diri sekarang, bukan sekarang,” kata Anwar lagi.

“Saya perlu teruskan (perjuangan),” katanya lagi.

Keluarganya menurut Anwar lagi, adalah sumber kekuatan beliau sepanjang berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dan mereka sentiasa menyokongnya dalam keputusan seharian sebagai ahli politik.

“Saya ada keluarga yang hebat dan saya harus ucapkan terima kasih kepada mereka,” katanya lagi.

“Azizah, anak-anak saya... meskipun ketika saya menjadi timbalan perdana menteri, mereka bukan anak timbalan perdana menteri, mereka anak Anwar dan Azizah,” kata beliau dengan senyuman.-The Malaysian Isider

PAS: Jangan permainkan sumpah laknat

PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya, lapor Harakahdaily.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manNaib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya.

NONEBeliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Harussani ZakariaSebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya. -M'kini

Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid

Syed Mu’az Syed Putra



Kronologi detik-detik kejadian Aminulrasyid Amzah terbunuh dalam tembakan anggota pihak polis pada 26 April 2010. Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid
KUALA LUMPUR, 29 April — Awal minggu ini genap setahun kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja mati dalam kejadian tembakan anggota polis, namun sehingga hari ini keluarga remaja berusia 16 tahun ini masih meratapi pemergiannya yang disifatkan sebagai “terlalu awal.” Bercakap kepada The Malaysian Insider, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad mengakui dia masih lagi teringat dan terbayang sikap manja anak bongsunya itu.
“Rutin harian saya sama seperti dulu tapi arwah (Aminulrasyid) tetap masih dalam ingatan saya... nak pejamkan mata saya teringatkan dia, nak buat kerja pun saya teringatkan dia, walau sesaat pun saya sentiasa teringat akan dia... apa yang dia buat saya masih lagi terbayang, saya tidak boleh lupa langsung.
“Arwah tidak sakit tapi tiba-tiba sahaja dia tiada, kalau saya keluar rumah dan terpandang tempat kejadian, hanya Allah sahaja tahu macam mana perasaan saya, saya tidak tahu macam mana nak gambarkan kesedihan yang saya alami ini... kesedihan yang saya dan keluarga tanggung selama setahun ini,” katanya.
Aminulrasyid, mati terkena tembakan polis di Seksyen 11, Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda.
“Saya boleh rasa bagaimana takutnya dia untuk sampai ke rumah, sampai hari ini kawannya yang turut berada dalam kereta itu masih lagi trauma.
“Anak saya bukan budak jahat, dia hanya pergi menonton siaran langsung bola sepak sahaja, jangan nak kata anak saya penjenayah... saya kenal siapa anak saya dan saya tak boleh terima bila ada orang kata anak saya penjenayah, mereka yang cakap macam itu memang buta hati dan tiada perasaan langsung.

“Kalau ikutkan hati saya memang tidak boleh terima kematian dia yang terlalu cepat tapi benda dah berlaku saya kena terima ketentuan Allah tapi sampai sekarang saya tetap tidak boleh terima orang kata anak saya penjenayah,” kata Norsiah, 61.
Kata Norsiah, sehingga hari ini dia masih terasa Aminulrasyid berada di sampingnya.
“Saya masih lagi terbayang-bayang kelakuan, gelagat dam semua perangai dia... kalau saya lihat budak sekolah lalu depan rumah saya dah rasa semacam, saya seolah-olah nampak anak saya.
“Kalau saya lalu tepi padang saya nampak Aminulrasyid ada bersama kawan-kawan dia bermain bola sepak, kalau saya rindukan dia saya akan ke padang untuk lihat kawan-kawan dia,” katanya.
Dalam perbualan ringkas itu, Norsiah masih menimbulkan beberapa kemusykilan berhubung kematian Aminulrasyid.
“Saya tak boleh terima orang kata anak saya penjenayah, itu zalim namanya... janganlah tembak orang sesuka hati, adakah itu hukuman yang anak saya patut terima? Kalau anak sendiri yang kena macam mana? Apa yang akan dia rasa?” katanya.
Tegas Norsiah, walaupun keluarganya dituduh “keluarga penjenayah” namun dia akan tetap memastikan kematian anaknya itu terbela.
“Orang ingat saya boleh dengar sahaja apa yang mereka cakap pasal keluarga saya... pasal anak saya, saya nak tegaskan kami bukan dari keluarga penjenayah dan anak saya bukan penjenayah seperti mana yang polis kata tahun lalu.
“Mentang-mentang anak saya sudah tiada, macam-macam mereka kata pasal dia... sedap mulut cakap anak saya penjenayah, anak saya berumur 14 tahun (ketika kejadian), apa jenayah yang dia boleh buat? Saya tak hairan apa orang nak kata tapi saya akan pastikan kematian anak saya terbela, siapa yang bersalah akan bertanggungjawab... kalau tidak di dunia Allah akan balas di akhirat nanti,” katanya.
Ekoran daripada kejadian itu, seorang pegawai polis telah didakwa di mahkamah kerana menembak mati Aminulrasyid.
Koperal Jenain Subi, menghadapi tuduhan menyebabkan kematian terhadap Aminulrasyid, di antara 1.10 pagi hingga 2 pagi di Jalan tarian 11/2, pada 26 April, 2010 mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalah boleh dipenjara sehingga 30 tahun.
Perbicaraan kes itu masih berjalan.
Menceritakan kenangan bersama Aminulrasyid, Norsiah berkata anaknya itu akan sentiasa menemaninya di rumah.
“Dulu kalau dia anak rumah ini meriah, dia akan ketawa, gembirakan saya tapi sekarang tiada lagi gelak tawa dia... sekarang di rumah saya ditemani anak dan cucu.
“Biasa dulu pergi ke mana-mana mesti dengan Aminulrasyid, pergi pasar malam dengan dia, kalau bulan Ramadan kami akan solat terawih bersama di surau yang berdekatan tapi semua itu hanya tinggal kenangan bagi kami sekeluarga,” katanya.
“Malah saya masih menyimpan pakaian Aminulrasyid sebagai kenangan...mudaha-mudahan dia di tempatkan syurga,” tambah Norsiah.

Kerja Lahanat : JAWI tidak halang Eskay hendak sumpah laknat

NONEJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI) membenarkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini selepas solat Jumaat hari ini, lapor Utusan Malaysia Online.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

Bagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.


''Dia hendak bersumpah boleh di mana-mana, di tengah jalan pun boleh, sama seperti orang hendak datang bersolat di masjid, kita tidak halang.

''Jadi kita tidak halang kalau ahli perniagaan itu hendak buat sumpah laknat di premis di bawah pentadbiran Jawi tetapi, jangan kaitankan dengan Jawi kerana kita tidak terlibat langsung, '' katanya hari ini.

Semalam, Shazryl Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.
"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya pada sidang akhbarnya semalam.

azlanBagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat

KUALA LUMPUR, 29 April: Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu.

Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf.

Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat.


Selain itu, penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan berada di sana bagi mengadakan solat hajat 'menolak fitnah jahat' berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat hajat tersebut akan diadakan bahagian belakang dewan masjid, sejurus selesai solat Jumaat.

Eskey dijadual melakukan sumpah laknat bagi mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada dua lagi rakan trio 'Datuk T' itu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim akan menyertainya.

Media juga hari ini melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran kepada Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali dilaporkan berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

Bagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.

Thursday, April 28, 2011

Video seks kotori minda anak muda

Firman Allah bermaksud: "Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]
Ibu bapa hari ini sangat berwaspada dengan kegiatan anak-anak yang tidak bermoral melalui medium internet. Selain majalah-majalah yang memaparkan gambar berunsur negatif, internet adalah jalan alternatif yang mudah untuk memuat turun segala video yang diinginkan. Anak muda yang terdidik dengan sistem alam maya ini didedahkan dengan pelbagai video lucah di internet.

Kebimbangan ini semakin parah apabila tapisan yang dibuat di internet untuk mengelakkan anak-anak terjebak dengan gejala negatif ini seolah-olah hanyalah sebagai syarat yang mampu ditembusi oleh mereka. Guru-guru di sekolah juga sentiasa memasukkan elemen nasihat seperti menjelaskan kesan dan akibat daripada mlihat video lucah.
Namun, usaha ibu bapa dan guru-guru seolah-olah hampa dan memutuskan semangat. Hal ini terjadi apabila siaran televisyen memaparkan cerita-cerita dan filem-filem yang sangat teruk, mempunyai adegan-adegan melampau dan pelakon-pelakon yang seksi.
Lebih hancur lagi harapan ibu bapa dan guru yang berusaha keras memastikan anak bangsa mempunyai nilai akhlak yang terpuji apabila isu video seks permainan politik diketengahkan. Bukan persoalan salah siapa, tetapi video yang dimuatkan dan gambar-gambar tidak bermoral ditayangkan untuk khalayak umum yang perlu dititikberatkan.
Akhbar tempatan memaparkan gambar lucah, siaran televisyen kerajaan menayangkan beberapa aksi panas dan pawagam rakyat (Youtube) mendedahkan segala cerita yang berlaku.
Video seks telah mengotori minda anak muda:
1) Pintu fitnah dibuka seluas-luasnya
2) Penyebaran video seks diberi lampu hijau
3) Tiada penjelasan daripada perspektif hukum Islam kepada seluruh rakyat mengakibatkan kekeliruan
4) Memberi persepsi politik kotor kepada anak muda
Dalam isu ini, peranan secara serius perlu dimainkan oleh golongan akademik dan ulama. Kes seperti ini telah membarah teruk dalam masyarakat khususnya anak muda hari ini.
Satu konvensyen besar-besaran perlu dianjurkan di peringkat nasional yang terdiri daripada golongan ulama, ahli akademik dan golongan profesional yang bebas daripada unsur politik bagi mengatasi konflik yang tidak terarah ini.
Anak muda khususnya mahasiswa Islam tidak sekali-kali dapat menerima hal seperti ini. Anak muda dan masyarakat menjadi mangsa pergaduhan politik sesama sendiri ini.
maksud firman Allah: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” [An-Nahl:125]
Justeru, saya menyeru kepada seluruh anak muda dan masyarakat luar agar kita semua berpegang dengan ajaran Islam dan nilai akhlak yang baik untuk mengelakkan terjerumus dalam kancah fitnah yang berleluasa ini. Semoga Malaysia lebih aman dan sejahtera.

We Unite For Islam

Mat Sabu: Video seks isu peribadi, PAS tetap bersama Pakatan

Mat Sabu: Kita tunggu siasatan polis selesai dulu, selepas itu baru kita akan berbincang. Lagipun Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah kerana dalam Islam kita perlu empat saksi.
KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat jika pun rakaman video seks yang melibatkan pemimpin kanan parti perikatan itu terbukti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi, Mohamad berkata sekiranya rakaman video itu Anwar, PKR perlu membuat keputusan berhubung pendirian parti itu dan kedudukan Ketua Umum PKR itu.
“Ini masalah parti, apa kena dengan Pakatan Rakyat pula? PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat, ini pandangan peribadi saya tapi keputusan itu hanya akan kita buat lepas siasatan polis selesai.
“Ini melibatkan individu, bukan Pakatan Rakyat. Kalau betul, parti yang terlibat perlu buat keputusan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagaimanapun tegas bekas naib presiden PAS itu, pendirian rasmi parti itu berhubung rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu hanya akan diputuskan selepas siasatan kes itu selesai.

Tambah Mohamad, Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah dalam kes itu kerana rakaman video seks tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.
“Kita tunggu siasatan polis selesai dulu, selepas itu baru kita akan berbincang. Lagipun Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah kerana dalam Islam kita perlu empat saksi.
“Saya tidak mahu ulas mengenai perkara ini. Apa yang berlaku sekarang adalah spekulasi dan kita tak mahu percaya kepada spekulasi.
“Kita tunggu siasatan keseluruhan, hasil siasatan yang dilakukan pihak berwibawa yang kita boleh terima,” katanya.
Tambah beliau, pendirian PAS dalam isu itu akan dibincangkan dalam Majlis Syura.
“Bukan saya yang buat keputusan, tentang ini ia akan dibincangkan dalam Majlis Syura... kena dapatkan pendangan mereka,” katanya.
“Datuk T”, terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.
Sehari selepas pendedahan itu, Anwar telah membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video seks itu.
Palam sidang media itu juga, Mohamad turut menyentuh kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu.
Kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu, keluarga Ahmad Sarbaini perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM ekoran kematian bapa lima anak itu yang disifatkan beliau tidak mendapat keadilan.
“Setelah saya menemui keluarga Allahyarham, kami daripada PAS berharap agar keluarga ini mengambil tindakan mahkamah di atas kematian seorang pegawai yang meti dalam siasatan SPRM dan tidak tahu penyebab.
“Kita berpegang Allahyarham tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, kita memandang serius siasatan yang dilakukan SPRM ini,” katanya.
Mohamad juga menasihatkan SPRM supaya lebih profesional menjalankan siasatan dan belajar daripada negara-negara yang berjaya mengurangkan kadar rasuah.
“SPRM perlu profesional, belajar dari negara-negara yang berjaya kurangkan rasuah, saya harap keluarga Allahyarham lebih aktif dan bukan semata-mata serah kepada takdir.
“Keluarga Allahyarham perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM dan kita serah kepada peguam keluarga itu untuk menentukannya,” katanya.
Ahmad Sarbaini merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Ibu Aminulrasyid cuba 'bersihkan' nama anaknya

Setahun sudah berlalu sejak kematian remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah, tetapi kenangan silam dan beberapa dakwaan yang dilemparkan kepadanya masih belum ditarik balik.

NONE"Anak lelaki saya ditembak mati dan polis memfitnahnya dan keluarga saya bagi menutup jenayah yang dilakukan mereka itu,” kata ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad (kanan).

Antara mereka, dakwa ibu yang merintih itu adalah bekas ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang melabelkan Aminulrasyid sebagai seorang “penjenayah”.

Dalam laporan polisnya hari ini, Norsiah menuntut Khalid, yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua polis negara menarik balik kenyataannya itu.

"Pada hari tersebut, malah sebulum jenazah anak saya dituntut, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa anak saya dan rakannya, Azamudin Omar, cuba merempuh kenderaan polis dan mereja menjumpai sebilah parang dalam kereta keluarga kami.

NONE"Kenyataan itu dibuat dengan niat jahat dan cuba memaparkan Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh polis,” kata Norsiah.

Aminulrasyid di tembak mati selepas dikejar oleh polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April tahun lalu.

Sehingga sekarang, hanya Korporal Jenain Subi (kiri) adalah anggota polis yang didakwa dan akan dibicarakan atas pertuduhan membunuh tanpa niat. Pada kejadian itu, 21 das tembakan dilepaskan ke atas Aminulrasyid.

Jika didapati bersalah Jenain menghadapi hukuman penjara 30 tahun dan juga didenda.

No 2 PAS: Saya bersedia, tapi serah pada perwakilan

KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden kerana mahu membawa lebih banyak perubahan kepada parti Islam.
Kata Mohamad, selain memberi sokongan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau mahu menggunakan pengaruhnnya untuk menarik rakyat supaya menyokong parti itu.
“Saya bersedia memikul peranan ini untuk bantu presiden supaya parti akan menjadi lebih hebat dan sudah tentu ia bukan hanya untuk mendapatkan sokongan ahli PAS sahaja tetapi lagi orang di luar PAS.
“Perkara ini perlu digerakkan untuk menarik lebih ramai orang di luar PAS untuk sokong parti Islam ini dan saya lihat saya boleh untuk memainkan peranan ini,” katanya pada sidang media di sini.

Ditanya peluang untuk memenangi jawatan itu pada pemilihan PAS Jun ini, Mohamad bagaimanapun berkata terserah kepada perwakilan untuk membuat keputusan.
“Saya tidak tahu, ia terserah kepada perwakilan. Saya sudah pernah menang dan kalah, biar perwakilan membuat keputusan.
“Pertandingan ini tidak akan memecahkan PAS, bagaimanapun saya masih belum buat keputusan rasmi lagi. Kita tunggu senarai pencalonan dulu,” katanya.
Beliau sebelum ini dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata bersedia untuk memikul peranan sebagai timbalan presiden jika itu yang dihasratkan oleh ahli-ahlinya.
Mohamad yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, sehingga kini pencalonan diterimanya bagi jawatan timbalan presiden PAS amat menggalakkan.
Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas mengatasi Nasharudin Mat Isa.
Justeru kata beliau, keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu dibuat ekoran pencalonan memberangsangkan dari peringkat kawasan.
PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak awal Jun ini.
Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.
Dalam sidang media itu juga, Mohamad meminta agar pelancaran laman Facebook Kelab MohamadSabu.Com yang akan dilancarkan pada 6 Mei ini ditangguhkan.
Ini kerana tegas bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu, beliau tidak mahu laman Facebook itu dijadikan bahan kempen ketika pemilihan parti itu.
“Saya menjadi serba salah sama ada perlu program ini diteruskan atau tidak, ini memandangkan sekarang adalah musim pemilihan PAS.
“Oleh itu saya memutuskan agar program ini ditangguhkan ke satu tarikh selepas pemilihan parti bagi mengelak salah faham dan mengekang budaya yang dilihat tidak sihat dan tidak boleh diterima ahli,” katanya.
Pelancaran laman Facebook Kelab MohamadSabu.Com akan diadakan pada 6 Mei ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Sunday, April 17, 2011

Terima kasih di atas dokongan dan sokongan dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2011 - Presiden PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera pilihanraya PAS dari perlbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan negeri Sarawak yang baru sahaja berakhir. Tahniah juga kepada semua calon PAS yang mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran dan rintangan tanpa penat dan lelah sepanjang tempoh berkempen itu.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Izan Yaakob, yang juga merupakan petugas PAS dari Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah di bilik gerakan DUN Beting Maro pada hari pengundian dijalankan. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Kepada semua calon PAS, teruskanlah urusan anda bersama dengan masyarakat di sekeliling anda dengan membawa mesej yang jelas tanpa mengira waktu dan ketika. Sesungguhnya Allah jualah yang mampu membalas segala kerja buat kita dalam membawa suara Islam yang menjadi asas perjuangan PAS sejak sekalian lama itu.

Sesungguhnya keputusan pilihanraya itu adalah merupakan satu muhasabah terhadap langkah dan strategi dalam kita memugar gerombolan lawan kita dalam pilihan raya itu. Tentunya masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita. Apapun, sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu.

PAS juga ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang memilih PAS dalam pilihan raya ini. Kami semua tidak akan mengecewakan tuan-puan sekalian, insyaAllah kami akan terus berkhidmat kepada semua menerusi calon dan jawatankuasa PAS di peringkat masing-masing.

Saya juga telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Sarawak untuk berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat bagi menentukan masa, kaedah dan tempat yang sesuai untuk meraikan calon dan seluruh petugas pilihanraya PAS di Sarawak menerusi satu majlis khusus yang akan diadakan nanti.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

13 Jamadil Awal / 17 April 2011

Perjuangan PAS Kini Membunga di Sarawak


1. Keputusan pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak bagi edisi ke 10 telah selesai dengan menyaksikan penyertaan PAS di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri belum membuahkan hasil namun ianya sedang mekar membunga. Realitinya amat sukar bagi PAS untuk menembusi negeri Sarawak yang dianggap sebagai kubu kuat BN sejak lama dulu. Sungguhpun begitu, penerokaan PAS sejak tahun 2000 yang lalu ke bumi Kenyalang, kini cukup membanggakan.

2. Tahun 2000, PAS menabur benih perjuangannya di tanah subur bumi Sarawak, pucuknya mula bercambah pada tahun 2006 dan pada tahun 2011 ini, pohonnya telah mekar berbunga. Insyaallah, saya optimis bahawa masa depan perjuangan PAS tetap akan membuahkan hasilnya. Saya mensasarkan 5 tahun dari sekarang, pohon yang sedang membunga kini akan berbuah dan tentunya buah yang dihasilkan kelak adalah buah yang manis dan berkualiti insyaallah.

3. Dewan Undangan Negeri Beting Maro hampir membuahkan hasil apabila menyaksikan BN hanya mampu menang tipis dengan majoriti 391 undi setelah PAS yang diwakili oleh Abang Ahmad Kardee berjaya meraih sebanyak 2678 undi. Sementara Abang Addy Alyani Ketua DPP Negeri Sarawak yang mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya meraih sebanyak 1074 undi setelah tewas dengan majoriti 2934 undi. Demikian juga Tuan Hj Adam Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak meraih sebanyak 1769 undi di Dewan Undangan Negeri Sebuyau setelah tewas dengan 2276 majoriti undi.

4. Lebih menarik ialah dua Dewan Undangan Negeri yang julung kali disertai oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak edisi ini [ pula diwakili oleh calon muslimat ], turut memaparkan keputusan yang sungguh memberangsangkan sekaligus menunjukkan bahawa masa depan PAS di bumi Sarawak semakin cerah. DUN Muara Tuang, PAS meraih sebanyak 3196 undi meskipun tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 7843 undi. DUN Tanjung Datu pula PAS meraih sebanyak 1002 undi setelah tewas dengan majoriti 3216 undi.

5. Apa yang ingin saya tegaskan ialah PAS mula meraih undi popular di bumi Sarawak berbanding lebih 10 tahun yang lalu, usahkan mahu meraih sokongan seramai itu, malah kehadhiran kami tidak diterima, dipandang sinis penuh curiga bahkan ada dikalangan pimpinan PAS dihalau dan diherdik oleh penduduk setempat sementara parang ditangan mereka.

6. Hari ini, penubuhan cawangan PAS kian rancak berlaku di negeri Sarawak dan ia adalah signal yang sangat jelas bahawa PAS bukan sahaja bertapak kukuh malah semakin marak berkembang. Rakyat Sarawak juga tidak lagi takut dan bimbang untuk menyokong PAS. Berasaskan pengalaman saya menemui pengundi, tiada lagi muka masam yang ditunjukkan kepada PAS dan tiada lagi rasa curiga terhadap perjuangan PAS.

7. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama rakan - rakan exco yang lain bertekad untuk terus melangsungkan perjuangan PAS ke bumi Sarawak [ begitu juga Sabah ] dengan memanfaatkan semaksima mungkin modal sokongan yang telah diperolehi melalui pilihanraya umum negeri Sarawak ini. Bermula dengan penubuhan DPP kawasan - kawasan, aneka aktiviti dan pelbagai program akan digerakkan insyaallah.

8. Saya sekali lagi mewakili DPP Malaysia merakamkan tahniah buat semua petugas PAS khasnya pemuda yang turun melalui kontijen negeri masing - masing untuk menyemarakkan lagi gerakkerja perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Sesungguhnya perjuangan kita tidak sekadar untuk meraih undi dan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi jauh lebih murni dari itu ialah membawa sinar hidayah Allah swt buat rakyat Sarawak yang telah diabaikan perkembangan agama mereka sejak sekian lama.

9. Al Faatihah, buat al marhum Muhamad Izan Yaakob, petugas PAS yang gigih bertugas dan berjuang di Beting Maro telah kembali kerahmatillah jam 1.30 tengahari kelmarin. Takziah buat seluruh anggota keluarga al marhum, semoga ruh al marhum dicucuri rahmat oleh Allah swt dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.

10. Insyaallah, DPP Malaysia akan memberi sumbangan tenaga dan buah fikir untuk memastikan pohon yang sedang mengeluarkan bunga mekarnya tidak rosak dan dimusnahkan oleh anasir - anasir yang tidak mahu melihat buahnya masak ranum di musim depan. Selamat berjuang buat semua.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia